~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, August 30, 2013

Misi Mendobi Baju Baby

Alhamdulillah semalam dah genap 33 weeks, maknanya kalau ikot due ade lagi 7 minggu je lagi nak melahirkan baby mama ni, sebulan lebih je lagi kan, rasa tak sedar je cepat masa berlalu. Minggu ni pulak dapat dua berita yang satu best dan satu lagi mula mula dapat tu perasaan bercampur campur, sampai sekarang pun bercampur lagi, tapi ade jugak rasa teruja. Cite best yang pertama hari ni encik suami last day kerje kat hospital sultanah aminah, dan mulai besok cuti sampai la 25.9, lame gile kan cuti, haruslah aku seronok kan, ni la seronoknya bile aku ni tidak bekerje kan, encik suami cuti lame ni aku pun boleh la ikot encik suami nak ke mana mana saja, cuti kalau tak berjalan memang tak bermakna la cuti tu untuk encik suami, dah ade baby nanti macam mana. Tapi tak de la boleh jalan jauh2 sangat, 33 minggu ni kire dah dekat jugak nak bersalin ni, takot jugak terbersalin kat tempat orang kan. Disebabkan cuti panjang ni, jadinya ahad ni nak duduk la bandar sri putra, nak duduk seminggu lebih, ade appointment kat klinik desa tu kene balik jugak, kalau tak duduk lame lagi la. Tak sabar nak jalan jalan cari makan, abc seksyen 2 shah alam dah memanggil manggil ni♥ tu yang bestnya kan tapi ada jugak yang tak bestnya, start 26.5 encik suami dah start kene lapor diri kat hospital lain iaitu hospital mersing, area johor lagi, tapi nak sampai sana dari umah sekarang kira dalam 2 jam jugak la. Disebabkan due pun dah nak dekat, akhir bulan 9 tu dah tak sampai sebulan nak bersalin kan, encik suami ade jugak tanya ke nak bersalin kat hospital mersing je, oh tidak la, dah buat keputusan nak bersalin kat hospital sultanah aminah kan, lagipun tu hospital besar kan, yakin sikit la. Jadinya terpaksa la kami duduk berjauhan sementara sampai la lepas pantang kan. Hujung minggu kalau tak on call boleh la encik suami balik. Sekarang dah la macam mengada sikit, bila encik suami shift malam je susah aku nak tido, bila ade kat sebelah lene je. Nanti duduk berjauhan macam mana la. Kesian makan minum gosok baju semue tak ade orang jaga, jadi bujang kejap la encik suami nanti. Encik suami memang kene pergi mersing dulu untuk cari rumah sewe yang selesa untuk kami bertiga duduk, bila dah ade si kecik ni nanti senang la kalau rumah pun dah tersedia kan. Bab rumah tu yang buat aku teruja, dalam kepala dah fikir nak deko macam mana la, ni la jakun kan, yela dah sampai nak dapat baby tak pernah duduk sendiri, bila dapat duduk sendiri ade la rasa seronok jugak. Semalam ayat encik suami comel je tau, adik memang setiap hari call aku, ada je bende nak cerita, pastu tetibe encik suami tanya semalam, abang boleh call pukul berapa je nanti, aku jawab la bile2 pun boleh la abang nak call *cam pelik la encik suami tanya kan*. Pastu encik suami cakap yela abang kene bersaing dengan adik nak call ayang, ok comel gile kan, haha aku cakap dia tak perlu bersaing pun bile bile hari hari nak call pun boleh♥ nanti ade baby boleh video call tiap hari♥ ni yang buat belum duduk jauh jauh lagi aku dah asik teringat ingat encik suami, nanti mesti rindu gila T_T

Dah dah Mukadimah bukan main panjang lagi kan. Tak masuk masuk isi lagi, tak sentuh pasal tajuk pun lagi, cerita utamanya sikit je pun ni. Disebabkan nak berjalan jalan ni, barang baby dan mama pun dah patut pack satu beg kan, letak siap siap dalam kereta, senang kalau tetibe la kan, siapa tau kan kalau anak mama teruja nak keluar awal kan, tak nak papa duduk sorang lame lame ke kan. Tapi semalam papanya dah usap usap perut cakap baby jangan keluar dulu, tunggu papa ada, keluar masa raya haji, petang lepas mama dapat makan makan dulu *papanya nak jugak bagi mamanya makan banyak banyak dulu, auwww sweet jugak encik suami kan♥*. Sekarang selalu jugak doa ni kalau nak sakit ke ape biarlah masa encik suami ada encik suami yang bawak ke hospital kan. Jadinya bila nak berjalan ni aku pun dah jalan kan misi mendobi baju baby, baju baby yang dah kering siap dah pack dah, baju aku je tak letak lagi nak tengok checklist ape barangan lagi yang perlu bawa ke hospital. Kalau orang tengok baju yang aku basuh ni bukan main banyak lagi tau, sebenarnya campur dengan anak angah punya baju ni, mama tok yang pilihkan dia cakap boleh je pakai lagi ni, jadi basuh semue sekali. Bedung dan barut pun terus basuh, ni pun campur untuk baby angah yang comming soon tu jugak, pening jugak la masa nak menjemur sampai tak cukup ruang. Last last mitten dengan booties susun keringkan atas meje je senang♥


Selesai dah melipat baju baby, bedung, barut, tinggal masukkan dalam drawer baby yang comel tu je. Malam ni nak packing baju mama dengan papanya yang nak berjalan jalan pulak♥ excited ok, esok lusa dah la banyak jemputan, makan tak ingat dunia la ni ^_^ 

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday 7

Dah lame tak berwordless wednesday kan. Encik suami la tak bagi buat, sebab dia cakap kate je wordless tapi tulis banyak banyak gak -_- Ok kali ni pasti sikit je ayat. 



Suke gambar ni, tengok kat fanpage wardina, ni cara nak attract anak anak supaya pandang camera bile nak bergambar. Comel kan, boleh try la nanti♥

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, August 26, 2013

Persiapan Barang Baby

Batuk berkahak dengan selseme pekat ni memang buat rasa diri lemas je. Ikotkan kemalasan dan keridaksukaan aku pada ubat memang tak la aku nak makan ubat batuk yang rasanya tak sedap tu, tapi bila batuk tak baik baik, sebotol ubat jugak la aku dah minum. Encik suami pulak memang bising la kalau tak makan ubat, dia pulak dah amik ubat tu kat hospital, memang kene makan la kan, ni tak baik2 lagi dia cakap nak amikkan antibiotik pulak, memang tak nak tapi nak tunggu baik sendiri pun terseksa ni T_T haritu tanya encik suami tak bahaya ke untuk baby bila makan ubat batuk ni, dia confident je cakap tak, cuma baby ngantuk jugak la nanti. Tapi bagusnya makan ubat batuk tu buat kita ngantuk dan dapatlah tido lene, tu je la bagusnya. Tapi kan bila encik suami keje malam, walaupun aku dah makan ubat batuk tu, tak boleh tido lene tau, susah nak tido, rasanya tiap jam terjaga. Tapi bila encik suami ade elok pulak tido lene, bangun pun kalau nak pergi toilet je. Tu encik suami cakap tak boleh tido kalau tak tido bawah ketiak abang la tu *padahal tido bukan bawah ketiak dia pun, tapi memang kene ade jugak encik suami kat sebelah malam malam, konon manje la tu @_@*

