~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, November 27, 2012

3 hari lagi?

Ni entry bebelan tanpa gambar lebih kepada luahan perasaan. :) In Sha Allah tiga hari lagi saya akan bertukar status dari cik menjadi puan, perasaan untuk lagi tiga hari ni? Bercampur baur tau, semue rase ade.. nak cerita preparation Alhamdulillah semue dah siap sepenohnye, sekarang tinggal mase untuk rest and relax, boleh buat facial, sauna, body massage, hair treatment. Sepanjang preparation tipu la kalo tiada halangan kan, perasaan masa tu memang emosi terlebih, stress dan mudah marah, bukan kita sengaja nak marah2, bile semue kita yakin boleh buat sendiri tapi tahap kemampuan kita bukan la tahap yang kita jangka tu la yang membuatkan kita stress, orang yang menjadi mangsa haruslah orang yang terdekat dengan kitakan, encik tunang bace ni pun mesti senyum2 je kan sebab dia salah seorang mangsa la kan, tak boleh salah cakap sikit mesti over sensitif, tapi kadang aku sebenarnye bila dah sensitif, marah terlebih tu, dalam hati memang rase bersalah sangat, tapi ego tu ade jugak hehe aku update kat twitter emo pasal bende tak ade kene mengena dengan aku pun sampai kawan aku yang rapat cakap, selalu tak macam ni kenapa marah2 ni, tu yang aku cakap kadang aku ni emosi terbawak2, aku tak boleh tertekan atau ditekan nanti terbawak bawak la sampai bende kecik pun boleh jadi besar tau. DiSebabkan aku manusia biase yang banyak kekurangan, banyak sifat negatif, kurang sabar, cepat melatah, senang menangis tapi yang positifnya aku rase aku cepat reda kot, sekarang nak cuba kawal diri supaya lebih bersabar dan tak cepat marah, status pun nak berubah kan perangai pun kene la ubah kan menjadi lebih matangkan..:) Aktiviti Hari ni nak petik daun inai mak cik sebelah rumah malam boleh la tumbok inai, malam ni nak try pakai inai nak tengok pekat ke tak warnenye kalau tak pekat eaok boleh tambah lagi kan, nak warna merah tak nak warna oren. Hari ni dah start praktis, praktis ape? Lepas subuh tak boleh tido ye..haha baru nak praktis ye? Dah lame tak bangun pagi tak pergi kelas tak keje tu bangun lambat, lepas kahwin kene la bangun awal kan, macam mane kehidupan lepas kahwin tak dapat dibayangkan lagi.. jemput datang kawan2 yang berdekatan ke majlis resepsi pada hari sabtu ni 1.12.2012, di dewan alumni, utm, skudai, kawan2 yang jauh nak datang pun boleh tiada halangan, yang tak dapat datang doa dari kalian permudahkan urusan semasa majlis dan juga selepas majlis amatlah dihargai.. start jumaat ni dah busy sebab lepas asar, 30.11 akad nikah, 1.12 majlis resepsi, 2.12 majlis bertandang, tak sempat hilang penat lagi isnin dah ke shah alam sebab 4.12 majlis konvokesyen :) Alhamdulillah tahun ni memang memberi 1000 makne untuk aku. doakan semue berjalan seperti yang dirancang ok :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, November 26, 2012

Wedding Preparation 43: Guestbook Corner

Hari ni kemalasan nak update blog tak semnagat membuak buak sangat macam selalu, tadi sebok menyiapkan photobooth dibantu oleh adik, dah 80% jugak la siap, puas hati tengok hasil kerje sendiri, kalau tak kita yang puas hati sendiri sapa lagi la yang nak memujikan, buat yang simple je, asalkan boleh amik gambar lepas akad nikah jumaat ni, jumaat ni? Doakan semoge dipermudahkan ya majlis dari jumaat sampai ahad selasa pulak konvo, dapat la berjalan ke shah alam selepas kahwin nanti kan :) tibe tibe dapat idea nak buat sendiri initials nak letak dekat guestbook corner, nak pergi beli pun tak tau kat mane, makanya buat sendiri adalah jalan terbaik, kebetulan ade bahan bahan, angah aku yang belikan, dia bagi bende2 tu dia kate boleh la guna untuk deco guestbook corner ataupun candy buffet, meja untuk guestbook pun tak besar mane pun, guna meja bulat yang memang dah ade kat rumah, dah jimat kan, alas meje pun dah ade, disebabkan ruang meje yang kecik tak payah la nak hias beria, aku cuma akan letak board yang ade gambar, initials tu dan gusetbook la kan tak ade guestbook bukan guestbook corner la kan, nanti angah yang akan hiaskan gustbook corner dan candy buffet aku sediakan barang, dia akan hias mengikot kreativiti dia sendiri, hari sabtu tu tak sempat wo nak bekejar ke dewan nak pergi hias pulak kan, nak makeup lagi, jadinye aku serahkan bulat2 pada angah, tak ape bukan semue kita boleh buat sendiri kadang2 perlu jugak serahkan kerje kat orang lain kan, untuk guestbook corner dan candy buffet dah kire settle dah.. Alhamdulillah rasenye semue yang patut dibuat dah siap dibuat, tinggal beberape ari je lagi memang kene merehatkan diri la kan :) tapi untuk prop photobooth tu belum siap sepenuhnye, esok rasenye dah boleh siapkan photobooth bersama prop dah :) kain baju kurung pun tadi akak tailor dah hantar, tapi agak mengecewekan tau, tak seperti yang dikehendaki, pastu rase pelik bile dia labuh tepi, kalau labuh belakang can biase la kan, ni labuh tepi dan tak balance pulak, malas nak suruh dia betolkan, mama je la potong kan, malas nak fikir dah sebab mengecewekanla.. konon tadi malas, tapi memang suke nak bebel panjang2 jugakkan sampai dah masuk hari isnin dah bebel ni hehe
ni la hasilnye yang dah siap dibuat :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, November 24, 2012

Wedding Preparation 42: Kasut Majlis Bertandang

Semalam seharian duduk kat rumah je kan, hari ni mestilah dah tak boleh duduk diam je kat rumah nak jugak keluar, ditambah pulak angah balik semalam, dia ajakkeluar jalan jalan mestila aku dengan adik ikot je la kan, makan nanti mesti ade orang belanje hehe misi mencari kasut untuk majlis bertandang diteruskan, sepatutnye encik tunang nak datang rumah hari ni, nak hantar barang hantaran yang nak letak kat dulang dan encik tunang tak sabar nak tengok guestbook yang dah dapat semalam :) plus dia rindu sebab dah lame tak jumpe kot, dah lame ke? rindu jugak encik tunang, dah dekat majlis ni tak boleh jumpe selalu kan, jadinye esok je la encik tunang hantar barang2 tu, sebab hari ni nak keluar jugak kan, esok pun encik tunang cuti, yang tak bestnye hari ni dia keje shift malam, lepas kahwin nanti macam mana ye bile dia keje malam? huhu sedih kene tinggal sesorang, penakot sebenarnye hehe

Aku dah rasmikan dulu lens nak pakai yang nak pakai next week, warna hitam, memang jatuh cinta dengan warna hitam ni, nanti nak beli yang warna hitam je la, sebab rasenye warne hitam macam lagi selesa dan mata lagi bulat la, orang mata kecik nak bulat pulak

ni la model blincon, angah cakap kelakar sebab aku ni kan jenis tak ade kening, kening tak nampak pun, togel je

