~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, September 23, 2014

Suka menghadiri majlis perkahwinan

masa zaman remaja dulu bile babah ajak pergi kenduri kawin mesti malas malas je nak ikot. malas nak bersiap, malas nak pilih baju. semua la malas kan. lagipun datang pulak time 12 tengah ari memang datang makan la, bukan niat untuk tengok pengantin kan. tapi bile dah start kawan kawan kahwin, kita pulak dah kawin kan, lagi semangat membara nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, nak meraikan pengantin. suke pulak datang timing pengantin ade, nak tengok kawan kita cantik cantik dan paling best aktiviti bergambar la kan.

kebetulan pulak sabtu lepas encik suami kursus kat kuantan kan, check ade pulak dua jemputan satu majlis di kuantan dan satu lagi di pekan, dua dua kawan masa belajar kat uitm segamat. dah ade kat sane haruslah hadirkan diri nak meraikan pengantin kan. majlis kat kuantan pergi dengan sarah dan suami sarah, sebab encik suami belum habis berkursus. majlis kat pekan baru la pergi bersama dengan encik suami. memang trend sekarang kan dah macam wajib pulak kat kenduri ade aiskrim, walaupun dah bergelar mak mak haruslah nak jugak join makan aikrim, beratur sekali. zarif tak pandai lagi beratur, mama dia je la beraturkan.

selamat pengantin baru untuk amalina & pasangan, dan juma & anuar (diaorang ni kenal masa sama sama belajar kat uitm segamat, alhamdulillah akhirnye jodoh mereka bersama). semoga bahagia sampai syurga.







dah mak mak pun perangai macam kanak kanak riang. sebok nak pakai spek besar tu. nasib encik suami kami sporting2


zarif suke makan aiskrem

akibat rampasan eskem oleh papa. menangis la dia

hoyeahhh hari ni beronok ronok. barang dah kemas. malam ni tido kat bandar sri putra. esok terbang ke langkawi. hoyeaahhh. masa bercuti bersama family, ceh zarif ni asik bercuti je kan. tahun ni macam keliling malayia dah. tahun depan la mama dia berangan nak pi obersea. berangan itu indah kan. cite terengganu tak update lagi. dah nak cerita langkawi pulak kan. mood cuti is on, #kzcuticutimalaysia.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, September 19, 2014

Best friend versus suami?

bile dah kawin ni ade lagi ke istilah bff ni? sekarang dah up lagi bukan setakat bff je kan bfftj. ape pulak ke jadah bfftj tu pulak, best friend forever till jannah, ade ker? bile dah kawin best friend till jannah haruslah suami kan. dia la tempat luahan perasaan, tempat nak ajak gosip, walaupun tak ade la respond setakat dengar ha ha je pun kan.

bile dah kawin ade anak pulak masing masing dah bawak haluan masing masing. mane la kawan dekolah rendah? sekolah menengah? uitm segamat? uitm shah alam? contact jugak kawan kawan tu, tapi sekali sekala hanya kat facebook atau whatsapp je kan. masing masing dah sebok menjaga suami dan anak anak kan.

tapi tak pernah lupe kenangan bersama kawan kawan masa belajar *sentimental sangat tetibe kan*. sebab hari ni alang alang encik suami kursus kat kuantan ni. nak checkout hotel pukul 12 tengah hari ni. terus nak pergi rumah bff aku masa belajar kat uitm segamat. ade dua bff kat kuantan ni. tapi sorang tengah dalam pantang,baru bersalin anak ke dua, dapat baby girl. bile tengok anak juli dah sepasang. mule la rasa nak menambah jadikan sepasang. gegurl pulak kan. ceh, tunggulah Allah lebih tau bile kami dah bersedia dia akan bagi. so, jangan tanye ye bile nak menambah lagi? hokey.