Kalau ikot due dalam kurang lagi dua bulan lagi dah nak bersalin. Hari khamis ni genap 33minggu. Dah patut buat persiapan dah, bukan setakat persiapan, patutnya packing barang mama and baby letak dalam beg dah kan sebagai langkah berjaga jaga takut terbersalin awal. Mama tak packing ape ape lagi ni. Nak mendobi baju baby pun bertangguh tangguh lagi ni tau. Tapi baby tolong keluar bila dah cukup bulan ya sayang, sabar sikit je sayang *mamanya sebok fikir nak jalan nak makan sedap dulu ni, nanti mama bagi upah baju cecantik dengan barang best best ye sayang*. Untuk persiapan barang baby kan, disebabkan tak ade pengalaman lagi, baru first baby, kami masih blur lagi ni, tak tau ape yang patut dibeli dulu, beli berapa banyak, berapa yang cukup, bila dah patut beli semue macam tak tau. Akhirnya buat keputusan lepas raya la baru kita start beli barang baby, tak nak beli terlalu awal sangat. Dan masa minggu ke 27 scan kami dah tau baby kz ni gugurl ke boboy. Jadi dah excited nak beli barang bile dah tau gender kan. Tapi nak tunggu lepas raya jugak. Masa raya genap 30 week, minggu lepas tu dah start jalan jalan, beli baju untuk baby. Ada jugak terbaca checklist barangan baby yang patut dibawa ke hospital. Baju baby yang perlu dibawa ke hospital dalam 3 helai je. Bedung dengan barut mama tok dah siapkan jahit semue sebelum puasa lagi, tinggal nak basuh semue je. Jadinya buat masa ni fikir nak beli baju je. Untuk permulaan, Kami beli yang set2, terus ade baju, seluar, mitten,  booties, cap, beli dua set, macam nak bagi hadiah kat orang kan, padahal nak bagi anak sendiri yang pakai ni. dah buat perbandingan harga rasa lagi untung beli yang set, tu yang beli dua set. Yang ni memang untuk newborn, jadi size memang kecik la kan. Tak nak beli yang newborn semue, baby kan cepat membesar, kejap je dah tak muat nanti kan. Jadi kami beli yang newborn 3-4 helai je. Yang lain ade 0-6 months la ade yang 4-6 months la. Baju yang dah di beli dalam 8helai jugak la *tak kire pulak tadi* kalau dah tiap kali tengok terberkenan, encik suami layankan memang boleh penuh drawer, tapi nafsu masih terkawal lagi dan mamanya simpan je nafsu membeli tu sebab minggu depan kan nak jalan gi shah alam, nak pergi baby shop, marissa shop, selalu tengok kat instagram dengan facebook memang geram je sebab cantik cantik, murah murah pulak tu, rasa nak beli semue je tau *pengsan incik suami baca ni*. Tapikan masa borak borak dengan angah, angah cakap untuk baby baru lahir ni banyakkan beli baju yang jenis ada butang2 senang nak pakaikan baju nanti, baby nak pakai barut lagi kan. Lepas je tau tu, tambah la beli bajubyang berbutang butang tu. Ade la 4-5 kot baju berbutang yang dah dibeli, tak taula berapa yang cukup ni, kalau tak cukup lepas bersalin papa sorang2 la pergi jusco topup2 baju baby ya.


Selesai bab baju, barang sampingan yang patut bawak pergi hospital ialah tuala, selimut, wipe tissue, pampers, set mandian *encik suami cakap set mandian tak payah, nurse bukan mandikan baby pun, nanti diorang lap lap je*. Tapi aku beli siap2 satu set brand diapers ade pampers, wipe tissue dengan set mandian yang besar, ni boleh untuk pakai kat rumah la, nak bawak travel tunggu lepas pantang la beli yang kecik kecik kan. Nanti kene jugak beli wipe tissue yang banyak banyak terus. Untuk pampers newborn mama dah cakap tak payah beli yang mahal mahal yang tebal tebal, baby bukan berak banyak dan selalu kene tukar, jadinya beli banyak banyak yang murah je. Aritu dah tengok pack ekonomi brand lupe pulak dah, murah je, nanti boleh la beli. Tuala pulak mula mula kami beli satu je, bile mama tok pergi jusco belikan lagi dua, dapatlah baby kz tiga tuala. Selimut comel yang siap ada sarung kat kepala tu kami beli satu, sebab rasa comel sangat nanti baby berselimut tutup sekali kepala, arggghhh geram bayangkan *ober*.  selimut dengan tuala tuala ni nak hantar sulam huruf la kat makcik dekat rumah ni, nama dah ada tapi tak nak tulis nama, tulis huruf kz je nanti adik adiknya tak kisah la gugurl ke boboy semue boleh pakai sebab semue nama nak dua perkataan bermula huruf k dan z kan *Mamanya berPandangan jauh kan*. Satu tuala je yang nak tulis nama penuh, sebab tu yang mama tok bagi, dan memang mama tok nak letak nama penuh kan, tu tunggu lepas lahir la baru sulam nama. Dah siap sulam semue nama, barulah nak mendobi baju selimut tuala sarung bantal semue la.

Kira selesai kot barangan yang nak kene bawak ke hospital, cuma tak packing je lagi kan. katil dan drawer untuk letak baju baby dah ade orang bagi, beg pun dah ade orang bagi. Beg ni anak buah aku yang punye, dia dah tak pakai, sebab dia dah pakai yang baru, dan beg ni masih cantik jadinya nanti basuh basuh sikit boleh la pakai kan, elakkan pembaziran, ape orang bagi amik je kan. Katil pulak kakak encik suami yang bagi, katil ni memang katil yang dah dipakai dan diaorang dah tak pakai lagi tapi keadaannya masih elok lagi, jadinya dia pun bagi la kat kami, memang nampak cantik je lagi. Cuma kene beli tilam dan bantal je la. Masa hari pasang katil tu, siap je pasang katil, encik suami ukur size katil, memang dah tak sabar kan, terus je pergi jusco beli tilam, beli jugak bantal kepala dan bantal golek. Total dalam rm100 la abis. Terima kasih kak ya bagi baby katil♥ Tilam kecik warna pink siap dengan bantal dan kelambu ni pun ade orang bagi, ni hadiah kahwin ok, dah berbulan la maknenya ade kat kamikan, ni rezeki baby, dapat la pakai nantikan, terima kasih kak lai bagi tilam♥ Drawer baby mama tok yang belikan beli kat kk home deco. Dah letak letak baju baby, tuala, walaupun tak basuh lagi semue ni saje letak dulu. Bakul pun ade jugak, bakul ni pun boleh letak barangan baby yang tak muat letak dalam drawer kan. Banyak dah mama tok bagi, dengan barut bedung, drawer, bakul, tuala, terima kasih mama, love you♥ terima kasih jugak encik suami layankan puan isteri shopping dengan beli barangan baby♥

Ape lagi yang patut mama beli ye untuk baby mama ni? Mama tak sabar nak shopping lagi ni, nanti dah shopping barang best aku update ya. *sori semue gambar tepek kat bawah, update pakai phone cam  ni la jadinya*

Ni la baju baju baby, tengok baju pun boleh teka gugurl ke boboy kan? *tak payah nak surprise sangat la kan :p

Selimut comel baby

3 helai tuala

Bakul 

Set mandian, wipe tissue dan pampers

Beg

Katil


Tilam pink

Drawer baju

Drawer pertama letak baju

Drawer kedua letak tuala

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, August 23, 2013

Berjumpa dengan Pakar Zat Makanan

Bila dah disahkan GDM ni bertambah la appointment, 2minggu sekali jumpe doktor, dan ade beberapa tambahkan kene dengar talk dari pakar zat makanan dan bila dah genap 36weeks kene jumpe doktor pakar. Tarikh jumpe doktor pakar dah dapat masa genap 36weeks iaitu 19.9. Semalam dapat call dari klinik desa kene dengar talk hari ni iaitu hari jumaat ham 8.30 pagi.