Hari ni misi mencari kasut kat jusco bukit indah, misi berjaya hoyeahh happy, ciri2 kasut yang dikehendaki, silver. bling2. wedges. semue ciri2 menepati tapi tak dapat wedges la, heels tapi agak stable la bile berdiri dan lebih confident, dan kasut yang aku nak tak bertutup, tak suke kasut bertutup, bile terbuke kan nampak kaki rase macam lagi cantik dan tak la menyakitkan, belakang pun tak tutup, suke sangat, harga pun masih dalam bajet, bawah rm100, rm96 kire ok la sebab rase confident dan boleh pakai bile jalan2 nanti, tak sure bape inch la, mule ingat nak tengok kat tempat lain sebab baru masuk second kedai tapi dah berkenan kan, adik yang jual tu pun baik dan ramah tamah pulak, aku cube dua kasut aku siap suruh dia pilihkan mane lagi cantik, sebab aku berkenan jugak yang satu lagi tu tau, cume bling2 dia kurang dan dia tutup belakang, rase keras gile pulak belakang tu mau sakit kaki nanti kan, excited adik tu sebab aku setuju dengan pilihan dia tu tau, rase kaki aku macam besar pulak, biase pakai size 5, tibe2 kali ni beli 6 1/2 pulak sebab size 6 tak muat langsung nak masuk, aku rase kasut dia lebih untuk orang kaki kurus, kaki kembang dan comel macam aku ni nak jugak kan disebabkan muat jugak maka beli je la kan, bile pakai rase cantik je, adik tu cakap macam princess, see marketing diaorang power gilekan, orang macam aku pulak mudah terpengaruh memang perasan teros nak beli je la kan dan yang lagi best tak payahla nak pinjam kasut orang kan dah la pakai berjam jam nanti tak selesa tau nak pakai kasut orang, aku bawak duit rm86 je tau kasut harge rm96 ape lagi paw angah je la kan, shopping la bersama kakak2 anda ye

Dah bayar baru ingat nak amik gambar with my sister

Gambar di depan kedai *payless* tapi tak pay less pun, best woo kedai ni sebab ikot size kan, tak payah la nak mintak size lagi kat pekerje tu bile dah berkenan baru la mintak yang baru kalau ade yang baru la kan
Dah dapat kasut yang berkenan di hati tu, tak pandang dah kedai lain, teros ajak angah makan kat nandos, lagi seminggu je majlis tapi tak diet pun hoho
sementara tunggu makanan meh posing dulu

adik bam bam pun nak pose, ni anak angah aku

makanan dah sampai, angah lapar sangat la tu tak sabar nak makan sampai amik gambar gegar kan

meh tunjuk gambar sikit kasut yang dah dibeli, mase cube tadi lupe nak amik gambar, menyesal tak amik gambar kasut satu lagi yang aku berkenan jugak tu

ni plastinye, adik bam bam pun dapat kasut baru jugak

ni la kasut majlis bertandang yang menjadi pilihan, kasut tak tinggi sangat dan cantik :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, November 23, 2012

Wedding Preparation 41: Bridemaids

Hari ni excited dah dapat guestbook rajin pulak nak update sampai dua entry ni, tinggal lagi seminggu ni je kami akan disatukan hari hari entry pun mesti nak kaitkan jugak dengan kahwin kan :) aku tak pernah lagi cerite pasal bridemaids kan, aku tak buat formal2 macam b2b lain, tengok cik mah siap macam propose bridemaids pulak siap ade invitation secare formal  "will you be my bridemaids?", comel je aku tengok, kalau aku dapat macam tu pun memang aku yang lebih excited gile nanti kan



*comel gile kan semue yang dapat mesti teruje nak jadi bridesmaids cik mah ni kan, semue picture ni amik kat blog cik mah, cik mah pinjam gambar2 ni ye? :)*

aku yang nak buat macam tu memang tak ade la, persiapan ni aku buat pun lepas raya baru start tau, jadinye ade la kelam kabut sikit, tapi Alhamdulillah banyak yang dah settle jugak, untuk bridemaids mestila aku pilih kawan yang paling paling rapat, kawan rapat kalau dari sekolah rendah sampai la aku sambung degree memang ramai la kan, sebab aku ni pun kategori mesra alam pulak, harusla ramai kawan, tapi dalam kawan kita mesti ade yang suke dan tak suke kita, kite terime je kenyataan sebab kita pun ade tak suke orang kan, tapi sekarang nak try to be positif dan lebih matang, dah nak kawin tak nak la gaduh2 macam budak sekolah rendah lagikan :) untuk bridemaids ni aku pilih kawan rapat yg mase diploma, bff aku tiga orang, sorang dah kawin dah ade baby pun, sorang tengah pregnant, sorang belum berkahwin lagi, jadinye aku pilih yang belum kahwin la kan, lagipun yang dah ade anak tu kat kuantan yang pregnant pulak kat jengke jauh pulak kan, kesian jugak diaorang, mas duduk batu pahat senang sikit la nak datang, dulu mase belajar selalu orang cakap kitaorang ni kembar, muke ade iras iras sikit la kot kot, mase aku tunang pun dia datang tido rumah, kirenye dia pun rapat la ngan family aku, dia kalau datang rumah pun memang rajin semue boleh tolong, aku je la malas hoho aku pakse dia datang awal ari jumaat boleh la ade bersame same petang tu akad nikah malam boleh la golek same same lagi kan, esoknye majlis teros ikot jadi pengapit kan senang, tema tuk pengapit warna peach ikot tema family aku nanti, baju aku tak sponser pun haha kedekot gile, dia cakap nak beli sendiri tak tau la dah ade baju ke tak tu, nanti aku kene mesej tanye lagi, jadinye mase outdoor ari sabtu dia boleh ikot amik gambar, amik gambar outdoor ramai ramai best kan jadinye nak dayang dayang lain aku amik je adik aku ngan kawan kawan yang pakai baju peach la kan, bile warna baju same lagi nampak cantik gambar tu kan, doakan mase majlis dan selepas majlis tu tak hujan ye boleh teros outdoor  je nanti

tadi tengok kat facebook cantik gile baju bridesmaids design by minazboutiquestudio.com, ni baju bridesmaids pun dah cantik gile baju pengantinnye mesti lagi lagi cantik kan, admire gile baju baju yang minaz design, admire je la, belinye belum lagi la
cantikkan, ni peplum dress, combination colour dia memang cantik la :)

cantikkan gambar outdoor irine dengan amirul, nak amik gambar macam ni jugak :)

\
nak gambar outdoor macam ni, bile bridesmaids pakai semue colour yang same cantik je kan *teroskan berangan di petang hari*

selepas majlis tu kalau boleh memang nak teros je amik gambar outdoor sebab selepas tu dah busy pulak dengan konvokesyen, mama babah tak dapat hadirkan diri semasa aku konvo sebab ade banyak urusan, tapi in shaa Allah mase tu dah boleh pergi dengan suamikan, adik beradik aku pun pergi jugak :) kalau ayu datang masa majlis resepsi nanti dia boleh tolong bawakkan jubah konvo, aku planning isnin sebelum bertolak ke shah alam boleh la amik gambar keluarga kat studio dulu, mesti best kan.. harap ayu dapat datang la mase majlis dan boleh bawak jubah tu, kalau tak dapat aku dah mintak hantarkan jubah melalui kawan lain dan datang bawakkan mase majlis, dapat hadiah jubah konvo la mase majlis nanti :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 40: Guestbook siap!


