~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, March 23, 2011

~~BaJu Pe Yang SEsuAi untUk temA EasTern waRRioR?~~

yuhuuu~~
tadi ngai tiba-tiba cakap 30hb ade dinner~~
tema EASTERN WARRIORS~~ eastern warrior?? nak pakai baju ape pulak ni~~
hari khamis dah la nak gi sabah, tapi kalau tak gi rugi pulak kan, free je bukan bayar pun, lagipun Pre-Graduation Night, konon nak raikan kita dah nak grad kan~~
lagi pun rugi la kan, dulu diploma pun tak dapat gi PGN, dah beli tiket dah, siap dah ada baju dah, tapi tak dapat gi pulak..huhu
tengah pikir nak pakai baju ape ni, nak sewe baju kat mane2 ke, korang ade cadangan tak baju ape yang sesuai nak pakai mase dinner tu ye?

ni poster dia~~
so, siape-siape student part 5 faculty business boleh la gi, mari kita ramai-ramai memeriahkan dinner tu, buat huru hara..hehe

aku pun tak tahu la nak pakai baju ape ni, tunggu je la malam tu ye..:)
daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, March 22, 2011

~~bReakFAst YanG mUraH @ McD~~

yuhuuuu~~~
amboi ari ni sempat jugak breakfast kat mcd, banyaknya duit kita orang kan, ha makan pulak ngan someone special kan, sape la yang special sangat tu?hehe
dengan boyfriend ke skandal?
ceh, mane ade skandal ar..
kali ni gi makan dengan kak bel, jojo ngan eryn~~
cian zura kene tinggal, sape suruh tak balik lagi zura kan rugi~~
tapi zura tak ada rugi la kan, kalau tak dia mesti makan tak abis, boleh kita orang abiskan..hahaha
kita orang breakfast kat mcd pun sebab ade voucher la, untung gila-gila la, just beli air je, kita orang beli je dua tea harga dalam rm6 lebih je, bagi dua baru rm3 kan, pastu dapat 2 set breakfast, best tak, best tak?
cepat, cepat, gi dapat kan voucher beramai-ramai~~
dah dua kali tau kita orang breakfast kat mcd gune voucher, badan pun dah macam di pam-pam kan~~
ceh, promote untuk mcd pulak, mcd pe lagi, bayar la aku dah promotekan ni~~
nak gi amik voucher lagi la, next week boleh gi breakfast lagi..nyum2..:)
enjoy tengok picture kitaorang makan-makan..hehe

ni gambar masa zura ade, zura tak ade letak gambar zura pun jadi la..hehe

ni la set breakfast yang sedap tu~~

banyaknya jojo makan~~

jojo lagi~~

daaa~~~




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, March 21, 2011

~~Nur Kasih The Movie Trailer~~

bestnye, tak sabar nak tengok nurkasih the movie~~
cite ni mesti gempak la~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~wE gOt mArRiEd~~

yuhuuu~~
entry ni bukan nak cakap aku dah kawin pulak ye~~
korang mengikuti tak reality show korea, we got married?
disebabkan aku baru pas tengok rancangan tu, mood nak update entry ni membuak-buak tau..hehe
sebelum ni, aku tak penah pun tengok rancangan ni, ni session yang ke tiga pasangan yang ketiga, sebab aritu aku boring jadinya aku mintak la housemate aku reality2 show korea, dia memang peminat setia korea, aku ni suke tengok reality show je, cerita korea kurang minat la, sebab jalan cerita dia same je boring la, baik layan cite jepun, tapi reality show dia memang aku suke la..:)
teringat pulak zaman aku kat segamat kan cik tiqah, tengok love letter cam orang gila gelak, rindunya zaman kat segamat dulu..:)
reality show ni korang memang patut layan la..
aku tengok dari episod 1, sekarang tak abis lagi, korang search je kat youtube, download je sendiri, rancangan ni dia bergantung pada pasangan tutau, kalau pasangan tu dah nak stop dari rancangan ni diaorang nak kahwin betol-betol ke (sekarang ni kahwin tipu-tipu je) ataupun nak berpisah je, jadinya dia akan berhentikan la~~
pasangan yang sweet yang terpilih masuk rancangan ni dua-dua penyanyi, aku kalau tak tengok rancangan ni sumpah tak kenal..haha
tapi hensem mamat tu, nama dia nickhun kumpulan 2pm pasangannya victoria kumpulan f(x) (macam mana nak sebut nama kumpulan ni sebenarnya, tak reti ar..:p)
saku siap like page dia orang kat facebook punya la fanatik dengan WGM ni, korang pun kalau suka like la page khuntoria, khuntoria ni gabungan nama diaorang berdua, comel kan~~
diaorang ni muda lagi, kalau tak salah aku, nickhun tu baru umur 22tahun, victoria 23 tahun, tu yang comel tu same-same muda lagi, diorang memang sweet la..  nickhun asal daripada thailand, victoria pula daripada china, percintaan antara dua negara la.. jadinya diaorang tak berapa fasih sangat bahasa korea, lagi-lagi victoria, dia selalu buat kesalahan ejaan, maksud pun dah jadi lain, comel je~~
diaorang jumpa dalam dua kali seminggu ke, sekarang diaorang dah dapat rumah dah tau, rumah untuk ujung minggu bila diaorang jumpe, lagipun diaorang ni busy la, selalu wat show merata-rata tempat~~


