~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, October 31, 2012

Wedding Preparation 23: Misi 30 Hari di Jaja Beauty and Hair Saloon

Selain Persiapan luar yang boleh dilihat melalui mata kasar persiapan diri juga amatla penting, untuk memastikan diri sentiasa cantik lagi lagi di mata suami nanti semasa majlis dan selepas majlis. aku ni kiranya beruntunglah tak payah la nak gi survey survey harga kat spa yang berdekatan, sebab kat rumah aku sendiri memang dah ade spa, dan adik aku adalah beautician dan jurusolek mase akad nikah dan majlis di tempat aku nanti, di sebelah encik tunang dah ade orang yang makeupkan nanti. Makanya segala aktiviti yang aku buat free je la kan, tak amik kesempatan ye adik aku yang baik hati mengofferkan diri nak buat bende2 ni, sebab ni memang minat dia, pasni adik aku dah keje kat spa, tapi dia start 15.12 lepas majlis dah selesai nanti, adik dah siapkan jadual untuk sebulan ni, kiranye misi 30 hari la, tapi jadual tak muat, nanti dah habis 2 minggu ni, sambung lagi

antara aktiviti yang terkandung dalam misi 30hari, sauna, facial, body massage, hair treatment dan 
sauna ni bukan setakat membantu untuk kuruskan bagus jugak untuk dalaman, tapi untuk perempuan je hokey, korang jangan pulak gatal gatal suruh laki korang bersauna pulak, dah tak nak anak tak pelakan, seminggu nak buat 3 kali la, yang lain lain ni ikot jadual, tapi seminggu sebelum majlis akad nikah nak buat manicure ngan pedicure la, adik reti je kalo nak buatkan, tapi kat spa tak ade alatnya, mengada la sikit nak kuku jari kilat kilat mase sarungkan gelang kan, bersinar nanti
jom layan picture di jaja Beauty and Hair Saloon




ni aku yang tulis ye..hee bangga

korang semue gi la serbu kat spa yang berdekatang ye, pakej untuk sebulan kebiasaannya sampai menceceah rm1000++ la , aku pernah buat entry untuk step facial, ada kat entry [Facial], lenguh tangan nak tulis nama nama kat kad ni, nak sambung tulis nama la 


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, October 30, 2012

Wedding Preparation 22: Candy Buffet

penatnya hari ni perjalanan jauh dari bandar sri putra ke johor, ececeh cam la aku yang drive kan tadi, padahal dua jam setengah perjalanan tadi aku tido je pun, lenguh sebab tidur duduk, tapi tadi suruh babah gerak lambat sikit pukul 2.30 petang sebab aku nak tunggu al humairah' update diaorang punye tudung hoodie, pilih je kod mane yang aku nak, aku teros mesej angah suruh angah orderkan, aku bukan nak satu ye nak tiga, hoodie tu best sebab labuh gak la, pastu ade 2 colour, kalo beli 3 kan dah ade 6 colour, angah memang pantas la, order 9 berjaya dibuat, start esok dah boleh tunggu hoodie sampai boleh berangan pakai la pas ni, aku asik tengok video ameera zaini ulang ulang kat youtube sebab dia sangat comel pakai hoodie tu, bajet cantik macam ameera zaini la lepas pakai hoodie tu kan haha
stop cite pasal hoodie yang dah selamat dibeli, mari kita bebel pasal wedding preparation, tinggal sebulan lebih lagi ni, mula la rase dup dap, risau, doakan semue berjalan lancar ye.. Sekarang semue majlis nak buat candy buffet kan, bukan sekadar majlis kahwin je, macam macam macam majlis pun boleh je nak but candy buffet ni, engagement day ke, birthday party ke.. untuk candy buffet ni boleh la letak segala manisan macam gula gula ke, choclate ke, cupcake ke, marshmellow ke, ikot kreativiti sendiri la. mule mule aku tak rase pun nak buat candy buffet ni, sebab memikirkan cost yang perlu ditampung ke ditanggung? Adik la berjaya menghasut aku, ni semue gara2 tengok bekas yang cantik cantik kat daiso yang hanya berharga rm5, rase cam sesuai je nak letak candy2 tu nanti, dan bila dah ade candy buffet tak perlulah nak bagi kanak kanak gula gula kan mase majlis tu, diaorang boleh makan teros je dari situkan, aku tak beli pun plastik untuk letak gula gula, ade lebih angah punya haritu, jadinya tak la membazir kan, mama pun dah berjaya dipujuk, mama setuju je, cuma sekarang tengah memikirkan decoration for my candy buffet nanti, haruslah mintak pertolongan encik google kan

sweet je kan, pink colour, haruslah candy2 tu sweet






aku suke idea yang gunakan bakul tu, nantila nak kene beli bakul dulu kat daiso, cari jugak kalau ade botol yang sesuai, aku rase aku punye meje tak berape besar sangat, bawak je dari rumah, dua round table, satu untuk candy buffet and satu untuk guestbook corner, for decoration nanti aku rase beritau je angah aku nak macam mana, jadinye dia akan datang awal pada hari tersebut untuk deco candy buffet and guest book corner, buat sesimple mungkin je, nak gunakan frame jugak la nak tulis menu di atas candy buffet tersebut, tengok segala macam makanan sweet sweet kat atas buat rase nak makan gula gula la, tak sabar nak buat hiasan, minggu depan dah nak start deco my photobooth la untuk majlis akad nikah :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, October 29, 2012

Another One Month

Alhamdulillah, tinggal hanya sebulan lagi saya akan menjadi isteri kepada mohd zaki bin yunos, doakan semue berjalan lancar sepanjang majlis dan selepas majlis ye :)


*counting: ni counting untuk akad nikah 30 november 2012* mase lepas asar, tapi aku set pukul 3 petang 
majlis 1 december 2012
makin dekat dah makin dup dap dup dap ni