Mood hari ni bukan main happy lagi, semalam mesej owner myphotobook dia cakap dia dah hantar guestbook semalam, mestila hari ini tertunggu2 post lajukan, pagi sempat pulak bersauna, ni sambil cuci rambut semangat nak update yang guestbook tu dah sampai, guestbook tu encik tunang yang beli melalui online, beli melalui online memang la murah berbanding dengan beli kat kedai kan, beli melalui online campur dengan courier pun kurang lagi dari rm80, hardcover pulakkan, mase angah aku dlu dia buat guestbook kat kedai tapi besar lagi la berbanding yang ni dalam dua kali ganda jugak besarnye kan dalam rm200++, tetap kat online lagi murahkan, tu positifnye dari segi harge, yang negatifnye pulak, nak pakai bende tu mase majlis nanti 1hb12 kan, bile aku dah siap edit yang dalam tu kan, nak emailkan macam mane tak tau pulak, bile dah email salah pulak, mungkin penerangan dia yang tak jelas atau kami yang tak paham ke kan, yang lagi tak bestnye rasenye owner myphotobook tukan cuma akan check email seminggu sekali je, bile aku dah hantar email, boleh pulak gambar yang aku hantar tu low quality, lepastu nak tunggu dia balas email confirmla lambat lagi, bernasib baik jugak la, mase email dia cakap gambar low quality tu dia ade sertakan manual cara2 nak upload bagi gambar elok dan juga phone number, kalau dia bagi manual awal awal kan senang kan, mase pulak dah suntuk, dalam 2 minggu lagi, jadinye aku mesej je la owner myphotobook, aku terangkan yang aku nak guna cepat, banyak jugak la aku membebel dalam mesej, cakap kenape dia tak respon email cepat, kalau kita nak gune lambat lagi atau buat photobook saje saje tak kisah la kan, lepastu minggu ni hari isnin dia check dia cakap gambar tu okey dia cube hantar cepat, aku kene bayar untuk courier je lagi rm12, tu yang aku semalam saje tanye progress guestbook tu, yela kalau kita tak tanye nanti dia buat diam je masalah jugak, rupenye semalam dia dah post, hari ni dah sampai, haruslah teros mesej encik tunang walaupun dia tengah kerje tu, tapi semangat nak beritau yang guestbook dah sampai, kalau tak memang risau la nak gantikan guestbook macam mane pulak mase majlis resepsi nanti. Alhamdulillah, bile dah dapat rase lege dah sangat tau, selesai satu lagi masalah.. Tapi myphotobook ni bagus jugak la bile aku mesej2 cepat la dia buat.. Tu la postif dan negatifnye kita beli melalui internet kan.. Gambar kawin nanti semue nak buat photobook je la tempah melalui internet kan tak payah print2 masuk album gambar kan, tapi nampak macam muke gemok pulak bile dah print gambar kat guestbook tu, mase aku tengok kat laptop tak la gemok macam tu *tak boleh terima kenyataan*



*tunjuk gambar sikit la, masuk dalam plastik semule, sayang la konon, nanti nak cari marker yang sesuai ditulis atas guestbook ni la*


p.s : kawan kawan yang datang mase majlis resepsi 1hb12 jangan lupe tinggalkan ucapan kenangan dalam guestbook tu ya

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, November 22, 2012

Kasut Majlis Bertandang vs Dress

Selamat bercuti hari ini untuk semue warga johor, aku hari hari bercuti je, bile ntah nak kerjekan, kononnya lepas kahwin, kononnya la, jngan pas tu jadi suri umah je dah la kan :) encik tunang tak cuti pun hari ni, tapi dah dekat nak nikah ni tak boleh jumpe selalu, tinggal seminggu je lagi status akan berubah, doakan smue selamat ye :) kononnye hari ni cuti nak duduk umah je bagi peluang orang lain jalan pulakkan, tapi bile mama cakap nak gi holiday plaza pastu nak makan kacang pool, teros nak ikot, sambil tu boleh cari kasut yang berkenan di hati la kan, masuk je HP tukan teros terbekenan kat kasut kat satu kedai ni, kasut dari korea harge pun rm89.90 kire ok la kan, warna putih, bile mintak size dia cakap tinggal last pair yang display je,kasut yang aku berkenan selalu tinggal last pair la dah abis la, dia nak jual je yang last pair tu dahla kotor kan,kembang pulak dah ramai cube, harge tetap macam tu, patutnye barangan display dijual half price la kan, mase mama aku pergi jerman, kalau barangan display diaorang jual half price je, patutnye Malaysia pun buat macam tukan, kalau baju aku tak kisah sangat boleh basuh pun, kasut macam sayang je kan bile display memang dah tak best la.. Dah puas bebel2 ni akhirnye tak beli pun.. Masuk parkson mama nak cari blause, pastu ternampak satu dress ni, mama yang nampak mama cakap 70% ni, aku ngan adik mulenye buat muke tak berminat pun cakap la nak gi mana pakai dress ni, adik cakap tu baju tido, lepastu tengok harge lepas diskaun rn34.50 teros je berminat ngan dress tu dan teros nak cube tau, ade dua colour je, aku amik hitam nak nampak kurus konon, adik amik yang turquoise, bile dah try kan, teros rase nak beli dua, sebab harge pulak memang murah, konsep aku kalau murah je memang cantikla kan hehe dahla pakai duit mama dulu pulak tu :p aku kalau baju same dengan adik pun tak kisah pun, baju raya pun sama dengan adik, dah macam kembar pulak, tapi pakai hari yang lain la sebab malu la pulak haha beli sebab dah suke, pakai je la mase lain2 kan.. Dress tu tak ade lengan pun, tak kisah je boleh pakai dengan inner ataupun cardgan, tak pun pakai je kat rumah nanti, amboi kat umah pun nak pakai cecantikkan, dress bagai :) sebabkan dress tu kosong je rasenye nak tambah bunge la, mengada betol aku ni nak tambah2 bunge la, haritu aku ade beli roses satin flower tu belum gune lagi, pemalas nak buat sendiri beli je la kan, tapi nanti la bile rajin baru jahit ni balik tadi saje try letak dulu bunge tu, letak kat pinggang lawa, letak kat kaki pun lawa jugakkan? Ni letak baju kat atas katil balik teros berangan cube baju, aku memang camtu kalau dapat bende baru jakun sikit kalau boleh tido malam pun nak pakai dress tu hehe


cantikkan dress ni, murah pulak tu :)

balik je dari HP tadi aku dengan adik main makeup makeup, siap makeup mama cakap dah macam orang jepun dah pastu teros kononnya nak jalan jalan kat jusco dah pakai makeup tu nak perasan2, lepas tu dah masuk asar kan kene jugak la cuci makeup semayang dulu pastu baru keluar, bawak anak anak jalan2 makan kat jusco sambil tu cuci mata lagi tengok kasut tapi tak ade jugak yang berkenan, bile cari memang payah nak jumpe, nanti bile dah jumpe yang cantikkan dah beli mule la ternampak yang lagi cantik pulak kan

