~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, January 31, 2013

Stock Januari - Peplum

Kawan kawan ni sticky post ye, untuk entry baru boleh scroll ke bawah ya.. Maaf ya atas kelewetan aku nak mengupdate stock stock yang dah diambil. Seperti yang korang dah sedia maklum, haritu aku dah update teaser peplum untuk bulan januari., jadinye untuk hari ni aku nak upload semue stock peplum yang dah sedia ade ditangan. Stock adalah terhad ya. Pasti korang semue tak menyesal la beli peplum peplum yang cantik ni.

Material: Cotton Blended
Colour: Pink
Kod: PL01
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM50 (exclude postage)
SOLD OUT
*maaf, warna didalam gambar sedikit lari dari warna yang sebenar disebabkan kamera yang digunakan ya*
Sesuai digayakan ke pejabat bersama dengan skirt labuh, nampak lebih formal

Material: Cotton Blended
Colour: Blue
kod:PL02
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM50 (exclude postage)
SOLD OUT
*maaf, warna didalam gambar sedikit lari dari warna yang sebenar disebabkan kamera yang digunakan ya*
Sesuai digayakan ke pejabat bersama dengan skirt labuh, nampak lebih formal


Material: Cotton Blended
Colour: Beige
kod:PL03
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM50 (exclude postage)
SOLD OUT
*maaf, warna didalam gambar sedikit lari dari warna yang sebenar disebabkan kamera yang digunakan ya*
Sesuai digayakan ke pejabat bersama dengan skirt labuh, nampak lebih formal



kod:PC04
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
SOLD OUT


kod:PC05
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
Status: Available

Colour: Mustard

kod:PC06
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
Status: Available


Colour: Pink

kod:PC07
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
SOLD OUT





Peplum Polkadot

kod:PC08
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
Status: Available



kod:PC09
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
SOLD OUT


kod:PC10
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
SOLD OUT



Colour: Merah Maroon
kod:PK11
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
SOLD OUT




Colour: Pink

kod:PK12
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
Status: Available




Colour: Grey

kod:PK13
Free Size (Fit from S to L)
Price: RM45 (exclude postage)
Status: Available

Perlu diingatkan ya, warna didalam gambar sedikit lari dengan warna asal ya, dan size adalah free size, fit from s to l ya. Untuk size besar akan diusahakan bulan hadapan ya. Sesiapa yang berminat boleh la email dijah, Khadijahhishamuddin@yahoo.com. Bagi detail beserta kod baju yang dikehendaki. Selain email korang juga boleh mesej di facebook dengan tekan butang like untuk my business page iaitu Jaja Fashion Style. Terima kasih. Happy shopping you all.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 30, 2013

Selamat Ulang Bulan yang ke2

Hoyeaah hari ni dah 30.1 bermakna dah genap dua bulan aku bertukar status kepada puan dan isteri kepada mohd zaki b. yunos. Disebabkan dah genap dua bulan kami menjadi suami isteri hari ni makannya kami pun nak celebrate dengan masak sedap sedap.

Mempersembahkan masakan petang tadi tadaaa *tak payah nak tadaa2 sangat kan, kat dashboard pun orang dah boleh nampak kan gambar ni*


Ayam bakar dan cheezy wedges dan juga salad, nak buat coleslaw, kobis pulak tak ade, salad je la kan, nak basuh pun senang kan *pemalas gile*



kalau sesiapa nak resepi ayam bakar dan wedges boleh bukak kat link ni [Resepi ayam bakar dan wedges] dan sos cheezy wedges tu aku beli dari giant tampoi. Puas dah cari tau pastu mama jalan jalan terjumpe pulak, beli untuk try, ok la, sedap :)

ni la rupe sos cheezy wedges tu

kahkah tak ade maknenya la nak celebrate ulang bulan perkawinan, masak tu memang untuk mengisi perot dan disebabkan encik suami kerje malam. Aku ingat pun sebab tibe2 terpandang tarikh hari ni, dan teros tengok kat widget ticker, oh memang dah dua bulan rupanya.
Alhamdulillah tahun ni genap lapan tahun kami bercinta, doakan jodoh kami berkekalan dan cepat cepat dapat baby tau :)


Masa encik suami kerje aku mesej la wish selamat ulang bulan, dia tak reply pun, hampeh betol.haha tapi mase bulan pertama dia wish dulu,dia ingat, aku yang tak ingat, bulan ke dua aku pulak wish dulu, mungkin encik suami tak ingat. Habislah bulan ke tiga nanti dua dua la terlupa haha
Okey esok nak jalan, *excited*.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wordless Wednesday 4

