Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, August 26, 2014

Kepandaian baru khalil zarif 9 bulan

yeahhh excited nak tunggu mr postlaju hari ni. semalam hari gaji kan, teros la cuci mata beli barang online.pasni kene jimat cermat. ceh jimat cermat sangat la. hari ni sambung cerite sebulan yang lepas masa zarif 9 bulan. masa ni zarif pun memang dah semakin aktif dan banyak la kepandaian baru dia.

Zarif berdiri lepas kan tangan lagi lama.
Sebelum ni zarif berdiri lepas tangan kejap kejap je. Masa 9 bulan zarif dah start berdiri lama tanpe berpegang. Mule2 bergoyang2 jugak la. Pastu lame2 dah berdiri semakin lama. Masa ni memang excited la. Dia tolak walker dia pun laju je. Masa ni dia dah berjalan memapah mapah. Kadang bukan berjalan macam dah nak berlari dia tau bile orang pegang la. Over sangat kan.

zarif suke penimbang. timbang diri sendiri. 

Zarif panjat tangga
Rumah kami ade tangga pun nak ke loteng. Tapi kat bilik tengah, bilik zarif kononnye. Tapi dia tak tido pun kat situ. Tak nak bagi dia nampak tangga tu. Sebab tangga tu macam bahaya kan. jadinye sampai sekarang zarif tak tau kewejudan tangga di rumah kami. pas ni kene tutup pintu bilik tu. dia tu dah la berani walaupun bilik gelap nak jugak masuk sorang2. tapi tu bile ramai orang la, rajin dia nak merayap satu rumah sendiri. bile tinggal berdua je dengan mama mula la nak berkepit je dengan mama. tak boleh mama dia hilang. siap nak duduk beriba je.memang ade alasan la kenapa mama zarif tak masak *ceh, padahal malas masak kan*. Balik rumah mama tok dia ade tangga kan. Mule mule dia tak heran pun dengan tangga tu. Dia pernah cube nak naik tangga tu tapi kaki macam tak sampai lagi. Tak sedar bile ntah dia start panjat tetibe dah naik 2 3 anak tangga. Sekarang memang dah sampai atas la. Lepastu kalau dia tengah nak naik jangan la angkat bawak turun mesti dia mengamok. Kene sanpai atas dulu. Bawak turun. Baru dia puas hati. lepastu suke orang kejar dia naik tangga. lagi laju la dia naik.


Zarif dah melangkah 2 tapak.
9bulan zarif dah boleh menapak 2 langkah tanpa berpegang. Masa ni mama dia memang dah tak sabar la nak tengok dia berjalan. Masa try baju raya dia tetibe je dia excited pakai baju tu sambil berjalan. Tapi maksimum masa 9bulan ni dapat 2 langkah jela.

tengah try baju masa ni la nak melangkah tunjuk skill baru



Pss zarif dah 9 bulan ni gigi tak tumbuh lagi. Tapi makan macam orang besar semue dia nak makan. Bubur blend tu je yang dia tak nak. Tak best agaknye. Tak mencabar nak mengunyah kan walaupun tak de gigi. Rambut pun tak berapa nak ada. Tumbuh jarang2 je

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Sunday, August 24, 2014

Kepandaian baru khalil zarif 8 bulan

hari ni merajinkan diri update perkembangan zarif. petang ni nak balik jb beberape hari. confirm kat sane malas malas je nak update kan. dah ade beberape entry pun kat draft publish je la kan. tak sabar weii nak balik jb. dah 3 minggu encik suami tak cuti terperap je kat mersing ni. balik sane adik ade boleh la ajak adik berjalan jalan cuci mata sambil terbeli ape ape. ceh esok gaji ni macam macam dah fikir dalam kepala. nak beli macam macam tapi beli online. rasa pelik dah lama tak dengar bunyi motor/van poslaju kan. dah dah kalau cite pasal shopping memang tak abis satu entry ni. sambung 8 bulan perkembangan zarif, ni pun dah ingat ingat lupe tau, baru 2 bulan lepas pun. nasib la ade gambar2 kat hp beserta tarikh kan, jadinye sangat membantu la kan.

