~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, March 30, 2013

4 Months

Alhamdulillah cepat je masa berlalu kan, dah genap 4 bulan kami berkahwin, rase macam baru je sebok sebok buat persiapan, hari majlis sekarang dah 4 bulan dan sekarang tengah melalu fasa baru. Fasa apa? wink wink tak nak cerita dulu. Melalui semue saat dari persiapan, sampai ke majlis dan sampai sekarang adalah detik terindah buat diri ini. Semoga kami teros berkasih sayang dan perasaan ni terus mekar dalam hati kami *wah, ayat tak boleh menahan*.

Bulan lepas tak dapat nak wish ulang bulan ke tiga sebab bulan februari ade 28 hari je kan. Jadinya bulan ni nak wish kat blog je la sebab tau encik suami akan baca blog ni jugak. Tapi kan rasa rasanya encik suami ingat tak hari ni, hari ni ecik suami kerje, mesti tengah busy kerje tu. Harapnya dia sempat la makan tengah hari, dah dua hari encik suami sebok kerje sampai tak sempat makan. Yang penting esok encik suami cuti, dapat la pergi dua kenduri kahwin esok, sebulan dah rasanya tak makan kat kenduri kahwin hoho


Mari buat ucapan khas untuk encik suami:
Selamat ulang bulan yang ke 4, terima kasih sebab menjadi suami yang terbaik untuk diriku dan menerima diriku seadanya terima tiap kekurangan diri ini. "Mengenali kamu adalah perkara yang paling terindah dalam hidup, dan memilih kamu adalah pilihan yang terbaik yang tiada gantinya" Terima kasih sudi terima saya sebagai isteri dan bimbinglah saya ke syurga :)

gambar kenangan 4 bulan lepas 30.11.12


ha, nak share ilmu sikit, semalam tengok al kulliyyah. Permepuan untung tau, perempuan paling senang nak masuk syurga kalau 1.solat 2.puasa 3.menutup aurat dan 4.taat suami. Semoga kita sama sama teros perbaiki diri untuk menjadi penghuni syurga kan. Kene taat suami ni walaupun kadang kadang degil tak nak dengar cakap punya orang *cakap kat diri sendiri ni* kan sebab redha suami tu penting kan. Dan perempuan jugak la yang banyak masuk ke dalam neraka kan, semoge kita dijauhkan dari golongan tersebut kan.

Menaip sambil duduk depan kipas ni sebab berpeloh dan menggosok baju. susah jugak tempat menggosok tak ade kipas ni, dah macam bersenam, tapi baru lepas mandi dah busuk semule kan. Sekarang masa beristirehat, sambil layan cerita hindustan ni. Petang ni tak payah masak, nak ajak suami makan mcd baru bukak kat mutiara rini. Tapi tengah tamak ni rasa nak makan ayam goreng mcd yang memang favourite dan nak makan burger baru haritu rasa sedap la yang beef and egg tapi nak double beef dengan egg *wah, tamak gila*. Encik suami suruh beli je dua dua, sebab malam ni aku yang nak belanja kan. waaa tak sabar dah nak makan mcd ni :)

saja letak gambar, nak bagi diri sendiri terliur, thanks MR Google

huarghhh nak meleleh air liur tengok gambar mcd ni, cari nahas kan seksa diri, aku nak yang double tu, sodap sodap. cepat la malam tak sabar nak makan dua dua dah ni haha


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, March 29, 2013

Photobook by Pixajoy dah Diterima

Okey cerita dah basi sebenarnye, tapi biasa lah kemalasan mengarang tu yang tak hupdate2, encik suami pun kalau dah lame tak hupdate mule la tanye bile nak hupdate blog, lepastu siap pesan suruh type panjang2, wah terharu gituww ade peminat yang suke baca tulisan aku sampai macam tu sekalikan haha. Okey ape sekurang kurangnya aku tau la ade sorang yang menantikan ape yang aku akan update di blog nikan, membakar semangat untuk aku menghupdate entry entry baru la.

Haritu aku pernah cerita offer di pixajoy yang memang murah gile, dan rase rugi kalau tak beli. Tak nak cerita pasal offer tu, kalau korang nak tau pasal offer tu boleh click [Sini]. Mulenye aku hanya beli satu je tau, tengah tengah edit kat pixajoy tu, dan perasan yang photobook aku buat tu comel pulak, dan perasaan tamak mule menular dalam diri, terase nak beli lagi satu pulak. Nak buat photobook untuk tunang sebab memang tak pernah lagi print gambar tunang, tengah ade offer baik sambar lagi satu kan. Sebelum beli mintak dulu kebenaran encik suami, mestilah encik suami okey je kan. Jadinya dua la photobbok yang terhasil, satu photobook honeymoon di bali, dan satu lagi photobook tunang. Memang rasa tak rugi la beli *bukan duit aku yang keluar memang la tak rugikan muahahaha. Tapi hasilnye pun memang la sangat memuaskan. Siap je edit teros aku submit file yang dah siap tu, dua dua aku amik bentuk landscape. Sebab aku memang suke bentuk landscape, semue photobook yang dah aku beli berbentuk landscape. Satu photobook berharga rm15, tapi sebabkan aku nak kertas yang lebih kualiti kononnya aku pilih Art Paper 150gsm with Protective Matte Lamination untuk tiap muke surat tambah lagi rm5. Jadinya satu photobook berharga rm20, harga asal rm70, berbaloi kan. bile tengok hasil yang comel lagi berbaloi.

