Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, March 25, 2014

Casing comel

Walaupun dah bergelar mak mak ye kawan kawan tapi menyukai barang comel sedikit pun tak terhakis. Lagi sekarang tengok barang baby comel comel memang membuak buak la nak beli kan.

Awal bulan hari tu aku tertengok instagram syasya solero, ala syasya yang macam cantik macam comel tu. Tapi bile tengok lama lama dia memang comel jugak. Tengok dia pakai casing buat gambar sendiri kan rasa macam comel kan. Tapi aku tak tempah tempat yang dia dapat gift casing tu. Aku tempah kat vfy print. Dah lame follow instagram diaorang, tapi tak pernah lagi membuak nak tempah. Tetibe sekarang membuak pulak nak tempah kan. Sekarang mestilah pilih gambar family kan. Aku tempah case jenis rubber color pink untuk note 2 rm44, tempah dua satu lagi hardcase putih untuk npte 1 adik. Total untuk dua ni including postage rm88. Tak la mahal sangat kan.

Services memang tip top la. Pagi tu aku send gambar, petang dah siap, dah post bagi tracking nombor dah. Dia balas whatsapp aku pun laju. Kalau terkena time korang lambat mungkin time tu dia sebok. Dan hasil keje memang cantik la. Ni bukan entry berbayar ye, harap maklong. Rugi je bayar kat aku yang tak femes ames ni. Ni kata kata ikhlas sebab memang suke gile dengan casing tu dan sevice vfy print tu.

Meh aku nak tunjuk gambar kami bergaya dengan casing baru la ♡

Pss aku nak sangat monopod. Senang nak selfie bertiga kan. Dan Bulan depan pulak kami nak bercuti. Cuti cuti malaysia je. pergi bercuti mestilah nak amik gambar kan, kalau ade monopod senang la nak selfie bertiga kan.  Adik dah belikan pun monopod tu. Murah je dia beli kat bangi getaway satu rm45 je. Lepasni lagi berlambak la gambar zarif selfie dengan mama kan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, March 24, 2014

Crispy Mars Bar Yummy

Lame dah tak update dan share resipi best best kan. Tula Dah lame tak tunjuk bakat buat makanan best best. Bukan bermakna aku masak makanan tak best je kat rumah. Kat rumah masak masakan simple2 je la, masak yang encik suami kenyang,  perot kenyang, hati girang, badan pun semakin bambam

Disebabkan sekarang crispy mars bar tengah hangat kat pasaran kan, nak beli tengok harga mahal, jadi mulut tak payah bising nak cakap mahal, google tengok resipi macam senang je kan, boleh la try kan. Aku memang suke try bende baru, macam pavlova, macaroon tak pernah rasa try buat sendiri, rasa sedap je kan, anggap jadi je la kan.

Zarif berkeadaan baik je sepanjang mama dia buat crispy mars bar ni sebab mama tok dia yang jaga. Papa zarif tengah syok main boling time mama zarif tengah gigih bersenam di dapur

Resipi simple tapi yang pastinye memang sedap. Tak rugi try. Cume bahan agak mahal. Sebab tu orang pun jual mahal.

Bahan bahan:
Crispy rice (3cup) *beli kat tesco, cari kat giant aeon tunas manja semue tak ade
Butter
Mars mini pack (dalam ade 5 aku gune 4 je, sedap2 tak terlalu manis
Satu Cadbury chocolate bar

Cara cara:
1. Masukkan butter 90gm dan choclate mars yang telah dipotong2 ke dalam kuali. Sentiasa gaulkan dengan api perlahan agar tidak hangus ya.
2. Tutup api. 3 cup crispy rice digaulkan dengan chocolate di dalam kuali.
3. Masukkan  crispy mars ke dalam loyang.
4. Dengan teknik double boil cairkan 1 bar chocolate cadbury dab sedikit butter. *butter tu agak agak sendiri ye nak letak berapa banyak*.
6. Setelah cair. Chocolate tersebut disapu atas crispy mars didalam loyang.
7. Masuk peti ais sekejap dah boleh makan.