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, November 21, 2012

Renew Passport

Hari ni tak cerite pasal persiapan kahwin la, cite pasal aktiviti hari ni, blog dah macam diari kan, aktiviti seharian semue nak ditulis kan, tapi rase puas hati tau bile dapat menulis blog ni, eh menaip kot.. Encik tunang dah tolong renewkan passport, untuk lima tahun, renewkan melalui internet jadinye aku kene pergi amik sendiri kat pekan rabu, sayang encik tunang lebih lebih ni :) mulenye aku fikir yang sekadar amik passport mestila sekejap je kan, dah hantar resit tu, dia cakap problem sikit gambar yang dah hantar secara online tu tak boleh gunakan, nak jugak yang baru, jadinye aku pun kene la amik gambar baru, dah la tak ade pilihan kedai, walaupun kedai tu amik gambar pakai dslr, gambar yang diamik tu tetap tak cantik, dah la nampak gelap, edit la sikit sebelum printkan, tak puas hati betol tau, kalau tau aku amik gambar dulu sebelum datang baru puas hati, passport tuk lima tahun, gambar tak cantik pulakkan, hee banyak bebel, nak tunggu siap tu hampir dua jam jugak la, padahal pengambilan passport je, cuti sekolah pulak, lagi la lame, tunggu je la dengan tabah, best kan dah ade passport lepas ni boleh jalan selalu kan encik tunang? :)
balik tu singgah sutera mall, nak cari kasut tuk majlis bertandang tau, aku nak cari wedges tak nak pakai heels, yakin dan lebih selamat dan wedges aku boleh pakai lepas kenduri kan, tapi tak jumpe yang berkenan, ade heels pulak tapi harge rm100++ disebabkan pakai sekejap je aku tak nak yang mahal mahal *kedekot* akhirnye aku tak beli ape, adik shopping kasut dengan beli baju ala peplum dua rm50, cantik gile tau, walaupun free size tapi size tu macam size s je, untungla orang kurus, aku kalau kurus dah borong je, tengok je la boleh, tak pun pinjam je adik tapi terang2 tak muatkan, dah kene diet macam ni *hangat2 tahi ayam* misi mencari kasut akan diteroskan esok ke lusa ke, harapnye jumpe la berkenan, minggu depan je kot, minggu depan? Hoho



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, November 20, 2012

Wedding Preparation 39: Hantaran Siap!


Tinggal berape hari je lagi sepatutnye banyak yang dah complete.. Photobooth tak siap lagi, tengah malas2 je ni, esok atau lusa boleh la buat, yang paling rase tak best bile kain untuk baju akad nikah tak siap lagi, sampai dah malas dah nak contact akak tailor tu tadi jalan2 kat angsana ingat nak beli je skirt chiffon biase je, bantai jela asal ade kain, agaknye kain tu sehari sebelum akad nikah baru dia nak bagi..haish sebelum keluar tadi mak ngah datang hantar hantaran yang dah siap digubah bersama barang, cuma tinggal yang untuk makanan macam kek, chocolate, dan satu lagi mungkin buah yang belum digubah, tengok hantaran tu makin excited nak kawin ni, tapi malas pulak nak amik gambar hantaran yang dah siap, nanti la kalau rajin ye, tajuk je hantaran siap tau tapi sebenarnye entry ni bercampur aduk, semuenye aku nak cerita sekaligus, macam semue kejadian satu hari ni nak cerita, jadinye tajok yang tak kene tu abaikan je la ye, sebab tak tau nak buat tajuk ape yang sesuai dah ni :)
Percutian ke Bali
Hari ni ade berita yang lagi lagi best lagi bile babah dah booking tiket untuk ke bali tahun depan bulan dua, tu kire honeymoon ke yek? Bulan dua tu dah masuk dua bulan kawin dah pun kan, dah pengantin basi dah, tapi bila hari hari bersame suami nanti mesti dah paling indah kan, ni dapat jalan same same lagi la rase best sangat, pergi bali nanti dengan mama babah, tak sabar nak jalan2 dah ni, passport pun dah renew, terima kasih encik tunang tersayang sebab dah renewkan, untuk lima tahun, esok je la amik passport, lima tahun boleh jalan banyak kali ni kan
Fitting Baju
Sebelum ni aku ade beritau kan yang last minute tibe tibe bridal cakap tak boleh nak buat turban yang macam aku nak tu, dah tak surprise kan, untuk majlis mase kat sebelah aku nak pakai turban, encik tunang tak suke la pakai turban, tapi nak jugak pakai, *degil* jadinye aku pun teros la email ayun ayunar, ingat nak beli satin turban tu je, tapi sebebarnye macam same pulak pakai mase tunang hari tu, tak best pulak kan, tapi yang bagusnye diaorang ni, aku order hari ahad, hari ni dia dah bagi tracking number, pantas kan diaorang buat kerje, tapi bile jalan jalan kat angsana tadi konon nak cari la kasut untuk majlis bertandang, terjumpe turban yang cantik pulak, warna pulak merah hitam, harge dalam rm80++ gak la, aku pun teros je la beli, sebab cantik dan bile dah berkenan memang nak beli jugak, cume agak kosong sikit, jadinye aku beli je la bunge kat kedai pengantin kat angsana, warna merah dengan hitam, balik tadi teros jahit bunge kat turban tu, semangat gile kan, sebab petang tadi nak fitting baju nak try sekali ngan turban dan veil, veil bridal yang dah sediakan, pakai crown sekali, berangan ala ala princess gitu.. Tinggal untuk majlis bertandang je tak pasti lagi nak pakai tudung macam mane ni, kalau pakai shawl biase pun dah okey dah kan, minggu depan hari khamis dah boleh amik semue baju la kat bridal. Alhamdulillah selesai satu lagi masalah kan, balik dari fitting baju, singgah kedai pemborong kat taman universiti borong gule gule, lolipop, jelly untuk letak sebagai candy buffet, best banyak gile borong ni, rase macam nak makan sendiri je lagi2 marshmallow tu, geram je nak makan, rasenye kebas yang tu dulu sebelum kenduri yang lain je la letakkan, takpun kat meja beradap pun patut letak candykan, eleh, mase tu dah cntrol2, tak selera nak makan dah kan hee total belanje untuk candy buffet ni rm80++ jugak la.. hari ni kepenatan la berjalan seharian, panas terik pulak arinikan, misi esok nak pergi amik passport hoyeaahh