Disebabkan encik suami kerje, kalau tak kerje boleh jugak teman dengar talk, ade 2-3 orang yang bawak pasangan. Jadi babah la yang menjadi driver hantar ke klinik kesihatan sebelum tu sempat lagi pergi sarapan dulu makan roti canai. Sampai je kat klinik kesihatan tanya misi kat mana nak jumpe pakar zat makanan, dia tunjuk kat atas. Masa tu pzm tu tengah sebok prepare slide, awal kan dia sampai, muda lagi pzm tu *motif nak cite mude lagi kan? Haha*. Baru dalam 3 orang je yang datang. 8.30 pagi dia start.
Banyak jugak info yang dapat bila pergi talk ni. Boleh la share sikit info2 yang mungkin berguna kan. Mula pzm tu cakap jangan sedih bile pregnant ni kenw GDM, bukan sebab kita makan bende manis banyak masa raya semue tu, tapi disebabkan badan kita yang tak boleh proses insulin, tu yang terjadinya GDM ni. Aku keciwa bila tau sebab frust kene kawal makan tak boleh makan banyak banyak haha *tak senonoh kan*. Bende ni dah jadi macam normal untuk yang mengandung, sebab tu sekarang umur 25 tahun ke atas bila dah 26weeks ke atas kene minum air gula tu, sebab nak pastikan ade ke tidak kencing manis tu kan. Orang dulu tu masa pregnant mana la ade check darah minum air gula bagai pastu lahirkan baby besar 4kg ke atas kemungkinan je diorang GDM tapi tak tau kan, tu kadang kadang bile dah tua kene kencing manis *aku buat kesimpulan sendiri*

Ape tu kencing manis? *aku pun dah macam pzm jugak*. Kencing manis tu bila kandungan gula dalam darah kita tinggi. Ada 3 type untuk kencing manis. Type pertama ialah baby yang baru lahir memang tak ada insulin dalam badan. Jadinya dia memang kene cucuk insulin sepanjang hayat dan kencing manis tu bersifat kekal. Second type untuk orang yang berusia, tapi sekarang yang muda pun dah ramai jugak kencing manis. Yang ni pun bersifat kekal jadi cara mengawal kene ambil ubat ubatan dan jugak cucuk insulin. Last type ialah yang aku tengah hadapi sekarang ibu mengandung. Tapi yang ni bersifat tidak kekal/sementara. Nak mengawal dengan cara menjaga pemakanan dan jugak cucuk Insulin. Untuk ibu mengandung dia tak kan bagi ubat ubatan sebab dia takut akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Kira cara paling selamat dan semula jadi dengan cucuk insulin. Kadang2 tiap badan kita ni lain2 ada yang kawal makanan macam mana pun gula dalam darah dia tetap tinggi, ade yang bila tak kawal makan gula dalam darah tinggi dan ade yang boleh kawal makan dan memgurangkan gula dalam darah. Jadi bila kita buat bsp (blood sugar profile) dah dapat bacaan tu kalau bacaan gula tinggi dan kali ke dua tiga pun tinggi memang doktor akan sarankan kita cucuk insulin. Rasanya semue takot bila sampai tahap cucuk insulin kan, aku pun takot tapi bila doktor cakap tu cara paling baik dan semula jadi rasa macam kalau memang kene kita kene jugak buat kan. Sebab bila gula dalam badan tinggi, lepastu kita pulak tak nak cucuk insulin, nanti risikonya pada baby kita jugak kan. Tapi kalau boleh kawal makan dan gula pun ok cuba lah untuk kawal. Tapi aku agak ngelat jugak la, bile kene buat bsp pandai pulak nak makan sikit2, tapi sebenarnya gula rendah sangat dalam badan pun tak elok jugak. Sepatutnya buat bsp tu bacaan pertama tak boleh lebih 5, ke dua tiga tak boleh lebih 6, keempat tak boleh lebih 7. Bacaan aku 4.4, 5.9, 4.1,3.9. Bacaan pertama ke dua tu kira ok. Sebab sarapan dua biji karipap terus naik macam tu, bacaan ketiga kurang sebab aku tak amik nasi semue tu. Sepatutnya makanan yang ade kanji kita kene amik tapi kuantiti tak banyak la, protein boleh nak lebih, sayuran hijau memang kene lebih lebih, buah pun ade hadnya dan ikot jenisnya tembikai pun tak boleh sebab manis. Bacaan terakhir aku rendah pun kene tegur sepatutnya kene dekat2 7, dia takot gula kurang nanti kita sampai menggigil gigil, tapi aku ok je cuma mase singkat aku makan pun sikit je la kan.


Kalau ikot pemakanan yang betul kan, kita kene makan 6 kali sehari, 3kali yang berat, 3 lagi sampingan. Aku siap lukis timeline pemakanan ni bagi senang nampak macam mana nak makan 6 kali *aku nak jadi pengganti pzm*. Yang 3 ke bawah untuk yang berat dan 3 ke atas sampingan. Untuk sarapan boleh je nak amik roti nasi tapi ikot kuantiti yang dibenarkan. Roti boleh 2 keping, makan dengan telor goreng pun boleh *pzm kata goreng2 tak ada masalah sebab badan kita perlu jugak minyak* letak je sayur tomato ke timun ke atau salad nak letak tuna pun boleh, kanji je yang kene kurangkan, yang lain semue boleh lebihkan. Cuma yang tak boleh letak cili sos. Itu yang aku suka kan. Pasni nak makan ayam kfc boleh je tapi jangan makan dengan cili. Untuk pukol 10.30 makan je kueh yang tak ade gula macam karipap tapi amik 2 keping je la, sebab ade kentang jugak dalam tukan, popiah pun ok tapi jangan cicah sos. Next adalah makan tengah hari. Makan tengah hari boleh nak makan nasi, tapi nasi cuma letak dua senduk atau setengah cawan je, kalau tak tahan sangat la baru lebihkan nasi tapi maksimum 1 1/2 cawan je. Sayur hijau kene lebih dari 1 cawan *tapi aku tak suke sangat sayur2 hijau ni* protein pun boleh lebih, ayam ikan boleh lebih. Cara masakan ayam ikan tu kan orang selalu cakap paling baik kukus, rebus, bakar. Tapi untuk pesakit kencing manis boleh je nak makan ayam goreng ke, kari, kurma, asam pedas, masakan yang tak ade gula, tak guna sos cili, tomato, kicap, sos tiram. Yang paling tak boleh padprik la kan. Dah la aku suke masak padprik kan. Tak pe pantang bape bulan je ni sampai lepas bersalin je kan, lepastu boleh dah makan *positif sangat*. Dalam pukul 3.30 tu boleh la makan kueh ke biskot ke. Goreng pisang tak digalakkan sebab manis. Biasanya kita dengar buah elok makan sebelum makan makanan lain kan. Tapi untuk pesakit kencing manis tak boleh makan buah ketika perot kosong, maknanya kene makan dulu makanan lain baru makan buah. 6.30 tu kira makan petang makan mee hoon ke tapi bila goreng2 letak sos tak digalakkan sangat la. Makan nasi pun boleh. Dan last sekali malam pukol 9.30 makan la biskot tawar, boleh makan 3-6 keping, aku selalu nak 7 keping la baru kenyang kan. Dan kene minum susu. Susu baik untuk tulang tak kisah susu ape ape pun susu yang fresh tu pun boleh asalkan rendah lemak.