Jom tengok photobook yang terhasil

Photobook 1: Honeymoon
cover depan

cover belakang

ni antara gambar gambar di dalam photobook tersebut, tapi aku tak letak semue la




kalau korang nak tengok full photobook boleh tengok kat pixajoy, kalau korang rajin la, sebab aku malas nak snap semue gambar dalam tu 

Photobook 2: Engagement

cover depan

cover belakang

page pertama saja letak gambar dengan encik suami, mase ni baru ubah title encik tunang

saat cincin di sarungkan

family encik suami dan jiran2 aku

keluargaku

kawan kawan baikku yang sudi datang

page akhir akhir gambar dengan encik suami

ni pun kalau korang rajin la nak tengok full photobook boleh click http://www.pixajoy.com.my/my-flipbook/JJ13030833/16057281ee62c7367d2071c19fa4e048

thanks encik suami yang layan je aku nak photobook ni. suri rumah memang macam ni, ade je masa nak edit picture, pastu tak sabar nak submit tak sabar tunggu photobook sampai. Tapi masa tengah rajin la, bile rajin baik buat teros jangan tangguh tangguh. Tak sampai seminggu lepas penghantaran file aku dah terima photobook tu, auwww sukenya. tapi bukan baru dapat hari ni atau minggu ni, kan aku dah cakap cite dah basi,minggu lepas lagi photobook ni dah sampai. siapa yang teringin nak berphotobook boleh la beli yang ni, harga pun murah kan :)

psss encik suami mesej petang tadi, lagi seronok dapat mesej bile encik suami mesej tak payah masak, malam ni nak ajak makan kat luar. Hoyeah nak gi siap siap la. Daaa

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, March 28, 2013

Vitagen Kolagen

Sekarang semue berebut rebut nak cantik kan, yang untung nya penjual produk kecantikan la kan, dapat pulak pelanggan yang senang terpedaya macam aku, buat promosi sikit dah nak terbeli, tapi bergantung pada barangan yang dijual jugak la. Takut jugak nak main try je produk kecantikan ni, tak nak lepastu merana sebab nak cantik, kesan sampingan yang kita tak tau mungkin. Jadinya sebagai pembeli kita mestilah bijak memilih, dan check la kandungan dalam bahan yang nak dibeli sebelum kita beli. Bosan jugak bile tengok kat facebook bersepah produk untuk kulit, bermacam jenis kolagen dan satu lagi produk kurus. Iklan masing masing semue kebaboom la kurus dalam tujuh hari, bile kesan tindak balas terlalu cepat pada aku rasa lagi la menakotkan kan. 

Kologen yamg aku pernah try pun rumpai laut, tapi tak minum buat sebagai mask je, tapi biasalah aku pemalas, skip2 je pakai. kologen tu berani nak cuba sebab 100% rumpai laut tak ade campuran lain. Satu lagi yang best dan sedap yang aku baru try ialah vitagen kolagen. Vitagen Kolagen  ni senang dan rajin nak minum sebab bende dah siap dan sedap sedut je tak susah kan bagi yang pemalas macam aku. Pada aku rase dia sama je macam vitagen biase, cume kandungan berbeza ade penambahan kolagen dan vitamin c dan kurang gula berbanding vitagen biasa.


ok aku jakun sebenanrnya baru tau, ke korang macam tu gak baru tau jugak kan? haha aku tak perasan pun ade iklan vitagen kolagen ni, mase shopping ngan along last week kat giant dia yang nak beli vitagen kolagen sebab dia memang minum, aku baru tau dan first time rase sedap pulak. Makannya semalam shopping barang dapur dengan encik suami, aku belilah vitagen kolagen sepack patuntnya teros beli dua pack kan *patutnya la tapi dah jadi yang tak patut*. Balik dari makan malam minum teros sebotol, sekali sedut je habis minum.Eh, jap tiiba tiba rasa nak selit cerita yang pertama kali aku makan kat malay village malam semalam. Aku order nasi lemak malay village, sebab tengok nasi lemak dia unik dan terliur bile tengok gambar, tapi harga agak mahal 16.90. Rasa boleh la tapi bila fikir harga yang mahal tak berbaloi kan. Encik suami pulak order chicken chop, sama je harga dengan nasi lemak yang aku order tu.
ni la nasi lemak pilihanku, tengok terliur tak? ke aku je yang pantang nampak gambar makanan sekarang ni semue terliur je

