~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, October 30, 2014

Khalil zarif & azra hazirah birthday celebration



Tengok orang lain rajin update entry jelesnya la kan, aku acah acah busy je. Nak menaip tapi malas kadang kadang. Ni pun cite dah seminggu lepas kan. Zarif dah tido boleh la share birthday celebration zarif. Celebrate  25.10 lepas.  Birthday zarif 12.10 tapi saja sambut lewat nak sambut sama sama dengan si comel azra hazirah. Birthday azra bulan 11. Jadinye sanbut tengah2 la. Satu belated satu lagi becoming.

Disebabkan nak sambut birthday sepasang prince dengan princess kan. Jadinye tema haruslah bersesuaian dengan kedua duanya. Jeles ok yang dapat buat theme frozen tu kan. Rasanye theme frozen tengah mengungguli carta tahun ni kan. Setelah berbincang kami setuju pilih theme pocoyo. Tapi pocoyo kan kaler biru comel comel tu kan. Nak ade sepasang kene la buat pocoyo pink pulak.
Aku ni bukan amik course art ke design ke computer ke hape yang boleh lukis pocoyo pink pulak kan. Ceh ni macam tips untuk jimat budget pastu tak reti design sendiri kan. Aku search je kat internet colouring book pocoyo. Pastu photoshop je la. Laptop pulak masalah tak de photoshop tu. aku pun online photoshop main kaler2. Kaler 3 4 pocoyo pastu edit edit. Mudah kan. Nak cantik tak semestinye perlu keluar belanje yang banyak kan.

Peh nak cite pasal  birthday zarif ni rasa macam kene buat 4 5 entry je. Tapi aku malas. Nanti tak sambing sambung pulak sampai birthday tahun depan. Nak jemput orang paling penting kad. Nampak proper la sikit kan. Macam waaa comelnye kene pergi ni kan. alang alang aku dah tempah prop kat kawan sekolah aku, tunjuk je dia contoh and theme yang kita nak, bape hari je dah siap. Serius murah gila buat prop dengan kawan aku ni. 15 batang lidi tu rm35 siap free postage. Pastu aku add rm5 untuk kad. Kad dia hantar melalui fb je. Aku cakap tak payah print. Pastu aku print sendiri. Print pun tak banyak. Dalam 20, untuk jiran jiran   terdekat je. Kalau ade sape sape nak tempah prop boleh search instagram @ayaadieradesign




ni antara prop prop yang digunakan

ni invitation card. comel kan kan. aku suke sangat

Baju patut jadi paling penting. Tapi ni paling last aku fikir. Serius tak tau nak pakai kan baju ape. Kat kedai nak cari baju pocoyo? Nan hado la kan. Pastu aku dengan angah duk cakap eh senang je pocoyo ni macam pakai baju tido je kan siap topi. Tapi tak jugak cari bajunye. Last minute aku duk search kat instagram, aku kan suke main hashtag2, jadinye penjual2 di instagram hashtag haruslah kene dengan gambar, kalau tak kene rasa menyampah je kan.  Aku jumpe la satu instashop yang boleh printed baju. Aku pun dapat idea nak print je gambar pocoyo tu atas baju. Zarif pakai dengan seluar. Azra pakai dengan skirt. Instashop ni punye service memang tip top la. Memang kalau dibandingkan dengan baju aku tempah dulu ni jauh lagi mahal. Tapi kualiti baju dan printed dia sangat la bagus, cantik okey. Jumaat aku order. Sabtu hantar design. Ahad dia dah siapkan, isnin terus dia post, selasa dah sampai. Laju gile kan. Aku pilih kaler putih sebab naik la gambar2 pocoyo tu kan. harga sehelai baju ni rm30 postage rm10 dan design dia buat baru tambah lagi rm10. Bayar mahal tapi puas hati sangat. Korang boleh follow instagram @jumana.qwik





Kek pulak mulenye nak tempah dengan jiran mak sedara aku dulu. Tapi ade masalah sikit tempah la dengan kawan adik. Disebabkan baru2 ni aku makan rainbow cake with cream cheese dan zarif pun suke terus la aku nak order rainbow cake. Cake mestilah bertema kan pocoyo . Tengok pulak kek anak ariel zafriel cantik gile. Nak jugak kek no satu. Tapi satu baring sebab lagi senang potong. Kek yang dibuat serius untuk design pada aku memang puas hatila. Tapi menyedihkan sebab bile potong terasa mentah. Tu pun potong kecik kecik je. Warna rainbow dia pun tak menarik bile dipotong. Tu la mengecewekan. Sebab kita nak bagi orang makan kan. Takot budak2 sakit perot je. Tapi tak de orang sakit perot alhamdulillah la. Harga kek dia memang tak berape mahal, 2 kg rm100. Tapi kite bukan nak yang murah je, sebab makanan kan. Harap lepas ni kawan adik tu lebih alert lagi la. cupcakes chocolate chip angah aku buat sendiri.