Last nak bagi tips macam mana nak kurangkan berat badan selepas bersalin dengan nak kecutkan rahim dengan cepat. Cara dia senang je dengan breastfeeding selama 6 bulan tu kita boleh kurangkan kalori. Kalori berkurang dua kali ganda dari orang yang jogging kat padang *bape pusingan terlupe la pulak haha*. Jadinya marilah kita breastfeeding selepas bersalin nanti, harapnya susu pun keluar banyak la kan. Sepatutnya dah kene makan ni sebok pulak mengupdate blog kan, nak kene kawal pemakanan ni. Next kene buat bsp 10.9. Balik dari bercuti yang kononnya jalan nak makan banyak banyak tu.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, August 22, 2013

32weeks Sudah♥

Cepat je rasa masa berlalu kan hari ni dah genap 32 minggu, kalau ikut due maknanya lagi 8 minggu, itu kalau ikut due, kalau terawal mungkin kan kita pun tak tau kan. Sepatutnya dah 32 minggu ni beg dah kene prepare dah untuk bawak ke hospital, sepatutnya la, tapi aku tak prepare ape lagi. Untuk persiapan barang baby nanti cerita entry lain ya.

Walaupun dah 32 minggu ni semangat lagi nak jalan ujung bulan ni, nak jalan jalan kat kl duduk kat bandar sri putra seminggu macam tu dah plan macam macam tempat nak pergi, nak shopping untuk mama dan baby dan nak jalan jalan cari makan. Tau pulak kat shah alam ade kedai best untuk baby, selalu tengok kat instagram, marissa shop, mesej jugak diaorang kat facebook tanya dia tutup hari ape, tak nak la datang datang dari jauh ni pergi time dia tutup pulak kan, dapat balasan mesej semalam dia cakap memang bukak hari hari. Okey mama yang excited nak shopping barang barang baby ni, nak tambah sikit sikit lagi baju dengan ape ape yang perlulah. Mamanya pulak dah lame teringin nak makan abc seksyen 2, serius rindu nak makan abc sedap, memang makan 1 mangkuk sorang je tak nak share2. Biasa kan abc mesti nak kene share share sebab rasa macam banyak sangat kan, tapi abc seksyen dua tu tak pernah nak share mesti nak kene makan sorang sorang. Baru baru ni sebelum puasa haritu siap masok jalan jalan cari makan lagi abc seksyen 2 tu, tu yang buat lagi nak tu *nampak tak mamanya jalan fikir pasal makan je, patut sekarang kene diet sebab dah ade kencing manis ooi*. Dah pergi shah alam tu nak ajak encik suami pergi icity, saje nak photoshoot syok sendiri, konon ala maternity photoshoot la, ala je tau, sebab nanti nak suruh encik suami posing dia segan la ape la, macam hari tu kat kampung, dah aku yang beriya kan. Tak nak pergi malam sebab memang lampu cantik cantik tapi nanti gambar tak berapa cantik pulak, padahal orang pakai camera canggih amik cantik je kot, try petang petang la kot kot cantik jugak kan. Pergi time tak ramai orang, bukan weekend la, baru puas boleh bergambar kan. Pastu pergi icity tu teringin nak masuk trick art museums dengan yang tengok orang lilin tu, tambah lagi tempat nak amik gambar kan.

Untuk baby, bagi la mama jalan puas puas dulu ok, nak shopping untuk baby jugak selit sikit shopping untuk mama, kita kongsi makan sedap sedap dulu sebelum mama pantang, nak pergi kenduri kahwin makan lauk kenduri dulu, dan tunggu dah balik johor dan dah cukup bulan baru keluar ya sayang♥ masa tu mama pun start la pantang makan, misi menguruskan badan sekali kan.

Semalam jumpe doktor dia dah bagi tarikh next appointmnet 4.9, disebabkan minggu tu aku cakap nak gi bercuti ke kl, jadinya next appointment 11.9. 10.9 kene amik darah dan cucuk empat kali lagi. Kene cucuk empat kali 2minggu sekali sampai la 37minggu. Jadinya kene jugak la kawal makan. Nanti kene jumpe pakar zat makanan dan 36 minggu kene jumpe doktor dan scan sekali tapi tarikh misi tak bagi lagi ni.

Ni app install kat handphone baby size bok choy? Sayur apekah ini?


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, August 21, 2013

Main Doktor doktor di Rumah check BSP

Hari ni ade appointment lagi kat klinik desa ni, sambil nak tunggu nombor 60, baru no 35 boleh la mengarang blog sendiri kan dah share info yang berguna *berguna la sangat*. Intai kat dalam tengok ari ni doktor cina yang merawat, memang lame la sikit *banyak kot*, kalau doktor melayu selalunya laju je. Tapi ni kali ke 3 jumpe doktor cina ni, macam selalu je dia, doktor lain sekali sekali je. rasanya pukul 1 lebih baru turn aku ni. Nasib la aku dah prepare awal awal mintak handphone encik suami, boleh la wifi, ade la aktiviti berfaedah *faedah la sangat kan*. Encik suami tak dapat menemani pergi klinik hari ni, dia keje, minggu ni keje siang je berderet, sabtu baru dia keje malam. jadinya dua hari ni, semalam dengan hari ni babah la yang hantar pergi klinik. Sementara tunggu turn aku ni aku suruh mama babah pergi jalan jalan dulu kat sutera mall, dah siap jumpe doktor baru aku call.

Entry lepas dah cerita penyakit baru yang bertandang masa pregnant ni kan. Disebabkan ade kencing manis minggu ni ari selasa kene la amik darah untuk bsp (blood sugar profile). Kene amik bukan sekali tau tapi empat kali tau kene datang amik darah dalam masa sehari tu. Dia cucuk sikit je macam cucuk kita nak check HB tu je. Tapi kalau dah sampai empat kali terasa jugak sakitnya kan. Dua jam Sebelum cucuk tu kita kene puasa, time amik 8 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 8.30 malam. Pagi dengan tengah hari boleh la amik kat klinik desa sebab bukak lagi kan, petang dan malam kene amik kat klinik biasa atau farmasi. Tapi tak sarankan pergi klinik biasa sebab misi kata lagi mahal, pergi farmasi sekali cucuk rm5. Tapi kan macam dah buang masa. Maka kene cari penyelesaian la kan *penyelesaian bagai* sebab kene buat bsp ni sampai la bersalin kan jadinya beli je la alat tu dari klinik desa ni. Satu set alat tu rm80. Pagi tu suruh la mama tengok dulu cara misi buat kan senang nanti nak buat sendiri kat rumah. Tak mampu rasanya nak cucuk diri sendiri, mama je la jadi doktor nanti. Mula mula dapat alat tu jakun juga la, sebab kat klinik desa dia pakai yang jenis lain, lama sikit punya kot, ni baru punya, canggih sikit la, cucuk pun ada alat dia, masuk je jarum dalam alat tempat cucuk tu, tekan jarum terkeluar tercucuk sendiri. Percubaan pertama konon nak buat kat mama dulu sebab mama pun memang nak check mama ade kencing manis tak, kebetulan mama pun memang puasa, boleh la check terus kan. Percubaan pertama gagal, tak jadi pulak kitaorang guna, tapi dah tau cara la, tak nak membazir punya pasal simpan je la guna petang nanti je la.