Dah beberape hari aku tak pergi jogging, cuti panjang aku pun cuti jogging jugak. Hari ni jogging bersama encik suami. encik suami kerje malam hari ni. tapi nama je pergi jogging, balik jogging makan nasi lemak, amboi buang lemak sikit tapi tambah lemak banyak pulak kan. sekarang orang yang jual produk produk kurus semakin bijak kan. sebab diaorang jual produk kurus di hutan bandar mutiara rini, tempat yang aku pergi jogging tu. termasuk ni dah dua kali orang jual kat aku, dia nampak aku gemok sangat la tu, oh tidak. Tapi aku tak berminat ngan produk kurus ni, sebab aku malas nak makan makan berdisiplin ni. yola balik jogging makan nasi lemak pulak. tengah ari tak boleh makan la. petang sebelum encik suami pergi kerje nak masak ayam bakar dengan wedges :)

ni cheezy wedges yang aku buat hujung minggu hari tu 

wordless pun mukadimah panjang kan. sebenarnya aku nak tunjuk gambar aku packing barang. nak pergi bercuti, encik suami cuti dari ari khamis sampai selasa depan. hoyeaah.. berbulan madu kali ke dua, pergi dengan mama babah. bukan diaorang kacau aku honeymoon, aku yang menyebok nak ikot jugak :) pergi mane ye? nanti cerita ya.. Tadaaaa ni la barang barang yang dah siap packing, ade lagi baju yang tak masukkan. Baju kat luar untuk pakai esok, semangat gile kan.



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, January 29, 2013

Misi kahwin lagi

Ari ni type entry dalam kecantikan tau uolls, ececeh tolong la jangan perasan sangat. Aku tengah menjalankan aktiviti memakai mask bersama encik suami *cara nak eratkan kasih sayang tu bagi pasangan yang dah berkahwin je ye, yang tak kahwin lagi tak leh tiru*. kononnya lepas pakaikan mask untuk encik suami, aku nak amik gambar encik suami untuk diupload kat instagram, tapi dia tak bagi pulak, sebagai isteri yang kononnya dengar kata dan taat, tak upload la gambar encik suami memakai mask. tatap je la sendiri, buat ape bagi orang lain tatap muke suami kaw kan :)

 
Disebabkan dua hari ni kemalasan mengupdate blog kan. Maka entry ni dah basi la, cite dua hari lepaskan. Biasalah disebabkan hujung minggu hari tu encik suami cuti aku pun amik cuti jugak untuk berblog tau. Tapi hari ni encik suami kerje, nak update blog dari pagi tadi tak boleh sebab gambar kat handphone encik suami, rase tak best pulak membebel tanpa gambar kan, orang nak bace pun bosan je nanti kan *ade ke orang nak bace kan? sangat syok sendiri*.



Disebabkan encik suami cuti pada hari sabtu dan ahad, kami pun menjalankan misi kahwin lagi, eh misi pergi kenduri kahwin ya. Hari yang aku cerita pasal hari pink sedunia untuk aku sorang tu aku ade cerite yang aku shopping hadiah untuk orang kahwin kan. Tapi hari tu tak tunjuk hadiah lagi sebab belum bagi lagi kan, ni dah bagi boleh la tunjuk kat korang kan. Mempersembahkan ni la hadiah hadiah yang telah diberi kepada semue pengantin.


Kami pilih hadiah ni sebab jarang diberikan? ke aku je yang tak dapat bende ni mase kahwin aritu yek? tapi bende ni tersangat bergune kan, boleh letak garam, serbuk kunyit, black pepper, sesuke ati la korang nak letak ape pun kan. ni la bile kita dah ade pengalaman berkahwin ni kan, kita tau la ape yang orang selalu bagi kan. hadiah paling popular ialah gelas, mungkin sebab gelas murah kot. Tapi kami tak nak la nak beli bende murah akhirnya orang tak pakai, sebab terlalu banyak kan.

hadiah ni aku dan mama dah bungkus, aku bungkus satu je, selebihnye mama, aku tak reti balut hadiah, kalau aku balut macam selekeh je tau. alasan malas haha thanks mamaku sebab tolong balutkan



