Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, May 31, 2011

~~Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip~~

yuhuu~~
dah lama tak join give away kan..
disebabkan terlalu banyak mase makenye saya nak join GA yang dianjurkan cik nisa~~
mane la tau kali ni ade rezeki nak menang ke kan~~
hadiah-hadiah pulak di sponsor oleh:


sape-sape nak join boleh klik banner ni ye~


okla, saye nak tag:

daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, May 30, 2011

~~nak lelaki romantik macam SETH TAN~~

yuhuuu~~
penuh home facebook aku semua kawan-kawan update pasal cerita nora elina, termasuk la aku kan..hehe
aku tak adala nk 100% macam seth tan kan, aku nak yang baik dia je, romatik + sweet sangat2, yang paling penting dia sayangkan nora kan~~
sanggup bagi ape saje untuk isteri yang disayangi tau, dtermasuk la favourite car dia kan, kan orang cakap lelaki ni kerete bini pertama kan, tapi seth takmacam tu~~
yang lagi best shopping nak bagi credit card, tu buat aku lagi teruje..hehe
tapi saya nak lelaki yang boleh membimbing saya, bukannye kaki botol dengan orang yang tak semayang~~
aku pun dah ade lelaki yang cukup kriteria tu semue lagi special dari seth tan yang diidamkan oleh semue wanita diluar sane ye~~
doakan jodoh kitaorang berkekalan..amin..:)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~eiga o mimasho "kUng fu panda yang comel"~~

yuhuuu~~
ari ni aku tengok wayang movie yang ke 4 sepanjang aku cuti ni~~
beriya nak cakap jepun kan..hehe
eiga o mimasho tu jom tengok wayang..hebat kan, padahal tu je yang aku pandai sebenarnye..hehe
pe komen pasal cerita kung fu panda ni ye??
sedap kan wat bantal pelok panda yang comel ni~~


masa mula-mula tengok cerita ni agak mengantok gak la wei..
bukan sebab cerite ni tak best ye, sebab hari ni aku bangun terlalu la awal, nak teman adik pergi kolej ade exam, aku punya tugas jaga anak kecil tu ye, budak jepun tu ye, sebab mak dia jadi model adik, disebabkan aku baru pas operation tak boleh la nak jadi model urut2 ni, kalau tak dah ilang dah semua lemak aku, kurus beb~~

comel kan, nama dia kaimay~~

berbalik pada cerita kungfu panda yang comel tu, aku tengok cerita ni sebab aku memang tengok yang first and disebabkan budak jepun ni ade, kalau bagi tengok cerita len tak paham pulak kan~~
tapi diaorang pandai tau cakap bahase melayu, kagum ar, baru je datang sini tau~~
belajar masakan melayu, pergi kenduri kawin angah aritu siap pakai baju kurung ngan selendang, tadi shopping kat jusco nak beli baju lengan panjang.. kagum2~~
pada aku best la dan comel sangat, kelakar pun ade.. sesuaila untuk aku yang perasan kanak-kanak kan~~
nanti mesti ada sambungan lagi kan, kenape aku cakap cam tu, korang tengok la sendiri, tak suspend la kan~~
ada pengajaran gak cerita ni, siapa masa lalu kita tak penting, yang penting siapa kita sekarang ni kan..

semalam aku tengok movie karak, banyak aku baca komen2 semua cakap tak bestkan~~


dengan bangganya semalam aku bawak kerete sendiri dengan adik, padahal pergi u mall je, dekat je pun dengan rumah~~
ok, la kan daripada tak bawak kerete langsung kan..:)
bagi aku ok je la cerite karak ni, memang la cerita tu tak seram sangat..
tapi ade gak jalan cerita dengan babak2 yang kelakar, tapi aku cume tak suke bila hantu tu cakap bahasa baku, burok sangat ok~~
tapi ade gak pengajaran dari cerita ni kan cam selama ni beriye kita hafal ayat kursi tapi tak tau maksud, sebab tu bile di saat2 genting kan, kita baca ayat tu pun tunggang terbalik kan~~
aku suke sebab pengajaran cerita ni dengan, bab2 nak melepaskan orang tersayang kita pergi selamanya tu yang memilukan, sedih la bab2 cam tu~~
masing2 ade pendapat masing2 kan~~
daaaaa~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, May 27, 2011