Makan masa keras2 dari peti ais tak berapa best. Bile nak makan keluarkan dulu dari peti tunggu dia dah lembut cair memang lagi sedap la makan. Rasa dia rangup rangup bile makan. Encik suami pun suke. Kejap je dah licin *sebab aku yang makan banyak*. Lepas ni boleh buat lagi sebab suke dan sedap.

Selamat mencuba kawan kawan ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Thursday, March 20, 2014

Khalil zarif stuff

Hari ni nak cerita pasal barang barang yang zarif miliki. Bukan semue barang tu adalah keperluan tau. Ade yang kakak encik suami bagi turun temurun tapi masih elok jadinya kami gunakan. Kalau ikot nafsu serakah semue barang nak dibeli ye dak? *dasyat bunyinya sebab memang susah dikawal sebab sekarang gile nak beli barang online*. Antara barang yang zarif miliki *nak buat dalam point terasa macam jawab examkan, oh rindu nak belajar lagi*:

bouncer
Yang ni pada aku penting. Tapi kalau nak beli, beli awal2. Sebab aku rasa 5 bulan pertama je kot gune. Tapi tiap budak lain2 kan. Sebab bile dah pandai meniarap diorang nak bebas atas tilam je main sendiri, nanti bile dah merangkak lagi la kan tak layan la bouncer2 ni. Zarif duduk dalam bouncer masa umur bape hari lagi. Dia susah nak tido *mencabar gile masa pantang*. Jadi nak tido berenjot. Masa pantang pinjam bouncer kakak aku. Bouncer yang kite orang beli masa baru pasang belum pernah guna macam tak melendut lagi, zarif pulak ringan 2.25 jr bile baringkan macam tegak je. Lepas pantang baru gune. Beli masa zarif dalam perot lagi, beli kat aeon big masa tu sales bawah seratus la. Beriye2 aku nak sebab ade music dia boleh gegar2 bawah seratus dan comel kan. Pilih bentuk singa. Sekarang kadang bile dia tengah baik letak dalam bouncer ni dia diam je.




babycot
Babycot ni pun kakak ipar yang bagi. Zarif tak minat pun tido atas ni. Kalau baby jenis tak suke tido atas ni tak payah la beli kan. Membazir je. Tido malam pun kadang kejap je letak dalam tu. Bile dia dah eak eak nak susu. Sumbat je nenen mamanya tertido sekali. Tapi kalau jenis yang crpat dapat adik berguna kot. Lagi kalau abang kakaknya baru setahun lebih tangan suke mengusik kan, kalau adiknya diletakkan dalam baby cot selamat la sikit kan.




carrier/stroller
Carrier dan stroller kedua duanya penting pada aku. Stroller babah tok zarif yang bagi, yang simple murah ringan boleh untuk baring dan duduk yang penting selesa kan. Takpe 2 3 tahun zarif pakai kalau rosak beli je yang baru pulak kan. Yang mahal tu pun belum tentu tahan bertahun2 kan. Kalau shopping mall tempat yang ada lif sesuai bawak stroller. Kalau tempat yang sempit masa ni baby carrier diperlukan. Baby carrier pun beli brand mothercare harge tak sampai seratus. Tapi sekarang tengok ergo carrier tu comel berkenan pulak. Tapi nak beli yang ciplak 100 lebih tu je :) lagi best sebab bile panas boleh tutup kepala kan. Selesa je kan baby. Kalau nak dukung tanpa dua bende ni memang lenguh pinggang la. Lagi sekarang zarif dah 6.6 kg fuhhh





aku nak ergo carrier macam ni la. tapi nak yang ciplak quality bagus yang 100lebih tu je hoho

♡car seat
Car seat pun penting untuk keselamatan kan. Yang ni along aku bagi. Ni sesuai untuk newborn sampai dua tahun kot boleh pakai. Sekarang bile jalan jauh mama duduk belakang dengan zarif. Tapi kafang bile jalan dekat malas nak letak dalam car seat. Kalau pergi klinik berdua dengan zarif pun senang letak dia dalam car seat. Jadinya ni ada la satu keperluan dan untuk keselamatan.