tak ade tiup tiup lilin. acah acah je tengok kek sebelum nak potong



Untuk candy buffet dan backdrop kami design sendiri je. Print gambar budak comel 2 orang dengan gambar2 pocoyo. Cari belon pink biru tak jumpe. Tak berbelon la kami. Untuk hiasan semue kami fikir sendiri. Buat sendiri. Lebih jimat kan. Aku saje saje la tanye instashop yang buat party prop candy buffet semue ni. Harga kalah aku tunang. Rm1000? Memang tak la. Untuk makanan lain mama masak nasi lemak dengan ayam goreng dan spagheti bolognese. Makanan yang semue orang suke. Makanan pun hampir habis. Alhamdulillah cukup untuk semue orangkan.



label edit dan print sendiri

Photographer pun encik suami yang amikkan gambar gambar. Jimat kan. Sepatutnye jemputan dari pukul 12 ke 3. Tapi kan zuhur masuk awal jadinye orang semue datang pas zuhur. Pukul 2 macam tu. Memang penoh la orang. Yang tak bestnye zarif boleh pulak tido sepanjang orang datang tu. Dia bangun awal lepas subuh pastu tak tido tido, tu la hasilnye. Nasib kami dah berposing posing sebelum orang datsng tau.


thanks kawan kawan yang sudi datang memeghiahkan birthday party ni. tapi birthday boy sedang enak beradu ni.

Goodies untuk kanak kanak 30 packs pun habis. Beli je jajan kat kedai pemborong. Bungkusan pulak aku beli je kat mr diy. 1 pack ade 10 baru la rm1.90. Beli 3 packs. Ingatnye nak beli brown paper bag, tapi kan sehelai dalam rm0.50. Kene beli 50 pulak. Rasa macam membazir sebab paper bag orang buang kan. Pastu aku tampal je sticker pocoyo. Sticker design sendiri kawan angah aku print. Harga lupe dah berape. Sticker tampal2 kat pinggan bagi nampak la kan theme pocoyo. Tampal kat alas meje candy buffet.


Zarif dapat banyak mainan, makin bersepah rumah dengan mainan zarif. Sekarang mama tengah sebok request kat papa nak beli rak mainan cantik. Papa cakap bulan depan. Hoyeahahhh
Alhamdulillah selesai dah birthday celebration dua budak comel mama. Jadi anak soleh dan solehah ye sayang sayang mama. puas hati sebab dapat jimat banyak tu, banyak yang buat sendiri dari tempah. ikot kemampuan masing masing. kalau tak mampu nak tempah tapi nak birthday party meletop boleh je buat sendiri. Perkembangan zarif lama dah tinggal. Nanti kalau rajin aku update.




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, October 21, 2014

Happy birthday khalil zarif

Mama zarif pemalas nak hupdate blog. Banyak halangan kekonon. Internet slow tahap tengok instagram gambar load tak siap siap. Lagi tensen dah type panjang2 karangan terbaik tak sempat save battery kong. Kalau gune laptop pulak zarif memang la pengacau paling tegar. Bile kat hp zarif jeles mama dia main hp dia baling baling je hp mama sebab nak perhatian. Bile zarif tido aku sebok nak mengemas rumah pulak, time dia jaga memang tak ade harapan la nak mengemas. Mama zarif acah acah busy kan.

Sampai tak sempat update birthday zarif. 12. 10 zarif genap setahun. Sambut kecil kecilan je. Papa amik cuti maaa masa birthday zarif sebab time zarif cucuk papa tak dapat teman. Pergi jalan jalan kat kluan sebab mama zarif yang melebih nak makan kat fuel shark. Order ayam goreng dapat la kongsi kongsi dengan zarif. Pastu beli je dua slice kek secret recepi makan kat rumah. Nak sampai mersing terbalik balik la kotak. Rupe hodoh la sikit kan tapi rasa tetap sedap

15.10 zarif dapat hadiah cucuk setahun. Budak aktif ni tak reti diam kat klinik. Semue bilik nak masuk. Misi pun tegor zarif aktif, ingat dah setahun lebih sebab dah jalan laju. Berat zarif pun dah naik. Tapi naik sikit jela, last 2 months check 8.1 kg naik 8.6 kg je. Yang peliknye tinggi tak naik boleh turun pulak dari 72cm ke 71cm sebab zarif tak nak baring diam diam. Lilitan kepala dengan badan sama, normal. Bmi pun normal. Time cucuk memang kemuncak. Dah tau zarif akan teriak teriak kan. Siap je cucuk zatif diam. Masa nangis siap keluar air mata. Macam butang on off. Kejap je boleh tutup macam tak ade ape ape kan.