Petang tu berjaya la mama jadi misi gunakan alat tu dan mama pun check la untuk diri sendiri. Aku tak berani la nak cucuk2 orang, ngeri je rasa. Malam tu incik suami balik, pukol 8.40 cam tu suruh incik suami yang cucukkan, time ni la nak cucuk isteri sendiri kan, bagi chance je ni, bila lagi nak jadi doktor untuk isteri kan hoho bacaan semue ok la, bila dah nak buat bsp ni pandai pulak nak kawal makan kan. Bacaan dari pagi sampai malam 4.4, 5.9, 4.1, 3.9. Lepas je kita buat bsp ni sebelum tu kan puasa 2 jam lepastu kene makan teros sebab nanti nak puasa semula kan. Pagi tu makan dua biji karipap, naik banyak jugak kan, aku rasa naik banyak sebab aku pun tak buat aktiviti ape ape, lepas je makan teros tido sementara tunggu tengah hari. Tengah hari balik tu makanan memang dah jadi rutin harian buat minggu ni minum vico tanpa gula 1 mug, makan biskot tawar. Biskot tawar takdenya 2-3 aku makan, 6-7 jugak la. Lepastu mula la rasa lapar lagi makan 2-3 biji chocolate chip, bukak peti ais amik 1 biji chocolate *encik suami dah pesan 1 hari boleh makan 1 chocolate je*. Lepastu aku Tengok balang kueh raya kat depan, makan maruku pulak, jadi macam tak diet kan. Tapi lepastu minum la air masak banyak banyak. Mata mengantuk tidur lagi. Bangun tidur rasa takot tinggi pulak bacaan tu nanti kan sebab dah makan macam macam tak ade aktiviti pulak, nak bagi berpeloh sikit turun naik tangga je la, tapi cepat mengah jugak la turun naik tangga, dapat la peloh sikit. Bila Dah start puasa , aku minum air masak je. Yang pukol 6.30 lepas amik darah tu pun makan lagi biskot chocolate chip dengan maruku, minum memang air masak je. Tapi lepas 8.30 dah amik bacaan terakhir barulah aku makan nasi, sebab encik suami baru balik keje, tunggu dia balik baru makan sama sama. Minggu ni memang aku makan nasi sekali je, makan malam pulak tu. Tapi dia tak check malam kira cam selamat je la kan haha

Roti pun sekarang aku dah suruh mama beli yang brown roti tu *ape ntah namanya*, yang tak berape sedap untuk tekak aku ni tapi nak kene jaga jugak kan makan. Pagi ni sebelum pergi klinik bakar je roti tu sikit tak la terasa sangat, makan dengan telor. Bila dah tau kencing manis aku pun rajin la menggoogle tengok diet macam mana untuk orang yang kene kencing manis, walaupun aku tak ikot sangat pun kan tapi saje nak bace. Selain kene jaga makan kene jugak bersenam sehari 30 minit. Aku sekarang malas pulak nak bukak youtube menari nari, tu yang turun naik tangga je tu, dan sekarang rasa bila dah banyak baring je kan, aku pun jalan la keliling rumah, asalkan aku rasa ade aktiviti je kira ok la kot. ha, Tadi timbang turun 500gm. Aku cakap kat misi sebab minggu ni saya tak pergi beraya kot tu yang turun. Ni semue salah orang masak sedap sedap masa raya kan. Raya aritu cepat je naik, 3minggu naik 2 kilo, ni dah turun balik pulak. Esok dah masuk 32 minggu, nak sangat scan la, nak tau berat baby dah berapa dah ni. Takot jugak kalau baby nanti besar sangat kan.

Semalam incik suami dah amikkan ubat batuk, dari minggu lepas batuk tak baik baik, ikotkan aku memang la tak nak makan ubat, tapi tak selesa pulak bila batuk je tak baik baik ni terpaksa la makan semalam, dah la berkahak je ni, tak best betol -_-

Lame lagi nak tunggu giliran aku ni, nak main candy crush la dulu. Dah la lupe bawak air masak haus pulak la ni.

Ni pic alat untuk check bsp.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Saturday, August 17, 2013

Penyakit baru datang Masa Mengandung

Hari ni dah 10 syawal, mood raya masih ada lagi, tapi disebabkan encik suami kerje hari ni, tinggal sorang sorang kat rumah, memang tak la kan jalan sorang sorang, dapat la berehat kat rumah. Penat macam tak hilang lagi, penat beraya, hari ni lepas je encik suami pergi kerje ape lagi tidur je la balik kan. Ingat nak bangun tengah hari tapi boleh pulak 10 lebih dah terjaga. Ni semue sebab sakit tekak punya hal. Dari awal raya hari tu dah sakit tekak sampai sekarang tak baik baik lagi -_-

Hari selasa baru ni aku ada appointment dengan klinik desa, appointment kali ni kene minum air gula sebab tak pernah kene minum. Nurse pun cakap lepas 7 bulan mengandung ni macam macam penyakit la tiba tiba datang salah satunya kencing manis. Nak minum air gula tu malam sebelum minum tu kene start puasa dari pukol 10 sampai la pukol 8 pagi minum air gula. First time nak minum ni, macam macam feedback yang negatif kita dengar pasal air gula ni, rasa ngeri je kan nak minum. Dekat 8.30 pagi barula turn aku minum air gula, sebelum tu amik darah dulu, dan lepastu baru minum air gula. Baca bismillah dulu, dan dua kali teguk habis je aku minum. Deria rasa aku hilang ke ape agaknya sebab aku tak la rasa manis gila. Sebenarnya aku rasa agaknya gula tak larut abis kot, masa nak basuh cawan tu ada sikit lagi air dengan yang putih2 tu. Aku pun bersihkan je la. Sebenarnya yang buat kita takot nak minum bila dengar orang cakap macam macam, lagipun tekak lain2 kot2 tekak orang tu tak boleh terima tapi takak kau ok je kan. Jadi pedulikan pe orang cakap, kau try sendiri baru kau tau. Aku pun jenis tak minum manis, kalau rasa air kat rumah orang manis pun aku tak habis. Tapi selamba je pulak aritu telan air gula tukan. Aku masa minum ru memang ok tak loya semue. Tapi part paling mencabar la untuk aku kan. Bila kene tunggu lagi dua jam, kene puasa lagi, amik darah dulu lepastu baru boleh makan. Masa tu agak tersiksa la jiwa raga, kepala mula la pening, loya semacam sebab perot kosong, tapi tahan je la, main candy crush buat macam tak ada ape berlaku. Aku duduk je la kat klinik sampai pukol 10.30 nak amik darah kali kedua. Sebelum amik darah kali ke dua, jumpe nurse dia check perot. Hb kurang lagi tapi ok la sebab 11.9 kurang sikit je. Berat baru 3 minggu dah naik 2 kilo ok, penangan masa raya agaknya, tapi nak kate makan banyak gila tak jugak. Puasa hari tu ada lah turun 1.9 kg ni cepat je naik sampai 2 kg. Result darah tu dia tak cakap pulak bila dia akan beritau.

Keesokan harinya kan, hari rabu tiba tiba dapat call dari klinik desa tu, dia beritau berita tak baik la kan, dia cakap aku ada kencing manis, aku pun ha, pastu ketawa je la, nurse tu pun gelak je la bila aku gelak. Dia cakap kepututsan darah masa aku puasa ok, kene bawah 6 tak salah aku, aku 4 lebih, tapi bila dah minum air gula sepatutnya tak boleh lebih 7.8 yang menyedihkan sadis sangat tu aku lebih 0.1 je 7.9, lebih 0.1 pun memang kira aku kencing manis jugak la. Encik suami memang cuti rabu tu. Bila dah letak telefon cite kat dia, dia cakap kesian *tu je la mampu dia cakap kan* dan dia cakap patutla berat naik cepat je.
Bila dah ada penyakit baru ni, maka akan kerap la aku berjumpe doktor dan kene kawal pemakanan. Hari khamis tu encik suami kerje malam, tapi tengah hari kene pergi hospital ade bende nak settle kan, aku pulak pemalas duduk je atas katil bermalasan dengan tak mandi tiba tiba dapat call dari misi dia ada kat depan rumah, tak macam terkejut aku. Masa tu dah kul11 lebih pun, aku je yang tak mandi lagi, kelam kabut la aku bukak pintu bagi misi misi masuk. Buatkan air untuk diaorang, alang2 dah datang ni ajak la beraya sekali. Diaorang nak terangkan pasal kencing manis penyakit baru aku tu. Next week ari selasa aku kene pergi klinik desa cucuk kat hujung jari macam amik untuk check hb tu empat kali, rabu kene jumpe doktor. Sister tu kata beli je alat tu senang nanti aku nak amik darah sendiri, sebab sampai aku dah nak bersalin la kene amik darah tu. Dan sister tu cakap kencing manis aku tu boleh hilang lepas bersalin nanti, sebab masa puasa ok je cuma bila aku dah minum air gula, badan tak dapat menghasilkan insulin secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankrease. Tapi bila tiap kali mengandung kencing manis ni boleh datang lagi. Aku bila tau je pasal kencing manis tu teros google kat babycenter banyak info pasal kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetis gestasi. Tanda tanda kita ade kencing manis semasa hamil ni keletihan, buang air kecil dengan banyak, dahaga yang terlampau, dan penglihatan kabur. Tapi mesti tak berapa nak perasan sebab kita ingat orang mengandung memang semue macam tu kan. Makan aku belum start diet pun, tunggu la jumpe pakar pemakanan nantikan. Tapi encik suami yang dah kawal tau, dia bagi aku makan satu hari satu chocolate je boleh. Masalahnya raya pun rumah orang banyak hidang kueh raya aku makan je semue. Tapi sekarang aku rasa sikit2 je la, air manis pun dah tak banyak minum, minum air masak je. Takot jugak bila kencing manis ni nanti baby besar susah gak nanti kan. Nak scan sebenarnya nak tau berat baby dah berapa, scan 27 weeks aritu tak lengkap la doktor tu tak beritau berat baby pun, minggu depan dah 32weeks nak ajak encik suami pergi klinik nak scan lagi. Nak tau berat baby dah berapa. Buku pink aku dah macam2 upgrade sticker tampal tu mula putih tak ada masalah apa, haritu naik ke hijau sebab hb asik kurang kan, ni dah naik ke kuning pulak. Haish. Doa semuenye ok dan dapat bersali  secara normal la nanti ya♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, August 11, 2013