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 21: Tempahan Tok Kadi

Hai, ni kat kampung kat Bentong, Pahang, sementare tunggu makan tengahari *pemalas anak dara ni, oang masak kat dapur, aku duduk kat bilik update blog* Kita sambung cite pasal persiapan kahwin la ye, dah dekat nak kahwin ni haruslah excited hari hari nak cite pasal persiapan kahwin. Minggu depan dah start cuti sekolah kan, mestilah tiap minggu ade undangan perkahwinan kan, makan kat kenduri je la hujung minggu kan, sehari bape kenduri la kan, jadinya kalau tak tempah awal awal tok kadi pun mesti dah fully booked kan, hari tu aku dah cerita serba sedikit dokumen semue yang kene bawak ke pejabat agama untuk daftar nikah kan, dah selesai semuenye, pejabat agama akan mengeluarkan borang semue yang perlu diberi kepada tok kadi, untuk dibawa mase hari nikah tersebut, pejabat agama akan berikan nama dan no telefon kadi daerah kita, kerja menjadi mudah sebab tok kadi tu merupakan bekas jiran aku semasa kami sekeluarga menyewa di Taman Uniersiti, dulu betol betol duduk depan rumah tok kadi tu tau, mase beritahu nak nikah tu kan, isteri wak (aku panggil tok kadi tu wak) cakap dah besar dah khadijah, dah nak kahwin dah, dulu kecik kecik aku selalu pelok pelok cium wak tu, anak dia pun tak macam tu, nampak kemanjaan aku kan ngan bapak orang pun suke suke je nak bermanje, tu zaman kecik kecik dulu la, dah besar ni malu okey, wak tu pulak yang akan nikahkan aku lagi la segan, borang borang tu pun dah hantar pada wak, mase tarikh aku akad nikah tu kirenye aku dah orang ketiga booking tau, pukul 3 petang dengan 9 malam dah ade orang, aku booking pukul 5 petang, selepas asar pada tarikh 30.november.2012


pss doakan semue dipermudahkan dan berjalan lancar ye, mase semakin dekat ni semakin berdebar kan
tibe tibe dapat idea nak buat candy buffet la, macam best kan :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, October 27, 2012

Wedding Preparation 20 : Senarai Jemputan

Cepat je mase berlalu kan, tinggal sebulan lebih lagi, kad kahwin pun dah berada di dalam tangan, hari ahad ni nak balik kampung, balik bentong, boleh la pas yang untuk sedara mara sebelah babah yamg berada di bentong, dan babah pun dah emailkan senarai jemputan iaitu semue staff staff di utm yang mengenali babah, dah macam seluruh utm jugak la babah jemput, dah memang menjadi tugasan aku la, majlis along dan angah aku jugak la yang ditugaskan menampal nama nama tu kat semue kad, jadinye untuk majlis aku ni aku buat satu helai kad sahaja, senang nak tampal/tulis nama kan tak payah nak lipat lipat bagai, aku rase kali ni aku nak tulis je la, leceh wei, nak print gunting tampal tu, tak suke gam melekit lekit pulakkan, dah siap tulis nama kawan babah di utm, senarai jiran tetangga pulak, tapi kebanyakan jiran pun memang bekerje kat utm, senang sekali bagi je, memandangkan aku dengan encik tunang satu sekolah yang same, dan minggu depan encik tunang cuti hari rabu dan khamis ingatnye nak hantar kad pada cikgu cikgu sekolah menengah yang mengenali kami jela, kami bagi awal kad tu untuk cikgu cikgu disebabkan next week dah last day sekolah, pastu diaorang dah start cuti sekolah, nak datang umah ke rumah payah la pulak nanti, nak cari alamat semue, makanya bagi je la awal kan
next baru la invite kawan kawan, semue la dari sekolah rendah, menengah, uitm segamat dan juga uitm shah alam, encik tunang kata dia nak create event kat facebook je senang, sekarang untung la dah ade facebook kan, boleh invite melalui facebook je, jadinye kad akan diberikan kepada kawan kawan yang request kad je, untuk sedara mara  yang berada di kuala lipis, pahang, kad dah dipas melalui sepupu aku yang berada di KL, pastu untuk kawan babah yag bukan bekerja di utm, di negeri lain, semue kene invite jugak, untuk kawan kawan encik tunang pun ade yang dah diberikan pun kad pass melalui encik tunang memandangkan kitaorang satu sekolah, yang mana kenal akan diberikan kad, ataupun kawan dia yang tak boleh datang mase kenduri rumah encik tunang pada 2hb12 bolehla datang di sebelah aku pada 1hb12, last sekali kawan2 adik beradik aku, along, angah dan adik, kene jugak diberikan kad, agak2 cukup tak 1000 keping kad tu ye?

senarai jemputan:
1. Sedara mara sebelah babah dan mama, bentong dan Kuala Lipis, Pahang
2. kawan kawan babah di UTM
3. kawan kawan babah yang bekerja selain di UTM
4. kawan kawan mama
5. Kawan kawan aku di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universit, Uitm Segamat dan Uitm Shah Alam
6. Cikgu2 sekolah rendah, menengah dan pensyarah di uitm
7. Kawan encik tunang yang mengenali
8. kawan along, angah dan adik

senarai dah buat bile ntah nak rajin ni start tulis nama kat kad kan



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pagi raye ni semue mesti tengah sebok sembelih lembu kan, aku sebok gak ni sebok tengok tv je kat umah, balik je dari solat sunat aidiladha terus terbungkang atas katil ni ha, layan drama aidiladha, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semue yang mengenali, dan tak lupe juga doakan semoge mak dan ayah encik tunang sentiasa sihat dan diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadah haji dan semoge selamat pulang :) kesian encik tunang dah bosan kan duduk sesorang bile mak ayah tak ade kan.. doakan semoge tahun depan dapat sambut aidil adha bersama suami, insyaAllah
sempat lagi amik gambar pagi tadi, tepek sikit, cam kembar kan? :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, October 25, 2012