ni la manisan yang akan diletak di meja candy buffet

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, November 18, 2012

Wedding Preparation 38: Fitting Baju Majlis Bertandang

Hari ni bangun awal pepagi sebab nak pergi cube baju untuk majlis bertandang, encik tunang janji nak *excited hokey nak cube baju pukol 8 dah bangun, kire awal tu kalau tak lambat la bangun hehe* datang pukol 9 pagi, pukol 9.30 baru aku siap, kesian encik tunang tunggu je la dalam kerete dengan sabar, akhirnye sampai rumah kawan kakak encik tunang pukol 10.30, ni memang janji melayu la, konon je bangun awal, tapi lambat jugak aku siap, sebenarnye janji pukol 9 sampai, jauh jugak la perjalanan dari umah ke pasir gudang, nasib la cube baju ngan kain muat kan, kalau tak muat malu tau, cume kain longgar sikit la, macam dah kurus sikit kononnya, untuk tudung je tak berape berkenan, dia bagi inner awning tu, tapi aku cakap la tak nak yang ade awning terase macam makcik makcik pulak pakai tudung tu *encik tunang pun tak suke aku pakai tudung macam tukan* jadinye tak pasti lagi nak pakai tudung macam mane, untuk baju yang majlis bertandang ni more to tradisional, untuk majlis sebelah aku modern, jadinye boleh agak la kan tradisional pakai baju ape dan modern pakai baju apekan? kene la ade kelainan sikit, mane la tau ade yang dijemput datang dua2 majlis kan, nampak la lain sikit baju yang dipakai kan, mase cube tadi sempat jugak amik gambar dengan encik tunang, encik tunang kene praktis senyum banyak banyak ni, nanti muke serius je, ingat kene pakse kahwin pulak hehe tapi kalau enck tunang senyum kan rase dia comel gile la *ade yang kembang bace ni* tapi untuk gambar tu tak boleh la nak tunjuk dulu kan, macam tak surprise la pulak. Tak pernah lagi update entry khas untuk MUA kan, nanti mase majlis bertandang kawan kakak encik tunang yang makeupkan, dia datang rumah nanti makeup di rumah. 
Mulenye aku  tak nak la pakai kasut tinggi sangat masa majlis bertadang sebab majlis 1hb12 yang sebelah aku tu dah pakai kasut tinggi, dua hari berturut turut nak pakai macam terseksa la pulak, tapi akak tu dah suruh try je pakai kasut dia dulu, nasib la kaki aku dengan kaki dia size yang same je kan, memang ngam la kan, kasut yang dia bagi try tu pulak ok la siap bling bling lagi, warne silver sebab colour baju tu kombinasi biru+silver *sebenarnye theme colour tu turquoise tapi aku rase colour tu more ke baby blue, bantai je la asalkan cantikkan* untuk kasut tu aku nanti jalan jalan nak jugak try tengok kasut yang aku rase selesa dan dapat berdiri dengan selamat, kasut tu biar dulu, kalau jumpe yang berkenan beli, kalau tak pakai je la kasut akak tu, rase segan pulak nak pakai kasut orang dah la kasut raye dia kan, kalau ade yang cantik beli sendiri okey, tapi pakai nya sekali je la agaknye, kasut tinggi2 ni berkenan je nak beli tapi pakainye tak pun.
Lepas dah cube baju, singgah kejap kat jusco tebrau, encik tunang shift malam hari ni, jadinye tak boleh lame lame, haruslah sampai sane makan dulu, bangun awal pagi tu tak makan lagi, pergi rumah orang pun tak makan kan, malu la konon haha selepas makan meneruskan misi mencari night lamp, encik tunang belanje night lamp, okeyla kan lagipun nak letak kat bilik pengantin yang akan terus menjadi bilik kami sementara tak beli rumah sendiri lagi, bestnye ade rumah sendiri, tak sabar nak ade rumah, boleh deco deco kan, kalau tengok perabot suke berangan nak letak kat rumah, lagi lagi perabot yang english style tengok kat romantika tu bestnye la, In Shaa Allah ade rezeki lebih nanti ade la rumah sendiri kan encik tunang? hehe misi mencari night lamp pun berjaya, nampak banyak jugak yang cantik dan berkenan, nak yang unik la sebab encik tunang suke yang unik unik ni, lepas tu lampu ni kita boleh adjust sendiri nak yang paling terang ke kurang terang ke, aku jakun baru tau lampu tidur boleh adjust adjust, memang macam tu ke sebenarnye? ade yang lagi best yang lampu sensor tu, kita touch dia on sendiri, tu best jugak kan, tapi encik tunang macam tak minat je kan haha jadinye pilihan yang ni adalah pilihan yang paling tepat, ade 3 colour merah, ungu, putih, aku pilih putih, putih matching dengan semue colour kan, harge lupe pulak tadi, rasenye RM70++, tak ingat pulok, kene tanye encik tunang la nanti

*mempersembahkan bakal lampu tidurku, table lamp dah ade, adik pinjam letak kat spa dia, esok nak amik balik bawak naik letak kat bilik la*


belum letak atas lamp table lagi

kalau dalam gelap rupenye macam ni la, unik kan :)

auwww ni yang tak sabar nak tidur kat dalam bilik pengantin *gatal* kurang lagi dua minggu je lagi, doakan semoge semue berjalan lancar ye, sekarang tengah memikirkan nak pakai tudung macam mane masa majlis kat dewan nanti, last minute akak bridal tu cakap tak boleh buat macam mane aku nak, runsing jugak nak fikir, kene try cari la pas ni, ari khamis mase aku jalan kat jusco bukit indah terjumpe pulak set makeup, best untuk buat hantaran, sebelum ni tak terfikir pulak nak set makeup, dulang pun dah penuh, tapi dah pujok encik tunang suruh satukan je handbeg dengan kasut, encik tunang macam okey je kan, yeaaa nanti misi nak mencari set makeup, cari yang murah2 je, tadi tengok kat elianto set makeup semue less than rm100 tau, tapi nak try tengok brand lain pulak *excited pulok*


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, November 16, 2012

Wedding Preparation 37: Permohonan Wali

pagi pagi dah buat excersis tangan ni, tolong mama buat kek lapis untuk makan mase majlis dan juge untuk hantaran nak diberi pada pihak lelaki, mase majlis bertandang pun rasenye tak nak datang dengan tangan kosong nak bawak kek lapis, tapi tak sure lagi, hari ni mama buat 6 buku kek lapis, haritu dah buat 8 buku, esok baru nak buat kek lapis cheese untuk hantaran.. kalau aku la tak sanggup nak duduk depan oven panas tu berjam jam, buat kek lapis bukan boleh tinggal, tapi mama gigih jugak nak buat, mama suke tak apelakan

*excersis tangan*

untuk negeri johor ni aku rase kepelikan betol la, ayah yang nak mewalikan anak sendiri pun kene buat permohonan kat pejabat agama? tak logikkan patutnya tok kadi tu la buat permohonan kalau ayah pengantin nak wakilkan dia nikahkan anak diakan, mase angah aku babah aku tak boleh nak nikahkan anak sendiri sebab tak buat permohonan, urusan yang senang pun diaorang boleh sukarkan macam ni, macam tak patut pulak, negeri lain macam ni jugak ke? kita bukanlah nak pertikaikan, sebab kalau ikot agama memang ayah la paling berhak nak walikan anak, ni ayah pulak kene buat permohonan isi borang pergi pejabat agama, isi borang babah dah settle isi dah, tinggal pergi pejabat agama je lagi pasni, tak tau la kalo dia nak interview ayah pengantin dulu pastu baru dia luluskan ke ape, tapi kan bende ni macam menyukarkan lagi, nak nikahkan anak sendiri pun kene buat permohonan ke? aku rase kat johor ni je macam ni, sedara mara aku nikah kat pahang tak ade la macam ni pun tau.. jadinye siape siape kat johor yang nak nikahkan anak sendiri silalah isi borang permohonan

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, November 15, 2012

Another 14 days

dup dap dup dap.. tinggal 14 hari lagi, perasaan cam ne ye? nervous jugak la, sebab ade la bende yang masih tak settle lagi, doakan semue berjalan lancar ye :) 




Aktiviti hari ni hantar kad untuk exwingmate aku mase diploma dulu tempat perjumpaan jusco bukit indah, sebelum keluar dah siap cecantik ni, anak buah aku yang comel tu boleh pulak yak, terpaksa la bersihkan dulu dia baru boleh keluar, haish dah ade anak nanti tak merase la nak cecantik lebih kan, suke berangan lebih lebih kan hee tadi meriah jugak la borak ngan cik fyza, fana dan memey, mesti orang kat situ sakit ati je dengar kitaorang berbual suara semue nak loudspeaker campur dengan memey gelak tak boleh control punye la kuat, ingat nak jumpe jap je bagi kad, bile dah jumpe memang tak boleh kejap je la adik pun sampai dah bosan, aku mestila bawak adik, aku bukan berani bawak kete ni, pas kawin nanti kalo nak jumpe diaorang encik suami la yang kene hantar kan, sampai kebosanan la kene tunggu je, sempat pulak masing masing posing sebelum aku bertukar status dari cik ke puan dalam 2 minggu lagi, insyaAllah :) tak puas amik gambar kat pizza sambung pulak kat luar tu