Cerita Hari Raya

Kononnya nak update secara langsung dalam perjalanan dari johor ke bentong masa raya pertama tapi duduk dalam kete tertido tido jugak la line pulak kadang kat highway tak berapa nak ada sangat jadi tak dapat nak online, nak update lelaju lagi la tak dapatkan. Tidur lagi best kan. Kesian incik suami drive sesorang puan isteri sodap sodap je tidur ya.

Alhamdulillah tahun ni dapat puasa penuh, baby pun baik baik je, dapat beraya bersama encik suami, keluarga baru dan keluarga sendiri. Dan in shaa Allah tahun depan dah bertambah la ahli keluarga bila dah dapat baby kan. Baby pun memang baik baik je sepanjang puasa dan raya ni. Rela je travel jauh jauh, dapat reward mama dia makan banyak banyak kan. Perjalanan jauh jauh tau, raya pertama di skudai, tengah ari dah bertolak ke bentong. Second raya dari bentong ke kuala lipis pulak. Third raya dari kuala lipis ke muar. Fouth raya dari muar ke batu pahat balik skudai. Hari ni memang tengah hari la baru bangun, tinggal sorang pulak kat rumah, encik suami kerje pulak. Ha, Masa raya pertama usia kandungan aku pun dah genap 30weeks. In shaa Allah tinggal berapa minggu je lagi kan, doakan semue dipermudahkan. Baby kalau nak keluar awal pun tunggu mama dapat shopping kat expo baby kat danga city mall hujung bulan 9 okey, boleh? Hehe

Hari ni kita tak update entry panjang panjang, tapi nak penuhkan entry dengan gambar gambar raya je. Dan baby dalam perot mama ni pun dah dapat duit raya in advance tau. Selamat hari raya semua. Ada sape sape nak buat open house area johor ni? Sila lah jemput saya *tetiba* haha

Pss style tahun ni sama je dress/jubah shawl tribal/pashmina pakai paling simple je, senang kan


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, August 5, 2013

Berebut Balik Raya

Hari ni perot terasa lapar lebih pulak. Dah nak penghujung ramadhan ni dugaan berat sikit la, baby pun aktif aktif je bergerak. Kadang gerakan baby tu menyakitkan pinggang jugak, sebab terasa dia tekan kuat sangat. Kira gerakan baby pun cepat je hari ni dah lebih 10. Macam tak consistent je aku kira gerakan baby ni, kadang laju je dah cukup 10, kadang ada hari tu aku rasa eh macam tak rasa gerakan sangat je, lambat jugak la nak cukupkan 10, agaknya baby ni gerak gerak manja je kot tu yang tak rasa. Cuma hari ni baby gerak bukan main kuat lagi, mungkin sebab dia sama dengan mama dia yang lapar ni kot. Tapi boleh tahan lagi perot ni tak de la sampai berbunyi bunyi lagi. Siap update blog ni nak bertidoran jap la, cepat sikit masa berlalu kan @_@

Wah Hari ni dah 27 ramadhan kan, tinggal beberapa hari je ni ramadhan dah nak meninggalkan kita dan syawal pulak akan menjelang. In sha Allah tahun depan sambut ramadhan dan syawal bersama orang baru pulak kan♥ Persiapan untuk menyambut syawal dah siap dah, baju raya settle, kueh raya pun dah buat, jadi sekarang relax duduk depan tv tak buat apa apa *serupa orang malas*. Encik suami pun masih lagi bekerja sampai ari rabu nanti. Okey ape kerje masa macam ni kan, confirm jalan lengang je kan, tak payah bersesak sesak nak pergi dan balik kerje *oh, ayat sedapkan hati encik suami*. Disebabkan malam semalam kebosanan, hujung minggu pun terperap je kat rumah kan, tiba tiba terajaklah encik suami keluar jalan jalan. Tiba tiba rasa nak pergi angsana, walaupun tau malam minggu ni confirmlah ramai orang, tapi nak jugak bersesak sesak kan. Sambil sambil tu nak selesaikan misi, nak belikan tudung bawal aidijuma untuk sepupu. Dah alang alang beli tuk sepupu tu terbeli pulak untuk sendiri, banyak sangat yang cantik cantik, dan tudung bawal tu lembut pulak. Balik tu encik suami melayan la kerenah isterinya nak amik gambar nak hantar pic pakai tudung bawal tu kat sepupu. Tapi lilit macam shawl. Pagi tadi pun siap bukak channel aidijuma nak tengok cara yang norjuma pakai, tudung bawal yang dia jadikan shawl. Maknanya aku dah tau dua cara, cara simple je pun. Ok siap pagi pagi buta tu jugak nakbteeus cuba pakai, pukol 5 lebih pagi okey, semangat gila kan. raya nanti boleh la pakai macam tu, aritu memamg ada beli tudung tribal empat segi. Tudung raya dengan baju raya semue dah siap gosok dah, tinggal nak pakai je ni, ari ari tengok tergantung belakang pintu♥

Tahun ni tahun pertama raya bersama encik suami. Perasaan mestilah teruja, tak sabar nak pakai baju sedondon dondon tu kan. Bila dah tahun pertama mestilah nak kene buat keputusan nak raya mana dulu kan. Untuk kami Tak denya nak berebut rebut, disebabkan encik suami keje sampai hari rabu, jadinya pagi raya tu raya di rumah mak mertua dulu la. Dah beberapa hari, dari hari jumaat aku dah balik rumah mak mertua. Ni Mak tengah sebok menjahit, bak pulak tadi siap kan menganyam ketupat. encik suami pun reti menganyam ketupat, semalam sempat la dia tolong sikit, aku tolong jugak, tolong tengok je la *tak berbakat*. Ni aku tak ade aktiviti duduk tengok tv je la ni. Tu plan malam raya nanti nak jalan bandar jb, nak gi bazar karat, saja nak tengok suasana malam raya sebab aku jakun tak pernah jalan malam raya -_-

Encik suami dapat cuti empat hari dari hari raya pertama sampai ke empat. Walaupun mama babah aku duduk di johor tapi kampung aku bukan kat sini. Kalau ikotkan rumah mama dengan mak mertua aku memang tak jauh mana pun ni, tapi bila raya mestilah mama aku pun nak balik kampung kan. Kampung babah kat bentong dan mama kat kuala lipis, dua dua kat pahang. Jadinya kami dah plan baik baik, raya pertama tu dah kenyang makan tengah ari kat rumah mak, lepastu barula gerak bentong. Agaknya sampai malam jugak la nantikan, harapnya tak jem la nanti, mau lenguh bontot ni duduk lama lama kan. Baby baik baik ya, raya nanti memang jalan sakan la kita. Raya ke dua pagi tu travel lagi balik kuala lipis pulak dan pagi raya ke tiga keluarga encik suami nak balik kampung kat muar, jadinya kami pun akan terus ke muar. Raya ke empat dah balik rumah semula, fuhhh memang penat la nanti kan. Tak pe nanti mama upah baby bagi makan banyak banyak ya. Untuk tahun tahun depannya pulak kita tunggu la encik suami dapat cuti berapa hari, tak de ape nak direbutkan, kalau dapat cuti lama semue kampung kita pusing, kalau tak nak buat macam mana kan.