Wedding Preparation 19: Signage Majlis

harini tengok cite julia penuh emosi kan, malang bertimpa timpa kan, sudah jatuh ditimpa tangga, masuk lift tersepit pulak, dah cam pantun ni, geram tengok cite tu sebab yang jahat tu tak insaf insaf lagi dah duduk atas kerusi roda pun nak tuduh tuduh orang, sakit hati tengok tahi lalat tu macam nak cabut je kan, penuh emosi betul
dari emosi pasal julia baik sambung cite pasal persiapan kahwin kan, okey signage ataupun penunjuk arah pun aku dah siapkan, eh bukan aku la yang siapkan, disebabkan aku kemalasan aku tempah je la kat tempat yang same aku tempah kad kahwin tu, 5 keping rm20, kira mahal jugak la 1 keping rm4 kan, tapi disebabkan malas, nasib la tempah jela, aku main hentam je tempah dua kanan, dua kiri, satu teros, aku rase patutnye lebih kanan rasenye, tak pela nanti photostate colour je la kan kalau tak cukup, design signage ni same je ngan design bunting and tq tag
signange ni haruslah penting, untuk bagi kesenangan pada tetamu nak cari tempat majlis diadakan, ade aku tengok kat kawasan aku ni siap tampal banner kat penujuk arah tu, sangat membazir je rasenye, dah la kene hujan la nanti baik banner tu gantung kat rumah kan *datang dah kedekot aku ni*

*model signage muke bulat gile*

simple je sebenarnye, boleh je nak design sendiri, tapi si pemalas inilah hasilnya duit yang terkeluar kan, kertas pun tebal jugak kire berbaloi jugak la untuk orang yang pemalas cam aku kan, kesian encik tunang bekerja di malam raya, semoge semuenye berjalan lancar 


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 18: Kad kahwin Siap!

Hoyeahh baru lepas amik kad kahwin, bunting dengan tq tag kat Plaza Larkin, excited okey kad dah siap,
kad aku simple je, hanya depan belakang, nak tengok aku tempah kat mane, boleh tengok kat entry sebelum ni Kad Kahwin

jom kasi tunjuk sikit kad kahwin aku

aku ikot warna tema majlis nanti merah+hitam
ingat nak buat ala ala boarding pass la konon, sebelum ni yang tulisan jawi tu tulis boarding pass tau, disebabkan babah cakap nanti orang ingat kad ape je, cam nak ajak kad sambutan hari jadi je, ala, padahal ade je orang buat kat facebook la, twitter la, tapi dalam hati je la cakap, tak nak derhaka punye pasal makanya dengan rela hati aku tukar la kepada tulisan jawi tu, bile dah dapat second draft rase cantik jugak la

pasni dah boleh start bagi kad la, tak sabar nak tulis nama nama kad kat tu, pastu excited nak gantung Bunting kat bilik la
orang pertama yang nak diberi kad ni haruslah encik tunang, encik tunang datang la umah amik kad :)
jalan jalan kat plaza larkin tu terberkenan pulak dress tu, cantik gile, sekarang nafsu membeli kuat la, tapi tadi dapat dikawal lagi, tadi je la dapat kawal nak ajak adik gi plaza larkin minggu depan la, nak makan kacang pool sekali, hari ni puasa tak dapat nak singgah makan kacang pool, ngidam ni hee

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, October 24, 2012

Wedding Preparation 17: Guestbook Progress

Haritu dah share jenis jenis Guestbook kan, Guestbook yang macam mane yang menjadi pilihan kami ye? Guestbook dah selamat ditempah oleh encik tunang, penat jugak la nak edit walaupun edit simple2 je dengan tambah ayat ayat cinta sikit sebagai tatapan untuk tetamu yang nak bagi ucapan dalam guestbook tu, korang mesti dah boleh agak guestbook kami yang macam mane kan? okey, sangat tak sabar nak tunggu guestbook siap kan, mungkin dalam dua minggu lagi kot baru siap, encik tunang letak alamat rumah aku, haruslah mase tu excited tunggu encik postmen kan macam mase tunggu shawl nikah haritukan


*ni gambar mase proses pembikinan guestbook*


sorila ye gambar tak berape nak terang amik pakai handphone je, tunggu guestbook sampai nanti ataupun tunggu hari kejadian je la, gambar dalam guestbook ni semue gambar mase prewedding, sambil tetamu tulis ucapan boleh la tetamu cuci mata tengok gambar kami kan :)
daaa~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 16: Teaser Shawl Akad Nikah

yuhuu
semalam dah update yang shawl dah ditempah baru dapatkan, thanks ayun, shawl tu customize ikot macam yang kita nak, ada dalam entry Shawl Nikah semalam, meh kita kasi tunjuk sikit ye



love combinition colour of turquoise+peach :) nak over sikit la, cam nak tambah pearl peach yang nak letak kat baju la, itu kiv dulu, shawl ni akan dipakai bersama inner monotone also buy from ayun, colour turquoise
shawl dah ade hopefully baju siap la hari sabtu ni ye :)

ha, semalam tergatal tangan publish bende yang tak sepatutnye kat blog ni, cam bende ape jelakan, encik tunang dah la stalker, perasan aje dia kan, encik tunang rajin ye bace blog :)
daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, October 23, 2012

Wedding Preparation 15: Shawl Nikah

Salam
Hari ni saje la nak share berkenaan dengan shawl nikah, *mestila hari ni jugak nak cerita sebab encik posmen dah selamat menghantar bungkusan shawl saya okey!! excited macam kanak kanak dapat gule gule* tapi kan tak semestinya nikah kene pakai shawl, terpulang pada keselesaan kalau rase nak pakai tudung bawal pun boleh, tudung syria pun boleh, turban boleh, tak pun kadang orang suke pakai tudung owning tu kan, tapi encik tunang tak suka la aku pakai tudung owning tu agaknya rupa aku cam makcik makcik bila pakai tudung tu, bila pakai tudung tu jela, tapi korang kalo muke dah memang semula jadi comel dan seperti keanak anakan paki tudung tu comel je, tak ada masalah la, tapi aku nak bagi tips sikit, amboi tips bagai, aku rase untuk akad nikah tu tak berape sesuai pakai tudung owning, pakai la tudung ape sekalipun asal tutup aurat kan, bukan tak boleh pakai kalau korang berdegil jugak nak pakai tudung owning tu terpulang la, tapi tak best la tudung tu sebab dia tajam ke depan, bila suami korang nak cium dahi bukan main terseksa dia kene buat muncung panjang sebab nak bagi kene jugak dahi korang, akhirnye dalam gambar nampak suami korang tu macam cium tudung je kan, makanya pilihla tudung yang sesuai dan pastinya selesa bila dipakai, aku lebih selesa nak pakai shawl masa akad nikah nanti, mula mula bukanlah nak pakai shawl aku ingat nak pakai hoodie dalam dia pakai je inner neck, nak beli kat Al humaira Contemporary tu kan selalu sold out je kan
cantikkan pakai macam ni kan tapi laris sangat + colour pun tak berape sesuai cuci mata je la