lepas amik amik gambar diaorang ajak beli hadiah, beli hadiah tuk wedding aku, aku pilih sendiri, akhirnye setelah berfikir nak ape, angah dah belikan vacuum, pas kawin aku duduk umah mama babah sementara la, nanti la baru beli umah sendiri, tapi best je dapat barang umah, setelah masing masing pot pet nak pilih hadiah akhirnye diaorang pilih fruit mixer, aku cakap hadiah bawak mase kawin nanti, siap balut lagi, sampul pembalut tu aku yang pilih sendiri haha happy gile dapat borak borak ngan kawan kawan, mase wedding nanti diaorang datang tapi nak borak panjang pun mane boleh kan, ramai orang :) happy bile orang cakap dah kurus sikit, walaupun tak kurus sangat pun, bangge je hee
selepas selesai aktiviti membeli hadiah aku dah plan nak balik je, tapi sempat singgah beli takoyaki dengan kek choclate indulgance nak bawak balik, sampai kat kerete aku cakap kat adik eh kenape lampu kerete hidup ni, haruslah lepas tu kereta tak hidupkan, ape lagi, mestila teros call babah, babah la yang datang, sempat la sementara tunggu habiskan makan takoyaki satu kotak, konon nak bawak balik rumah, nasib la orang kat kete sebelah dah nak balik dia tanye ade masalah ape, dia tolong charge kan, sambung dengan kerete dia, 
sempat posing kat kerete kan

babah la penyelamat bersame abang di sebelah

mulenye nak balik awal nak pergi taman u, nak singgah umah kak nana nak amik flower roses satin yang aku tempah dan nak hantar kad kat kawan yang duduk area situ, tapi tak larat pulak, dan kerete tu boleh la lepas sampai umah je, balik tak pasang aircond dah, okla esok jela sambung siapkan brideroom dengan photobooth, kepenatan seharian jugak la keluar ni, dah dekat majlis ni tak elok keluar selalu kan, nak suruh encik tunang beli lampu tidur nak letak dalam bilik nanti, owh tak mandi lagi ni, nak mandi pastu nak tengok cerita putera rayyan pulak ni


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, November 13, 2012

Wedding Preparation 36: Doorgift For Solemnization Part 2


yeaa hari ni dah tengok istanbul aku datang dengan encik tunang, comel gile cite tu, lisa lagi sesuai bawak watak comel comel kot, tapi ade orang cakap cite tu sedih, aku tengok tak sedih pulak, lisa berlakon sedih tak menjadi la haha suke suke je komen, kalo tak sebelum ni fazura yang dapat watak tu, tapi dia tolak, bagus la pendirian dia tak nak berlakon bersentuhan dengan lelaki, tapi kalau fazura yang berlakon mesti lagi comel, suke gile fazura :) okey je kalau nak buat cite comel comel cam cite istanbul tu tapi tak payah bersentuhan kan :) tapi tengok cite tu blogger2 leh feeling2 dian yang comel la sebab dalam cite tu pun dian blogger, blog dia comel gile la, kalau dian dalam realiti dah follow dah hee pantang tau tengok segala yang comel comel ni, pastu baru first time aku tau boleh masak meggie dalam microwave, korang tau tak? ke 2x5 je? tak tau jugak kan..hehe sampai malam ni lagi rase cite tu comel, hehe
dah dah kita sambung pasal persiapan, sebab kan hari ni keluar, sempat la gi beli dawai, encik tunang yang comel dan baik hati yang paksa nak jugak bawak beli dawai hari ni, balik teros la lilit pearl2, tapi tak siap lagi HB tu, sambung esok je la, tapi esok ade temujanji pulak, nak keluar ngan excoursemate mase diploma cik fana, cik fyza dan cik memey, nak pergi jisco bukit indah, saje nak pass kad by hand ni :) progress tuk brideroom, langsir masih belom dibasuh tapi frame dah digantung dalam bilik, tinggal nak letak gambar je lagi, nak letak gambar mase akad nikah, mase majlis, semue la nak letak dalam bilik *excited kan*
Entry lepas aku dah cerita yang aku diy doorgift untuk masa akad nikah kan, sepit comel tu dah siap dibungkus, aku letak je dalam plastik gula gula lebihan mase majlis angah dulu, plastik gula gula dah tak payah digunakan sebab dah plan nak buat candy buffet *alas meje untuk candy buffet pun mama dah belikan*
mase angah kemas barang barang dia, tengok ade banyak lagi sapu tangan dalam kotak2 kecik beli kat indonesia tahun lepas, kira2 ade la dalam 40 kotak, teros je angah bagi cadangan bagi untuk keluarga encik tunang mase akad nikah nantikan, bende dah ade kan, bukan kene keluar duit kan, aku tampal je kat kotak kecik tu tq tag free yang dapat mase beli kad kahwin, dah settle tampal dah diletak dalam 2 bakul kecik yang comel, satu sepit dan satu sapu tangan
ni la sapu tangan yang comel tu :)




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, November 12, 2012

Wedding Preparation 35: Shawl Nikah with Pearls and 3D Flower


tutup cerita sedih untuk semalam semoge hari ni dan seterusnye lebih baik dari semalam, nak kawin ni banyak la dugaan yang datang kan sebab pasti ianye akan menjadi kenangan paling manis lepas ni, hoyeah nak jadi lebih positif, insyaAllah nak buat perkara yang baik lagi lagi mendirikan masjid mesti Allah permudahkan kan :)
ingat nak tengok istanbul aku datang hari ni rase cite tu macam comel je, tapi malam ni encik tunang kerje nak ajak tengok siang ni harusla dia nak berehat je kat rumah, tapi sempat encik tunang hantar mcd kat umah ok, ececeh sweet la tu, tak ade maknenye sweet, aku yang mintak pasal tu la dia hantar pastu mintak bayaran haha comel je kan :) mengidam gak nak dapat laki sweet bile tulis je nak mcd berdesup orang tu hantar, tapi apakan daya tu bukan tunang aku, dia ade jugak sweetnye yang tersendiri, bab yang tadi kene mintak baru dapat
disebabkan hari ni kebosanan nak buat pearl hb pun tak boleh, aku pun sambung la jahit pearl ngan letak bunge sikit kat shawl, aritu dah jahit kat bawah ni tambah sikit je yang kat atas kepala pulak 
pearl aku guna warna turquoise, beli kat mane nanti cite, bunge combination colour peach ngan turquoise, rase nak jadikan veil pun boleh, tadi cube cube sebab ade lace macam keras kat kepala tak cantik pulak, pakai je inner kat dalam pastu pakai veil ni pun cantik kan, ingat nak pakai crown tapi kat atas tu macam dah cukup crowded sangat pulak kan 

*jom nak tunjuk sikit shawl yang dah siap dijahit dengan pearl dan bunge, tapi macam dah tunjuk semue jugak la *




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, November 11, 2012

Wedding Preparation 34: Perihal Baju Resepsi

tadi pagi aku mesej akak bridal yang aku sewe baju tu majlis resepsi nanti, beritau dia aku nak cuba baju rabu depan ni, dia balas mesej cakap rabu depan tak boleh ade orang tibe tibe cakap nak pakai baju tu last minit, mule aku fikir okey je, pastu aku terfikir nak tanye tarikh orang tu pakai bile dengan kenduri kat mane, orang tu nak pakai 17hb11 ni, kat taman universiti, 2 minggu sebelum aku punye kenduri ade orang nak pakai dan taman dekat je ngan kawasan perumahan aku, mestila aku tak nak, tapi aku cakap baik2 jela, eh bukan cakap aku bbm je, aku cakap walaupun dia outdoor je pun bukan pakai untuk majlis pun, tapi aku tak nak jugak sebab dekat kawasan taman dan gap hanya beberape hari je, buatnye 1hb12 tibe tibe dia pulak datang kenduri aku, memang tak best la kan, kalau dia nak pakai lepas aku suke ati dia la, aku bukan jenis cerewet tapi bab macam ni mesti akan jadi cerewet, kita nak kawin sekali je kan, mestila nak yang terbaik, dan aku tak mintak design baru pun sebab akak tu yang cakap ni memang design baru, mestila aku tak nak orang yang duduk dekat je ngan kawasan aku dah pakai dulu, kalo kawasan lain tak apela, pastu aku dah siap tulis merayu semue kan mintak orang tu tukar baju lain sebab orang tu pun dah mintak last minit, nasib baik orang tu setuju nak tukar baju, next week ari rabu dah boleh fitting baju, mama dah la hari ni gi KL, aku asik call je la sebab pasal bende ni, ni dah settle syukurla, rase lege sikit, stress pulak rasenye ari ni haish tak tau nak kongsi cerite ngan sape bile orang tanye persiapan macam mane selalu jawab okey je, tapi orang tak tau ape yang kita lalui sepanjang tu, tak nak serabutkan orang lain dengan masalah kita sebenarnye, bila menulis kadang kadang boleh buat hati rase lege kan