Zarif turun naik katil sendiri
Zarif ni berani jadinye cepat dia pandai naik dengan turun katil sendiri. Jatuh katil pernah jugak. Pastu dia dah serik nak turun sebab terjatuh. Tapi serik beberape hari je la pastu turun sendiri jugak. Dia turun sambil mengundur. Naik sediakan kotak comel untuk dia panjat. Jadinye tiap kali dia bangun sambil nangis2 tu dia turun je sendiri. Senang kan. tapi kene tengok jugak takot dia jatuh pulak, kadang bangun tido tak balance kan. tapi memang sekarang dah 10 bulan ni lagi laju la dia naik turun katil sendiri.

cara cara zarif turun katil

kotak ni la mama sediakan untuk zarif panjat katil


Zarif berdiri lepaskan tangan
8 bulan ni zarif dah start berdiri sambil lepas lepaskan tangan dia. mule mule kejap2 je sebab tak balance lagi kan, terhuyung hayang lagi. sekarang dah 10 bulan lagi lame la dia boleh berdiri. bile dah lepas lepas tangan dia dah jalan sambil memapah. kerusi ke meje ke sebagai bantuan dia nak jalan. masa ni dah rasa tak sabar nak tengok dia jalan dah. tapi ni dah 10 bulan dia belum berjalan lagi. baru menapak sikit sikit. takpe ni tengah berlatih dengan mama dia. hari hari ajak main bola. dia teruja sambil tu kaki pun melangkah.


masa timbang 8 bulan gi kk. berat zarif dah 7.6 kg. macam tak percayakan dari dia lahir 2.25kg halus mulut. kaki kurus gile, nak pakai romper pun malu nak nampak kaki. sekarang alhamdulillah dah membesar dengan sihat. puas hati bile tengok dia makan dengan semangat. semoga zarif teros membesar dengan sihat. amin

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, August 22, 2014

Kepandaian baru Khalil Zarif 7 bulan

Ni cerite 3 bulan lepas. Zarif sekarang dah 10 bulan++. dah macam abang abang pun. ceh abanglah sangat. abang yang sangat manja. suke tengok keletah zarif yang semakin manja tu. buat muke comel sambil lentok lentok kepala buat rasa nak gigit gigit je pipi dia yang bulat tu. esok lusa update perkembangan zarif 8 bulan dengan 9 bulan pulak. kalau simpan lame lame cite cite ni mau mam zarif lupe walaupun baru 2 3 bulan lepas je.

Khalil zarif boleh berdiri
7 bulan zarif dah start berdiri. Zarif berdiri dulu baru dia merangkak. berdiri pegang pegang kat kepala katil. berdiri kat kerusi rotan comel comel kat rumah kami. sofa tak ade, jadinye bile pergi rumah orang jakun sikit la tengok sofa kan. lagi jakun bile dah pandai panjat. abis semue kerusi dia nak panjat.




Khalil zarif merangkak.
tak seperti yang kami jangka. disebabkan zarif boleh berdiri dulu jadi macam yakin je yang kononnya zarif tak boleh merangkak nanti dia jalan je teros. ternyata kami silap *ceh ayat*. masa dia tak pandai merangkak lagi memang tak sabarnye nak tengok dia merangkak. walaupun lambat sikit 7 bulan baru boleh merangkak mama dia seronok je tengok. seronok la sangat kan, masa ni memang mencabar la. dah boleh pusing keliling rumah lagi laju la kan. mengekor je la mama dia kemana mana. paling tak larat sampai ke dapur dia mengekor. masa ni lontaran vokal mama lagi mantap. kejenye menjerit kat zarif je la. sebab dah pandai mengemas sekali kan. zarif tak suke duduk dalam walker. dia boleh duduk kejap je dalam tu. pastu dah jerit jerit mintak keluar. guna walker tu untuk dia tolak tolak je berlatih berjalan.



kat handphone memang penoh gambar zarif. memang tiap perkembangan dia aku rasa nak rakam. seronok besarkan anak depan mata. dulu macam teringin jugak nak kerje kan. ade duit sendiri. tapi bile dah ade anak ni rasa lagi seronok dapatr besarkan dia sendiri, tengok dia membesar dengan sihat depan mata. mungkin ade rezeki lain untuk kami nantikan. ok la nanti update kat entry lain pulak perkembangan zarif 8 dengan 9 bulan yang dah ingat ingat lupe tu. ni zarif tengah buat projek mengemas almari pulak. hai la anak -___-