mungkin puan bff sarah tengah sebok berperang di dapur memasak untuk kitaorang. anak sarah sebaya jugak dengan zarif. cuma dia lahir bulan 2 zarif bulan 10, nampak la zarif baby baby, walaupun rakan sebaya kan. tak sabar nak bagi zarif kawan dengan ammar sambil mama dengan aunty sarah bergosipp gosipp. malam ni tido rumah sarah sebab esok ade jemputan dari kawan belajar sesama jugak kat segamat. jemputan di pekan. boleh la gi sesama dengan sarah. untuk juli yang berpantang hanya boleh memandang gambar kami di facebook je la.

dah pergi kuantan ni haruslah petang ni ajak encik suami pergi kula cakes. nak makan manggo cakes yang best. oh makanan. ni food obsession jangan obes sudah kan.

nak tayang gambar dengan my bff sarah masa jumpe kat rumah juli hujung bulan lepas. dengan gambar teman papa main boling kat megamall semalam




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, September 12, 2014

Zarif yang kreatif

Hoyeaahhh happy 11month zarif. Sebulan lagi zarif nak genap setahun. Ni tengah prepare untuk birthday celebration untuk zarif. Semangat lebih mama dia. Nanti boleh cerita kepandaian zarif selama 10 bulan ni. Makin besar zarif makin rindu zarif baby baby. Cepatnye la anak mama membesar.

Zarif jenis yang tak suke tengok tv atau main handphone. Walaupun mama dia tukar channel kartun dia tak heran pun. Mama papa je layan pocoyo cam tu kan. Untuk tak suke handphone tu baguslakan, tak nak la ajar zarif sampai leke dengan gadget je. Biarla dia main permainan yang menjana minda kan ikot perkembangan dia.

Permainan pun zarif tak adela suke sangat. Main sekejap pastu dah bosan. Zarif suke tolak kotak la, jadinye dia suke la tolak kereta ke hulur hilir macam tolak kotak jugak. Bola pun kene kita main sama sama la. senang cite zarif nak orang layan. Berape kali je la mama papa dia rajin nak layan dia main bola kan.

Semue permainan dia dah diletakkan dalam kotak. Tapi zarif punye kreatif sangat dia keluarkan semue permainan tu. Dia yang duduk dalam kotak. Kotak pakaian mama yang comel tu pun zarif keluarkan kain dalam tu pastu dia duduk, dah terlekat, jerit jerit mintak simpati nak keluarkan. Semalam pulak jating untuk main basketball dia masukkan kaki dalam tu pastu nak duduk atas jaring tu. Cepat rosak la mainan macam ni, sebab zatif kreatif sangat -_-


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, September 9, 2014

Singapura here we come

Ceh ni bukan live update pun. Ni cerita jumaat lepas ye. Akhirnye passport zarif dengan encik suami bercop jugak. Dari awal tahun plan nak gi singapore, hujung tahun baru misi terlaksana okey. Pergi pun kejap je ni. Dah cakap dengan encik suami bulan depan nak pergi lagi makan meatball kat ikea singapore.

Tuju ke satu destinasi je hari tu. Pergi hari jumaat. Jadinye tunggu lepas jumaat la baru dapat pergi. Malas nak pergi hari sabtu confirm ramai orang sesak dengan orang je kan. Sebelum pergi melawat anak buah aku kat hospital, demam denggi. Sempat amik gambar kat hospital je.

Sempat pose dalam kereta je. Kat singapore tak amik gambar pun. Encik suami drive, mama kat belakang ape lagi, pose je la. Destinasi kami kali ni ke mustaffa. Survey2 perfurme, memang murah compare kat malaysia. Banyak yang beli dua lagi lagi murah. Tapi brand yang aku nak semue harge tak berapa nak murah jadinye tengok je dulu. Next time la pulak kan. Mustaffa ni banyak tingkat. Sambung dua bangunan pulak. Macam macam yang ade jual kat sini. Nak beli gadget, emas, makanan macam rempah yang pelbagai, barang basah ikan ikan pun ade, baju, toys, macam macam lagi la. Rasenye mustaffa ni memang complete la. Kite je tak larat nak tengok. Sebab barang terlampau banyak kan. Tapi pergi hari jumaat okey lagi sebab orang tak ramai. Kalau weekends aduuhh bukan setakat pening tengok barang, pening tengok orang jugak.