ni masa bawak zarif pergi kk. nangis nangis on the way balik tertido

♡besen/tempat mandi
Zarif dah 5 bulan pun masih mandi air suam dalam besen. Papa zarif yang mandikan zarif dalam besen.  Masa kecik sangat aku rasa takut nak mandikan.  Bile dah badan makin semangat tak daya nak pegang takot terlepas. Jadinye bole aku mandikan baringkan dia atas tempat mandi ni. Senang. Ni aku beli kat marrisa shop. Masa tu ade offer 50 lebih. Berguna sangat tau. Lagi untuk yang tak reti macam aku ni kan. Kesian tau masa mule2 pindah sini. Encik suami selalu lambat pergi hospital sebab mandikan anak. Sekarang tak la dah kalau lambat bukan salah anak la dah hee

opss papa tak bagi letak gambar bugil bigil ni. nak tunjuk contoh je ni hoho

zarif suke swimming. kejap lagi nak balik johor, tak sabar nak bawang zarif mandi swimming pool. nanti aku update ye.

walker
Zarif dah 5 bulan ni baru nak berjinak jinak masukkan dia dalam walker. Semalam baru try. Mule2 dia duduk situ buat muke pelik sampai terdiam ternganga nganga tau. Pelik sangat kot. Duduk sempat meneran yak yak kat atas walker tu. Ni kadang kadang je letak. Dia baru reti gerak sikit2. Masa makan letak dia leke la sikit duduk dalam tu. Walker ni pun tak beli kakak ipar bagi. Ni walker dia dah pakai tapi masih cantik lagi.


playgym
Playgym ni pada aku  kalau tak ade pun tak ape. Kalau nak letak baby atas ni seawal umur 3 bulan dah boleh letak atas playgym. Sebab masa tu dia dah start nak memukul barang. Tapi masa aku letak zarif tengok je rama2 atas tu dia tak usik2 pun. Sekarang dah pandai meniarap tak ade pun main atas playgym ni. Tapi aku tak membazir sebab bukan kitaorang beli kakak ipar yang bagi. Ni pun yang dah terpakai jugak ni. Sebelum pakai aku basuh je dulu.

zarif dengan kak aira dan adik azra 


baby chair
Baby chair ni boleh guna bile dia dah pandai nak duduk. Bulan depan zarif dah nak 6 bulan dah boleh try letak atas baby chair kot. Bagi makan sambil duduk atas kerusi ni. Sekarang mama nak beli boon squit tu. Senang kan bagi makan picit picit je. Padahal dah ade set bekas makan baby tu orang bagi masa zarif baru lahir tu. Baby chair ni pun bukan kitaorang beli kakak ipar juga bagi.

aku nak boon squirt macam ni kan. nampak comel dan mudah kan. jangan mama malas sediakan makanan untuk zarif dah la

baby bean bag
Yang ni angah aku yang hadiahkan untuk zarif. Bende ni sebenarnye bukan keperluan tapi kitaorabg tengok best dan nampak comel angah aku pun order online. Dah la preorder sampai dua bulab. Pastu lain kitaorang order lain yang sampai. Memang services tak bagus la. Harge baby bean tu rm150. Bape kali je zarif baring atas tu. Last last mama dia yang duduk atas tu. Penat je gado gado ngan online shop tu pastu tak pakai sangat. *tak nak tulis nama online shop tu moge lepasni dia insaf la kan, biar perniagaan lebih berkat kan*
zarif dengan kak riena
Diaper clutch
Ni pun aku beli masa zarif dalam perut. Terpengaruh dengan irine la ni. Tengok dia review kat blog. Tapi serius bende ni sangat berguna. Pergi mana mana letak je pampers 2 3, letak baju spare letak je wipe tissues. Bile nak tukarkan zarif kat baby room alas je dengan bende ni kan dijamin bersih. Sampai sekarang masih digunakan.
kakau pergi mana mana encik suami jadi mr mama. salinkan pampers zarif.