google2 jumpe la satu butik online Qaira Hijab, tengok ade jugak hoodie, try email owner tu, rase begitu bernasib baik sebab stock tu masih ade, terus je order, harga murah sikit dari al humaira, konon suke la yang murah murah sikit tu kan harga RM45

aku pilih colour ni la, sebab baju dah peach kan, nak nampak lain pilih la dua colour

berurusan dengan qaira hijab ni senang cepat pantas sepantas kilat emel akan dibalas tapi bile dah dapat hoddie tu kan sangat mengecewekan, rase cam tak berbaloi dah bayar rm45 tapi hoddie dia cam tergantung, secara logiknye takkan la hoddie tergantung kat belakang pastu nampak inner yang kita pakai dari belakang, tak ke buruk kalo photographer amik gambar dari belakang? ke memang pakai cam tu? tapi nampak yang al humaira punya sampai belakang kan, yang qaira ni dia tak tunjuk belakang kalo tengok dari belakang memang tergantung lakan, sangat burok, konon nak murah dah jadi membazir, tu la sepatutnye sebelum beli aku kene tanye belakang dia labuh ke tak kan, dah puas bebel bebel kan  sebenarnye aku yang tak reti nak pakai cam ne patutla cam pelik je hoodie tu nasib aku ni penyabar tak gi marah owner tu, sebenarnye elok je hoddie tu aku yang tersalah pakai, tak sabar teros buat keputusan tak nak pakai nak tempah lain, tapi hoddie tu boleh je nak pakai bila jalan jalan nanti

serius yang ni cantik gile kan, pengantin dia pun sangat cantik, baju cantik, shawl cantik, tapi tak jumpe lagi shawl cam ni, puas dah google, tengok fb, tak jumpe gak

sekarang popular kan shawl halfmoon ni, nak beli online pun laris selalu je abis, tapi takot gak nak beli online adik aku pernah beli online campur postage 90++ tapi bila dapat manik cam nak tercabut2, dia gune manik yang tak cantik

pastu aku tengok ayun punya website, masa tunang pun turban ngan inner monotone aku tempah dari ayun, cume tudung je aku pakai sendiri, jahitan manik ayun punya memang cantik dan tak berapa mahal la
muka bangga tunjuk cincin, nampak gemokkan dari tepi, lantak ar, turban ngan inner tempah dari ayun, mase tunang pergi kedai dia, ni tak ade mase pulak nak pergi nilai kan
ni mase pergi kedai ayun

jadinye aku pun order la online shawl halfmoon lace rania dari ayunar
ikot warna tema la kan kombinasi peach+turqoise
yang ni contoh yang heavy beading, cantikkan hitam+merah warna majlis kat dewan ni, tapi aku tempah yang medium beading RM100

nak tengok shawl tu cam ne tak? jeng jeng jeng surprise tunggu esok la kalo rajin tunjuk

tadi terjumpe cikgu sekolah dulu, alang alang beritau je la nak jemput cikgu nanti mase majlis, pastu cikgu tanye orang mane, cakap je la cikgu kenal, pastu btau cikgu cikgu kate menjadi jugak cinta monyet korang hee
daaa~~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, October 22, 2012

Wedding Preparation 14: Door-gift Boxes

hai
Sebab kan semangat haritu dah cerita pasal tq tag nak cerita pasal door gift boxes la, sebab dia saling berkait kan, tq tag aku nak tampal kat door gift boxes tu, tapi hanya 300 bertuah je la yang dapat kan, kenape? sebabnye dapat free 300 tq tag je bukan 1000 ye, kotak pulak ade 1000, kalau kotak kosong cantik jugak la nak tampal kan, tapi kotak aku tu memang dah sedia cantik, makanya aku rase tak perlulah membazir, tapi kalau ade yang nak sponser  tq tag tu aku amik dan sangat berterima kasih la, ingatnya nak bagi doorgift mase majlis akad nikah, sehari sebelum majlis bersanding kat dewan, ade 300 tq tag cukup sangat la kan, tapi bila fikir out of my budget, rasenye tak perlula, makanya kawan kawan yang datang mase hari akad nikah dapat bergambar dengan aku dan pasangan, kira okeyla, dapat bergambar, bukan kene bayar kan, doorgift datang hari keesokannya dapat bile balik nanti ye
mase majlis nagah dulu, bagi doorgift ni kan mase time orang makan tau, disebakan kita hanya suruh pekerja pekerja catering yang tempah tu kan, makanya banyak la orang yang tak dapat goddybeg tukan, banyak gile berlebih sampai 500++, padahal kotak tu ade 1000, jemputan pulak lebih dari 1000, tujuan kita tempah kan memang nak bagi orang kan, bile tak bagi kan membazir, jadinye untuk majlis aku ni kitaorang dah tukar strategi untuk mengelakkan pembaziran bagi doorgift kat pintu sebelum orang balik, sebelum orang balik mestila salam salam dulu kan dengan keluarga pengantin jadinya mase tu la sesuai nak bagi doorgiftkan, jadinya kawan kawan yang datang majlis nanti sebelum balik salam salam la ngan keluarga aku untuk dapatkan doorgift

ni la doorgift boxes aku yang comel



ikot warna tema, tapi merah + putih, beli kat nilai je ni, mase tu satu packet dapat separuh harga, macam buy 1 free 1 la,  dari 6.00++ dapat 3.00++ je, aku beli dalam 900 boxes, dah sedia comel kan tak tampal tq tag pun okey dah kan, siap ngan reben lagi kan

yang ni boxes lebihan mase kawin angah last year ade lagi 100, tak payah membazir gune je yang ade kan

agak agak korang ape yang akan diletakkan dalam boxes yang comel tu ye?
siape dapat teke dapat doorgift mase datang majlis tu, tapi yang tak dapat teke pun dapat gak doorgift tu :)
daaaaa~~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, October 21, 2012