Parking kitaorang parking kat city square. Dah tiga kali pergi mustaffa tiga tiga kali parking kat situ. Parking kat situ murah compare parking kat tempat lain. Encik suami cakap lepas ni kite nak jalan mane mane parking je kat city square pastu naik je mrt. Lagi senang kan. Sebab parking kat orchard road dah la mahal, pastu full payah nak cari parking.

Konon jalan kejap je. Kitaorang sampai dalam pukul 4 petang. 4 malam kitaorang bergerak balik. Dah petang petang haruslah lapar kan. Ingat nak survey ape je yang best kat rooftop mustafa tu. Sekali terduduk dan terorder la, tak tau makanan ape yang best. Order la roti naan dan butter naan. Ingatnye dah tak payah nak order kuar macam kat malaysia siap ade dhaal ke kari kan. Kene pulak order makanan lain untuk di makan dengan naan. Jadinye order la satu chicken masala. Chicken masala dia memang power la. Sedap la kirenye tak rugi la bayar mahal sikit kan. Dan puas memang cukup untuk makan 2 orang. Total makan untuk dua orang dalam rm50+. Pengsan kan. Padahal aritu makan roti nan kat mersing siap dua tandoori lagi kan barula rm15 kan -_-
Rindu aiii nak makan meatball ikea, nak ke kl pun jauh. Gi singapore la dekat sikit. Bulan depan, in shaa Allah.
*gambar syok sendiri dalam kete je la *


ni posing syok sendiri kat hospital

zarif tido mama nak ajak selfie

zarif melawat kak na kat hospital

pss sorila gambar tak tersusun. malas dah nak susun. sebab update dari handphone

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, September 3, 2014

Pink itu comel

Peh sekarang lebih semangat nak update blog tau. Thanks to laptop encik suami membuatkan diri lebih rajin nak update. Laptop tu aku hadiahkan untuk birthday encik suami bulan 7 yang lepas. Dah lama kami mengidam oii nak laptop boleh cabut cabut tu. Boleh touch screen dan boleh jugak sambung guna keyboard. Tetibe cite pasal laptop pulakkan. Laptop tu bukan kaler pink ye. Kalau ade kaler pink memang dah confirm la aku belikan yang kaler pink. Memang makin semangat la nak menaip kan.

Walaupun umur dah lanjut, ceh baru 26, mude lagi tau, anak pun dah sorang tapi perasaan minat mendalam pada kaler pink masih mekar berbunga tau. Kalau zarif tu gugurl memang meriah la almari zarif penoh dengan gaun pink, tapi zarif boy kang beli baju pink pun jadi isu ingat kita nak anggap anak kite gurl. Sebenarnye tak salah pun laki pakai baju pink, encik suami aku pun pakai je baju kaler pink tak adelah nampak cam perempuan pun kan. Baby pulak lagi la comel kalau pakai baju pink. Tapi rasanya zarif ade satu je kot baju kaler pinky2, tu pun mama tok dia belikan. Nanti la mama zarif nak cari kemeja kaler pink yang comel comel.

Disebabkan minat mendalam kat kaler pink ni, kete comel aku tu pun kalau boleh nak luar dalam kaler pink. Tapi nak cat malas nak abiskan duit kan. Jadinye aku pun beli je sticker untuk tampal kat kereta. Aku minat hello kitty ni pun sebab dia kaler pink, hakikatnye aku takot dengan kucing, kalaulah hello kitty wujudkan mau aku menjerit jerit bile dia dekat sebab dia spesis kucingkan. Sebabkan dia kaler pink aku pun tampal2 la kat kereta comel ku. Dalam dalam beli set carseat barbie ni. Beli kat indonesia. Pastu beli cermin pandang belakang hello kitty tu kat mersing ni je. Tempat sangkut plastik helki kitty pun beli kat mersing. Karpet hello kitty kaler pink tu beli kat batu pahat. Sampai atas atap kete la tampal bunga sebab banyak lebih kan. Tanda hello kitty kat belakang kereta tu beli online jugak. Kepala hello kitty jadi tempat duduk aku tu pun beli online. Sekarang rasa nak beli set tempat duduk sampai belakang hello kitty kaler pink. Tapi nak yang murah2 je. Mane ade jual yek? Nak bulu2 jugak letak atas dashboard nak letak kaler pink. Tu pun tak tau mane mau cari.
Dah comel comel kete baru mama semangat bawak zarif jalan kan. Setakat pergi klinik kesihatan je la kan.