ni macam diaper cluth zarif tapi tepi2 biru. ni pinjam gambar dari my hafiy blogshop. beli diaper cluth kat situ


almari baju
ha, almari baju ni kitaorang beli. Nampak sangat yang kitaorang beli lagi kurang, yang orang bagi yang banyak kan. Alhamdulillah murah rezeki zarif. Drawer zarif dah tak muat. Jadinye kene beli almari besar sikit. Almari ni comel dan besar jugak puas ati la nak letak baju banyak banyak kan. Boleh muat banyak baju. Tapi harga memang murah gile. Rm70 lebih je tau beli kat tesco. Almari penting la pada aku sebab nak letak baju baju kan, takkan nak sepah2 kan je kan. Ni anak anak yang lain nanti boleh gune jugak kan. Sekarang aku nak beli rak permainan yang cartoon character tu bukan keperluan pun. Kehendak nafsu aku je lebih. Zarif pun permainan tak ade lagi kan.
*kesimpulannya aku suke barang free haha tak adelah aku suke yang murah2 tapi bagus. Yang mahal tu pun tak semestinya bagus kan. Kalau ade online shop yang jual barang baby tapi murah murah meh la share kat sini ye *pening la kepala suami aku kan*

nak belikan zarif toy racks macam ni. tapi nantila bukan sekarang.

kesimpulannya kitaorang suke barang murah ok. mana mana online shop jual barang baby bagi link boleh cuci mata. tapi nak yang murah la tau.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, March 19, 2014

Khalil zarif first photobook

Hari ni mood nak update blog membuak buak pulak. Rasa suram je blog kan. Dapat update seminggu sekali blog tu dah kire baik tau. Bile dah ade baby ni kan cite pasal anak je la banyak kan. Bukan nak menunjuk nunjuk pasal anak kita lagi hebat ke ape. Nanti bile zarif dengan adik adik *wah adik adik, doakan rezeki kami lagi lepas ni* dah pandai baca dan paham mungkin diorang seronok baca blog merapu mama dia. Diaorang boleh berkenalan dengan diri diorang dari kecik kan.

Sebelum ni dah cerita pasal photoshoot zarif. Photoshoot tu hanya suke suke tak berbayar pun. Sejad dari akad nikah resepsi bertandang , honeymoon, bertunang maternity dan photoshoot zarif semuenye photographer tak berbayar tau. Menggunakan khidmat sepupu. Lepastu encik suami orderkan photobook melalui groupon, nak jimat lagi tunggu offer yang best baru grab. Album kawin kenelah guna hard cover nampak macam professional yang buat kan. Album2 lain semue softcover je lagi murah dan nak lagi murah tunggu offer *nampak macam kedekot kan, tapi jimat ape*. Cume masa prewedding tu je bayar photographer, lepaatu buat photobook nak jadikan sebagai guestbook. Yang tu pun hard cover.

Tiga syarikat photobook yang aku pernah beli photobook malaysia, pixajoy dan photobook mart. Paling tak best adalah photobook mart sebab quality kureng dan tersangatlah lembap. Kita dah order nak tunggu sampai pun rasa macam nak marah bilr dah dapat tengok quality kertas pulak lagi tambah marah. Tu dah la aku buat untuk 4 album akad nikah, resepsi dan bertandang dan outdoor photoshoot. tapi redha je la. Sebab gambar yang diambil tetap cantik cume quality kertas kureng.

Aku suke photobook malaysia dengan pixajoy quality kertas diorang memang cantik la. Service yang paling tip top adalah pixajoy. Hari ni hantar file petang dab print lepastu hantar shipping. Sekejap je. Kalau ade masalah kat gambar kita macam dia tengok ni tak sengaja letak garisan dia akan call tanye garisan tu memang sengaja letak ke atau tak. Bagus kan pixajoy. Masa tu offer photobook rm10 je. Aku beli dua. Edit gambar bertunang dengan honeymoon kat bali.