Wedding Preparation 13: Flower Girls Gown

Yuhuu...
ecece gedik je kan nak flower girls bagai kan, bukan la flower girls sangat pun, sebab kan ada empat gaun yang comel, kita anggap je la kanak kanak ni kan akan jadi pengiring sebelum masuk dewan nanti ala ala flower girls gituw, walaupun baju aku nanti meleret kat belakang sikit, tapi aku tak nak la bebudak ni pegang kain aku yang meleret tu kang mau ade diaorang ni tertarik ataupun terpijak ke kan, aku pulak pakai Kasut yang memang tinggi gile tu kan, makanya diorang jadi pengiring je la ye, diaorang kecik kecik dan comel comel je, flower girls aku mestila terdiri daripada dua orang anak buahku yang super duper comel *puji anak buah sendiri* nama panggilan dua anak buahku anje dan bambam, mase majlis tu anje dah umur setahun 8 bulan adik bambam baru 10 bulan, harapnye dah pandai jalan la mase tu dah pakai baju comel comel kan, tapi berdukung pulak nanti, tapi diaorang ni tak ade la mengiring sekali, dah la anje super active, abis baju mama cik dia dia kerjakan nanti, gaun diaorang warna peach, sebab family pakai peach kan, baju anje dengan adik bam bam memang same je dua dua mama beli kat german, baju kat sane tak la semahal kat sini walaupun kene kali empat tau, untuk baju tu jela, yang lain mahal jugak

comel kan kat sini susah nak jumpe, lengan panjang pulak

untuk dua lagi flower girls yang boleh jadi pengiring sebelum masuk dewan nanti, dua dua sikecik tu baru berumur 5 tahun, sorang ni izzah, anak makngah aku, duduk selang sepintu je dari umah, dapat baju memang dia excited gila la, mesti hari hari tanye ummi dia bile acik nak kawin sebab nak pakai baju ala ala princess kan, dan satu lagi flowergirl sarah, anak sepupu aku, dua dua warna putih, cari warna peach tak jumpa kan, warna putih pun cantik jugak, jadinye beli je la cardigan yang warne peach kan, mesti comel gile, beli dua dua baju putih ni lain lain, untuk izzah dah bagi kat dia lupe nak snap picture, tunggu hari kejadian jela, yang bawah ni untuk sarah, dua dua cantik, beli kat jusco je ni, dapat diskaun 50% untuk satu baju ni dalam rm50 je la, nak sewe pun mahal kan, beli jela, lain kali diaorang boleh pakai

*amik gambar pakai camera handphone yang tak berape nak canggih ye*

comel kan dah la memang my flower girls memang semue super duper comel, tak sabau nak tengok diaorang semue cecantik pakai gaun :)
daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, October 20, 2012

Wedding Preparation 12: Bunting and Tq tag

yuhuuu
kekenyangan hari ni, tadi pergi birthday party anak kak awen, macam macam la makan kan, hadiah tak bawak, postpone sebab hujan lebat tak sempat nak singgah kedai beli hadiah, datang makan je sempat kan, rezeki jangan ditolak kan
pagi tadi mama ajak jejalan gi jusco tebrau saje cuci mata, tengah tengah ketiadaan wang ni tengok barang pun tak rase excited kan, bile balik ade pulak surat dari post laju, puas fikir rasenye tak ade order barang kat online baru baru ni pun kan, pastu terfikir agaknye shawl untuk nikah yang aku tempah haritu dah siap kot, check email semule tengok tracking number same, sahla memang shawl nikah dalam tu, ni dah super excited nak tengok, harap harapnya ianya sangat tak mengecewekan la, isnin nanti nak call post laju mintak dia hantar semule la, nak pergi amik kat larkin tak reti nak pergi sendiri, kecewe je, kenapala dia hantar mase kita tak ade kat rumah kan, pastu call la tailor untuk baju nikah kan, ingat nak amik next week baju tu sebab kononnya nak la tambah manik manik sikit kat tangan, tapi jawapan sangat mendukacitakan bila dia cakap tak buat lagi, hari ni baru nak start, tapi dia cube siapkan minggu depan, dia bagi baju dulu, kain lambat sikit sebab aku tak nak jahit manik kat kain kan, adoii payah jugakkan bile buat fesyen beriye iye ni, memang la ade mase sebulan lebih lagi, tapi dapat baju tu mesti la nak tambah sikit sikit, ingat nak jahit pearl kat tangan, sebab sekarang memang jatuh cinta ngan pearl, memang mengharap next week siaplah
Macam macam berite dapat ari ni kan, petang mase pergi makan makan kat birthday party tu dapat email pulak yang RNE design dah hantar design for bunting and tq tag, ni dapat free beli kad kahwin yang aku dah cerita dalam entry Kad Kahwin, dapat free 1 bunting and 300 tq tag, walaupun aku tempah kad kahwin 1000 aku malas nak tambah tq tag, cukup la 300, lagipun kotak for door gift yang nak bagi mase wedding tu dah memang cukup cantik, rasenye tak perlu dah tampal tq tag, tapi dah termasuk dalam pakej dia nak bagi 300 kita amik je la kan
untuk design bunting mestilah guna picture pre wedding kan, tapi kalo tunjuk sekarang macam tak surprise je kan, tunjuk picture yang aku guna tu jela, sebab macam malas pulak nak buat entry untuk pre wedding

ni la salah satu dari pic pre wedding, banyak yang cantik tapi rase pic ni paling best nak buat banner *ecece,perasan* akak RNE design tu sangat baik dia designkan ikot kesesuaian theme aku ni, siap letak bunga sakura bagai, banner tunggu hari kejadian je la, kat banner ni tulis dua dua tarikh nanti boleh pakai jugak untuk majlis kat rumah encik tunang , kan jimat

ni tq tag, simple je kan, tapi aku suke

tak sabar nak amik kad, minggu depan dah siap, tunggu shawl sampai, dan harapnye baju nikah pun siap la minggu depan :)
daaaa~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, October 19, 2012

