~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, December 2, 2013

Pengalaman bersalinkan Khalil Zarif

*entry panjang berjela, harap maklum*

Rindu nak menaip panjang panjang wo. Masa menaip entry ni sempat la zarif bangun tido balik minun susu berak macam macam la. Tu yang jadi berjam jam, bukan setakat berjam dah berhari ni. Ditambah pulak aku berenti sebab nak tengok cite korea. Sejak balik rumah mersing ni kan tetibe addicted tengok cite korea pulak, dah lame wo tinggalkan zaman tengok cite korea ni, tu zaman diploma je tengok, terasa muda jap, ooi sedar sikit sekarang dah naik taraf mak mak kan.  Sementara zarif tido nak hupdate pengalaman bersalin la, takot lame lame perap nanti boleh pulak lupa, boleh ke lupa yek? Ni saja nak bagi anak cucu baca kisah nenek dia bersalin anak pertama kan, nampak kejakunan neneknya first time beranak kan.

Dah dah banyak melalut je dah ni. Okey Sepatutnya kalau ikot tarikh bersalin aku adalah 17.10.2013, masa checkup hari rabu jumpa doktor dah risau la kan sebab doktor dah tetapkan tarikh aku kene masuk wad. Pesakit kencing manis ni tak boleh overdue kan. Jadinya kalau aku tak sakit sakit lagi hari rabu tu 16.10 kene masuk wad dan 17.10 kene induce. Mula la hati berdebar semacam kan, takot nak induce, aku pun mulelah mengoogle pengalaman2 orang yang induce, macam psiko diri sendiri kan. Induce orang cakap sakit la sebab nak paksa buka jalan kan. Orang cakap la aku pun tak taukan, lagi satu tiap orang ni lain lain tau, maksud aku bukan jangan percayakan orang tapi ketahanan badan ni lain2 macam kesukaan jugak kan lain2. Macam aku sebelum ni disogok oleh orang yang betapa scarynya la air gula tu, tekak orang tak boleh terima la, sampai termuntah la tapi aku boleh je minum sampai habis tak rasa nak muntah pun tapi tu bukan bermakna sedap, tak sampai tahap nak termuntah kira okey la kan. Ada jugak aku baca yang orang cakap sakit gila injection kancing gigi tu, sampai seminggu kebas, lenguh segala tapi masa aku lepas injection tu lenguh sekejap pastu okey je dan aku tak rasa sakit pun, aku tanya angah aku pun dia cakap tak sakit. Jadi aku rasala ni ade kene mengena dengan mind set jugak ni, kalau kita dah set dalam mind yang air gula tu tak sedap gila. Tekak pun terus tak boleh nak terima dengar cakap otakkan, terus kuarkan balik, eh betul ke teori aku tu ye? Tapi kan ape pun semuenye bergantung pada orang kan. Korang rasa dulu baru korang tau sakit atau tidak.

Berbalik pada cerita tadi. Masa jumpa doktor hari rabu tu kan aku memang tak ade rasa sakit pun, doktor check perot pun, dia cakap baby ni baru turun 2/5 je, dia suruh aku jalan banyak supaya cepat sikit bersalin. Balik je rumah haruslah risaukan, baca la segala blog orang pasal pengalaman inducekan. Dan aku pun doa supaya bersalin awal. Tapikan nak beesalin awal tu, mengada pulak aku ni nak pilih2 ari. Sabtu ahad tak nak sebab encik suami oncall hujung minggu tu, sedih woo bersalin anak first encik suami tak teman kat labour room kan. Dan bukan setakat nak pilih hari, berangan jugak nak tu bersalin tarikh 13.10.13 cantik la konon kan, tapi hari ahad, bila tau encik suami oncall ahad tu cancel tarikh tu haha suka suka je kan. Keesokan harinya, hari khamis malam tu masa buang air kecik ada darah sikit. Tapi aku tak sakit aku mesej encik suami dia cakap tak sakit tak ade ape la tu. Jadi aku abaikan je la, tido je la dengan lena kan.Ari khamis dan jumaat tu aku pun turun naik tangga je la, nak bagi cepat sikit bersalin kan, tapi bape kali jela yang mampu kan, mengah aku okey. Jumaat siang tu sempat lagi aku siap kemas baju yang nak bawak pindah mersing. Malam tu baca dulu surah maryam lepas maghrib, surah maryam untuk memudahkan bersalin. Siap je bacakan tetiba rasa macam ade darah yang keluar, check spender memang ade darah. Kalau tanye encik suami, dia cakap aku tak sakit tak payah pergi hospital lagi. Mama babah suruh aku call sister kat klinik desa tu, tanya patut pergi hospital ke tak, dia cakap dah turun tanda tu kene pergi. Sebab nak check baby sekali nanti. Aku pun siap2 pergi hospital sultanah aminah,babah mama yang hantar. On the way nak pergi hospital boleh pulak adik call cakap adik dah beli moist chocolate cake yang aku nak. Sebab esok dia nak balik johor. Aku cakap la aku on the way nak pergi hospital tapi dengan penuh keyakinan cakap rasanya tak kene tahan malam ni boleh balik, esok boleh makan kek.