comel kan nickhun~~
love you 2..hehe perasan pulak, ni dia cakap kat wife dia la victoria~~

victoria..:)


bisik ape la tu~~

KhunToria WGM S2
sweeetnya~~
okla, nanti aku sambung lagi cerita pasal diaorang ye, ni baru introduction je ni..hehe
daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, March 20, 2011

~~oRang YanG beRkULiT pUtiH LeBih Cepat KeLiHaTan Tua~~

yuhuuu~~
betol ke orang kulit putih lebih cepat nampak tua?
ni fakta baru aku dapat, adik aku kan blajar beauty and hair dressing, jadinya lecturee dia cerita la serba sedikit pasal jeragat, jadinya aku pun nak share la satu informasi baru dengan korang~~
kalau korang tengok kebiasaanya orang tua, eh tak sesuaila gunakan perkataan orang tua, lebih elok kalau aku gunakan perkataan orang yang dah berusia dan berkulit cerah, kulit mereka akan dipenuhi jeragat, kenape ye?
tapi aku ni belum berusia lagi pun dah naik jeragat dah ni, jadinya untuk mengelakkan kulit aku dan kulit korang berjeragat, korang biasakan lah pakai sunblock cream sebelum keluar rumah tu, cari yang SPF40 ye, macam-macam jename ade~~
aku pun nak start pakai sunblock cream pas ni, tak nak jeragat tumbuh semakin banyak~~
jadinya tadi aku pergilah farmasi dekat shah alam ni, sebelum mama babah balik johor hantar aku balik shah alam dulu, pergi farmasi nak cari sunblock cream, tak adalah pulak, tapi kan sempat cuci mata, handsome pulak mamat yang keje kat farmasi tu..haha gatalkan~~e
pas ni rajin-rajin la aku gi farmasi kan...euwww~~

ni sunblock yang aku pakai sebelum ni, NEUTROGENA tapi ni SPF 50, ni aku amik dari hospital je, tapi sekarang dah tak jumpe doktor tak boleh la dapat free lagi kan, kene beli la~~
daaa~~

p.s: jangan lupa cari sunblock cream di farmasi yang berdekatan, untung-untung dapat jumpe mamat handsome kan..haha

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, March 19, 2011

~~bEsT ke PerGi KEnduRi kAhWin?~~

yuhhuuuuu~~
penatnya hari ni seharian duduk kat kenduri kahwin cousin aku kat PANDAN LAKE CLUB~~
ceh, penat konon, bukan buat apa pun sebenarnya..hehe
korang suke tak pergi kenduri kahwin??
bestla pergi kenduri kahwin kan
1.Dapat pakai cantik-cantik~~
gila glamer kan, sebab ari ni aku dengan adik dah terpakai cantik-cantik kan,jadinya kita orang ditugaskan bawak bunga pahar..hehe
2. Dapat makan free, boleh makan banyak-banyak
ni memang sesuailah untuk aku yang suka makan ni, dikesempatan ini dapatlah aku makan banyak-banyakkan,tapi tak adalah smpai tambah-tambah nasi kan, sekali letak tu letak la nasi lebih sikit so tak payahla nak tambah lagikan.. kenyang sampai petang, ni makan nasi putih + ayam masak merah lauk kenduri..nyum2
3. Dapat amik gambar
ni pun memang aktiviti yang ditunggu-tunggu, bukan aku yang tolong orang amikkan gambar, tapi mestilah aku yang berada di dalam gambar tersebut, sesuailah untuk orang gila gambar macam aku ni kan, macam-macam style la nak posing kan, pengantin ari ni pun sporting, kak laila dan abang faisal..