Hari sabtu ade tiga kenduri, dua kat batu pahat dan satu dekat ngan area rumah kat kangkar pulai. semue pengantin kawan encik suami. Dua ni aku tak kenal pun, yang kat area rumah je aku kenal, kawan encik suami kiranye senior mase aku sekolah menengah.

wah sempat posing dalam kete, kulit licin berseri tanpa menggunakan sebarang produk, ni la kecanggihan camera 360 yang buat aku teruje tu haha

Kenduri yang pertama di parit sulong
*dah macam tangga kan, cantik je pengantin kan?*
Ni kawan encik suami mase kat matrik, isteri dia doktor. Dia tanye aku doktor jugak ke, dengan penuh keyakinan jawab tak la suri rumah hoho

Sorang lagi pasangan tu kami tak sempat bergambar pun Majlis berlangsung di Parit Bilal, Kawan encik suami masa di matrik juga. Dekat pukul 5 baru sampai kenduri yamg dekat dengan rumah, betol betol penutup majlis dah. 

\
*pengantin ni pun cantik kan*

Ni pun isteri dia doktor jugak. Bile dia tau aki surirumah, dia cakap bestnye, nak macam tu jugak. Tapi bila duduk rumah sorang sorang bosan jugak sebenarnye, nak kerje jugak, tapi kerje yang senang, kerje separuh hari je, ade tak? wah, demand pulak kan, memang tak dapat la kan :p


Hari ahad diteruskan lagi dengan misi kenduri kahwin. Hari ahad ade dua lagi kenduri, yang satu ni kawan encik suami, senior kat sekolah aku jugak. kali ni pergi yang dekat dulu di Taman Universiti.Tapi pengantin lambat jugak berarak, tak sempat amik gambar dengan pengantin pun.



Next ialah kenduri kahwin kawan aku masa diploma kat uitm segamat, nadiana @ yod, kenduri kat senai meriah jugak la jumpe kawan2 segamat, dah macam reunion jugak la. Ni banyak sikit amik gambar sebab kawan aku kan, semue pulak memang gila gambar.

dengan pengantin, yod dan kay, cantik gila yod, baju dia pun cantik sangat.

ni pengantin bersama anak anak dara, eh, aku sorang je yang tak anak dara haha ni semue kawan uitm segamat

hehe ni keje pengantin lame, pose sesuke hati


next kenduri farah pulak kat kluang, bulan 3 nanti 3.3.13 dah teros dapat kad by hand tau

Alhamdulillah selesai misi dua hari pergi kenduri kahwin. Selamat pengantin baru untuk yang baru berkahwin, dan semoga bahagia sampai ke syurga, amin Cantik cantik kan semua pengantin?
Disebakan dah bosan dua hari makan kenduri je kan, malam buat cheezy wedges sendiri. Wedges je wat sendiri, sos aku beli je.




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, January 25, 2013

Oh My Pink Day

Sangat tak best bile encik suami kerje shift malam, tapi hari ni ade la yang bestnye. Best sebab pagi tadi dapatla shopping kan. Thanks encik suami yang memang rajin melayan :) Disebabkan hari ni mama dan babah ade kat rumah makanya tak perlulah aku nak balik rumah mak mertua, kalau tak tiap kali encik suami kerje shift malam mesti dia hantar balik rumah mak, dia risaukan aku duduk sorang. haha sebenarnye aku yang penakot nak tido sorang kan. 

Malam ni akan diisi dengan mengedit empat photobook yang aku dah order semalam. Kalau korang pun teruje nak jugak berphotobook, boleh la tengok kat entry sebelum ni (click). boleh la order sebelum deals tu ditutup ya. Tarikh untuk redeem start awal bulan dua, tapi aku ni kan memang semangat berkobar kan, saje nak siapkan cepat cepat mengedit ni, tengah semangat baik buat teros. Nanti kalau bertangguh memang tak siapla kan. Bila kita beli dari dua peniaga yang berbeza *sebelum ni aku dah pernah beli photobook unuk digunakan sebagai guestbook* software yang digunakan berbeza jugak la. Pada aku software yang digunakan oleh myphotobook untuk edit photobook lebih mudah dari photobookmart ni. Aku tak jumpe pulak macam mane cara nak crop picture, kalau software myphotobook ade yang untuk crop picture. Tapi kan dalam rase susah susah tu dah dua photobook berjaya disiapkan mengikot cita rasa sendiri. Ni nak masuk photobook yang ketiga *semangat gile hokey, tepukan gemuruh untuk diri sendiri*