Barang kat dalam rumah pun kalau boleh nak semue kaler pink dan hello kitty rasa comel je rumah. Lagi lagi bahagian dapur mest semangat nak masak. Ni baru ade sikit sikit je tunggu la dah siap rumah sendiri memang dapur kaler pink la. Hujung tahun ni nak bawaj zarif pergi hello kitty town la. Sebab situ penoh kaler pink dan hello kitty. Comel sangat. Tunggu zarif dah jalan kedek2 la. Baru puas amik gambar. Papa sila realisasikan impian kami!!!♡

dari sudut tepi


nak pakaikan seat belakang dengan kaler pink jugak. nak satu set semue tapi harge murah hoho mane nak dapat?

barbie vs hello kitty

siap karpet kete hello kitty pink, tapi cepat kotor. mamanye malas cuci tunggu la bile rajin pujuk papa la suruh cucikan hoho

dari pandangan depan

dari pandangan belakang

zarif suke naik kete pink mama. sampai tertido tido la dia

ohhh saya obsesi dengan kaler pinnnnkkkkkkk!!!

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Monday, September 1, 2014

Hari keluarga ke Afamosa Resort Melaka

penat balik dari Terengganu semalam tak abis lagi. ceh penat la sangat bukan aku yang drive pun, dah la tak drive, tido pulak kan hoho nak buat cam mane dah jadi satu tabiat la, masuk je la dalam kereta ke, bas ke, kapal terbang pergi langkawi berape minit tu pun baru gerak kejap je aku dah tertido. zarif pulak baru balik jalan hari ni tinggal berdua je memang mama dia tak boleh buat ape la, bangun je dia menangis. menangis boring agaknye tak ade kawan tapi bukan bermakna zarif nak kawan aku kene bagi adik, nanti mula la orang buat ayat zarif nak adik la tu. padahal zarif pun asih nak perhatian lagi. siapa kami nak tolak rezeki kan, tapi biarlah zarif dapat perhatian yang cukup kan zarif kecik sangat lagi. ok, entry kali ni bukan nak cite pasal terengganu ye. cite terengganu esok esok pulak bile rajin ye.

Entry ni memang agak ketinggalan dah basi pun tapi nak jugak share sebab first time pergi ni. Tahun ni memang aku cuti cuti Malaysia la. Harap Zarif ade passport je, tapi kosong tak bercop lagi ni. harapnye menjadi la plan kami ke Singapore hujung minggu ni. Tahun ni Zarif memang keliling Malaysia, bulan 2 cameron highland, Bulan 4 pergi Langkawi bulan 5 ni la kami ke Melaka, nak tentukan pergi Melaka tu macam macam kisah jugak, mule plan nak pergi tioman alang alang aku duduk kat mersing ni, tapi cuti sekolah pulak kan. ramai orang mama takot feri overload pulak. tukar plan pergi bukit merah kat perak, ni pun tak pernah pergi lagi, aku on je. tapi jauh pulak kan, cuti sekolah tak nak sangkot jem pulak. last sekali decide pergi melaka semue pun setuju lagipun dekat sikit kan.

bile dah plan cuti cuti dengan family ni, aku punya semangat macam buat hari keluarga besar besaran tu kan. siap tempah tshirt, tempah online je, design pilih sendiri. boleh pilih tshirt kaler kaler lagi tau. memang tak mahal la, dah la tulisan lain lain. termasuk postage untuk sehelai tshirt dalam rm15. tempah dua tshirt sorang satu untuk siang dan satu untuk malam. untuk baby2 pun tempah sekali. comel sangat tau. korang nak tempah tshirt murah boleh search fb FAC printing. memang murah la berbanding tempat lain.  bukan sekadar tshirt je tempah tau, mama aku punya semangat siap buat flower crown lagi tau. sebab tu la anak dia over excited jugak ni memang like mother like daughter la.