ni chicken chop yang dipesan encik suami

balik tu minum vitagen kolagen, ajak jugak en suami minum nak bagi same same kulit cantik kan haha layan jela. baru try dua kali. tapi kuantiti sikit lambat sikit kot keberkesanannya kan, tak ape biar lambat asalkan selamat kan, dan yang penting sedap *aku bukan promoter berbayar, harap maklum,hoho*

psss kat mane kedai makan yang best kat johor ni, nak try kononnya, nampak kan kerajinan ku jarang makan kat luar sebab rajin masak hoho

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, March 26, 2013

Happy Birthday Sis!

Pemalas nak update blog sekarang ni, nak hupdate lelaju je nak cite yang hari ni birthday my sister, only one adik yang aku ade dalam dunia ni. Birthday adik yang ke 22. Walaupun jarak umur kitaorang tiga tahun, tapi kitaorang ni macam kembar, kembar tak seiras la sorang kurus tinggi, aku demok pendek, mengakuinya, tapi yang menampakkan kami kembar, ke mana mana bersama, dan suke bende yang sama, yang comel comel gituw. Dan mase aku sakit dua tahun lepas, adik jugak la salah seorang yang begitu menjaga aku, suapkan makan dan jugak mandikan aku tau, macam macam lagi la yang dia buat. Tu la kasih adik beradikkan. Hari ni tak celebrate dah, celebrate in advance 25hb hari tu, sebab semua ada kat rumah, hari ni order dominos sebab aku dengan angah yang beriya nak makan, birthday girl tak sihat pulak, jadinya kitaorang je la yang selera makan lebih lebih. Ucapan untuk my siiter semoga dapat jodoh yang baik, bahagia sentiasa, panjang umur dan murah rezeki jadinya next month boleh beli hadiah dan birthday cake untuk acik dan hadiah kahwin yang adik postpone tak bagi bagi sampai sekarang. Hadiah aku dah belikan, beli jam casio pink ala ala baby g aku haritu, tapi murah sikit la, tak mampu nak beli mahai mahai, yang penting colour pinkkan.

tengok gambar jela, kalau rajin esok esok aku hupdate lagi ya

kami nak order kek macam ni ala ala kek ct bagi kat DK

aku bersama adik ku, begitu bulat muke ku sekarang ni hoho

with my siblings. dari kanan angah, along, adik and me.

with mama, keluarga berkaca mata

aira humaira, mama tok, izzah, adik, babah tok dan afriena

psss gambar dengan encik suami tak ade, encik suami jadi cameraman, lupe nak ambil gambar dengan encik suami, dah lapar lepastu teros makan haha

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, March 18, 2013

Makan Meatballs Sampai Ke Ikea Singapore

Dari tadi nak hupdate tapi bertangguh tangguh, ni pun lepas tengok cite jodoh baru nak update. Suke la tengok cite jodoh, tengok keletah semue peserta dah macam tengok reality show betul betulkan, sampai encik suami pun terpengaruh layan jugak cite jodoh ni, malam ni encik suami kerje malam, jadinye kene la downloadkan cite jodoh untuk encik suami tengok *gigih ni, tapi tak start lagi mendownload, blog diutamakan, tak pe untuk bacaan encik suami gak ni*. Hari ni aku tak berapa kisah encik suami keje malam, bukan la tak kisah langsung, tapi disebabkan family aku ada di rumah, jadi tak la keseorangan di rumah kan. Yang penting esok encik suami cuti. Hoyeah boleh jalan lagi :)

Kalau cuti tapi tak berjalan duduk je rumah tak cuti la namanya, encik suami mana boleh cuti duduk di rumah jekan, makanya semalam encik suami cuti dapat la kami berjalan. Destinasi seterusnya ke singapore lagi tapi kali ni misi berbeze ya. Nak pergi singapore semata mata nak makan meatballs, biasa jalan jalan cuci mata je yang mampu. Kami bertolak awal, taakot nanti susah nak dapat parking pulak kalau lambat, perot aku pulak memang selalu je lapar sekarang ni, sampai dalam pukol 11 lebih sesuai la untuk makan teros ni. Kami tak sesat okey, walaupun tak pernah pergi ikea kat tampines, singapore. Haruslah tak sesat, guna gps kan haha Kat singapore ade dua ikea. Kami pergi ikea di tampines mungkim lagi dekat kot, aku tak tanya pulak encik suami. dan sebelum pergi haruslah encik suami dah buat research, ada meatball halal dan tak, yang halal campuran ayam dan daging lembu ya harap maklum. Sampai sana teros je beratur di line 3 sebab kat situ semua makanan yang halal, line 1 dan 2 makanan tak halal, jangan sampai silap pulak, ade pulak termakan meatballs tak halal, pastu rasa macam lagi sedap berlemak dari ikea kl pulak kan rupanya binatang comel bercolour pink kan yang korang makan.

