~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, January 16, 2014

Deco deco bilik khalil zarif

Lama dah tak update blog kan. Kononnya azam 2014 nak rajin update blog tapi biasalah janji tinggal janji la kan. Ade anak kecik ni payah nak update panjang2 lagi bila pakai phone. Tapi lepasni dah boleh pakai laptop boleh la masukkan gambar rajin sikit la update kot ♡

Masa mula mula kawin memang semangat berkobar kobar nak duduk rumah sendiri,  sewe pun tak pe la kan. Sebab kan encik suami kerje dekat je dengan rumah mama babah, duduk la kami selama setahun kat rumah tu. Disebabkan encik suami bekerje di mersing sekarang ni, kami pum menyewa la di mersing.

Encik suami dah carikan rumah dulu. Sebab masa tu aku dah sarat, jadinya nak tunggu lepas habis pantang dulu baru pindah mersing. Kiranya encik suami dah kemas kemas dulu rumah aku datang goyang kaki je la kan.

Bile duduk rumah tak ade aktiviti ni mulw la mendeco deco bilik baby. Banyak gambar kat internet yang dah save nak jadikan contoh kan. Geram tengok comel comel je bilik baby. Disebabkan cat dinding masih lawa lagi, tak la rajin nak cat lain kan. Theme rumah ni hijau kuning pink. Bilik baby warna hijau. Tapi ade sikit2 contengan kat dinding. Encik suami cakap nak padam, tapi tak padam pun. Tak pela seni kan *okey ayat sefapkan hati*. Barang yang dah ada kat bilik zarif baby cot. Tu aku tak beli pun kakak ipar yang bagi sebab elok lagi dan dia dah tak guna. Aku cume beli set tilam je. Drawer baju zarif mama tok yang bagi. Untuk mencantikkan lagi tampal je wallpaper dengan gantung gambar gambar zarif yang diambil menggunakan camera polaroid. Zarif tak tido pun dalam bilik tu. Bilik tu jadi bilik persalinan zarif je pun dengan ruang yang ade untuk jadi bilik solat untuk tetamu yang datang.

Baby cot dah tarik masuk bilik kami pun sebab zarif dah tido lasak. Mama dengan papa dia tido ruang kecik je dah la takot hempap zarif. Pastu haritu terkejot dengar bunyi bedebok tengah malam. Rupenye papa yang jatuh katil. Kesian papa mesti susah nak pusing2. Jadinya semalam aku dah tarik katil zarif masuk dalam bilik. Pukul 10 lebih dia dah tido masukkan dalam tu. Bile dia nangis nak minum susu baru encik suami amik letak atas katil. Dah menyusu sambil baring kan haruslah mama pun tido sekali teros sampai pagi. Lagipun kesian encik suami tak sampai hati nak suruh dia amik hantar balik si kecik tu. Zarif sekarang jaga minum susu pun dalam 2 kali. Masa pantang la time paling mencabar. Sekarang dah okey dapat sesuaikan diri ♡

Nak tunjuk gambar deco deco bilik zarif. Nanti next entry nak cerita barang barang keperluan zarif. So senang la mummy to be nanti nak sediakan keperluan si kecik ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, January 3, 2014

Happy 2014

Serius rindu gila nak tulis blog. Menulis ni kan macam terapi nak hilangkan stress, ceh ni sesuai untuk orang yang banyak cakap nak bebel2 tapi tak de orang nak dengar. Sangat menyedihkan hidup bile buat ayat macam tu kan walaupun hidup aku tak ade la menyedihkan pun kan. Sekarang ade kekuatan dalam hidupku, dulu encik suami kekuatan aku sekarang kekuatan aku dah bertambah bile ade zarif permata hati kami. Selalu buat ayat tak sabarnya nak tunggu zarif pandai cakap, nak bebel same2. Ni selalu aku bebel sorang sorang je. Zarif pandai suke senyum2 je dengar mama dia membebel. Bile ade si kecik masa pun dah jadi terhad, zarif pulak manja memang tak boleh mama dia tinggalkan dia sorang2. Nak masak pun aku terkejar kejar lagi bile berdua dengan zarif. Kadang ade je masa. Tapi ade masa bile zarif menyusu aku pun joint sekali dengan zarif tido same same.

Tengah malam macam ni boleh la nak update sebab zarif pun dah tido. Yang bestnya zarif malam memang tido lene. Bangun nak menyusu pastu tertido. Tu siang mencabar sikit la nak buat kerje. Tapi kirenye aku ni masih kategori cukup tido la kan��

Banyak sebenarnya cite yang nak dishare. Tapi sebabkan banyak panjang berjela jugak nak type tak cukup masa siang tu terus je citw tu terbengkalai kat draft. Tapi tadi sebabkan aku baca blog nurul wahab pasal baby dia. Tibe tibe rindu nak update sempena tahun baru. Semoga tahun baru ni lebih baik untuk kami sekeluarga kan. Alhamdulillah cantik aturan Allah 2011 masih lagi single. 2012 berdua. 2013 bertiga. 2014 mungkinkah berempat? Tidakla, bagi kami masa untuk membesarkan zarif dulu. In shaa Allah lepastu barulah zarif boleh dapat adik. Kira pencapaian terbaik untuk tahun lepas dapat jadi mama untuk khalil zarif ��  nak buat summary untuk tahun 2013 macam tak rajin kan. Banyak bende yang tak update lagi ni.

Ok azam 2014 nak update entry sebanyak mungkin. Mampu ke kau?

Ok la, entry tanpa gambar sangat la membosankan kan. Dah jadi mak mak haruslah tepek gambar anak. Tapi ni Nak tepek gambar �� keluarga la sebelum tido.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-