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 33: Baju Nikah

pagi ni akak tailor hantar baju kat rumah sebab rase bersalah la tu, cube semalam tapi tak siap jugak lagi, hari ni datang hantar baju je, kain tak siap lagi, agaknye dia sendiri kot yang nak pakai kain tu, ataupun aku je yang pakai baju yang dah siap tu dengan kain ala Diana Danielle mase akad nikah? jahit je la pearl kat baju tu dulu, pastu sabar je la tunggu kain tu, walaupun sebenarnye tahap kesabaran ni pun dah macam hilang sabar, tunggu je la sampai siap, anggap je la ni dugaan sebelum majlis perkahwinan tu kan, doakan semue berjalan lancar ye lepas ni, hari ni mood pun tak berape nak baik disebabkan hal tu, jadinye malas nak cakap banyak, orang yang tak mengalami tak rase ape pun, tapi bile sendiri yang mengalami tau la rasenye macam mane, kesimpulannye jangan la tamak, buat ikot kemampuan dan tak perlu bagi alasan yang banyak, rasenye dah malas dah nak cite pasal baju nikah ni, aku pun dah bosan dengan cerite yang same, tunjuk baju tu pun dah tak semangat, review pas akad nikah insyaAllah, tak ade tempat nak luahkan perasaan, blog jela tempat nak meluakan perasaan :(

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, November 10, 2012

Wedding Preparation 32: Hand Bouquet

hari yang kemalasan, update entry pun malas malas je ni, mungkin tak ade semangat sebab keciwa baju akad nikah tak siap lagi hokey, sepatutnye nak amik pagi tadi, datang cube baju je, tapi ade lagi tak siap, tinggal letak butang, kain pun belum siap jahit sepenuhnya, tapi ku akui jahitan memang cantik la, mase pakai tu rase best je, tapi frust ar dah semngat nak amik tak boleh bawak lagi,  kecewe sebab dia tak menepati mase, kita dah datang rumah nak amik boleh pulak tak siap, disebabkan akak tu rase bersalah pagi esok dia yang hantar baju tu kat rumah, tarikh akad nikah 30 november, ni dah 11 november, aku ingat nak jahit la pearl sikit sikit kat baju tu, semalam aku dah beli pearl, dah berjaya jahit pearl kat shawl nikah haritu, aku tambah pearl sebab mase akad nikah tak pakai veil jadinye kat bawah bawah shawl tu tambah pearl ngan bunge nak nampak cantik bile amik gambar kat belakang *shawl nikah tu nanti tunjuk lepas nikah je la ye*
Disebabkan HB dah ade yang mase tunang haritu warna peach pulak memang dah kene la ngan tema nikah tukan, makanya tak payah la nak membazir nak buat HB baru, bunga tu pun cantik lagi, aku beli kat lovely lace, cik mira tunang haritu pun pinjam HB aku sebab sama tema warna peach, untuk mase majlis resepsi pulak memang pakej bridal tu termasuk sekali HB, kak elis guna fresh flower ikot tema, best nanti boleh bawak mase outdoor
Mula2 tak terfikir pun nak gubah HB tu, tapi disebabkan sekarang fames sangat HB pearl ngan brooch, tengok orang buat memang cantik gile, pearl turquoise yang beli semalam pun ade lagi, esok nak beli brooch je cari yang batu batu, dengan kene beli dawai, misi esok nak menyiapkan HB aku *dengan harapan HB aku menjadi cantik seperti HB orang lain la ye*

ni la HB mase tunang tinggal nak tambah pearl ngan brooch :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, November 8, 2012

Wedding Preparation 31: Bride Room

Rase lagi excited nak kahwin kan bile duduk dalam bilik pengantin, tadi siap bungkus bungkus doorgift for solemnization sambil tu merenung bilik nak deco macam mana la nantikan, untuk langsir pakai langsir yang lame je sebab masih cantik tinggal basuh je pastu gantung balik, rasenye kalau esok rajin dah boleh gantung langsir, sebab pada langsir tu la akan dihias Paper Fan dan Paper Tissue Flower, dah ade idea cume belum direalisasikan seperti yang dikehendaki sebab belum basuh lagi langsirkan, untuk set perabot pulak aku pakai je yang sedia ade sebab baru je tukar mase kawin angah awal tahun lepas, bilik tu pulak jarang guna dan selepas kawin nanti bilik tu akan jadi milik aku teros, sebab lepas kawin buat sementara ni la kami akan duduk rumah family aku dulu, tunggu la kumpul duit dulu baru beli rumah sendiri, aku memang seronok nak rumah sendiri, macam2 fikir nak hias rumah macam mana la, jadinye buat sementara waktu hias je la bilik pengantik, aku dah siap hias sikit, haritu ex schoolmate datang rumah, dia tengok dah bilik pengantin yang aku dah hias sikit, dia kate ni boleh buat suami tak keluar bilik je ni haha *encik tunang bace ni mesti sengih sengih* 
yang penting bilik selesa kan, almari baju pun aku dah siap kemas dah, tapi banyak jugak baju aku rupenye, belum masukkan baju encik tunang lagi ni, dah sediakan rak buku untuk encik tunang, nak bagi encik tunang semangat study, walaupun dah keje encik tunang kene jugak study selalu, bilik pulak ade tv, kalau encik tunang study sambil tu aku tengok tv agak2 dia study ke join tengok tv? *haha, dah berangan lebih pulak* lepastu rase nak angkat dvd player yang kat bawah tu letak kat bilik la, sebab macam tak gune je, boleh la layan korea series ke, jepun series ke, taiwan ke, macam best je kan, nanti la nak angkut bawak naik atas 
minggu lepas mama ade beli portis, portis ni kegunaan nak sangkut topi ke, coat ke, dapat murah je rm50, mule mule aku cakap mama buat ape la beli bende ni nak guna untuk ape, mama cakap boleh sangkot handbeg aku pun bukan main teruje la, cakap rm50 je nape mama tak beli banyak, boleh la letak kat bilik aku kan, akhirnye portis tu berjaye diletak dalam bilik aku, mulenye buat sementara tapi macam dah hak milik kekal, penoh handbeg aku dah digantung, korang beli la bende ni best la, malas nak amik gambar aku google je macam ni la portis di bilik pengantin ku :)


lebih kurang macam ni la, tapi aku punye portis tapak dia bulat dan nampak lagi cantik, nanti rajin aku amik gambar

tapikan bestkan nanti bile dah ade rumah sendiri aku nak almari yang macam dalam iklan zalora tu, semue lengkap ala ala cite princess diaries *teruskan berangan ye cik khadijah*

picc dari encik google

aku nak tabur bunga hidup la atas katil macam ni la, nak je la, tapi tak tau la buat ke tak, bilik pengantin kene tunggu lepas majlis la baru best kan :)