Disebabkan ketamakan bila encik suami tanya nak berapa bijikan, aku yang bernafsu besar ni teros jawab nak paling banyak, encik suami beli la 20 biji seorang, nasib la dia tak belikan aku 20 biji 2 pinggan. Tapi aku mampu makan 16 biji, lagi 4 biji sengih sengih suruh encik suami habiskan. Ayat nak bagi lagi sedap, saja je mintak paling banyak, nanti boleh bagi abang makan banyak kan haha layan je la

saya dan meatballs 20 biji

encik suami dan meatballs nya yang dah selamat di dalam perot

sebelum balik jalan jalan la tengok perabot ikea, semue yang aku tengok yang rase unik nak beli, tapi bila tak ade rumah sendiri lagi rase tak best nak beli. In Sha Allah ade rezeki lebih ade rumah, memang best dapat decorate rumah sendirikan. Paling suke pergi bahagian kanak kanak, sebab perabot dia simple dan comel, kecik kecik tak dapat jadinya aku nak merealisasikan bilik yang comel comel untuk anak anak aku, untung kan jadi anak anak aku haha tapi decoration dan perabot haruslah ikot cite rase aku

MAMMUT bed frame with slatted bed base, blue Length: 170 cm Width: 89 cm Footboard height: 70 cm
nak katil macam ni tapi colour pink la kalau untuk gugurl biru untuk boboy :)

IKEA PS LÖMSK swivel armchair, white, blue Width: 59 cm Depth: 62 cm Height: 75 cm
ni pun comel je kerusi ni boleh pusing2 rasenye


SMILA BLOMMA wall lamp, light pink Depth: 7.5 cm Diameter: 34 cm Cord length: 2.5 m
nak lampu ni tampal tampal kat dinding, bilik aku nak letak jugak *over*

PYSSLINGAR mirror, blue Width: 42 cm Height: 52 cm
comel cermin boleh bukak bukak

MAMMUT wardrobe, blue, light blue Width: 84 cm Depth: 50 cm Height: 186 cm
wardrobe macam ni comel gak, aritu nampak colour biru dan pink :)

ni aku paksa encik suami amik gambar masa aku pakai bende ni, sebab perasan comel, encik suami malu nak amik tapi terpaksa layan kerenah puan isteri, keluarkan hp snap picture laju laju *malu la tu*

Setelah kenyang makan meatballs dan dapat me refill air sebanyak  3 kali di ikea, tersangatlah berbaloi kan, nak balik macam masih terlalu awal, dengan berpandukan GPS kami mecari lokasi seterusnya iaitu Mustafa. Encik suami cakap Mustaffa ni banyak perfurme murah murah jadinya boleh la cuci matakan. Tapi masalahnya nak parking kat situ susah la sikit, nampak shopping mall berdekatan city square mall, kitaorang nak parking kat situ. Tapi parking memang penoh la, berapa kali pusing ntah, last last kitaorang decide berenti je tunggu orang mana tau ade orang nak keluarkan, tapi frust tau, bile tunggu depan orang belakang nak keluar, nak undur tibe tibe banyak pulak kereta masokkan. Bile tunggu kat hujung kat depan pulak orang nak keluar kereta lain masuk. Sampai aku dah fed up, dah emosi ajak encik suami balik, naik atas ade lagi parking rupenye, dah nak jalan keluar ni rezeki pulak ade parking kosong, dapat la masok. Kalau tak bubye la mustafa.

Mustafa ni kepunyaan India Muslim rasenya, ala ala Mydin la barang murah, dan beli secara borong. Maksudnya kalau kita beli lebih dari satu la murah. Tak pasti ade berapa tingkat, macam macam ade, dari barang makanan, perfurme, pakaian, alat elektronik dan jugak barang kemas pun ade. Banyak sangat sampai pening nak tengok, dengan ramai orang lagi.