~~hotpot potatoes.. yummy2~~

yuhuuu~~
mesti korang excited nak tau beli apa kat juscokan lagi2 yang suke stalk blog aku kan?? hehe..
ade ke orang nak stalk blog aku ye? perasan je kan..hehe
gi jusco tadi sempat gak posing2 tau~~

gambar dengan adik, kat toilet pun jadi~~


sedapnya cokelat ni, kat sini mahal gile, kat langkawi murah la, kat sane tak pulak gi beli banyak2~~
ade sape2 nak belikan tak?~~

shopping2~~

aku beli bahan sebenarnye nak buat hotpot potatoes~~
pe jenis makanan la tu kan, aku try je, sebab semalam angah cari resepi nampak cam sedap je kan~~
asik nak makan makanan western je kan~~
aku dengan adik bertungkus lumus la menyediakan bhan untuk buat hotpot potatoes~~
buat dia tak la susah sangat, bahan-bahan pun senang je, ni pun resepi kitaorang dah olah sendiri mengikut cita rasa kitaorang ye~~

bahan-bahanya:

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
1 biji capsicum -didadu
5 sosej
Garam

Topping:




7 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. boleh je ye nak tambah lagi.. mengikut citarasa anda ye~~ 
Keju Mozarella

ni bahan2 yang dah siap sedia untuk digoreng ye~~

first, tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, sosej, capsicum, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. lupe pulak nak amik gambar kentang pas dah susun2..hehe

Taburkan dengan cheese Mozarella atau pun dengan cheese biasa pun boleh. disebabkan kitaorang ni suke sangat cheese kan, tak cukup dengan mozarella, cheese biase pun kita orang tabur..hehe


Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam. tapi kalau korang nak lebih sedap, supaya cheese tu macam tak hangus kan, mula2 tabur cheese dulu, bakar dalam 30 minit, pastu baru korang letak lagi cheese and sambung bakar semule.. baru la cheese dia tak keras sangat ye~~

tengok la hasilnya~~
tadaa~~


rupe memang buruk sikit, tapi sedap tau..hehe..
wahida pun langkah kanan tadi kan dapat la merasa hotpot potatoes dengan tart telur yang angah baru jugak cuba buat amik resepi kat internet, sedap kan, kan? hehe


lupe nak amik gambar tart telor la..hehe
amik pas dah potong separuh..hehe





tart telur yang sedap~~


selamat mencuba ye kawan2~~
daaa~~





TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~shopping~~

yuhuu~~
excitednya nak shopping kan~~
nama pun perempuan kan, pantang nampak bende murah semue nak belikan, eleh laki pun lebih kurang kan..hehe same je semue~~
termasukla aku yang semakin boros, tak boleh ade duit sikit, kalau banyak duit pun abis jugak kan..hehe




nak beli pe ye?
ce teke, ce teke..hehe
biasanya shopping nak beli baju la, handbeg la dan yang sewaktu dengannya la kan~
ari ni nak shopping bahan-bahan untuk mencuba resepi2 yang telah dicari dan dibookmark semalam~~
nak tau nak buat ape??
nak siap gi jusco la~~
Tunguuuuuuuu~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, May 26, 2011