Sebenarnye bukan nak cerita pasal photobook. Tapi seperti biase kalau mukadimah tak panjang maka tak sahla entry aku kan. Hari ni ialah hari pink untuk diri ku. Kadang kita rase hari ni hari cantik untuk diri, hari malas *tu memang selalu la untuk aku*. Kenape hari ni aku mengikstiharkan sebagai hari pink untuk aku kerana hari ni aku memakai baju berwarna pink dan mendapatkan semue barangan pink yang memang super duper comel+cantik+segala gala kata yang best la. kalau bawak pergi baskin robin pada hari rabu berscoope  scoope aiskrim la dapat free kan? salah hari pulakkan :)

Dalam entry ohmypinkspec sebelum ni aku ade cakap yang aku nak sangat sandal pink dari Fabriano Rico. Tahap nak sangat yang memang tak boleh tunggu dah kalau ikotkan tahap keinginan aku tu. Makanya encik suami pun merealisasikan keinginan aku yang membuak buak nak sandal tersebut dengan membawa aku ke sutera mall. Dan kali ni aku bernasib baik sebab masih lagi ade size 36 ya. Keadaan yang paling tak best bile kita dah nak sangat kasut tu tapi tak ade sizekan, rase macam arggghhh sakitnye hati kan. Dan kali ni memang aku bertuah, owner Fabriano Rico tu yang bertuah sebab aku yang mengeluarkan duit beli sandal dia kan. 

Mempersembahkan oh my pink stuff yang pertama iaitu sandal pink dari fabriano rico *ntah hape hape la ayat*

Cantikkan kan? Aku sangat teruje hokey. Colour fuschia sebenarnye, fushia dengan pink lebih kurang je kan, cuma colour lebih terang. Aku suke sandal ni sebab senang nak pakai, sarung je teros. Sebenarnye aku memang kene beli sandal je sebab kaki aku sangat tak sesuai pakai flat shoes, very the sensitif, sampai melecet lecet la tiap kali pakai. Memang aku teringin nak flat shoes yang comel comel tu, tapi apekan daya, aku lebih sayang kaki aku kan. Beli je la sandal pun okeykan, next week nak berjalan jalan makan angin aka honeymoon kali kedua, jadinye tu la salah satu sebab aku beli sandal baru, untuk keselesaan bile berjalan nanti. *hoyeah penoh semangat nak jalan, tak packing barang je lagi*

Oh my pink day lebih bermakna lagi bila encik suami menghadiahkan jam tangan baby g colour pink/fushia. Aku memang nak sangat jam, sebab susah bile keluar tak ade jam ni, tak tau mase dah pukul berape kan. Dah macam macam brand yang aku tengok tapi pilihan hati dan mata sememangnya yang berwarna pink tapi akhirnya baby g yang berjaya menggoda akula. Ade tiga brand yang menjadi pilihan hati iaitu guess, Elle dan baby g (casio) ni. Tapi hari tu tunjuk encik suami yang guess dia macam tak berkenan je,harge lebih kurang baby g jugak. Tapi disebabkan aku tak sampai hati nak mintak yang mahal mahal kononnya la kan, aku pun nak memilih jam dari elle je. Sebab ranking harga jam elle pun dari 100 ke 200++ je. Untuk yang elle pun yang menjadi pilihan hati semue colour pink. Tapi design semue tak kene la. Ade yang dia cakap tali senang tercabut la, ade yang dia syorkan tapi aku pulak yang tak berkenan sebab rase jam tu besar sangat dari tangan aku. Dah 3-4 jam promoter tu keluarkan jam. Bila aku berjalan jalan tengok ade pulak jam casio (baby g) warna pink bentuk dia petak, memang sangat comel la. Walaupun aku tak suke jam tak bernombor, tapi jam tu lengkap dengan digital clock, tarikh dan hari, rase sangat memudahkan la. Tapi harge pulak rm300++. Encik suami suruh aku buat pilihan nak yang Elle ke nak yang baby g, aku kononnya cakap tak ape biar encik suami buat pilihan tapi dalam hati mengharap encik suami pilih yang baby g tu *gedikkan*. Tunggu encik suami buat keputusan lambat sangat akhirnya baik teros terang cakap kita nak jam mana kan, kan semue jadi lagi mudah. Terima kasih untuk en suami. Rase bulan depan nak hadiahkan encik suami jam jugak la :)
mempersembahkan jam tanganku