gambar dari Mr Google

Aku nak cari chocolate Lindt, sebab teringin sangat nak makan, dan susah gak nak dapat kat Malaysia, dan mahal sikit, mane la tau kat sini ade dan murah ke kan. Tapi dah lalu tingkat makanan aku tak jumpe la bahagian yang jual chocolate. Penat jalan menyerah kalah je la kan. Dah survey jugak perfurme, agak murah la. Tapi kebanyakan dia jual lagi murah bile kita beli dua, macam DKNY Be Delicious 2 $150 tuk yang 100ml. Britney midnight fantasy 2 kotak $78. Pada diaorang tersangatlah murahkan, bile kita nak convert duit Malaysia tu yang jadi tak best kan. Banyak lagi yang aku tengok, tapi seperti yang encik suami jangkakan mesti aku lupe harga bila balik nanti, memang pun. Tunggu la kalau terase nak beli perfurme baru pergi lagi. Dah penat penat jalan sempat paw encik suami aiskrim mcd, balik dah keletihan mood pun tak berapa baik lah. Hormon tak berapa stabil memang macam ni. Singgah masjid untuk solat dulu. Tapi ade kisah yang tak best, bila encik suami tertinggal jam dia di masjid sampai rumah baru ingat. Jam tu aku yang bagi, encik suami sedih sangat sampai hari ni dia sedih makan petang aku masak pun dia makan sikit je sebab sedih lagi. Aku dah pujuk dah, pada aku tu memang bukan rezeki kita, bende nak jadi kan, maknanya tu bukan hak kita la bila Allah nak tarik balik kita kene redha kan. Harap encik suami tak sedih lagi lepas baca ni, sebab aku tak sedih bila jam tu hilang, tapi sedih bila tengok dia sedih, dan bile dia sampai tak makan macam tu. Nak bagi jela jam pink baby g tu kat encik suami kan, aku duduk rumah pun tak pakai jam :)

opps sori terbebel panjang, esok encik suami cuti, jadinya misi kami ke legoland lagi la. Nak isi travellove ke singapore la pulak


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, March 14, 2013

Romantik yang Patut Dicontohi

Hai korang. Amboi Berkobar kobar nak hupdate blog, bile mood tengah rajin memang macam ni, bile tengah malas tak pandang pun blog sediri kan. Jom Kita contohi Rasulullah cara berkasih sayang dengan pasangan kita *bagi yang dah berkahwin sahaja ya, harap maklum*. Bila dah halal ni rugi kalau kita tak menambah pahala dengan berkasih sayang dengan pasangan kitakan, tiap apa yang kita buat dengan suami tu dapat pahala, pandang muka suami tu pun dapat pahala kan. Jom kahwin cepat cepat jom untuk tambahkan pahala kita :) 

Ni la antara cara cara berkasih sayang mengikot sunnah Rasulullah s.a.w:
sumber diambil dari facebook

Korang dah buat yang mana? tinggalkan nombor di ruangan komen haha opsss.. rahsia suami isteri tak boleh cerita kat sini. Biar korang je yang tau ok :) bagi yang baru kahwin boleh la start buat semue ni dari sekarang, bile kita dah mule dari sekarang kan sampai dah anak cucu cicit pun mesti kita akan buat semue ni. Seronok kan dapat atuk nenek yang sweet gituw. Yang dah lame kahwin pun belum terlambat lagi nak buat bende ni, jangan pulak cakap pasangan korang buang tabiat pulakkan, rugi kan kalau kita tak buat dari sekarang untuk eratkan kasih sayang. Romantik tu bukan sekadar pertuturan sahaja buktikanlah melalui perbuatan. Suami kita biar kita yang tau macam mane romantiknya dia, kita yang lebih kenal dia dari orang lain kan. Tapi kalau korang dapat pasangan sweet yang memang orang lain boleh nampak yang suke buat buat surprise kasi bunga ke chocolate tu kira satu bonus la tu. Aku? tunggu la ape encik suami nak buat surprise nanti haha


mood happy hari ni, dua photobook dah sampai, tunggu dua lagi sampai, satu lagi belum submit. dah sampai semue nanti aku share photobook2 tu ya.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, March 13, 2013

Segera, Cepat dan Sedap

Hari ni tarikh cantik la 13.3.13, kalau hari ni jatuh pada hari jumaat atau sabtu atau ahad mesti ramai yang langsungkan majlis perkahwinan, akad nikah, tunang kan? Tarikh cantik senang kita nak ingat annivassary nanti kan, terutama pasangan kita yang kebiasaannya tak mengingat tarikh2 penting ni kan. Tapi encik suami aku bab bab tarikh penting ni sepanjang kenal dah nak masuk tahun yang ke 9 kami bersama dia tak pernah lupa la. Cepat je masa berlalu dah nak masuk 9 tahun kami bersama, kalau kahwin awal dah ade 5-6 anak dah ni..hehe Tak ape sekarang pun boleh lagi nak melahirkan anak yang ramai kan in shaa Allah.

Ok berbalik kepada tajuk yang dah macam motto hidup tu kan. Disebabkan sekarang nafsu makan aku yang kuat sekarang ni tajuk ni pun berkenaan dengan makanan jugak ni.  Untuk wanita yang bekerjaya ni kan mesti korang nak sediakan makanan yang segera, cepat dan sedap untuk dihidangkan.  Tapi suri rumah pun kekadang ade mase kan rase macam hari malas nak masak. Jadinya masa ni la makanan yang segera, cepat dan sedap diperlukan untuk mengikat perut encik suami kan.