ceh, ni gambar aku syok sendiri je ni, nanti aku letak picture-picture lagi ye~~


tahniah abang faisal dan kak laila, selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke SYURGA~~:)

coppp.. ada satu je aku tak suke tadi, DJ dia excited gila ar, dah macam kenduri kahwin artis, sebok dia jalan-jalan nak interview orang, disebabkan kitaorang tak nak diinterview, lepak la duduk kat luar..hehe
abis je kenduri, dia pulak yang semangat karaoke, nyanyi tak berenti-renti, nasib baik suara ok la kan..hehe
nanti aku upload picture lagi ye..da~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, March 18, 2011

~~wAh kt uMah Ada DaDaLi DAlaM kerEtA ade oPick~~

yuhuuu...
dari semalam aku tak buat ape sangat kat umah, online je kan, nape minggu ni tak stress and tak berape nak busy kan? sebab minggu ni kelas yang paling ditakuti oleh semua orang tak ada sebab lecturer tu busy..
selamat la kan minggu ni, minggu ni  memang la selamat, minggu depan tak tahu ar lagi kan..hehe
kerja yang dia bagi pun tak buat-buat lagi, aku boleh pulak duduk bersenang lenang.. memang saje cari nahas ar kan..:p
semasa aku sebok duduk melayari internet kan, tiba-tiba je aku dengar suara, eh kenape pulak ada DADALI kat rumah ni???
la, bukan DADALI ar, rupanya suara zura yang tersangat la merdu tu duk ulang-ulang nyanyi lagu DADALI,haha
sabar je la..
tapi lagu tu memang best ar, menusuk jiwa, jiwang ar pulak~~haha
lagu disaat ku mencintaimu, ulang banyak-banyak kali pun tak bosan ar, sebab tu cik zura tu duk ulang je lagu tu sambil menyanyi, dah nak tido baru la berenti nyanyikan, nasib baik ar tak nyanyi dalam tido kan,haha
yeaaa, ari ni pergi kelas naik kereta, dah dua hari naik bas, tak larat dah ni, ceh lupe daratan dah ni, sem-sem lepas bukan tak pernah naik bas, mengada lebih pulakkan tak nak naik bas..hehe
tak suka naik bas ar sebab korang faham-faham je la pelajar-pelajar uitm ni suke naik bas bertolak-tolak kan~~
thanks kak bel bawak kitaorang naik kereta selalu, sayang kak bel lebih arrr~~<3
bila masuk je keretakan, la, bila pulak OPICK naik kereta sekali nI?????
opick ulang-ulang nyanyi lagu rapuh, ni lagi satu lagu yang menusuk jiwa ar,memang best ar, suara pun pehhh~~
tapi rasanya macam suara pompuan pulak bila dengar betol-betol,bukan OPICK ar, tu suara kak bel ar~~

picture ni aku copy je~~ senang nak bagi korang nyanyi, lirik pun dah ade tu :)

tak tahu la sape berjangkit sape ntah~~
semalam satu hari zura ngan kak bel duk ulang nyanyi lagu opick+dadali..haha
layankan je la~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, March 17, 2011

~~Contest Adik-Beradikku Yang Cute~~

yuhuu~~
mata macam dah ngantuk kan, tapi boleh pulak blogwalking terjumpa satu contest yang menarik, membuatkan hati aku berkobar-kobar nak join contest ni..hehe
disebabkan adik beradik aku semuenye cute jadinya aku rasa memang layak sangat nak masuk contest adik beradik ku yang cute ni..hehe
contest dianjurkan oleh budak kampung~~
aku dah follow dah blog ni~~
korang boleh klik picture ni kalau nak join contest ni~~


tiba masanya aku menunjukkan picture yang aku nak pertaruhkan
tadaaaa~~~
ni dia~~

comelkan picture ni.. ni masa cuti last year kita orang gi universal studio singapore~~
adik beradik aku empat-empat perempuan, cuma along aku je tak ada dalam gambar, sebab dia dah kawin kan~~
yang kiri sekali tu angah aku fatimah hishamuddin
tengah-tengah tu aku
yang kanan sekali tu adik aku hajar hishamuddin

ni aku nak tag:

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~Contest sweet couple yang paling cool n comel~~

yuhuuu~~~
contest, contest, contest~~
jom la ramai-ramai join contest ni kalau korang rasa korang sweet couple yang paling cool and comel~~
disebabkan aku pun perasan yang kitaorang ni sweet couple yang paling cool and comel, aku pun join la contest ni~~
contest ni dianjurkan oleh dekcik~~
first kene follow blog dekcik dulu, yuhuuu.. dah follow dah, saya follower yang ke 289~~
sape-sape nak join click je picture ni k~~


ni gambar yang dipertaruhkan~~

tadaaaaaa~~~
comel kan, comelkan?
siap ada effact buble2 lagikan~~
ni masa kitaorang teman angah aku nak photoshoot kat istana garden, johor, untuk dia kawin, tapi nape pulak kitaorang over pulak ni..hehe
masa ni my sayang dah penat dah duk layan aku nak gambar je, aku kan gile camera, tapi dia tetap melayan kerenah aku kan.. comel kan, comelkan? korea sangat, nak peace-peace kan~~

rasa gambar ni comel gak, gambar malu2 nak bagi bunga kan..hehe

lastly, nak kene tag lima orang:
daaa~~~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~CONTEST : JOM COVER MULUT!~~

amboi.. sukenya kan nak join-join contest ni~~
hadiah kali ni pun lumayan sebab tu excited nak masuk, untung-untung menang kan..hehe
contest kali ni dianjurkan oleh cik nordiyana, sempena anniversary blog dia yang pertama pada 26 mac ni~~
syarat nak join blog ni mesti follow cik diyana~~
saya dah follow, follower ke 554, nombor macam bertuah je kanm..hehe
sape-sape nak join boleh klik picture kat bawah ni~~

 

gambar yang dipertaruhkan~~~
tadaaaaa~~

dah cover mulut dengan sandwich yang dapat free pagi tadi..
style tak~~

so, sekarang nak tag dua orang kawan la nak ajak join contest ni~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~KAMI SWEET CONTEST~~

yuhuuu.. contest lagi...
pagi tadi duk boring-boring sementara tunggu kelas kan terbaca pulak kat dashboard aku ade orang join contest ni, aku pun dah tak sabar sangat nak balik, nak upload gambar nak join contest ni~~
sebab dengan perasannya aku rasa kami sweet sangat~~
perasan gila kan..hehe
mula-mula macam biasa la, korang follow dulu blog penganjur ye~~
saya follower ke 210,:)
so, sape-sape nak join contest ni boleh la klik picture kat bawah ni~~

 

ni gambar yang aku pertaruhkan~~

ceh, aku rasa gambar ni dah cukup sweetttt dah~~
korang rasa sweet tak??hehe

nak tag:
angah
zura

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~sApe nak dApAt dUiT LeBih Lagi??~~

yuhuuu~~
amboi, terbeliak biji mata semua kan bila cakap pasal duit kan~~
selain daripa nuffnang korang boleh jugak nak dapat duit dengan mudah dengan join HEARTBEAT~~
aku pun baru je join HB~~
so korang click la aku punya HB, nanti aku click HB korang pulak

click je heartbeat kat bawah ataupun kat sidebar aku~~


kalau korang nak link pasal tutorial macam mana nak join HB ni
korang boleh click tutorial~~



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~rAsA nAk mAkAn suShi tApi BeKaS nAk LeTaK sUsHi tAk adA La~~

yuhuuu~~
duduk-duduk tak buat apa-apa ni kan tibe-tibe teringin nak makan sushi la pulak~~
kak bel buat sushi sedap tau, aku dah penah post kan sebelum ni, first entry aku tu, [making sushi]~~
nak baca, klik je entry atas tu~~
tapi tak boleh nak buat sushi la, sebab bekas yang kak bel nak letak sushi tu kan ada sorang MAMAT ni, ex BFF kak bel pinjam dah tak reti nak pulang~~ BFF la sangat..haha
ha, dia ni pun suke stalk blog aku sebenarnya, so, kalau kau dah terbaca,eh, bukan terbaca la, memang sengaja baca dan suke nak baca kan, jadinya kan kau mesti terasakan sebab bekas tu pada kau, tak reti-reti nak pulang ke~~
silakan la pulang dengan segera~~ rasanya dah setengah tahun kot kau simpan bekals tu~~
sekian, terima kasih~~
dah dapat bekas boleh la buat sushi, makan sampai pengsan..haha
nyum2~~

ni bekas aku, aku tak amik bekas orang lain la, mampu beli sendiri~~
sedapnya sushi.. 
mood: LAPAR!! NAK MAKAN
daa~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, March 16, 2011