\



Percutian 2 hari 1 malam. tido kat apartment afamosa resort ade 3 bilik. bilik pun selesa. satu bilik ade dua katil queen ok. memang puas la boleh golek sorang2 kan, tapi nak jugak tido himpit bertiga kan . Kami bertolak pagi ke Melaka. sampai dalam pukul 9. angah aku dari pekan, dia bertolak lewat sikit dah lambat, jadinye terlepas banyak show diaorang langsung tak pergi safari wonderland. tempat dia tak ade la besar manam tapi dia banyak show, jadinya untuk yang pertama kali pergi seronok la. sebab masa diisi dengan tengok animal show tu. zarif masa tu baru la dalam 7 bulan. tak paham ape lagi pun. first tengok elephant show, lepastu ade animal show, bird show last sekali dalam pukul 2 macam tu cowboy show. mama tok dengan babah tok dah tak larat dah nak tunggu dah berjam kan dalam tu, jadinye diorang balik bilik dulu bawak cucusnya. mama is happyla kan. zaeif dah balik dulu. tapi kalau zarif ade pun dia terkejot sebab show tu tembak menembak bising memang boleh mengejotkan baby la kan. makan including sekali, makanan dia ok, aku pilih nasi goreng kampung dengan ayam.












malamnya pulak masa ke cowboy town. pada aku tempat tu tak ade pun yang menarik, ade tempat jualan cenderamata pastu kitaorang tunggu show. show dalam pukul 8.30. yang bestnya sepanjang show tu walaupun bising zarif selamba je tidur. dia tak merengek jadinye kami pun senang hati kan. harga dia macam tak berbaloi bayar untuk tengok show dan tengok bunga api. kitaorang dengan anak anak kecik haruslah dah malas nak tengok bunga api. teros balik je. sebelum masuk ke cowboy town, ade la photographer amikkan gambar kami pakai topi cowboy dengan pegang senapang. yang kecewenye kan, dah la memang dia tak bagi amik gambar pakai handphone kan. sebab dia nak paksa kite beli gambar dia kan, dah nak pakse tu amik la gambar xantik cantik, ini tidok, gambarnye gegar la. penyudahnya kita tak beli dia buang je la gambar kita dalam tong sampah kan -_____-




esoknya konon la kan nak bawak zarif bermandi manda kat waterpark dia. tapi kami dah tak larat pun, bawak zarif mandi kolam kat apartment tu je la, pastu kitaorang jalan jalan kat bandar Melaka je la. aku tambah satu hari lagi, tidur kat bandar Melaka, malam malam jalan kat jongker walk. sepanjang jalan zarif tidur je, jadinye seronok la kan kami berjalan, malam tu pulang sepanjang sungai tu ade pertandingan hiasan boat, meriah dengan hiasan dan lampu, aku pun lupe sempena ape kan. dapatla kami cuci mata,



for me, percutian ke afamosa melaka seronok lagi lagi pergi dengan family kan. tapi first time pergi seronok la kan, Afamosa patut buat pembahruan penambahan tiap tahun, jaga tempat tu elok elok. tak adalah orang bosan kan. biarlah ape yang orang bayar berbaloi dengan ape yang kita dapat kan. untuk harga semue aku pun tak pasti berapa. sebab semuenye ditanggung oleh babah tok. thanks babahku. babah punsporting je okey pakai baju super pastu selfie.

bulan 3 haritu kami dah ke langkawi kan. tak sempat update entry ke langkawi pun, bulan ni dah nak ke langkawi lagi tau. tak sabar rasenye nak jalan jalan lagi. last sekali saja nak persembahkan gambar anak anak. baju mama tok belikan masa gi safari wonderland. rasa macam pakai baju rumah sukan kaler pink kelas bunga matahari kan






TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-