~~cheezy meatball crispy sangat sedap..nyum2~~

yuhuuu~~
dah lame tak update pasal makanan kan, kate food lover kan~~
disebabkan aku dah sihat ni, make selera makan semakin besar la kan, kembali ke asal la kan~~
disebabkan cuti yang terlalu panjang, tak ada apa nak buat, asik lapar je pulak kan, macam-macam makanan la ku rasa nak makan kan~~
sebenarnya aku tak la rajin nak mencuba masak-masak ni, adik yang rajin, dia yang ajak aku masak, jadinya aku pun dengan langkah terpaksa pergi la ke dapur untuk memasak...
dah masak excited pulak nak cuba masak bende lain yang best2, makin gemok la pas ni..hehe jadinya angah la dah carikan kat internet resepi2 yang best, siap dah bookmark dah tau, semangat gila ni..hehe
berbalik ke cerita asal ye, kita orang namakan resepi yang best ni chezzy meatball crispy.. nama pun dah power kan, sedap ke tak ye? ha, korang try la sendiri ye..
senang je wat chezzy meatball crispy yang sangat sedap ni~~
meatball tu, aku cuma gunakan daging burger, kalau korang tak makan daging cam akma love kan, korang gunakan la ayam ok~~

burger daging~~

nama pun chezzy kan, jadinya mestila ada cheese

cheese~~

pastu cam biasa je korang golekkan je meatball dalam tepung dan jugak cornflakes~~
nak bagi rangup kan~~
first step, korang penyek2 la kan daging burger tu, supaya daging tak mentah korang goreng je dulu tanpa gunakan minyak ok~~
then, kepal2 kan daging dan masukkan cheese dalam bebola yang dah dikepal tu ye~~

bebola cheese~~

aku rasa kan bertambah sedap lagi, sebab air tangan aku tu, aku yang kepal2, ni la cara nak tambat hati suami  nanti, amboi dah buat preparation nampak..hehe
pastu golekkan je bebola dalam tepung and goreng je~~









dah siap~~


pastu korang boleh la makan dengan lahapnya.. amboi, jangan lahap sangat, baca la doa makan dulu ye~~
pastu kan ikot creativity korang la, nak makan macam tu ke, nak makan dengan cili sos ke~~
disebabkan aku lagi creative dan kuat makan, makan la dengan bihun ye.. nyum2~~


sok nak masak ape pulak ye??
TUNGUUUUUUUU~~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, May 25, 2011

~~lagu tanpamu yang menusuk jiwa~~


baru lepas tengok movie nur kasih jadinya semangat nur kasih lagi la kan~~
suke giler dengar lagu tanpamu dalam cerita nur kasih, menusuk jiwa la.. jiwang la pulak kan~~
lirik dia penuh bermaknala~~
lagu ni nak tuju kan kat orang tersayang la = Mohd zaki yunos~~
hayati la lirik dia ye sambil dengar lagu ni~~


Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Korus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Korus

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

~~Nur kasih the movie memang best la, meleleh-leleh air mata~~

yuhuuuu~~
balik je rumah terus nak update blog, semangat giler la..hehe
tadi tengok wayang dengan adik filem yang ditunggu-tunggu sekian lame tu kan nur kasih the movie~~


memang best la cerite ni, sedih, tapi aku kan baru je feeling2 kan, adik kat sebelah kacau pulak, dia cakap adik tak sedih pun sebab remy ishak berlakon, adik tak suke remy ishak, aku pun tak minat gak remy ishk tu,tapi layan je lakan sebab cite ni memang best, aku menghayati habis sampai meleleh2 air mata~~
pastu dah nak abis adik bising lagi kenape nur dah tua macam tu, tak cantik pun..hehe
orang sebelah pun duk cakap "cam ni ke muke nur bila dah tua" hehe
makeup je la nur tu supaya nampak tua kan, jimat pelakon..hehe
bagi aku cerita ni best sebab kita macam tak boleh nak jangke tau jalan cerita dia, biasanyakan bila tengok cerita kita mesti macam dah leh agak pas ni pe berlaku, pas tu ape pulak kan, dah macam pengarah kan..hehe
aku dah boleh jadi pengkritik filem kan..:P
lagi satu sedih sebab macam mane kita tak sanggupnya berpisah dengan orang yang paling kita sayang, sampai adam sanggup korbankan nyawa dia hanya untuk nur.. macam mana sayangnye suami kat isteri kan~~
ade ke orang yang sayang kita macam tu kan?
mestilah ada kan, kalau tak tak kan la gugurnya air mata lelaki mase aku sakit aritu kan, terharu tau~ 
terima kasih sayang..:-)
so, korang-korang yang belum tengok cerita ni pergila tengok ye di pawagam berdekatan~~
hehe, khabir bakhtia bayar aku tau suruh promote cerita dia ni..
next movie
KARAK!!!
tunggu~~~~