~~1st Giveaway Zanariah Tap Blog~~

GA lagi?? kali ni GA dianjurkan oleh cik Zanariah Tap~~
excited nak masuk GA ni kan sebab teruja tegok hadiah tempat pertama tu~~
ni hadiah-hadiah yang disediakan:
1. Vintage dress dan satu kotak besar homemade chocolate
2. top blouse dan satu medium saiz homemade chocolate
3. homemade chocolate
teruja tak korang nak dapatkan hadiah tu, marilah ramai-ramai join contest ni, korang click je picture kat bawah ni~~


tapi kene jawab soklan dulu~~
"Berapakah berat badan saya sekarang?"
saya yang dimaksudkan tuan punya blog tu la~~ saya rasa 47kg.. betol tak??

lastly nak tag:

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR BIRTHDAY GIVEAWAY~~

wa... join GA lagi kan,banyak masa la kata kan~
kali ni GA dianjurkan oleh cik GKSB, ni pun sempena birthday dia 27 March ni, happy birthday in advance cik GKSB~~
senang je nak join GA ni, kalau korang berminat nak join GA ni korang boleh click picture kat bawah ni ye~~
nanti korang boleh baca syarat2 join GA ni ye~~


good luck ye kawan-kawan lain, mana la tau bertuah ke bul;an ni..hehe
nak tag cik zura la..



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~sApE nAk tEngoK cEriTa KaRak dEngAn AkU?~~

yuhuuu~~
disebabkan aku ni boring-boring sementara tunggu kelas pukul dua ni, pada hal banyak gila kerjakan, tapi malas je nak buat kan~~
jadinya aku pun saje la nak tengok movie-movie baru yang akan ditayangkan~~
aku pun bukak la trailer cerita karak-laluan puaka~~


memang seram la, kak bel penakot tak nak tengok pun, aku je yang semangat nak tengok, ceh, poyo nak cakap diri sendiri berani la tu, pada hal penokat gak..haha
yang ni aku jamin seram la, tak la macam khurafat yang memang khurafat tu~~ sempat lagi nak kutuk cerita khurafat, sori la ye, tak minat pun cerita khurafat tu..:p
tapi aku tak tau la bila cerita ni nak ditayangkan~~ agak-agak bila ye?
pastu agaknya kan ada tak sape-sape yang nak teman aku tengok cerita ni, jom ar teman, jom ar teman (dah buat muka paling comel dah ni...euwww..)

pengarah cerita ni adalah Yusry KRU, penulis skrip Norman KRU~~
aku dapat informasi cerita ini berdasarkan kisah benar, tak tahu la betol ke tak, korang search la sendiri cerita ini betol ke tak ye~~ cerita ni Shahir AF yang berlakon tau, first time dia berlakon, tak tau la hebat ke tak kan.. biasalah, mane ade orang yang mula-mula berlakon terus ok kan.. daripada tak ok tu la dia orang akan improve lame-lame jadi ok.. betol tak? hehe

jom kita ramai-ramai tengok trailer ni, tak payah ar tutup-tutup mata.. tak syok ar..hehe




jadi kan nak teman tengok cerita ni??

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~tUnAnG kAk BeL dAn AMaD??~~

Yuhuuuu~~~ terujanya nak update blog..hehe
cerita ni dah lama dah tapi disebabkan dapat picture lambat, tu yang aku lambat update cerita ni~~
tajuk bukan main lagi, baca mesti macam nak pengsan kan korang semua, kak bel dengan amad tunang??? biar betol kan?? diaorang sebulat suara memilih hari sabtu, 12-03-2011tarikh pertunangan mereka~~
la, korang tak percaya lagi ke??
ni betol-betol, bukannya cobaan~~ haha
korang tak percaya, tengok la picture pasangan bahagia ni..

selamat bertunang kak bel dan amad, dah macam gambar kawin kan..haha
























hahaha.. korang tak puas hati lagi ye..haha
sebenarnya bukan amad dengan kak bel yang tunang, tapi diaorang ni kan memang over je lebih, wah sentap pulak..haha
yang sebenarnya tunang adalah...
ERYN..
tahniah eryn, semoga bahagia, cepat-cepatlah kawin ye..hehe


wah.. eryn tayang cincin jeles i tau~~ i nak gak..hehe bila la nak tunang pulak kan, nak jadi cam eryn, tunangan orang~~hehe

tapi sedihla, tak sempat tengok eryn disarungkan cincin oleh bakal mak mertua dan eryn kene makan gula~~
orang penang memang adat dia kene makan gula masa tunang tu, darah manis katenya~~
disebakan tunang eryn orang penang, eryn pun kenelah makan gula jugak, tahniah eryn, sedap tak makan gula??hehe
kitaorang lambat sikit sampai sebab sesat nak pergi umah eryn..hehe