25.10 ni nak sambut birthday zarif kat jb dengan si comel azra hazirah. Cepat betul comel comel mama ni dah besar. Theme dah pilih. Theme pocoyo. Mama buat dua pocoyo, biru and pink. Baju dah tempah. Hari ni sampai kot. Kad invitation dah edar. Prop dah dapat. Kek dah tempah.  Cuma tinggal nak buat hiasan photobooth dengan candy buffet and makanan. Ni buat sendiri je. Mama yang excited okey. Sebab dulu tak ade pun mama celebrate turn 1 hoho okey nanti ujung minggu ni update entry birthday celebration zarif.

Untuk anak mama khalil zarif. Happy birthday sayang. Membesar dengan sihat.  Jadi anak yang soleh saham mama papa kat akhirat nanti ya. Cepat je zarif dah besar mama rindu zarif bau baby sekarang dah bau busyuk masyam. Tapi sampai bile bile pun zarif tetap baby. Jangan besar cepat cepat sangat, mama belum puas manjakan zarif pelok cium zarif. Tapi sampai bile bile pun mama tetap ada untuk zarif datang pelok berlari ke arah mama. Sampai bebile ye anak manja mama. Mama dengan papa hadiahkan stroller untuk zarif. Sebab stroller lama macam dah uzur kan. Senang nak bawak jalan sebab sekarang zarif suke duduk dalam stroller bile dah penat berjalan. Sepertinye zarif sangat selesa dengan stroller baru. Bukan bermakna mama papa beli yang murah sebab tak sayang kan zarif, dari kecik ni la mama papa nak ajar zarif hargai ape yang ade walaupun harga tak seberapa.

Zarif dari sehari, sebulan... sampai setahun

Ni masa jalan jalan celebrate birthday zarif

Ni zarif dan stroller barunya. Papa suka stroller ni sebab bakul besae kat bawah, muat nak letak macam macam ni.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, September 23, 2014

Suka menghadiri majlis perkahwinan

masa zaman remaja dulu bile babah ajak pergi kenduri kawin mesti malas malas je nak ikot. malas nak bersiap, malas nak pilih baju. semua la malas kan. lagipun datang pulak time 12 tengah ari memang datang makan la, bukan niat untuk tengok pengantin kan. tapi bile dah start kawan kawan kahwin, kita pulak dah kawin kan, lagi semangat membara nak menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, nak meraikan pengantin. suke pulak datang timing pengantin ade, nak tengok kawan kita cantik cantik dan paling best aktiviti bergambar la kan.

kebetulan pulak sabtu lepas encik suami kursus kat kuantan kan, check ade pulak dua jemputan satu majlis di kuantan dan satu lagi di pekan, dua dua kawan masa belajar kat uitm segamat. dah ade kat sane haruslah hadirkan diri nak meraikan pengantin kan. majlis kat kuantan pergi dengan sarah dan suami sarah, sebab encik suami belum habis berkursus. majlis kat pekan baru la pergi bersama dengan encik suami. memang trend sekarang kan dah macam wajib pulak kat kenduri ade aiskrim, walaupun dah bergelar mak mak haruslah nak jugak join makan aikrim, beratur sekali. zarif tak pandai lagi beratur, mama dia je la beraturkan.

selamat pengantin baru untuk amalina & pasangan, dan juma & anuar (diaorang ni kenal masa sama sama belajar kat uitm segamat, alhamdulillah akhirnye jodoh mereka bersama). semoga bahagia sampai syurga.







dah mak mak pun perangai macam kanak kanak riang. sebok nak pakai spek besar tu. nasib encik suami kami sporting2


zarif suke makan aiskrem

akibat rampasan eskem oleh papa. menangis la dia

hoyeahhh hari ni beronok ronok. barang dah kemas. malam ni tido kat bandar sri putra. esok terbang ke langkawi. hoyeaahhh. masa bercuti bersama family, ceh zarif ni asik bercuti je kan. tahun ni macam keliling malayia dah. tahun depan la mama dia berangan nak pi obersea. berangan itu indah kan. cite terengganu tak update lagi. dah nak cerita langkawi pulak kan. mood cuti is on, #kzcuticutimalaysia.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, September 19, 2014