Aku tak nak lagi bagi ucapan raya, ramadhan belum habis lagi ni, nanti nak merajinkan diri update masa raya pertama *kononnya* bosan bosan dalam kereta sambil teman encik suami memandu nak balik kampung boleh la update blog tunjuk gambar raya pertama *kalau rajin la tau, kalau, kalau* ♥ tepek gambar sikit jom gambar encik suami anyam ketupat, nak pergi jalan, dengan gambar jadi model tudung tak berbayar hoho


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, August 4, 2013

Tiada Lagi Kad Raya

Okey nampak sangat kebosanan sebab rajin mengupdate blog, hari ahad pun encik suami keje. Memang keje je ni sampai last day puasa. Raya pertama baru start cuti. Ni kat rumah mak mertua aku pun tak tau nak buat apa sangat, tengok tv pastu ngantok tido balik, serupa itu orang pemalas kan. Mengadu encik suami yang aku bosan, dia suruh pergi jalan jalan, nak gi mana ntah, dia cakap pergi la bazar, tidok la nak pergi sorang2 kan, jalan kaki pulak, kalau ada encik suami tak pe, boleh jalan kaki gi bazar sambil pegang2 tangan *mengada kan*. Dan pesanan dari encik suami kalau bosan update la blog hari hari, jadinya aku pun merajinkan diri la update blog ni untuk kurangkan bosan. Nanti raya sebok sebok mesti biar je blog ni menyepi kan.

Saje je nak cerita pasal kad raya, dulu zaman zaman sekolah bila bulan puasa kan suka tunggu encik postman,  sebab excited nak dapat kad raya, kalau ada kad raya gembira je. Dah tau sangat bunyi motor encik postmen. Kalau dia cuma lalu je rumah kita muka masing masing kecewe je tau. Pastu nanti suke kira siapa dapat kad raya paling banyak. Pantun paling femes amos bila bagi kad raya
"Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"
Dari darjah 1 aku dengan kawan baik aku ni berbalas2 kad raya pada orang yang sama dengan pantun macam ni, tak ada kesudahan betul. Sebab asik mintak balas je kan. Tu masa darjah satu fikiran pun tak matang lagikan, budak2 sekarang ada bagi bagi kad raya lagi tak?

Tapi rasa zaman zaman sekolah je seronok berbalas kad raya, zaman dah masuk universiti kad raya pun dah kureng dah. Satu satunya kad raya yang ditunggu tunggu haruslah kad raya dari encik suami. Masa tu belum jadi suami lagi ya. Tahun ni kan tahun ke 9 kami bersama kan sejak dari sekolah lagi. Tapi tak de la tiap tahun dapat kad. Start masa kat universiti encik suami rajin la nak bagi kad raya. Seronok okey sebab post kat kolej, kad besar besar, ada yang bunyi bunyi, tapi kad je besar lebih tulisnya cenonet je pun. Encik suami bukannya pandai nak tulis jiwang jiwang panjang panjang ni pun. Tahun lepas dapat lagi kad raya dari masa tu dari kekasih dah upgrade jadi tunang kan. Tapi kad pass by hand je. Masa dah sambung degree kat shah alam pun kad pass by hand je bila jumpe. Walaupun ucapan nya sikit je. Tapi bermakna ok. Tidur letak bawah bantal kad yang baru diterima tu. Sekarang semue kad kad tu dah simpan dalam kotak♥

Ni bila dah kahwin ni, tak adanya kad kad raya dah. Orang bagi kita terima orang tak bagi kita pun diam je la. Tapi haritu ada jugak cakap kat encik suami tahun ni tak dapat kad raya pun. Dia buat tak layan je okey haha encik suami ada depan mata dan dapat beraya bersama sama lagi bermakna sebenarnya dari kad kad raya kan kan *sweet la konon, ke ayat sedapkan ati sebab tak dapat kad raya? -_-*.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, August 2, 2013

Malas Packing Barang

Siapa yang mengalami situasi macam aku, suke nak berjalan tau, tapi paling liat bab nak packing baju baju, kalau boleh nak seru je baju baju tu pastu gerak sendiri dalam beg kan *pastu seram pulak kan*. Sebelum nak packing dalam beg tu haruslah kene pilih pilih baju dulu, tu pun malas jugak. Nak kene fikir siang nak pakai baju ape, malam nak pakai baju ape pulak, kalau tiba tiba nak gi jalan pulak baju lain pulak, berapa helai pulak kan. Pastu kalau dah pilih baju haruslah kene pilih tudung/shawl yang bersesuaian pulak, tambah la sendat beg tu kan. Masa nak gi jalan memang la rasa excited, tapi nak kemas barang ni pulak, alahai, dulu boleh la baju untuk sorang je, pastu sumbat ikot sesuke hati kan, sekarang ni dah kene packing untuk dua orang pulak, tak lama lagi bertiga pulak. Yang barang baby lagi la kene pack betol betol kan. Kalut je rasa kan.

Aku sebok cerita pasal packing barang ni sebab malam ni dah nak balik rumah mak mertua dah. Kawasan sini pun sunyi je semue dah nak balik raya, mama babah pun dah nak pergi bandar sri putra hari ni, jadinya balik la rumah mak hari ni. Macam jauh je rumah mak kan. Walaupun tak jauh tapi banyak jugak la barang yang nak kene bawak. Encik suami dah la keje hari sabtu dengan ahad, weekend rasa macam tak weekend la minggu ni. Isnin sampai rabu pun encik suami masih kerje lagi. Start raya pertama baru la cuti sampai raya ke empat. Jadinya kene la angkut baju kemeje untuk encik suami, dah siap2 gosok dah bawak je teros dengan hanger. Baju raya pulak dah settle mendobi dan gosok, tudung/shawl pun dah siap2 gosok, semue gantung je, bawak je dengan hanger malam nanti. Bahagian encik suami dah settle dah semue baju dah pilih dah. Tinggal bahagian aku je ni tak tau nak letak baju ape. Beberapa hari ni rasanya duduk je rumah mak tak pergi mana, jadi bawak je la baju baju untuk duduk rumah. Tapi baju duduk rumah ni tak berapa banyak pulak, tu la masalahnya. Kat rumah mama ni biasanya siang2 pakai dress tanpa lengan je, seksi meksi pun tak pe. Kat umah mak mertua tak kan nak pakai cam tu segan pulak kan, kene la cari baju yang bersopan santun sikit kan. Seluar pulak dah banyak tak boleh pakai bila perot dah kedepan ni, kalau pakai tracksuit pun rasa rimas gila tau, seluar yang boleh pakai palazzo je, sebab kembang dan sejuk je rasa. Tapi palazzo bukan banyak, ada 2-3 je, ulang ulang pakai la nanti.