sempat lagi paksa amad amik gambar dalam kereta~

sampai pukul tiga lebih, memang dah lapar gila tau daripada pagi tak sarapan langsung~~hehe
sampai je jumpa eryn apa lagi terus la makan~~
aku makan nasi putih+ayam goreng+udang sambal.. makan banyak-banyak tau, membesarkan perut je kan..hehe

siap makan sempat lagi amik gambar~~

bersama hantaran, muka aku tu dah kenapa..hehe

memang paling suka amik gambar kat tingkap~~hehe

ha, yang ni paling kelakar, kitaorang saja-saja je suruh eryn amik gambar baling bunga, pastu buat-buat nak sambut, kononya orang yang sambut tu lepas ni turn dia la pulak tunang..hehe
tu main-main je bukan betol pun~~
ayu la paling kelakar, dia siap macam main bola jaring nak berebut bola, siap tapis bunga tu pastu bunga jatuh atas kerusi dia amik cepat-cepat, kelakar gila, punyalah nak kawin cepat...haha
pastu ayu dah malu sendiri..haha
brown cepat-cepat la pinang ayu, ayu dah tak sabar dah..hehe

tengok tu, tangan ayu paling tinggi nak capai bunga, aku relax je..hehe

eryn nanti kahwin jemput dijah ye~~
pertunangan kak bel dengan amad bila pulak ye, diaorang terus kahwin je kan, kan?hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, March 15, 2011

~~big MommA~~

amboi tersangat la happy kan bila diumumkan yang kelas cancel~~
horeyyy, rasa nak menjerit sampai satu uitm dengar kalau boleh tau, bukan senang kelas nak cancel, kalau kelas aku cancelkan sendiri biasala kan..hehe
so, macam-macam plan la kan sementara nak tunggu kelas pukul 4 ni konon2 nya nak makan mcd je, konon2 je la kan~~
sebab kan hari ni memang macam tahap yang lapar gila-gila, aku siap order bubur besar+set ayam goreng mcD~~
memang betul-betul tahap melantak ar, tapi bubur aku bagi gak kak bel, zura, eryn rasa.. tapi sikit je la kot..hehe
ayam pun tak adalah abis pun, makan satu je pun, konon niat di hati nak makan masa tengok wayang lagi seketol tu, tapi langit tak selalu cerahkan, uikksss, tak kan lah ujan dalam wayang pulak kan.haha
tragedinya bermula disini~~
chop2 sebelom terlupa kan, niat di hatikan tak nak beli apa-apa kan, tapi sebelum nak masuk wayang tu boleh pulak melencong kat F.O.S, ada buy one free one pulak, ape lagi meroyan la aku ngan kak bel, ngan jojo2 la sekali meroyan..haha jojo sekali terbeli, aku share je dengan kak bel, murah je la, dapat la baju cantik RM14.50 boleh la pakai pergi sabah, kalau tak baju tu RM29, gila tak gila..haha
berbalik kepada cerita tadi, sebelum nak masok tu, pompuan tu sebok ar pulak nak check beg ar siap pakai torchlight lagi, aku ingat air mCD tak lepas masok, rupanya ayam goreng pulak tak lepas, punah segala harapanku..haha dia siap kejar jojo sampai kat dalam wayang tu lagi sebabkan jojo tak nak tunjuk beg dia sebelum masuk, ha, ko bukan jumpe pun pe kan, gelabah pulak dia tu~~

aku duduk membebel lupa pulak nak cerita aku tengok cerita ape, aku tengok cerita big momma~~
yang menjadikan lagi best tu bila tiba-tiba aku dapat message, kelas kul 4 cancel, waaaaaaa, suke2, bagi orang pemalas macam aku memang suke la kan, rasa macam nak golek-golek je dalam wayang..haha pas abis ni boleh ar shopping lagi kan..haha