Untuk aku yang bergelar surirumah sepenoh masa yang kadang kadang perasaan malas menguasai  diri ataupun tak tau nak masak ape, bende ni sangat la berguna, ditambah lagi kadang kadang tekak ni terasa nak makanan ala barat kan, tak payah la nak susah susah makan kat secret resepi kan, bayar pulak boleh tahan mahal jugakkan *masa macam ni baru la rasa mahal*, yang segera ni sangat la berguna kerana cepat dimasak dan sedap dimakan *pinjam meggie punya trademark* :)

*maaf gambar tak berapa nak cantik, tunggu encik suami belikan handphone baru haha *taktik mintak tulis kat blog**

ni la pasta dalam bungkusan sebelum dimasak. harga pun boleh tahan murah je, cukup okey nak makan sorang, konon kat jusco harga promotion rm4.90, bila aku pergi giant harga memang macam tu jugak. tapi tak apela sebab tetap murah kan. Aku beli semue jenis nak try. Ada yang dah selamat dalam perut tak sempat nak amik gambar. cara nak masak dia korang tengok je instruction kat belakang tu.

haritu pulak terasa nak makan lasagna, nak try jugak beli yang segera, harga dalam rm9.90 tapi agak kecik la. Okey la rasa dia sedap je, boleh je lepas ni kalau nak beli lagi, ni aku kongsi je dengan encik suami makan pasta+lasagna sepinggan untuk eratkan kasih sayang suami isterikan. Nampak tak kemalasan aku, lasagna pun beli yang dah siap encik suami tolong panaskan dalam microwave je.


masa jalan kat giant tu terjumpe pulak makana yang dimasak oleh chef terkemuka tapi disejuk bekukan. ni pun senang kita panaskan je. Masakan melayu dan pelik pelik jugak la. Brand MyChef. Okey ape kalau tak reti masak panaskan lepastu amik gambar masakan tu letak kat instagram, mesti semua orang tertipukan haha macam aku buat la letak gambar pasta pasta tu padahal segera je pun. 

image dari Mr google
Kalau korang nak tengok makanan dari mychef boleh click {Facebook MYChef}, boleh la check kat mana nak dapatkannya.

Dulu sebelum kahwin aku beriya tau dengan angah aku search nak cari mana nak dapatkan makanan sejuk beku MyChef ni, nanti boleh panaskan je, tapi tak sangka pulak lepas kahwin ni kira aku rajin pulak masakkan.  Lagipun masak sendiri lagi best kan, lagi bila masak dengan encik suami untuk eratkan kasih sayang. semalam kami masak sama sama nasi goreng ayam padprik. encik suami tolong masakkkan nasi goreng aku masak ayam padprik, terima kasih encik suami rajin tolong di dapur dan kemas kemas untuk ringankan bebanan puan isteri.


Romantik tu bukan sekadar dari perkataan yang kita ucapkan, Romantik tu boleh ditunjukkan melalui perbuatan. Kita yang tahu suami kita tu romantik, sweet atau tidak walaupun orang tak nampak tapi kita yang merasai kan :) 

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, March 12, 2013

Travellove Journal

Hoyeahh, dua hari ni internet buat hal, kenape entah tibe tibe streamyx tak boleh guna pulak, bile internet tak ade ni aku pun mati kutu la tak tau nak buat ape kan. Opss tapi tu bukan alasan kenape aku dah lame tak hupdate blog ya, seminggu sekali je entry akan muncul sekarang ni kan, tu pun kalau rajin la kan. sekarang ni rasa malas je nak menaip, kadang rajin dah bukak laptop last last aku layan movie online pulak kan. Terima kasih encik suami dah call kan orang streamyx, internet pun dah okey, tak ade la bosan malam malam ni. Kalau boleh la kan malam ni nak siapkan photobook yang aku beli murah gile tu, tak sabar nak dapatkan semue photobook tu nanti *dari semalam kononnya nak siapkan, hangat hangat tahi ayam je la aku ni*

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang best yang aku dah buat *best pada aku la kan*. Aku dah berjaya menghasilkan travellove journal. Ape kejadahnya travellog journal ni kan? Dah berhari hari aku mencari buku yang sesuai untuk dijadikan sebagai travellove journal ni. Mase pergi jusco taman universiti singgah la MPH mana tau ade journal yang comel boleh dijadikan travellove journal. Jumpe satu journal pink ni, hardcover, dalam dia kertas putih kosong je, harga tak pasti berapa sebab plastik pun dah terbuka kan, nak tanya pun malas dan ade tinggal yang tu je, jadinye tak ape la tengok kat tempat lain dulu. Tapi dalam hati ni memang aku berkenan gile dengan buku tu sebab rase cover dia comel dan warna pink pulak memang rase nak beli sangat la. Tapi pendamkan niat dulu sebab tengok sorang sorang, kene tanya pendapat encik suami dulu.