Sampai je hospital, babah drop aku dengan mama kat bangunan wad first class, mak guard suruh pergi tingkat 1 bilik saringan, mama boleh teman naik atas sebab suami tak ade temankan. Bila tengok buku pink aku tukan, dekat kaunter sempat lagi nurse tu tanya suami aku yang mana nak tengok gambar la. Sempat lagi tukan. Sebab encik suami kan kerje kat hospital sultanah aminah sebelum pindah ke hospital mersing. Kire bile orang kenal kita ni kanlayanan dia pun first class la la kan. GL encik suami memang dah sedia bawak, tu antara barang yang wajib prepare dan bawak masa kat hospital ye. Masuk bilik dulu nak check dah bukak bape cm kan. Sebelum tu nurse suruh tukar kain batik, bile nak tukar kain batik aku tengok darah makin banyak tapi aku masih tak rasa sakit. Masa check perot guna alat dia tu aku pun tak tau ape, dia bace kat situ dah ade contraction, tapi aku masih tak rase sakit. Doktor yang check aku tu perempuan, bila dia seluk, dia tak jumpa jalan. Last2 nurse yang tolong checkkan dah bukak 4cm. Lepastu doktor tu try lagi seluk nak tengok jugak bukak bape cm masa dia jolok2 tu haruslah sakit. Yang nurse tu check kan jalan tu tak sakit pun. Kesimpulannya kalau orang yang betol2 reti buat tak sakit pun. Tapi aku tahan je la, senyum2, tapi tak putus baca doa nabi yunus tu. Bile dah bukak 4cm terus boleh masuk labour room. Diaorang pun dah bagi bilik first class jadinya barang2 aku babah hantar kat sana. Sebelum nak masuk labour room tu kene pecahkan air ketuban. Doctor yang sama tu check dia tak jumpa air ketuban aku untuk nak pecahkan. Dah jolok2 lagikan. Haruslah terangkat bontot, tu  belum nak bersalin lagi tu kan. Tapikan bila takot dan sakit automatic kita akan keraskan badan dan terangkat bontot. Dia tanya aku boleh tak dia mintak tolong doctor lelaki tolong pecahkan air ketuban. Masa tu pada aku kire darurat la sebab kat situ tak ade doctor lain dah. Terpaksala suruh doctor tu tolong. Tapi doctor tu cuba cari nak pecahkan air ketuban aku tak jumpa jugak. Nurse cakap ke awak tak perasan air ketuban awak dah pecah. Tapi kalau dah pecah mestilah aku rasa basah basah dah kat rumah kan. Diorang terus hantar aku jat labour room tanpa pecahkan air ketuban. Masa tu dah pukul 12 lebih. Aku call encik suami dia pun terus gerak dari mersing.

