~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, October 21, 2013

Alhamdulillah Dah Jadi Mama

Ok lame tak update blog lagi bila aku dah bersalin ni. Alhamdulillah aku selamat melahirkan putera sulung kami pada 12.10.13. Banyak nak share sebenarnya pengalaman bersalin, first time nak jaga baby, kepayahan permulaan nak breastfeeding. Tapi dah ade baby ni, baru type sikit je tetibe baby pun dah bangun. Jadinye hari ni share gambar baby jela. Aku lahirkan baby secara caeser, kenapa nanti aku cerita next entry la. Lahir sebelum due, kira doa termakbul jugak la, Allah sebaik peracangkan dan tiap berlaku mesti ade hikmah. Ikotkan memang nak bersalin normal, tetibe kene secara caesar kan, tak pe terima dengan hati yang redha. Nanti mungkin anak seterus terusnya dapat bersalin normal pulak kan.

Hari ke tujuh papa dia dah cukurkan rambut, tapi tak ade beza pun sebab lahir lahir memang rambut sikit sangat. Hari ke tujuh bagi nama dan daftar nama. Nama penuh khalil zarif bin mohd zaki. Nanti anak anak seterusnya pun nak dua perkataan bermula huruf k dengan z. Yang lelaki panggil perkataan ke dua la sama dengan papa dia kan. Untuk anak perempuan nanti baru panggil dengan perkataan pertama bermula huruf k. Zarif masa lahir kecik je berat 2.25kg, tapi panjang ikot papa dia. Padahal masa scan 36weeks dia cakap berat 2.7kg, zarif lahir masa 39weeks ingat lagi berat la kan. Tapi comel kecik je, mule mule nak pegang pun takot. Sekarang dah berani la. Zarif ni kuat menyusu, ni dah 10 hari dah naik 2.6kg. Cepat la zarif membesar dan bambam tak la takot nak pegang, tapi encik suami cakap kalau besar nanti aku pulak yang tak larat nak pegang kan. Lagi mama dia terlebih teruja bila ramai cakap zarif sebiji muka mama, boy ikotla mama kan, nanti girl ikot papa dia pulak ya. Dah tunjuk gambar zarif je la♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, October 9, 2013

Masih Belum Bersalin

Ok semakin dah dekat dengan due date nak bersalin ni semakin malas nak update blog kan, diam je mesti orang ingat dah bersalin. Esok genap 39minggu dah. Belum ade tanda tanda lagi nak bersalin ni, tak ade sakit sakit, tadi checkup doktor tanya sakit dah tak, aku senyum2 je cakap tak, dia kate boleh senyum lagi maknanya tak sakit lagi la tu. Tapi semalam tetibe sakit perot sampai tak boleh mengiring tau, kene baring terlentang, sakit dalam 2minit camtu lepastu terus hilang dan ok. Berat dah 2 minggu ni turun je tiap kali timbang. Misi cakap dah nak bersalin tu sebab tu berat makin kurang. Makannya banyak je tau tapi berat tak nak naik. Baby tak taula dah bape kilo. Last checkup masa 36weeks baby dah 2.7 kg. Sekarang tak taulah dah berapa.

Disebabkan aku ade gdm, kencing manis masa mengandung makanya tak boleh overdue kan, risiko untuk baby. Jadinya kalau sampai minggu depan pun tak sakit lagi, lepas je raya, sempat makan banyak banyak lagi, *tu yang difikirkan*, rabu petang kene serah diri kat hospital, hari khamis nak induce. Dah decide nak bersalin kat hospital berdekatan je, hospital sultanah aminah, senang sikit, walaupun nanti mesti segan sebab dulu encik suami keje situ misi ngan doktor pun mestilah kenal kan. Tapi nak bersalin tu abaikan je la perasaan segan segan, tapi pesan jugak kat encik suami nak doktor perempuan je nanti, harapnya dapat la. Tapi harap sangat bersalin sebelum tarikh tu sebab tak nak induce, bila baca pengalaman orang kat blog blog rasa seram je, rasa seram lepastu baca je, bukan setakat 1 blog je baca, baca banyak pulak tu, memang saja psyco diri sendiri. Tiap kali solat doa biarlah bersalin sebelum tarikh tu dan secara normal dan dipermudahkan semuenye. Usap usap jugak perot pujuk baby keluar awal sikit. Babynya macam seronok sangat duduk berenang dalam perot mama ni. Untuk mempercepatkan lagi, suri rumah yang tak ada keje macam aku ni suami pulak dah kat mersing kan, jadinya tak la banyak jalan kan, start hari ni barula nak jalan banyak sikit, petang2 pergi taman, biar cepat sikit la bersalin kan. Doakan dipermudahkan semuenye ya. Kakak ipar aku dah siap mimpi aku dapat baby gurl rambut keriting, haha comel jekan. Nantikan kz junior dari kami♥

Sempat lagi sebelum checkup tadi amik gambar dengan fish eye lens bersama anak buah aku, orang nak fish eye lens aku nak jugak, jakun okey. hidung bukan main kembang lagi, pastu akak ipar cakap ni hidung dah kembang dah nak bersalin dah ni, haha rasanya dari awal memang hidung dah kembang *tu jawapan biasa aku la*, tapi agaknya masa mengandung ni makin kembang la kot pasal tu orang asik tegur je, tunggu la pas bersalin ni kecut semue kan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-