Beberapa hari lepas tu kami pergi lagi sekali MPH tu untuk tunjuk kat encik suami buku yang aku berkenan tu. Nasib la encik suami tinggi dapat la capai buku yang kat atas sekali kan, journal yang sama macam yang colour pink tapi bersize besar sikit dan colour biru. Ada satu je, tapi kami tak teros beli pun kononnya nak tengok kat mph lain pulak, mungkin la ade colour pink yang bersize besar macam tu ke kan. Tapi cari kat mph lain memang tak jumpe pun journal macam tu. Akhirnya hari semalam alang alang beli barang keperluan dapur kat jusco masuklah mph nak cari buku buku sebagai bahan bacaan *sekarang rajin membaca kononnya* kami pun tengok la sekali lagi journal tu sebab kali ni memang nak beli. Kononnya nak beli yang kecik colour pink tu, cari cari dah tak jumpe mungkin dah ade orang beli agaknya, jadinye kami buat keputusan nak beli yang journal colour biru tu. Serius cantik gila tak rugi pun beli. Terima kasih encik suami yang rajin melayan kerenah puan isteri yang suke mintak macam macam ni.

Travellove journal ni adalah perjalanan cinta kami mengelilingi dunia *ceh, dunia la sangat*. Aku saje je nak bagi nama travellove journal, terpulang kat korang la nak bagi nama buku korang apa pun nanti, buku masing masing kan. Travellove journal ni boleh merakamkan kenangan kenangan manis ketika kami berjalan kemana mana tak kira la di dalam Malaysia ataupun luar.  Buku ni boleh simpan buat kenangan nanti tunjuk kat anak cucu okey, bangga anak cucu kami ada atok nenek macam ni kan yang kaki jalan ni kan. Gambar gambar yang diambil menggunakan camera polaroid pink yang comel tu, tiket kapal terbang boleh la tampal dalam travellove journal ni. Kan berguna Polaroid yang korang beli untuk amik gambar tetamu nak tampal dalam guestbook tu kan, tak ade la lepas kahwin teros dah tak pakai kan, dan gambar gambar tu pun tak ade la kita letak sepah sepah tak tau dah nak letak kat mana. Kan lagi best bile kita tampal dan simpan teros letak dalam buku, setiap tempat yang kita pergi kita ada letak gambar kan. Bestkan macam tu. Korang boleh start buat dari sekarang. Kalau korang rajin boleh DIY journal tu, dalam pun letak kertas kosong tu jekan, bukan susah sangat pun. Untuk aku yang tak berapa nak rajin ni beli je la teros kan. Journal tu berharga RM19.90. Aku tak buat la karangan panjang dalam tu, malas nak tulis panjang panjang, biasa kalau pergi mana manakan dah update kat blog, untuk cerita panjang anak cucu aku boleh baca kat blog ya, dalam journal tu aku cume tulis tempat tempat yang kami dah pergi, simple je pun kan. Banyak juga tempat yang kami dah pergi bersama, tapi bila tak ade gambar teros keluar ni untuk ditampal tak best pulak nak tulis kan. Antara tempat yang kami dah pergi bersama lepas kahwin ni, bukit tinggi, PD, melaka, desaru, Singapore dan Bali. Aku start dengan Bali, tempat tempat lain tu kene ajak encik suami pergi lagi la untuk amik gambar guna polaroid *mengada gile kan*

ni la gambar travellove journal aku yang comel tu:





Sebenarnya travellove journal ni diinspirasi dari yuna, sebab aku pernah tengok yuna post kat instagram dia tour journal, dia tampal jugak tiket flight dan gambar, tapi dia tulis panjang berjela kan, aku malas tak la macam tu. 


Disebabkan aku rase comel sangat dia buat macam tu, jadinye bile dah kawin ni rase nak buat jugak *aku memang pantang tengok bende comel ni, mudah terikot ikot jugak*. Tapi best la boleh simpan sebagai kenangan kan dan terima kasih encik suami suke menyokong aku buat bende bende macam ni, love you.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, March 6, 2013

Photobook Murah Jangan Ketinggalan!