Untuk photobook zarif dengan maternity tu aku order dekat photobook malaysia.  Yang maternity tak dapat lagi. Yang photobook zarif ni kecik comel je. Square size, 6×6, softcover. Beli voucher kat groupon mase ni free je tau photobook ni. Bayar postage je rm8. Kecik comel je. Jadinye adik adik zarif nanti pun akan dapat satu sorang photobook size kecik macam zarif punye. Adil dan jimat kan. Aku hantar jumaat lepas. Hari semalam sampai. Dia gune courier services ape ntah tengah hari aku dapat mesej dia suruh amik kat kedai mana. Haruslah aku balas mesej cakap aku dah bayar courier serives suruh hantar sampai depan umah. Dia malas nk gado dengan aku dia tak balas pun. Petang tu dia hantar je la photobook tu.

Dapat je haruslah mama excited terus nak bukak tengok. Ni ade gambar sikit sikit. Kalau nak tengok gambar zarif photoshoot boleh click entry sebelum ya. Nak tepek gambar pulak.

Pss kononnya nak update pasal photobook zarif je last last update macam nak buat review pasal syarikat photobook pulak khen.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, March 16, 2014

Khalil zarif photoshoot

Sori sori. Memang lame gile dah tak update blog tak jengah blog korang. Nanti dija gi blog korang pulak ya. Thanks sebab komen. Dan terima kasih jugak untuk new follower yang follow blog dija. Salam perkenalan jugak. Nak komen satu2 konon cam busy sangat tak menyempat. Nanti dija singgah follow blog korang pulak ya. Nak update cite berpantang semue tu dah ke laut dah. Tersangat la malas. Cite pasal perkara baru baru je la ye.

12.3 aritu zarif genap 5 bulan. Timbang aritu dah 6.6 kg. Tembam dah anak mama ni. Bile terfikir masa baru lahir aritu jauhnye la beze. Lahir aritu cume 2.25 kg. Nampak tak membesar dengan ketembaman yang jayanyakan. Alhamdulillah yang penting anak mama sihat ye.

Serius aku memang teringin gile nak buat newborn photoahoot. Aku memang macam ni la. Masa mengandung gatal nak maternity photoshoot. Ni nak newborn photoshoot. Tapi kan kebanyakan newborn photoahoot mesti babynye berbogel bogelan kan. En suami sangat la tak bagi anak nya walaupun masih baby amik gambar macam tu. Dia cakap dah besar nanti malu dia kesian dia. Okey foine, saya isteri yang menurut perintah!  *ikhlas* jadinye amik gambar biasa2 je la.

Bile duduk rumah ni memang suke la cuci mata shopping kat instagram lagi menjadi bile ade baby. Dah beli dulu bile en suami balik keje, mesti tergedik gedik cakap abang ayang ade beli sesuatu sambil buat muke comel kononnya. Haha nafsu shopping memang tak terkawal sangat. Tapi yang paling best berjaya pujuk en suami nak beli baju kait butterfly ni. Mulenye dia tak bagi sebab cakap untuk next baby nanti nak buat photoshoot *belum ade isi lagi ye, harap maklum! Hoho*. Pastu buat ayat sedih kesian kat zarif zarif sorang je nanti tak dapat amik gambar pakai baju tu. Akhirnye en suami pun setuju beli baju tu dan zarif pun jadi la model comel konon. Baju ni macam pelaburan masa depan konon. Nanti adik za4if gurl ke boy semue boleh pakai okey. Ni sebenarnye lagi sesuai untuk newborn. Zarif dah panjang singkat seksi la kan. Tapi zarif pakai spender ye. Amik gambar ni tujuannya nak letak dalam photobook. dah tempah dari berpantang dah nak expired baru kelam kelibut nak mengedit. Ok siap tunggu photobook sampai je ni.

Jom tengok gambar zarif butterfly♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-