big momma~~

dia ni adalah ejen FBI, anak dia ni mengekori ayah dia sebab nak dapatkan tandatangan ayah dia untuk dia terus jadi popular, anak dia ni minat muzik~~
semasa dia mengekori ayah dia, dia ternampak satu kejadiaan bunuh, jadinya dia merupakan saksi dalam kejadian tu, orang jahat tu apa lagi la, mestila nak bunuh dia kan sebab dia saksi~~
untuk mengelakkan mereka dikenali jadinya diaorang menyamar, ayah dia menyamar sebagai big momma pengasuh kat kolej perempuan dan anak dia memasuki kolej tersebut~~
kat sinilah macam-macam peristiiwa berlaku~~
anak dia jatuh cinta dengan seorang pelajar kat kolej tersebut~~
memang gelak golek-golek la masa si zura tengok cerita ni, dengar suara dia je kat wayang ni.. jojo dah tak sanggup nak duduk sebelah zura..haha
cerita ni memang kelakar ar, memang gelak je la kan, tapi tak over ok..hehe

yang tak best ni belakang kitaorang kan couple seat, yang mamat belakang aku ni memang selekeh agaknya, dengan sendawa banyak kali, sedut higus lagi, pastu call dalam tu nak cakap kuat2~~
control la sikit perangai tu depan orang, girlfriend ko tak malu ke~~ geli ok!!

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~zUrA mAnDi SAbUn + TePung~~

yuhuuu...
banyaknya masa minggu ni kan nak update entry tiap-tiap ari kan~~
tajuk entry bukan main lagi.. hari ni birthday cik zura kita~~
housemate merangkap classmate saye jugak teman bergaduh+berperang mulut semua la~~
mesti zura ingat kita tak ingat birthday awak kan, tu semua lakonan je, wa dah wat perancangan baik punya(tiba2 mood ganas la pulak)..hehe
nasib baik ari ni kelas sampai tengah ari je, ayu pulak tak ada kelas kan, kebetulan zura ngan eryn nak amik gambar tuk letak kat resume diaorang, memang kebetulan yang baik, so, dapat la kitaorang membuat preparation yang baik~~
ayu dah beli bahan-bahan untuk buat bihun~~
aku dengan kak bel beli kek kat kedai baru kat seksyen 7~~
best jugak ar kedai tu, sementara beli kek sempat jugak ar kitaorang ni beli tart telur kat kedai tu, sedap jugak la, lapar punya pasal kan..hehe
yang si zura dengan erin and jojo amik gambar bukan main lama lagi, korang kalau amik gambar tak cantik jugak tak tau la kan..haha gurau kasar nampak~~
tak tahan tunggu korang kitaorang dah abiskan satu bekal nasi goreng yang dibekalkan oleh mak kak bel, sedap tau..hehe sebab tu la dija dah kenyang tadi sebenarnya, pandai tak kita berlakon..hehe

zura mula-mula balik tu, dia terkejot la kitaorang nyanyi lagu birthday siap ada kek lagi..hehe
muka pun dah nak nangiskan, tak payah ar zura nak buat-buat drama air mata ni, wa tak layan ar..haha
apa pun dija nak ucapkan happy birthday~~
semoga panjang umur, murah rezeki and cepat-cepat la jumpa jodoh kan..haha
tak nak adam rafael macam jojo ke?hehe

selamat hari tua zura~~

zura control nangis dah ni~~

picture diambil oleh anak buah ayu, menjadi jugak gambar~~

zura bersame anak-anak~~

excited dah ni tunggu kek~~

paling romantikkan~~

berlakon sangat~~

wa, jojo pun kene suap~~

laparnya ayu~~ mulut raksasa

ingat kita orang sambut dengan tenang ke..
sabar ya zura, cik khadijah akan berlakon dengan mantap, memang hebat la lakonan cik khadijah kan~~
akhirnya zura berjaya dimandikan dengan air sabun + tepung~~
tahniah semua~~
ni la hasilnya~~

zura=zombi~~ muka redha je~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, March 13, 2011

~~aBsOLuTe BoYFriEnD~~

yuhuuu... baru pas abis tengok satu lagi jepun series zettai kerashi = absolute boyfriend~~
aku tibe2 kemaruk sangat tengok cite jepun ni sebab aritu masa cuti sem tak ada keje kan, aku pun layan sampai abis 5 series jepun la jugak kan, punyalah tak ada keje kan~~
aku amik masa berminggu2 jugak la nak abiskan cite ni, konon busy sangat la kan..hehe cite ni memang best ar, rugi kalau korang tak tengok tau~~