Dah kat labour room aku tetap tak rasa sakit, dah tak rasa sakit dan tak mengantok pun, boleh la aku ni berbual2 dengan doktor yanh nak masukkan jarum. Encik suami sampai pukul 2 pagi pun aku boleh borak2 dengan encik suami ketawa2 macam tak ade ape, sampai nurse tanye, isteri doctor memang macam ni ke. Sebab aku duduk bergembira ketawa ketawa, tak sakit boleh la macam tu kan. Kalau sakit tak tau la mampu tersenyum tak. Aku cuma rasa sakit sikit sikit je tau. Dalam pukul 5 kan doctor check sekali lagi dah bukak berapa cm, baru 5cm. Dan tiba tiba jantung baby tak stable tau. Bile dia cakap okey kene caesar,  masa tu kecewe jugak la sebab kalau boleh nak bersalin normal kan. Tapi redha je la kan. Doctor pun beritau encik suami yang aku kene caeser. Pada aku Yang paling tak best nak kene operate ni, kita dah duduk atas katil dengan ade tiub2 tu kan, nak kene tukar baju, lepastu nak tukar katil lain pulak,rasa malasnya walaupun tak la aku bergerak beriya pun. Lepastu aku tak suka jugak sebab nak kene tolak2 kita yang berada kat atas katil ke operation theatre, sangat tak best.

Kat dalam operation theatre sejuk gila okey. Encik suami boleh masuk dalam tu, tapi aku tak tau pun encik suami berdiri kat mana, tak ade pun babak2 romatik pegang2 tamgan bagi semangat tu haha Gigil gigil la aku dalam bilik tu. Aku dibius separuh badan. Bila Half bius kira kita sedar la kan, tapi masa tu serius ngantok gila, mata macam kuyu2 tapi tahan je, dan boleh dengar doctor borak borak. Aku memang tak rase sakit pun, rasa sekejap je okey. Dalam bape minit je baby comel dah keluar, sebelum tu dia bersihkan baby dulu papa dia dah azan lepastu baru dia tunjuk jantina baby, aku blur2 masa tu nampak la bebird dia hoho dia tanya nak tak letak atas dada, aku jawab nak. Sambil letak atas dada tu doctor jahit2 perot tu pun tak rasa apepun. Tangan ni tak boleh gerak2 geram rasa nak cium je baby tu. Dan doctor sempat tanya lepas je baby keluar, tau tak baby awak ni kecik. Aku bersalin 39minggu 2hari tapi berat baby tu hanyalah 2.25 kg. Kecik gila kan. Dan dia cakap untuk hari ni ni baby paling kecik dan perot paling kecik dia operation,  memang la sebab aku bersalin dah nak subuh awal lagi. Lepas tu tak taula kalau ade yang lagi kecik kan. Aku tak sangka kecik sebab masa scan minggu ke 37 tu, doktor cakap dah 2.7 kg. Masa tu rasa owh paling2 pun target akan keluar bawah 3kg la. Tapi encik suami selalu scan, scan la sangat dia pegang2 cakap ukuran berapa dia cakap kecik je ni. So encik suami lagi terer dari mesin scan doktor haha. Masa kat labour room doktor pegang perot dia cakap dalam 2.6kg. Memang orang cakap la ruginya baby kecik tapi caeser kalau teran mesti senang je keluar. Kita manusia mampu merancang jekan, kalau ikotkan memang nak bersalin normal tapi dah ketentuannya macam tukan. Takpe next2 baby in shaa Allah ade rezeki nak bersalin normal kan, zarif nak adik lagi empat ni haha Tapi caesar yang bestnya kan Masa operation tak sakit langsung la dan alhamdulillah tempat operation tu pun dah tertutup cantik. Nanti next entry cerite pasal berpantang pulak, pengalaman breastfeeding buat pertama kalinya pun best nak share *slow gile nak hupdate kan*. Tapi ada jugak yang tak bestnya, kesan dari ubat bius tu lepas je operation aku muntah2. Tapi petang tu dah ok la dah boleh makan. Dan seminggu rasa blur. Kadang ape orang cakap masok telinga kanan keluar telinga kiri je. Dan sekarang selalu rasa lenguh2 kat pinggang. Tak boleh nak angkat barang berat la.

Okla dah bebel panjang nanti la sambung entry lain pulak. Dah ade anak haruslah post gambar anak je kan, gambar mak mak dah tak laku.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-