tadi encik suami yang tido pakai jam pink, aku suruh encik suami pakai pergi kerje malam ni haha tak la kan

yang ketiga ni bukan berwarna pink ya, warna purple lembut. Tapi aku sangat memerlukannya, jadinya masok je careffour encik suami suruh pilih. Teros je beli. Barang yang dibeli ialah hair dryer. Bila bertudung ni kalau rambut basah ke kan tak kan la nak keluar rumah dengan rambut basah basah sarung tudung pulak kan, makanya hair dryer sangat lah penting. Aku beli yang murah je, brand philip yang berharga rm80++ boleh bawak travel sebab comel :)



hair dryer comel boleh disimpan dalam beg untuk travel. Beg memang dia dah bagi sekali ya. Balik je rumah mama cakap dalam bilik ade je dua lagi hair dryer, tak pakai pun. Tapi dah lame la, aku try hidop je lagi. yang penting aku punye tetap lagi comel *ayat sedapkan hati, sebab rase macam diri dah membazirkan duit encik suami*

Disebabkan banyak duit encik suami dah berhabis untuk aku hari ni, makanya akupun belanje la encik suami makan subway. kene puji dengan pekerja subway, dia cakap cantik akak hari ni semue colour pink. Tersengih sengih malu la bile dipuji sebegitu sampai nak sebut makan ape pun malula konon haha padahla orang tu nak suruh aku beli makanan dia lebih ar tu :p

motif posing nak tunjuk jam yang dah dibeli teros nak pakai, macam budak budak punye perangai

muke nampak hitam argghh

encik suami yang comel, thanks sebab hadiahkan semue ni :) baju yang encik suami pakai, baju hantaran masa kahwin haritu. Love you so much


shopping hadiah untuk orang kahwin sabtu dan ahad ni. adil okey, semue hadiah same je. Sabtu ahad  ni kenyang makan kenduri la.

Encik suami cakap malam ni mesti aku tido pakai jam. aku kan memang excited kalau dapat barang baru, kalau boleh dengan sandal sandal aku nak bawak tido. *euww tolonglah*


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, January 24, 2013

Photobook Promotion

Okey dari hari tu lagi cari photobook ade tak buat promotion untuk awal tahun 2013 ni. Disebabkan aku nak jimat cost kan, tak ade la amik photographer yang berbayar mahal mahal tu kan. Untuk majlis hari tu dari akad nikah sampai la majlis bertandang semue photographer sendirian berhad, mintak cousin amikkan gambar dengan staff babah tolong amikkan gambar mase majlis. Sama juga majlis bertandang kat rumah encik suami, anak sedara encik suami yang amikkan gambar. Bila photographer tak berbayar ni, makanya kita cuma dapat salinan dalam bentuk CD ataupun transfer teros kat dalam laptop sendiri malam hari kejadiaan je la *korang jangan pula nak demand mintak orang tu printkan gambar pulak, memang dia teros delete semue gambar tu je la, sebab sakit hati kan *. Tapi yang bagusnye bila tak berbayar mintak orang yang kenal atau keluarga terdekat amikkan gambar selain dari jimat cost, gambar pun boleh dapat teros pulak, malam tu korang nak teros pun boleh. Gambar gambar tu pun tak payah edit beriye, sebab gambar gambar yang dah diambil tu sememangnye sudah sedia cantik *wah, ayat bangga pulak*. Sangat berterima kasih kepada my MUA, iaitu my sister sebab menjadikan diriku cantik pada hari hari kejadian, dan dalam gambar pun nampak cantik, tu dah tak payah nak edit dah tu. Sangat berterima kasih pada semue photographer yang tak berbayar tu, tanpa diaorang pun gambar tu tak la cantik mana :) Untuk outdoor pun mulenye ingat nak bayar kat kawan aku yang amikkan gambar, disebakan gambar yang diambil pun tak banyak, dia bagi free je. Alhamdulillah rezeki kan, nak kene belanje semue orang tu, tapi tak tau la bile kan tak berkesempatan lagi.