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, August 18, 2014

Selamat Hari Raya

ohoi publish entry tadi pastu kosong je kan. ni la puncanye malas nak menghupdate blog ni. tengah syok syok menaip betry laptop kong *kecewa*. tak save langsung pulak. menaip semule tengah syok syok type zarif pulak bangun. dia pun nak tolong mama blogging gak. mana boleh mama update sorang sorang. lepastu tekan save je dia terkeluar dari apps blogger manager. apps tu mereng kot. dah tak nak dah pakai apps tu. kalau terkeluar pastu ape kita type ade kat draft ade lagi ok la. ni kosong okey. kenela type balik kan. ok aku memang rajin. ni pun curi masa sebab zarif dah tido. dah masak bubur untuk zarif *hari ni je aku rajin masakkan bubur sebab aku pun nak join makan sekali ni*

entry memang so yesterday baru nak wish selamat hari raya. dah penghujung raya cik kak oii tapi layankan je la. sebab aku la mausia paling busy kononnya. raya kali ni bertambah seronok sebab dah upgrade status ya, raya tahun lepas bawak perot bulat2 seronok jugak kan, raya tahun ni si bulat bulat zarif pun dah keluar bertambah la seronok. budak yang sangat aktif dan alhamdulillah membesar dengan sihat. zarif dah makan apa sahaja jadi dia seronok la beraya jugak sebab dapat makan banyak. zarif dah 10 bulan. tapi gigi tak ade lagi tu. makan bukan main pandai lagi.

Seronok dapat menyempurnakan ramadhan sebagai mama. Puasa ok je walaupun zarif aktif tapi masak untuk berbuka memang k.o la kan. Sepanjang puasa ni kan sekali je aku masak untuk berbuka. selebihnya makanan bazar la. Dan semasa bulan puasa tu aku dah jalani satu pembedahan, minor operation, ada lump kat breast. nanti aku cerita serba sedikit ya kat entry lain. Alhamdulillah pembedahan lancar, pembedahan pada 14.7, 15.7 dah discharge. sepanjang selepas tu sampai raya memang duduk rumah mama kat skudai la. kalau duduk kat mersing siape pulak la nak jaga aku dengan zarif yang aktif lagi pastu nak perhatian lebih lagi kan. lepas operation tu nak ccepatkan baik luka luar dalam tu makan ikan haruan. makan lain semue tak pantang pun. 4 hari tinggal puasa, bile rasa diri dah ok sambung puasa balik.

Jadinye raya tahun ni kami beraya di johor je la, tak balik kampung Pahang dan Muar. Tak larat nak duduk dalam kereta lama lama dengan zarif yang tengah lasak ni. Pada aku raya kat mana sama je kan asalkan bersama keluarga kita, Mama babah pun tak balik pahang sebab kesiankan anak dia ni. jadi raya sama sama kat jogor. baju raya kami beserderhana je tahun ni. beli siap je untuk kami berdua. zarif je mama tok dia offer nak jahitkan baju melayu. raya pertama lepas sesi bermaafan haruslah sesi berposingan kan. siap amik gambar kat studio lagi tahun ni. lepastu raya kat rumah mertua aku dengan pergi pontian rumah mertua angah.

Raya ke dua pulak raya rumah sedara mara encik suami kat area johor bahru. raya seterusnya mula la mencari rumah kawan kawan berdekatan untuk diserang kan, alang alang encik suami ni cuti semiggu untuk beraya kene guna sebaiknya. sekarang 3 minggu pulun abisan keje hari hari tak cuti. memerap je la kami kat mersing. siapa area mersing boleh la jemput kami datang ke rumah.

thanks jugak untuk kawang sama sama blogging buat preparation kahwin sekarang masing2 dah ada anak sudi datang rumah kami di mersing. first time jumpa eika. nanti cite kat entry lain ya.

last haruslah tepek gambar raya kami kan. selamat hari raya uolls. raya kan setahun jadinye terimalah ucapan ku hoho *lama dah tak cite perkembangan zarif. nanti cite kat entry lain pulak ya*
















TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-