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, November 7, 2012

Wedding Preparation 30: Signage Part 2


hari ni encik tunang cuti dapat la keluar dengan encik tunang, ingat nak beli cadar pengantin untuk rumah encik tunang, tapi mestilah tak nak cadar yang betol2 cadar pengantin yang ade lace tu bila tido atas tu gatal la, lebih baik beli cadar kosong je kan, tuk bilik pengantin kat rumah aku dah beli dah kat jusco mase j card day, yang simple2 je, nantikan leh pakai selalu, makanya tempat pilihan mestilah jusco jugak kan untuk cari cadar tu tapi tak jumpe pulak yang mengikot tema, iaitu colour turquoise, ade pun baby blue, cantik jugak, tapi tak jadi beli pun, kalo pergi jusco mestilah nak singgah daiso kan, kalau dah singgah mestila terbeli macam2.. dah beli bakul untuk candy buffet dengan hiasan untuk guestbook corner, bile dah pusing pusing terjumpe pulak sesuatu yang best, sesuai jadikan sebagai signage, eh haritu kan dah cerite signage kan, tu untuk signage majlis pengantin, bagi kesenangan untuk tetamu cari majlis pengantin tu kan, signage yang ni pulak digunakan untuk memudahkan tetamu ketahui di mana lokasi guesstbook, dewan makan, candy buffet, macam2 la lagi *macam dewan besar sangat kan* mula mula nak design sendiri tau, konon nak bertukang la gune papan la, masalahnye memang tak menjadilakan, beli je bende tu tadi pastu aku tampal2 je huruf, hasilnye dah cukup puas hati tau, comel je rase, haha kreatif jugak aku ni rupenye, pening je encik tunang layan kan, walaupun barangan daiso hanya rm5 bila bayar dah tak.jadi rm5 gak sebab beli macam2, hasilnye menjadi rm25, tahniah kerana buat pilihan yang bijak dengan membeli belah di daiso haha balik je petang tadi teros aku siapkan signage aku, hilang la ngantok aku sebab tak sabar nak siapkan, tapi tak nak la tunjuk dulu la, rase nak surprise la *gediks*
ni picture yang aku google tau, bukab hasil yang aku buat, aku nak macam ni la, tapi hasil aku buat comel gak sebenarnye *perasan*




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, November 6, 2012

Wedding Preparation 29: DIY Doorgift For Solemnization

Hari ahad hari tu pergi kenduri kahwin, dapat doorgit penanda buku dan brooch menggunakan kain felt, teros dapat idea nak bagi doorgift untuk masa akad nanti menggunakan kain felt yang dah sedia ada kat rumah, check beg plastik kain felt ade lagi penyepit rambut yang aku beli banyak2 kat mydin, aku ni kan hangat2 tahi ayam konon beli banyak2 nak jual, last2 buat sikit2 dah malas, disebakan hari ni kerajinan yang lebih makanya aku pun berjaya menyiapkan bunga sepit 40, tak buat banyak pun cuma nak bagi kawan kawan baik yang datang mase akad nikah dengan kanak2 kecik je, dapat siapkan satu hari ni pun dengan bantuan kawan baikku, cik aliaa, dia dah siap tulis nama kat kad2 dia tolong gam bunga kat sepit2 tu  

ni la sepit sepit yang banyak tu, guna 40 je, banyak lagi lebih

ni la sepit bunga yang berjaya disiapkan

walaupun sepit ni tak seberape, sekurang2nya kawan yang datang tu boleh la pakai sepit ni kan, sebab aku tak minat la orang bagi cawan ke perhiasan dan sewaktu dengannya, lebih baik bagi orang makanan kan tak adelah orang buang2, sebab kalau beli beli perhiasan tu pun belanje mahal jugak kan, sukenye dapat buatkan sesuatu untuk kawan kawan mase diorang datang nanti, ni aku tengah buat facial ni boleh pulak berenti kejap sebab nak tengok mimpi cinderella sambil menaip ni, habis cite ni sambung semule berfacial


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, November 5, 2012

Wedding Preparation 28: DIY Paper Fan Flower

Sementara tunggu cite julia start nak sambung cite preparation lagi la, sebelum ni dah cite salah satu decoration untuk my photobooth ngan brideroom, adalah Paper Tissue Flower, kalau letak paper tissue flower je macam kosong je pulak kan, jadinye saya dah DIY Paper Fan Flower untuk tambahan decoration untuk photobooth dengan brideroon, ade lagi satu bahan yang digunakan untuk decoration tu, nanti cite kat lain entry pulak ye. nak buat paper fan flower ni bukan la susah mane pun korang lipat2 je jadi macam kipas, budak lima tahun pun boleh buat tau, sebab semalam aku buat kerahan tenaga, suruh izzah yang baru lima tahun tolong lipatkan kipas2 tu, mule mule dia lipat okey la sikit, lame2 dia dah mengantok dia lipat pun dah tak serupa lipatan kipas la, akhirnye bila dia tertido aku betolkan balik semue lipatan yang dia buat tu, 
ni sebelum jadi bunga kipas, berteraburan semuenye

konon konon sambil buat nak tengok Aku Terima Nikahnya, internet pulak slow

 hasilnya bunga kipas


untuk kertas2 yang digunakan tu, ade yang aku gunakan yang dah sedia ade kat rumah, kertas warna warni yang dah tak pakai, kertas bunga bunga tu pulak aku beli kat daiso, tengok comel je, aku pun beli, hasil yang banyak tu dengan harga RM5, cite julia dah start la, tv dah memanggil

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wedding Preparation 27: DIY Paper Tissue Flower

Sekarang memang sebok aktiviti menulis nama kat kad selagi 1000 keping kad tu tak habis, semalam pun dah start invite melalui facebook, jadinye senang mana kawan nak kad kita boleh post, yang tak nak kad kita dah pun jemput diaorang dari situ kan. Sebenarnye aku dah lame menyiapkan paper tissue flower ni tapi tak update je entry ni, banyak kegunaan paper tissue flower ni, aku nak gunakan untuk photobooth nanti dan juga untuk brideroom, ade jugak orang gunakan untuk buat bunga telorkan, tapi aku dah beli yang siap teros, kalau korang rajin korang pun boleh DIY bunga telor kan.
Nak buat paper tissue flower ni tak susah mane la, dan lebih murah la berbanding kalau kita guna kain felt kan. Aku dah lame cari papaer tissue ni, nak beli online malas pulak, kat kedai tak tau la kat mane pulak, mase aku saje saje cuci mata pusing2 kat Daiso Jusco Bukit Indah aku terjumpe la papper tissue dan kerje menjadi lebih mudah bile dia dah siap lipatkan, tinggal bentukkan je jadi bunga, memang seronok la orang pemalas macam aku ni kan, harga dia pun agak murah la, kat Daiso haruslah barang barang semue RM5 je
RM5 = 14 kuntum bunga
aku pun tanpa fikir panjang teros amik dua packet paper tissue tu *aku kalau nak barang memang tak fikir panjang dah* mestilah aku akan pilih kombinasi warna yang paling aku suke biru+pink, aku rase warna biru+pink sangat comel kan, banyak la kegunaan paper tissue flower kalau korang nak DIY hantaran pun boleh, tak payah pakai bunga hidup, yang pastinye murah dan cantik
ni la plastiknye, lupe nak amik gambar sebelum buat, dia dah siap lipat cantik2 sesuaila untuk aku yang kurang rajin :)

kat belakang siap ade tunjuk cara2 nak buat lagi

ni la hasilnye paper tissue flower pink+blue ade 28 kuntum la semuenye

bunga dah siap bila ntah nak start menghias brideroom ngan photobooth

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-