Untuk gambar yang dalam frame yang aku letak kat bilik tu pun print sendiri je, guna printer encik suami, nak print banyak lagi tapi tersangat lah malas, padahal tak susah mane pun kan, tekan je print kan. Sebab aku rase malas sangat kan, aku nak juga photobook. Nak semue gambar dalam photobook. kalau print gambar kan lepastu nak kene susun dalam album pulakkan *alasan nak photobook kan*. Disebabkan tu la aku sangat menanti mane mana promosi dari peniaga peniaga photobook ni. Nampak tak kedekot disitu, nak beli photobook pun nak tunggu yang ade promosi dan diskaun. Yela buat ape kita beli yang mahal kalau kita menunggu tak lame pun tapi dapat harga yang jauh lagi murah kan. Kadang pulak ade harge satu tu kan sebenarnye bile promosi macam ni boleh tambah sikit je duit dapat sampai empat kan bila tak promosi dapat satu je, kan jauh tu.

*gambar print sendiri*

Akhirnya, penantian kami membuahkan hasil *peh ayat*. Semalam groupon dah ade promosi untuk photobook. Sebelum ni diyana ade juga buat entry untuk  photobook promosi tu, tapi bila tengok page dia untuk landscape yang aku nak tu cuma 32 page je. Maka kami padamkanlah niat untuk beli, masih setia nak tunggu dengan sabar. 

Untuk promotion kali ni yang dibuat oleh photobookmart memang memenuhi segala kehendak, ade medium size landscape yang aku nak, 40 pages hanya dengan harga rm55. Gila kan kalau tak harge satu photobook tu pun rm195. Ape lagi, dah tak payah fikir panjang kan, teros aku beli empat, bukan satu tapi empat. Harga asal tu dapat satu, tapi bile offer tambah sikit je harga asal aku boleh dapat empat. Beli sampai empat photobook tu untuk akad nikah, resepsi, outdoor, majlis bertandang. Aku tengah berkobar ni, lepas je update entry ni teros aku nak edit gambar, software pun dah install ni.

Korang pun jangan lepaskan peluang, jom ramai ramai beli photobook ni. Deals masih bukak lagi ni. Dan tarikh redemption tu panjang lagi, sampai bulan august tau. Jadi korang yang nak kahwin bulan terdekat ni, yang tak pakai photographer ataupun yang pakai photographer tapi nak buat photobook untuk honeymoon ke nanti kan, jangan lepaskan peluang ya. Peh diaorang tak bayar aku pun buat promosi ni, tapi sebab bende best, saje nak share.

Ha, lagi satu, kalau korang yang kahwin lambat lagi, tapi teringin nak buat guestbook tapi masih tak ade idea nak buat guestbook macam mana kan? aku cadangkan korang beli la photobook ni jadikan sebagai guestbook. Mesti korang bercadang nak amik gambar prewedding kan, lepastu edit la gambar prewedding tu dalam photobook ni, transparent kan gambar agar senang orang nak bagi ucapan kat guestbook tu. Ni la contoh guestbook aku, best kan, gambar pun ade, ucapan dari tetamu pun kita simpan *puji geestbook sendiri*. Memang kita akan simpan sebagai kenangan sampai bila bila la kan bile ade gambar kita. *aku rase aku boleh la apply position bahagian marketing kat photobookmart tu, haha*. Untuk guestbook haritu pun aku beli mase ade promosi macam ni jugak, size medium landscape, 40 pages, harga rm50++ jugak kot. Untuk offer yang photobook sebelum ni dah selamat dijadikan guestbook tu dari Myphotobook.



ok kalau korang terpedaya jugak nak beli photobook offer by Photobookmart boleh click gambar kat bawah ni

coupon from Photobookmart Shopping

Selamat shopping you all. Next week nak pergi jalan lagi, honeymoon lagi ke?  *auww gedik*. boleh la amik gambar banyak banyak kan, mane tau nak buat photobook untuk honeymoon pulakkan. Da dah nak siapkan edit ni, ade empat photobook nak kene edit ni :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 23, 2013

Oh My Pink Spec

Kononya hari rabu wordless la kan, tapi nak jugak update entry sampai dua kan. Aku saje nak share keterujaan aku berjaya mendapatkan spec pink yang comel #Oh my pink spec. Aku memang mule mule dapat ni very the over excited tau. amik gambar, post kat insta sebab nak tag adik, dia yang pesan suh tag dia, sambil tu tau dia jeles sebab aku dapat pink spec. Sebelum ni aku bercadang nak beli spec yang colour putih, adik pun mengikot je la kan, dia dah terbeli la yang putih. Tup tap tup tap bile jalan dengan angah, terjumpe pulak spec pink yang comel, ape lagi teros la nakkan, angah aku pun beli spec pink jugak. Ketahuilah korang keluarga aku memang semue berkaca mata ye, babah, mama, along, angah adik dan encik suami pun berkaca mata okey. Waris waris aku nanti agak agaknye rabun jugak ke nanti?