Wedding Preparation 11: Wedding Shoes

Hai semue
Pagi ni gigih teman adik pergi interview, teman adik jela, aku tak lagi cari kerje, entahla rase cam malas nak kerje sebelum kahwin ni, nak menyebokkan diri buat preparation yang tak seberape tu je, nanti nak mintak cuti pun satu hal jugak kan, lepas kahwin nanti baru nak cari kerja la konon, encik tunang macam tak yakin je kan aku boleh kerje lepas kahwin nanti, jadinye aku kene la buktikan boleh dapat kerje lepas kahwin nanti *pray for me :)* Alhamdulillah, adik dah dapat kerje, tapi dia nak start kerje pun lepas selesai semue majlis kahwin dan konvokesyen aku, pertengahan bulan 12 la baru dia start, hadiah kahwin pun postpone, tak ape duduk satu umah je pun nanti boleh la mintak hadiah terbaik nanti kan

Sebelum keluar pagi tadi terfikir bila lagi nak practise pakai high heels kan, kalau tak start dari sekarang, tinggal sebulan lebih je lagi ni, makanya aku menggagahkan diri keluar tadi pakai high heels, sebelum tu korang mesti tak caye, ke korang pernah buat jugak ye? aku siap tengok video kat youtube "How to walk in high heels", internet dah jadi macam cikgu terbaikla kan, semue nak google nak tengok kat youtube, setelah dah belajar kat youtube, dan dah belajar jalan kat dalam rumah, berjalan kat rumah ala ala model catwalk gituw, sebenarnye berbeze tau bile jalan kat rumah ngan luar, kat rumah kita akan rase lebih confident sebab  kita tau bile jatuh tak la sakit sangat and tak la malu kan,
 first bila nak jalan pakai high heels ni kita mestila confident, aku tadi dengan muke penoh confident jalan keliling plaza angsana, *confident la sangat* mimik muka boleh dah dikawal tapi mase mula mula jalan tapak kaki aku mencengkam kasut tu yang menyakitkan kaki tu, sebab takot la kita rase nak cengkam supaya tak jatuh kan, sepatutnye aku kene buat kaki macam biasa je, sepatutnye la kan tu pun aku jalan tadi pakai kasut tumit yang bukan tajam gile tu, sangat kagum dengan orang yang boleh jalan selamba badak je pakai high heels siap menari atas pentas artis2 tu kan, tapi memang kalau kita masih dalam proses pembelajaran mule mule pakai kasut tumit yang tinggi 2/3 inc dulu jangan teros pakai sampai 4/5/6 inc pulak kan,

aku tunjuk la wedding shoes aku ye



aku memang tak nak kasut bertutup mesti kaki rase lemas gile berjam jam pakai kan, pastu rase lagi sakit kot kalau bertutup sepenuhnya, ke tak? kasut ni memang tinggi kan, cuma dia punye tumit tak la tajam gile kan, simple je kan, aku memang suke sebab simple dan rasenye tak payah nak tambah deco deco kat kasut kan, walaupun rase comel je orang buat, aku malas la, ni la kasut yang aku akan pakai sepanjang majlis kat dewan merangkap hantaran yang pihak lelaki akan bagi, kasut ni pun harge tak mahal sangat sebab aku tau kasut tinggi macam ni bile lagi aku nak pakai kan, jadinye tak payah la nak beli yang mahal mahal, mule nak beli wedges tapi tak jumpe yang cantik pulak dan wedges lebih stable dan selamat kan

kasut mase majlis sebenarnye butik tu ade je sediakan, tapi biasenye diaorang sediakan kasut yang tak berape tinggikan, aku ni pulak memang kurang ketinggian maka memang wajib la pakai high heels, kalau tak memang aku bersihkan lantai dewan la, meleret leret la kain tu, keesokannnye pulak majlis bertandang mungkin kene jugak pakai high heels, tak sure lagi nak pakai kasut mane, tapi tak ape la kan lepas kahwin dah ade tukang urut kaki merangkap suami kan *ecece mengada ar*

tapi kan bila aku jalan kat sutera mall, ksl, angsana, rase macam ralat sangat kenapela hari tu beli kasut bukan main jauh lagi, kasut tu aku beli kat metrojaya sungai wang plaza, padahal kat fabiano ricco seriously banyak gile design kasut yang cantik cantik kat jusco tebrau pun banyak pulak yang cantik cantik billa dah beli kan memang la macam tu, mase aku cari tak nampak pulak yang cantik cantik dan selalu sedih bile nak beli kasut ade yang memang dah berkenan gile, lepastu tak ade size, size habis, tinggal yang display je, memang kecewe okey, tak pela barang yang lepas usah dikenang, aku ni pun bukan jenis pakai heels sangat pun, berangan je nak yang cantik cantik, aku lebih suke wedges