absolute boyfriend~~

ni aku cerita serba sedikit kisah zettai kerashi ni~~
cerita ini mengisahkan robot kekasih, sebabkan heroin ni(izawa) belum ada boyfriend jadinya dia dipilih untuk mencuba robot yang dihasilkan oleh syarikat tersebut~~
yang bestnya, semua ciri-ciri kat robot kekasih ni, izawa tu boleh pilih sendiri tau..
dia nak lelaki yang pandai masak, sedikit jeles, hensem, macam-macam la karakter lagi~~
bestkan boleh dapat lelaki idaman macam tu ikot yang kita nak kan~~
untuk hidupkan robot ni, dia kene kiss robot tu~~
yang parahnya kan bila orang lain kiss je robot tu dia akan setting semula dan menganggap tu kekasih dia..
korang nak cam tu?? senang je la boyfriend kene rampas kan kalo camtu..hehe
mula2 dia macam rimas dengan robot tu, sebab ikot je dia ke mana2 tau
pastu ayat dia sama je dia ni izawa ideal boyfriend~~

bila lama-lama kan Night(robot) tu dah betol-betol berperasaan macam manusia~~
dia jeles bila izawa dengan boss dia~~ 
jeles masa dengar boss dia luahkan perasaan~~ selalu ada bersama dengan izawa, protect dia~~
pastu dia romantik gak tau, siap cakap dia sanggup hidop ngan pompuan tu, walaupun 10,30 ataupun 100 tahun lagi~~ dia selalu cuba buat pompuan tu happy.. sampai la izawa tu boleh terima dia~~
tapi ending dia sedih la.. aku menitiskan air mata la jugak~~
korang nak tau ending dia tengok la sendiri.. tak nak cite ar~~

bestnya dapat boyfrien macam tu, pagi-pagu buatkan sarapan, selalu ada disamping kita, ada ke??
ish.. bersyukurlah cik khadijah dengan apa yang ada, boyfriend saya jauh lebih baik ok, puji boyfriend sendiri nampak..hehe
esok dia nak exam, exam besar ni, penetuan masa depan ni~~
korang tolong doakan dia berjaya dengan cemerlang ya..:)



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY~~

ceh, banyaknya masa terluang, disebabkan terlalu banyak masa terluang ni, aku pun saje la join cik mimi GA ni~~ ni 1st GA yg dianjurkan oleh cik mimi~~ cik mimi nak bagi adiah sebab birthday dia bulan april ni, kebetulan pulak kan birthday saya pun bulan april~~
jadinya saya ni pun saje je nak cuba nasib mane la tau menang ke kan, bertuah ke kan~~


sape-sape yang berminat nak join GA ni, boleh click picture ni~~
untuk GA ni saya nak tag:


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, March 12, 2011

~~bAby sittEr o BabY sittEr~~

selamat bercuti sekolah bagi adik-adik yang bercuti sekolah~~
cuti sekolah ni, kakak ayu antar anak-anak buah dia yang comel-comel dan tak reti duduk diam kat umah sewe kita orang~~
sebelum ni dia orang dah pernah duduk umah ni dah, tu yang diaorang tak kisah tu, cuma kali ni lama sikit la, cuti sekolah seminggu, seminggu la diaorang duk sini~~
pelajaran pertama: ceh, siap ada pelajaran pertama lagi kan~~
aku tak suka budak2 kecik bahasa kan diri diaorang aku kau, sebab daripada kecik lagi babah aku memang tak bagi cakap aku kau, tapi dah besar ni, ikot suka ati je cakap kan~~
aku suruh diaorang cakap i, you, haha comel sangat~~
yang kecik tu asik tersasul je, bila aku cakap je ha, cakap apa, tak boleh cakap aku, cakap apa?
dia pun mula la pikir, i kan? ikot suka ati je~~haha
comel sangat kan~~
so, nanti bila dah ada anak aku nak dia orang bahasa kan diri saya ataupun nama, kan lebih comel kan~~
kakak dia dah sekolah rendah, dia suruh ajar sains, memang tak ingat la dah kan, lagipun tak minat sains la, kalau math ok la kan~~
bila jaga-jaga diaorang ni teringat si kecik izzah kat umah, rindu pulak~~
dengan adanya diaorang kat umah, aku terpaksa la bangun tidur awal kan, sebab diorang ni pukul 7 dah bangun, tapi aku bangun lambat gak sebenarnya..hehe tutup pintu, diaorang tak kacau la kan~~pandai tak..hehe
ari ni birthday baby, tapi semalam lagi kitaorang dah celebrate, tapi baby terkejut + malu agaknya, terus dia terdiam tau, cam malu2..haha kelakar je, biasanya budak kecik kan excited sikit bila sambut birthday, dia jadi lain pulak~~

ni picture diaorang~~

ni diaorang tengah leke tengok cerita zoo~~

happy birthday baby yang ke 5~~ muka terkejut~~











TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-