sempat lagi posing kat kedai, dapat je spec, tak buang mase teros snap picture kat cermin kedai #ohmypinkspec

ni gambar mase gi jusco, sambil mama shopping2, dapat gaji la katekan, makenye aku pun sempat la snap picture, dua dua gambar dari insta aku

Bukan korang je yang dapat gaji tau, suri rumah pun masuk gaji jugak hari ni, sebab tu la aku gi amik my pinky spec ni. Dah tempah hari sabtu baru ni, isnin lagi dah siap, tapi disebabkan gaji tak masuk lagi, hari ni baru aku amik tau. Tak kisah la kan, janji aku bayar kan. Bila dah dapat gaji ni mule la teringat barangan barangan yang aku dah aim tau. Ni semue salah encik suami bawak aku jalan jalan hari ahad lepas, nampak pulak sandal pink yang memang cantik gile la. Nak je beli teros, tapi gaji pulak tak masuk lagi kan.Sampai sekarang aku masih lagi teringat ingat sandal tu. Ade selipar pink tu pun aku berkenan jugak, dua dua dari Fabriano Rico, tapi rasenye selipar aku nak beli colour turquoise la. Cantik jugak kan. Takkan la dua dua nak beli colour pink pulakkan. Harga pulak memang berpatutan sangat la. Tapi kalau dapat sandal pink tu je pun dah cukup best dah ni arghhh bile nak gi beli ni. Kene tunggu hari sabtu la baru encik suami cuti haish Alasan nak beli kononnya senang nak jalan jalan next week. Next week kami nak pergi bercuti lagi, destinasi ke mane ye? shhhhh rahsia dulu ye :)

Aku suke kata kata dari ustaz azhar idrus:

Tak boleh nak marah orang perempuan (isteri) ni.. Perempuan? Dia memang suka main, suka joli, suka belanja, suka berjalan, suka bercakap, suka makan angin. Sebab tu, bila kita jawab nikah, kita kena ingat benda ni ; "Aku terima-lah nikahnya dengan mas kahwin dengan tersebut itu.." Hah, jangan suke sangat. "Maknanya aku bersetuju-lah nikah dengan seorang manusia yang akan berbelanja parok (banyak) duit aku nanti, yang dia akan berjanji sesuatu tetapi palsu. Maknanya.. Yang akan suruh aku beli macam-macam, 'janji taknak beli lagi. Tapi, nanti beli jugak balik'.. yang akan peningkan kepala aku." Jadi kita sebagai suami terimalah.. Itu-lah isteri namanya. Jangan marah kat dia. Jasa dia besar. Dia lahirkan anak kita. Dia bergadai nyawa beranak, dia bergadai nyawa mengandungkan anak, dia besarkan anak. :')

Amboi kaum isteri semue mesti suke je kan bile ustaz azhar idrus cakap macam ni, kaum suami jugak yang pening kepala kan. Eh, tapi kalau perempuan berkelakuan macam kat atas ni korang kategori normal la tau. Ha, aku pun tergolong jugak dalam kategori normal! *bangga* hehe Sebab aku bulan lepas dah beli baju lepastu cakap dengan encik suami bulan depan tak beli kot. kot la kot. Nampak ayat kat belakang macam tu memang tak janji la kan.

Okla korang, kejap lagi encik suami balik kerje. Malam ni aku nak makan dominos pizza, dah lame teringin ni woo, perot lapar dah ni padahal tengah hari makan nasi jugak. Jom sambil tu layan setia hujung nyawa.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wordless Wednesday 3

Tak tau nama dessert ni ape? hersey milky kot. tak pernah tau rupe macam mana pun, rase macam mana, tapi saje nak mencube. Same la dengan pavlova dulu, tak pernah rase pun tapi perasaan ingin mencuba dan buat, akhirnye berjaya buat, bila rase sedap kira berjaya la kan. Yang ni mak ngah aku yang pergi kelas belaja, beritau bahan, aku ngan mama main try je, tapi rase memang sedap la, nyum2 boleh berebut dengan encik suami la bile makan. Tinggal 1 bekas yang kene dikongsi bersama encik suami malam ni, kalau aku makan sorang memang habis la. korang nampak menyelerakan tak?