Cakap dengan encik suami hari ni la baru nak packing barang dia cakap ada la barang yang tertinggal nanti. Wah tak yakin betol dia dengan puan isteri dia ni kan. Macam la jauh sangat rumah mak kan. Kalau terlupe bawak barang pun boleh je datang amik kejap kan. Settle dah bab packing ni, sekarang boleh relax je baring2 tunggu encik suami balik.

Hari ni nak berbuka puasa kat luar. Kali ke dua nak buka puasa kat luar. Tapi tak pergi masa berbuka la. Encik suami habis kerje pukol 7, sampai dalam 7.30 malam, goreng je ape ape dulu untuk alas perot, tapi ari ni makan lewat sikit la kot, nak bawak2 barang teros balik rumah mak nanti. Ari ni nak berbuka mee bandung, bulan puasa makan nasi je kan, ari ni tukar menu la pulak :)

Pic barang yang dah siap dipacking, gantungan baju raya, handbeg bukan handbeg raya, handbeg hantaran hari tu, cantik lagi dan besar pulak, macam2 la boleh letakkan, tapi makin banyak letak makin berat la beg. Camera pun bawak dua ni satu bawak camera nx1000 encik suami, satu lagi instax camera. Jadi makin banyak pulak barang kan♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, August 1, 2013

Mendobi Baju Raya

Internet masih bermalasah lagi, emosi lagi dengan orang tm ni. Bulan bulan puasa ni marah marah buat kurang pahala puasa je kan. Jadi hiburkan hati sendiri dengan mengupdate blog. Rajin update ari ni sebab dah masuk bulan baru, cepat je kan dah 1 ogos. Bermakna lagi beberapa hari je nak raya kan. Usia kandungan aku hari ni pun dah genap 29 minggu. Alhamdulillah sepanjang ramadhan baby ni baik baik je tak banyak ragam, perot pun tahan je, cuma kadang kadang terasa haus je, lagi bila cuaca panas kan. Puasa pun belum ada yang tinggal lagi, semoga teros diberi kekuatan la untuk puasa penoh tahun ni kan.

Bila dah cerita pasal raya kan, haruslah sebok nak berbaju raya jugak, walaupun perot dah maju ke depan, tapi tak nak kalah jugak, nak jugak baju raya. Mulanya konon untuk raya pertama je nak beli baju raya, nak satu tema dengan encik suami, nak sedondon kan, tu dah beli sebelum puasa lagi. Tapi bile tengok banyak baju best kat online shopping hati memang tergugat la. Kalau badan selim melim memang dah sambar dah peplum2 yang bermacam fesyen dan blocking colour tu, tu target tahun depan kononnya. Tahun ni baju raya yang jadi pilihan semuenye dress je, dan cari kalau boleh lepas bersalin nanti pun boleh pakai, dapat pulak dress yang sesuai untuk breastfeeding lagi rasa bonus la sebab lepas bersalin dapat pakai kan. Ciri yang ketiga yang dikehendaki haruslah harga berpatutan, berpatutan untuk aku memang nak bawah rm100 je la kan kalau boleh, tapi kalau bawah rm200 still lagi mampu milik la, tapi setakat beli 1 je la yang mampukan. Tak berbaloi pada aku nak beli baju yang harga sampai rm400 pastu aku pakai kejap je kan. Memang la nampak cantik lagi2 rekaan jovian mandagie, geram je tengok, lagi lagi model cantik macam lisa surihani yang pakai, lagi la nampak cantikkan. Tapi untuk aku nak beli baju macam tu tak berbaloi pulak. Memang misi cari baju raya ni yang boleh pakai sepanjang mengandung ni dengan selepas melahirkan boleh pakai jugak. Tu beli dress je. Perot pun tak besar sangat, beli baju mengandung dah bape bulan lepas, sekarang baru start pakai tu pun tak nampak sangat tau, baju mengandung pun beli 4 je, tak nak beli banyak2, tak payah membazir kan. Encik suami jugak la yang excited tak sabar tengok pakai baju mengandung, tu yang hari tu dah pakai dah.

Tetiba campur cerita pasal baju mengandung kan, patutnya nak cerita pasal baju raya kan. Konon ada satu je la baju raya kan, tertengok pulak kat online shop dreemika by radiusite ade jubah yang cantik, jubah zahee dia butang separuh, kita kene pakai ngan skirt atau palazo, yang bestnya boleh pakai depan belakang, warna pilihan aku grey+pink. Punyalah payah nak beli online ni kan, dah letak dalam shopping cart kene curi pulak, terpaksa tukar colour yang lain. Sebelum tu aku nak beli colour turquoise pink, dah tak ade size yang dikehendaki tu yang beli grey pink, harga berpatutan sangat, rm150 je tau. Mencabar nak beli baju ni, sebab aku nak kene beli empat tau, bukan satu okey, tapi empat, ni la kalau adik beradik semue peremouan dan semue suke bende yang sama. Jadinya aku dengan angah amik colour yang sama, adik dengan along colour yang sama. ni special thanks untuk angah aku sebab dia belanja bayarkan baju baju tu. Bestkan ada kakak cam ni.

Hari selasa pulak dreemika restock dress amina dengan colour yang baru tau, aku pun mula la terliur nak baju ni sebab memenuhi ciri2 la, cantik murah dan ada zip sesuai untuk breastfeeding tau, untuk orang mengandung pun sesuai sebab ukuran dia besar. Harga dia rm139 *aku dah macam promoter tak berbayar kan*. Warna pilihan turquoise plum. Biasalah masa beli ni internet buat hal dah sampai nak bayar je stuck, dan tetibe je dah sold out. Dah bape kali aku cube tak berjaya, sampai la semue sold out, dah putus asa ni tetiba dapat idea suruh along je pergi butik dreemika kat shah alam, beli teros kat situ. Along tak dapat nak janji, kalau jadi sabtu baru dia belikan. Tapi semalam macam bernasib baik, tetiba dapat email dari dreemika yang order aku dah cancel kalau nak baju tu kene reorder semula. Aku pun cepat2 bukak web dreemika tengok baju yang aku nak available lagi, teros buat payment, hari semalam jugak dreemika hantar dan hari ni dah sampai dah. Pantas kan services diaorang. Tapi mencabar sangat la nak beli baju dari butik online yang femes amos ni, cepat je abiskan, duduk beli depan laptop pun berpeloh nak berebut dengan orang tau. Harap lepas ni diorang buat stock banyak banyak la. Sampai je dress amna tadi, teros cuba dan dah perasan cantik, teros je jahit lace bagi cantik nampak lain sikit kan, ni dah siap basuh dah baju tu tunggu kering je ni, nak bungkus terus untuk raya.

Baju baju lain dah selesai mendobi kelmarin lepas frust tak dapat dress amna tu teros je basuh, semalam dah gosok gosok terus je bungkus. Ni tinggal masukkan dress amna dengan nak gosok semue tudung pulak. Raya raya nanti kan sebok malas nak berebut rebut tunggu turn gosok baju ngan tudung kan. Tudung dan shawl semuenya beli kat angsana dengan harga rm10 je, jimat jimat. Baju kosong je semue dapat la beli tudung tribal kan, barulah meriah. Dapat la baju raya empat helai termasuk satu baju dua tahun lepas yang dah ditambah lace, encik suami pun cuti raya empat hari je, cukup2 baju untuk empat hari♥

Baju raya dah mendobi, baju baby bila pulak nak mendobi. Beli pun tak lagi kan, tunggu lepas raya ye sayang mama♡ Gambar baju mendobi dengan baju raya lama yang dah tambah lace dan amna lace tepek kat bawah je la. Update pakai phone memang gambar tempatnya kat bawah kan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-