sempat lagi nak amik gmbr sblm g tgk movie~~

pakai baju baru tau~~ orang tersayang bagi, ceh, semangat~~

nampak gemok kan~~ huhu

adik~~



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, May 24, 2011

~~SaYa NaK bAbY!!! SaPe LeH BAgi SaYa BaBy??~~

amboi.. baru sihat dah mengade-ngade pulak, nak mintak-mintak baby pulakkan, sebenarnya nak kahwin cepat kan, saje gunakan baby sebagai alasan kan...haha tak adalah, tapi kan seronok la, sekarang ni banyak dah dapat jemputan kawan-kawan aku kahwin, tapi sori la sebab aku tak dapat pergi~~
ex-roomate aku kat segamat kak yati pun dah nak kawin.. tahniah kak yati~~
insyaAllah kita datang ye..:)
aku bila pulak ye?? haha.. tunggu je la, blaja pun tak abis lagi kan, ade hati nak pikir pasal kahwin..hehe
dah, dah.. aku bukannya nak cite pasal kahwin la, aku nak cite pasal baby~~
excited sangat, 15hb 4, along aku bersalin lahirkan anak perempuan yang tersangat la comel, mestilah macam aunty dia yang comel ni kan.. perasan pulak kan..:-p  
 mestilah sangat-sangat la suke, ni anak buah aku yang pertama tau..:)
nama dia nur afrina.. sesuaila nama dia dengan maksud dia, maksud afrina keputih-putihan~~
suke, suke, suke!! over pulak kan~~hehe


ade bakat kan pegang baby~~ masa ni dia baru je tiga hari~~

omelnya dia tido~~ 

macam laki kan?~~

ni pas baby rina cukur~~

sedapnya dia tido~~



Rindunya kat baby rina yang comel~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, May 23, 2011

~~Alhamdulillah~~

Alhamdulillah~~
 bukan nak cerita pasal lagu Maher Zain ye~~
saje nak menulis setelah lame menyepi kan diri :-)
orang pun mungkin tertanye2 kan kenape dah lame tak update blog??
ade ke orang yang tertanye2 ye? 
tak kisah la, tak ade orang nak tanye pun nak jugak share cerita~~
orang cuti study week study kan, tapi selalunye aku tak study pun dah nak exam dekat baru study..hehe sangat lah malas kan.. tapi kali ni aku menghabiskan cuti study week kat hospital~~
bukan saje2 nak duduk hospital kan, sampai dah boring duduk kat hospital, susah nak tidur, macam2 la kan~~
alhamdulillah sekarang pun dah sihat, walaupun mase kat hospital kesihatan aku terok jugak la kan, aku masuk hospital sebab appendcs pecah~~
bersyukur sangat aku beransur sihat sekarang ni berkat sokongan keluarga tersayang, mama babah angah adik along, jage aku sepanjang aku sakit, my sayang hari-hari datang melawat kat hospital, kawan-kawan baik aku yang datang melawat, mas yang jage aku kat hospital, kawan-kawan yang antar mesej, bagi sokongan & doakan kesihatan aku..
berkat doa semua orang alhamdulillah aku sihat~~
thanks jugak kat kak bel, ayu ngan zura kemaskan barang-barang aku kat rumah tolong angkatakan, terharu sangat~~
bersyukur sangat, dalam keadaan sakit, ramai orang-orang yang tersayang sentiasa berada kat sisi aku~~
sayang korang semua~~
keluar hospital aku pun berpantang gak, makan bubur dengan ikan haruan je~~
sape kate ikan haruan tak sedap?
sedap je aku makan..hehe
mase makan macam tu memang kurus la, sekarang dah boleh makan semue aku makan je dah bertambah semule la berat badan ni..hehe
nak kurus balik la, kene makan bubur je la...hehe
nak makan la, lapar pulak~~
daaaa~~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-