Best friend versus suami?

bile dah kawin ni ade lagi ke istilah bff ni? sekarang dah up lagi bukan setakat bff je kan bfftj. ape pulak ke jadah bfftj tu pulak, best friend forever till jannah, ade ker? bile dah kawin best friend till jannah haruslah suami kan. dia la tempat luahan perasaan, tempat nak ajak gosip, walaupun tak ade la respond setakat dengar ha ha je pun kan.

bile dah kawin ade anak pulak masing masing dah bawak haluan masing masing. mane la kawan dekolah rendah? sekolah menengah? uitm segamat? uitm shah alam? contact jugak kawan kawan tu, tapi sekali sekala hanya kat facebook atau whatsapp je kan. masing masing dah sebok menjaga suami dan anak anak kan.

tapi tak pernah lupe kenangan bersama kawan kawan masa belajar *sentimental sangat tetibe kan*. sebab hari ni alang alang encik suami kursus kat kuantan ni. nak checkout hotel pukul 12 tengah hari ni. terus nak pergi rumah bff aku masa belajar kat uitm segamat. ade dua bff kat kuantan ni. tapi sorang tengah dalam pantang,baru bersalin anak ke dua, dapat baby girl. bile tengok anak juli dah sepasang. mule la rasa nak menambah jadikan sepasang. gegurl pulak kan. ceh, tunggulah Allah lebih tau bile kami dah bersedia dia akan bagi. so, jangan tanye ye bile nak menambah lagi? hokey.

mungkin puan bff sarah tengah sebok berperang di dapur memasak untuk kitaorang. anak sarah sebaya jugak dengan zarif. cuma dia lahir bulan 2 zarif bulan 10, nampak la zarif baby baby, walaupun rakan sebaya kan. tak sabar nak bagi zarif kawan dengan ammar sambil mama dengan aunty sarah bergosipp gosipp. malam ni tido rumah sarah sebab esok ade jemputan dari kawan belajar sesama jugak kat segamat. jemputan di pekan. boleh la gi sesama dengan sarah. untuk juli yang berpantang hanya boleh memandang gambar kami di facebook je la.

dah pergi kuantan ni haruslah petang ni ajak encik suami pergi kula cakes. nak makan manggo cakes yang best. oh makanan. ni food obsession jangan obes sudah kan.

nak tayang gambar dengan my bff sarah masa jumpe kat rumah juli hujung bulan lepas. dengan gambar teman papa main boling kat megamall semalam




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Friday, September 12, 2014

Zarif yang kreatif

Hoyeaahhh happy 11month zarif. Sebulan lagi zarif nak genap setahun. Ni tengah prepare untuk birthday celebration untuk zarif. Semangat lebih mama dia. Nanti boleh cerita kepandaian zarif selama 10 bulan ni. Makin besar zarif makin rindu zarif baby baby. Cepatnye la anak mama membesar.

Zarif jenis yang tak suke tengok tv atau main handphone. Walaupun mama dia tukar channel kartun dia tak heran pun. Mama papa je layan pocoyo cam tu kan. Untuk tak suke handphone tu baguslakan, tak nak la ajar zarif sampai leke dengan gadget je. Biarla dia main permainan yang menjana minda kan ikot perkembangan dia.

Permainan pun zarif tak adela suke sangat. Main sekejap pastu dah bosan. Zarif suke tolak kotak la, jadinye dia suke la tolak kereta ke hulur hilir macam tolak kotak jugak. Bola pun kene kita main sama sama la. senang cite zarif nak orang layan. Berape kali je la mama papa dia rajin nak layan dia main bola kan.

Semue permainan dia dah diletakkan dalam kotak. Tapi zarif punye kreatif sangat dia keluarkan semue permainan tu. Dia yang duduk dalam kotak. Kotak pakaian mama yang comel tu pun zarif keluarkan kain dalam tu pastu dia duduk, dah terlekat, jerit jerit mintak simpati nak keluarkan. Semalam pulak jating untuk main basketball dia masukkan kaki dalam tu pastu nak duduk atas jaring tu. Cepat rosak la mainan macam ni, sebab zatif kreatif sangat -_-


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-