daaaa~~


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, October 17, 2012

Wedding Preparation 10: Contact lens

hai semue
Alhamdulillah untuk daftar nikah dah selesai, bukan main nebes lagi, takot kene interview macam macam kan, last last satu ape pun dia tak tanye, ujung tahun ramai orang nak kawin, tadi pun ramai, jadinye dia pun tak sempat la nak tanye kan, kire selamat la kan datang mase ramai orang
ari ni nak cite pasal contact lens, contact lens termasuk la sekali dalam preparation kan sebab contact lens perlula ade time wedding nanti takkan la nak pakai cermin mata pulak time tukan, ingat tak nak beli lagi tapi disebabkan encik tunang yang baik hati nak sponser beli contact lens makanya mestila excited teros beli, sebab memang dah patut beli sebab untuk bulan 10 ni pun dah habis tempoh pun, contact lens ni memang la merbahaya sikit berbanding kita pakai spec ni kan, tapi nak nampak cantik punya pasal kan, tapi tak la beli yang murah murah kat internet tu, sepanjang guna contact lens, aku tak pernah beli yang murah kat internet ataupun kat pasar malam tu, memangla nampak cantik dan murah giler pulak tu, tapi risikonya pun tinggi jugak, dan lagi satu makin singkat masa penggunaan contact lens tu makin la bagus, maknanya contact lens yang sebulan je tempoh dia lebih bagus dari yang boleh guna untuk 3 bulan tu, 3 bulan pakai 1 contact lens kan mestila kotoran yang kita tak nampak lebih banyak kan, jadinya aku akan beli contact lens di kedai cermin mata dan brand dia yang kira semue orang tau la kan, cari contact lens pun kene ikot kesesuaian mata, kadang ade orang sesuai pakai freshkon ade yang sesuai pakai blincon, sebelum ni dah biase pilih blincon jadinye kali ni pun pilih la blincon yang untuk sebulan punya, tapi ade offer time tu beli 2 dapat free 1 jadinya 3 kotak rm100 pakai untuk 3 bulan, yang untuk sebulan punya memang mahal sikit, ade je yang pakai teros untuk 3 bulan yang hanya rm70, tapi pakai sebulan punya boleh tukar tukar colour kan, pastu konon beli yang colour nak nampak mata bulat sikit *konon je la* jadinya aku pilih colour black, sebab memang aku rase hitam tu cantik dan lagi menampakkan besar mata rasenye la, tak pernah try pun, insyaAllah masa nikah ngan kenduri nak pakai colour black, lagi dua pilih brown ngan grey

mulanya aku sorang je nak beli contact lens, last last encik tunang tersangkot sekali dan dia pun beli jugak contact lens tapi yang jernih je la, first time dia pakai contact lens sebelum ni tak pernah pakai pun, boleh pakai mase wedding nanti, tapi kene tempah la sebab encik tunang beli yang sekali ngan rabun silau, untuk 7 bulan rm200, ade 7 pasang, dia baru dapat semalam, ecece comel la tu encik tunang pakai contact lens

hari ni last day pesta konvo utm, malam ni ade shila amzah lagi datang kan, ecece cam minat la konon, nak gi pesta konvo petang ni, banyak lagi bende nak borong ni
daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, October 16, 2012

Chocolate From Frankfurt

hoyeah semalam mama babah baru balik dari German, sepanjang ketiadaan mama babah kitaorang berkomunikasi melalui facebook jela, jimat, nak mesej pun mahalkan, cuma waktu sana jela berbeze 6jam lewat dari Malaysia, pastu tak cam australia aritu pukul 5 petang kedai dah tutup, kat sane dalam kul 9 malam la tutup, puas la mama babah jalan, jeles tak dapat ikot, suruh mama tengok perfrme kat sane, harge mahal jugak la kat sane, makanya kitaorang kirim choclate je la, sebelum ni pernah rase choclate lindt ni pun babah dapat mase kat dalam kapal terbang, memang sedap la, cari kat sini tak jumpe pulak, kat shopping mall pun tak ade, ade kat legolang pun harga 79.90 dalam 1 kotak tak sure ade berapa biji dalam tu, kat sane choclate lindt banyak jenis cume ingredient dalam bahasa sane susah sikit la nak paham, balik mama google dulu tengok kalo ade bahan yang tak boleh dimakan, kalo dah okey baru mama beli, chocolate yang lain2 sikit2 kene tunggu along angah balik makan reramai baru best kan

okey ni untuk makan sorang sorang nampak je banyak, kejap je abis, ilang segala diet 

nak nampak banyak lagi gabungkan ngan adik punya chocolate :)

selamat menikmati chocolate yang sedap *ucapan untuk diri sendiri*
daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 9: Persediaan Sebelum Daftar Nikah

hai semue
hari ni saja nak share persediaan sebelum penghantaran borang nikah dibuat ataupun sebelum nak daftar nikah, rasanya ni kemuncak yang paling pentingla kan, sebab kalau tak ade semue bende ni cam ne nak nikah kan, aku belum lagi pergi pejabat agama untuk penghantaran borang ni, insyaAllah esok baru nak hantar borang dan mase tu mestila di interview kan, disebabkan kawasan encik tunang tu termasok daerah lain makanya encik tunang semalam dah diinterview di kulai, banyak jugak la soalan nya, antaranya bacaan doa qunut, niat mandi wajib, mengucap, bacaan fatihah dan tanggungjawab suami, kira banyak jugak ni tau, harapnya esok aku kene soal sikit je la, nak harap harap pulak kan, yela sebab bila kita gelabah walaupun kita reti baca pun boleh jadi tunggang terbalikkan nanti, bahagian encik tunang dah selesai, semue dokumen encik tunang tu pun aku kene bawak esok
ni antara dokumen yang wajib dibawa esok

sijil pra perkahwinan:
ni kira dah settle lama, sebab aku ngan encik tunang memang dah dapat sijil ni dari tahun 2009,  kitaorang amik masa belajar, amik tahun yang sama, tapi tempat lain2 la, encik tunang amik masa belajar kat ukm kl, aku amik masa kat uitm segamat, kiranya satu bende dah selesaikan, pada aku same je kita amik sendiri atau amik dengan pasangan yang penting kita dengar betul2 tau tanggungjawab masing2


hiv test
hiv test pun dah wajib sekarang ni kan bagi pasangan yang nak mendirikan rumah tangga, mungkin nak elakkan banyak perkara negatif sebab tu diwajibkan, ni pun aku buat kat klinik kesihatan Taman Universiti dekat ngan rumah senang,buat sama sama dengan encik tunang, resultnya keluar dalam masa seminggu, kat klinik kesihatan tu tak payah nak buat appointment, tapi kene pergi pada hari yang betul la, klinik kesihatan Taman Universiti boleh buat ujian hiv hanya pada hari khamis petang sahaja


Surat Perakuan Bujang
Surat ni boleh diambil pada majikan ataupun ketua kampung/Penghulu/Wakil Rakyat, disebabkan aku ni penganggur terhormat makanya aku pun tak adelah majikan kan jadinya pergi je la jumpa ketua kampung yang daerah johor bahru, tak kisah mane mane ketua kampung asalkan daerah johor bahru boleh mintak surat ni, banyak jugak la halangan mula mula pergi jumpe ketua kampung Sri Skudai, Ketua Kampung tak ade dia pergi menunaikan ibadah haji, dia tinggalkan kat jiran sebelah, yang peliknya dia nak borang nikah nak cop kat situ, babah risau pulak kang dia main cop je, last2 pergi jumpa ketua kampung kangkar pulai, babah la sign sebagai saksi, nak cari ketua kampung pun bukannya senang kan, encik tunang mula ingat nak pergi mintak kat pejabat penghulu, masa pergi pejabat penghulu kulai, penghulu pulak tengah melawat kawasan, akhirnya encik tunang mintak surat perakuan bujang kat hospital tempat encik tunang bekerja jela