\


psss gaji dah masuk. hoyeah. malam ni nak belanje encik suami makan dominos la. teringin. biasalah gaji baru masuk memang semue teringin kan. yang dah dapat gaji tu elok sangat la boleh shopping kat sini kan *sempat promote*

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, January 22, 2013

Jom Like My Business Page - Jaja Fashion Style

Semalam dija dah update stock stock peplum untuk Januari. Sesiapa yang berminat boleh la email dija ataupun korang boleh private mesej kat facebook. Nak lagi mudah jom la beramai ramai like page business dija kat facebook iaitu Jaja Fashion Style. Jom ajak adik adik, kakak kakak, mak cik makcik, kawan kawan, kakak ipar, adik ipar korang like page dija ya. Page ni dah dibuat awal tahun lepas, tapi dah lame tak amik stock baru, disebab kan dija baru amik stock untuk januari ni, jadinye page ni kembali aktif la. Untuk permulaan ni dija hanya amik stock peplum. Mungkin bulan depan pula dija akan amik untuk plus size pula. Untuk memudahkan korang tengok stock stock yang dah diupdate, boleh la beramai ramai like page dija ni ya. Dija menjual pakaian wanita sahaja ya, tapi bukan bermakna kaum adam tak boleh like page ni, untuk mengeratkan kasih sayang kaum adam boleh la beli untuk isteri, tunang, mak, anak, kakak, adik, skandal *tu jangan ye*. Tiap bulan akan diupdate dengan pelbagai jenis pakaian baru mengikot fesyen trkini ya, tapi bergantung kepada permintaan la. Untuk yang dah menjadi customer tetap nanti korang pasti akan diberi kelebihan, diskaun berpatutan ataupun free gift mungkin. *mase ni la ilmu marketing masa belajar diaplikasikan*. Jom ramai ramai menyokong dija yang baru nak berjinak jinak dengan perniagaan ni dengan like page dija Jaja Fashion Style. Mungkin juga ade kawan kawan anda yang dah lame nak bergaya dengan peplum tapi tak berkesempatan nak membeli boleh la ajak diaorang like page dija, cuci mata sambil membeli. 

eh, korang ade instagram tak. Jom follow follow kat instagram. Dija pun ade jugak update stock kat instagram. Jom follow dijah kat intagram http://instagram.com/dijahz/. Terima kasih kawan kawan.



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, January 18, 2013

Teaser: My Business

Hai korang. Seperti sebelum ni aku dah pernah cakap kan yang aku nak buat business kan. Business yang menjadi pilihan ialah pakaian. Alhamdulillah stock dah selamat diambil dan berada di dalam tangan. Untuk permulaan ni aku tak ambil banyak stock, bergantung pada permintaan. Kalau permintaan memberangsankan banyak la stock yang akan diambil. Untuk permulaan design yang menjadi pilihan hati haruslah peplum kan, sekarang tengah musim kan, tak nak la ketinggalan. Untuk kali ni stock yang di ambil hanya peplum labuh. Free size (fit from s to L). Tadi update teaser je dulu kat facebook, gedik kan nak teaser2 jugak kan, ade jugak yang pm kt facebook tanye ade tak size yang besar. Disebabkan ade yang bertanya akan diusahakan untuk cari plus size agar yang badan berisi pun turut boleh bergaya. Size badan bukanlah penghalang untuk anda semue bergaya ye. Tadi kawan datang rumah nak tengok stock baju, dia pun teringin jugak nak peplum, tapi sayang sebab tak muat dengan dia. Peplum ni memang muat dari size S ke L. Yang berbadan berisi aku akan sedaya upaya mencari stock peplum untuk anda ya *gigihkan*. Sempat jugak jual kat jiran depan rumah, tapi mak cik kawasan sini lebih berminat dengan skirt, sebab design peplum tak berape sesuai dengan usia mereka kot.


Belum update semue stock lagi, ingat nak update malam ni, tapi kejap lagi mesti ramai yang fokus tengok maharaja lawak kan. Sebenarnye aku yang nak fokus tengok ni, nak balik rumah mak mertua tengok kat rumah mertua. Jadinye stock akan diupdate pagi esok, cuti dihujung minggu eloklah cuci mata tengok baju baju yang aku jual di facebook ya. Sesiapa yang berminat boleh la tengok di facebook aku esok ye. Kalau ade sebarang pertanyaan bolehla mesej aku teros di facebook ya. Ok la nak bersiap ni nak balik rumah mak. 


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-