Thanks untuk korang korang yang share entry pasal photobook murah ni, terutamanya we. Lepas je baca entry we pasal photobook yang memang murah gile tu, malam semalam jugak suruh encik suami belikan *Wah dah murah kedekot pulak nak beli sendiri kan*. Boleh la letak semue gambar jalan jalan dengan encik suami, yang mana muat boleh la diselitkan. nak tatap balik dalam laptop tengok semue gambar tak rajin pulak kan. kalau buat buku ni leh la tunjuk kat anak cucu nanti kan *modern sangat nenek kau kan, kelas tau*. nak cuci pun mahal jugak la kalau dah banyak keping lepastu malas pulak nak susun dalam album, semue la aku malas kan. tapi bab edit gambar kat photobook ni aku rajin pulak, semangat gituw.

korang percaya la tahap murah aku memang tak tipu la, aku bukan suke bende yang mahal mahal ni. Tapi kali ni punye offer memang murah gile kalah offer kat groupon tu.

Dah tanpa membuang masa *macam nak bagi syarahan kan* ade dua photobook yang dioffer oleh pixajoy. Satu jenis portrait bersize 10"x8" yang hanya rm10 dan satu lagi landscape 8.5"x12" berharga rm15. aku tak suke yang bentuk portrait ni, memang tak pernah beli photobook berbentuk.portrait sebab rase tak best la, korang suke korang beli la, jangan la nak ikot aku tak suke jugak pulak, aku tak suke sebab saje saje tak suke, tak ade sebab pun haha makanye aku pilih landscape yang rm15 tu. ala mahal sikit je pun tak payah nak berkira sangat la kan *laki aku bayar bolehla cakap kan*. Free postage untuk penghantaran di semenanjung malaysia, untung kan rm15 memang tak payah tambah ape ape, gile ape tak nak belikan? *terima kasih untuk menjadi promoter yang tidak berbayar.*

korang yang berminat nak beli boleh la click page ni

aku memang jenis yang tak menyabar punye orang dah beli teros jela install software untuk edit photobook tu, mane boleh tunggu2 ni. Dan harini aku dah start mengedit tau. ni kali ketiga aku beli photobook melalui online. haritu yang aku tamak beli empat photobook tu dah siap edit dah empat empat photobook tu tinggal nak submit je. untuk yang ni pun dah 80% siap, aku edit pun bukan beriya sangat pun, cantik di mata aku kire ok la kan.

sekarang dah ketagih beli photobook pulak. beli photobook ni melalui online lagi best dan murah lagi berbaloi kan. tapi kalau ade offer la. kalau tak ade offer aku tak pandang pun baru rase membazir haha tak sabar nak tunggu photobook2 semue photobook aku ni siap. nak suruh encik suami hantar cepat2 la :)
nanti ade offer yang best boleh la share2 lagi kan. sharing is loving gituw.

selamat membeli kawan kawan. korang mudah dipengaruhi tak? ketahuilah yang aku sangat mudah terpengaruh haha

pss aku semakin malas menaip.. tapi aku bace gak blog korang yang best2 tu, cume aku ni kekeringan idea, tak ade cite best dah pasal diri sendiri haha

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, March 1, 2013

Tak ada ulang bulan yang ketiga?

Cepat je masa berlalu kan, hari ni dah bulan mac, dah 1hb kan. 2 bulan sebelum ni annivessary 1 month encik suami yang wish, aku boleh terlupe kan, second month pulak aku yang wish dulu pulak, encik suami pulak lupe kot, 3 rd month ni mesti dua dua lupekan, tapi haritu lepas encik suami baca blog yang aku cakap mesti dua dua lupe, dia cakap kita tak ada ulang bulan yang ke tiga la. Yela kami nikah pada 30.11, februari tahun ni ada 28hb je kan, tak dapat la nak wish selamat ulang bulan. tapi kira dah genap tiga bulan kami menjadi kekasih halal kan. Alhamdulillah semoge hubungan kami berkekalan dan kasih sayang terus mekar dalam hati kami..amin love you so much abang :-)  esok nak jalan jalan, nak pergi kenduri kahwin my best friend, kawan masa study kat uitm shah alam, kak bel yang comel kat puchong dan ari ahad pulak ada kenduri kahwin kat kluang, kawan masa study kat uitm segamat, fara. semoge semuenye berjalan lancar yang akan melangsungkan perkahwinan pada minggu ni. Tarikh hari ni pulak cantikkan 1.3.13 mesti ramai akad nikah hari ni kan, kak bel akad nikah lepas asar hari ni, selamat menjadi isteri amad kak bel, in sha Allah jumpe esok. 

kad kak bel dah sampai, siap ade gambar kak bel dengan amad lagi :)

ni kad kahwin fara, siap dapat kalendar lagi

Tapi sebelum pergi kenduri esok nak balik bandar sri putra nak buat birthday party my bam bam, anak buah aku, semalam, 28.2 genap aira humaira berusia 1 tahun, hadiah dah beli, beli untuk dua dua anak buah aku teros. Birthday riena bulan april tapi teros bagi je hadiah tu nanti :)  tak sabar nak jumpe dua2 my cute princess. Happy birthday aira humaira.

rindu si kecik dua dua ni


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-