Surat Kebenaran Berkahwin di Luar Kawasan
surat kebenaran ni wajib kene ade kalau pasangan lain daerah atau negeri, aku dengan encik tunang kategori lain daerah, makanya mase proses interview semalam encik tunang kenela beli borang surat kebenaran berkahwin di luar kawasan

Borang nikah yang lengkap
Borang nikah kat johor ni tulis jawikan, aku tulis rumi je senang paham kan, encik tunang je beriya tulis jawi, selepas selesai isi borang kene ditandatangani dua orang saksi lelaki dan kenela sertakan salinan kad pengenalan saksi tersebut
Wali:
Untuk perempuan ade tambahan satu borang wali, lengkapkan borang tu dan sertakan salinan kad pengenalan wali

borang borang ni wajib dibawa esok dengan borang encik tunang yang dah lengkap, doakan semue berjalan lancar esok, dan dapat jawab dengan penuh keyakinan esok ya

*ni borang encik tunang yang kene bawak esok*

daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, October 13, 2012

Wedding Preparation 8: DIY Just Married Sign

hai semue
disaat kebosanan ni rajin kan diri mengupdate blog, encik tunang shift malam hari ni, tak ade la teman sms kan, tapi tengah hari tadi dah dating ngan encik tunang cuba baju untuk majlis bertandang, lupe pulak nama kedai, hujan lebat pulak, tak tengok tengok la nama, teros je naik, semue diuruskan oleh kakak encik tunang, beritahu je warna tema, macam macam baju la yang dikeluarkan, tema untuk majlis bertadang nanti colour turquoise, ade jugak la yang macam lari sikit dari turquoise, colour baby blue, tapi baby blue sangat cantik okey :) design baju kat situ pun memang cantik la, rambang mata jugak la kan, akhirnye dah buat keputusan pilih satu baju tu *memang kene pilih satu je pun kan* jadinye kakak kedai tu pun mengukur la badanku, makanya selepas ni kene la jaga pemakanan, kene dietla, takot nanti tak muat pulak mase majlis dah satu hal pulak kan, design macam mane yang menjadi pilihan? tu surprise la kan, lepas wedding baru review satu2 baju ye :)

disebabkan beberape hari yang lepas aku kebosanan *memang hari hari bosan* , aku tengok blog pinkheartcraft, ade la satu sign just married ni, sangat comel okey, nak beli sendiri kene fikir bajet dulu kan, nak tunggu orang bagi macam harapan je la kan, makanya aku yang rajin mase tu selongkar je la bawah katil tengok banyak lagi kain felt kan, makanya DIY adelah cara terbaik, dalam masa satu hari je aku siapkan, cuma bile buat sendiri tak la secantik dan sekemas macam yati owner pinkhearcraft tu buat, tapi untuk sendiri tengok puas hati je la kan

tadaaa~~

ni la hasilnya, aku suke kombinasi pink+turquoise jadinye pilih la colour tu, baju untuk lelaki perempuan saje pilih warna tema mase reception nanti merah+hitam

ni yang yati buat memang agak berbeda la dengan aku punye, jauh panggang dari api, tak apela asalkan kita puas hati kan

sign ni boleh la gantung kat pintu, ataupun kat photobooth nanti pun gantung comel jugak kan :)
buat sendiri puji sendiri
daaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, October 11, 2012

Wedding Preparation 7: Wedding Theme Colour

yuhuuu
wah, hari ni hari first ditayangkan cerita "aku terima nikahnya", aku dengan adik tak nak la ketinggalan kononnya hari ni jugak pergi tengok, adik pulak offer nak belanje, memang on je la kan, cite tu sangat sedih, menangis nangis la mase tengok tu tak control2 dah, lagipun dalam wayang dalam gelap bukan ade orang nampak kan, encik tunang hari ni tak cuti lagipun dia tak suke tengok cerite sedih2 ni, aku je yang suke tengok cite bace novel nak nangis2 sampai mata bengkak, saje nak bazirkan air mata, air mata banyak sangat kan, memang tak rugi la tengok cerite ni, bila tengok cite ni tersedar kejap, tersedar lame la, kadang kala kita akan sedar yang kita begitu menyayangi seseorang tu bile kita dah hampir kehilangan dia, hampir tu maksud nya masih berkesempatan lagi, kalau dah betul betul kehilangan mesti menyesal kan, jadinya hargaila orang yang tersayang, ni lebih kepada nak ingatkan diri sendiri agar lebih menghargai orang yang menyayangi  kitakan :) nora dsanish comel gile dalam cite tu dia menangis buat bertambah la sedih, muke dia pun memang muke sedih gile, dari cite tentang dhia lagi dia pandai bawak watak sedih kan, tak payah nak buat bunyi lebih pun dah sedih
ececeh aku suke jadi promoter tak berbayar, david teo tak bagi duit pun kan, sponser kahwin pun lagila tidak mungkin
hari ni nak share wedding theme colour, supaya kawan kawan yang datang nanti tak la pakai colour sama ngan pengantin kan *mengada lebih*

Majlis Akad Nikah



peach+turquoise

Majlis Sanding


red + black + white
pengantin pakai baju merah tapi ade la manik2 hitam semue, family aku dan pengapit pakai baju peach 

Majlis Bertandang


 turquoise

satu colour je rasenye baju untuk majlis bertandang ni tak tengok lagi, encik tunang cakap theme turquoise makanya turquoise je la kot, tapi cantik jugak kombinasi colour turquoise + purple kan



cantikkan kombinasi turquoise+purple ni, geram sangat tengok

*semue picture ni amik dari encik google*

daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-