~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, October 30, 2014

Khalil zarif & azra hazirah birthday celebration



Tengok orang lain rajin update entry jelesnya la kan, aku acah acah busy je. Nak menaip tapi malas kadang kadang. Ni pun cite dah seminggu lepas kan. Zarif dah tido boleh la share birthday celebration zarif. Celebrate  25.10 lepas.  Birthday zarif 12.10 tapi saja sambut lewat nak sambut sama sama dengan si comel azra hazirah. Birthday azra bulan 11. Jadinye sanbut tengah2 la. Satu belated satu lagi becoming.

Disebabkan nak sambut birthday sepasang prince dengan princess kan. Jadinye tema haruslah bersesuaian dengan kedua duanya. Jeles ok yang dapat buat theme frozen tu kan. Rasanye theme frozen tengah mengungguli carta tahun ni kan. Setelah berbincang kami setuju pilih theme pocoyo. Tapi pocoyo kan kaler biru comel comel tu kan. Nak ade sepasang kene la buat pocoyo pink pulak.
Aku ni bukan amik course art ke design ke computer ke hape yang boleh lukis pocoyo pink pulak kan. Ceh ni macam tips untuk jimat budget pastu tak reti design sendiri kan. Aku search je kat internet colouring book pocoyo. Pastu photoshop je la. Laptop pulak masalah tak de photoshop tu. aku pun online photoshop main kaler2. Kaler 3 4 pocoyo pastu edit edit. Mudah kan. Nak cantik tak semestinye perlu keluar belanje yang banyak kan.

Peh nak cite pasal  birthday zarif ni rasa macam kene buat 4 5 entry je. Tapi aku malas. Nanti tak sambing sambung pulak sampai birthday tahun depan. Nak jemput orang paling penting kad. Nampak proper la sikit kan. Macam waaa comelnye kene pergi ni kan. alang alang aku dah tempah prop kat kawan sekolah aku, tunjuk je dia contoh and theme yang kita nak, bape hari je dah siap. Serius murah gila buat prop dengan kawan aku ni. 15 batang lidi tu rm35 siap free postage. Pastu aku add rm5 untuk kad. Kad dia hantar melalui fb je. Aku cakap tak payah print. Pastu aku print sendiri. Print pun tak banyak. Dalam 20, untuk jiran jiran   terdekat je. Kalau ade sape sape nak tempah prop boleh search instagram @ayaadieradesign




ni antara prop prop yang digunakan

ni invitation card. comel kan kan. aku suke sangat

Baju patut jadi paling penting. Tapi ni paling last aku fikir. Serius tak tau nak pakai kan baju ape. Kat kedai nak cari baju pocoyo? Nan hado la kan. Pastu aku dengan angah duk cakap eh senang je pocoyo ni macam pakai baju tido je kan siap topi. Tapi tak jugak cari bajunye. Last minute aku duk search kat instagram, aku kan suke main hashtag2, jadinye penjual2 di instagram hashtag haruslah kene dengan gambar, kalau tak kene rasa menyampah je kan.  Aku jumpe la satu instashop yang boleh printed baju. Aku pun dapat idea nak print je gambar pocoyo tu atas baju. Zarif pakai dengan seluar. Azra pakai dengan skirt. Instashop ni punye service memang tip top la. Memang kalau dibandingkan dengan baju aku tempah dulu ni jauh lagi mahal. Tapi kualiti baju dan printed dia sangat la bagus, cantik okey. Jumaat aku order. Sabtu hantar design. Ahad dia dah siapkan, isnin terus dia post, selasa dah sampai. Laju gile kan. Aku pilih kaler putih sebab naik la gambar2 pocoyo tu kan. harga sehelai baju ni rm30 postage rm10 dan design dia buat baru tambah lagi rm10. Bayar mahal tapi puas hati sangat. Korang boleh follow instagram @jumana.qwik





Kek pulak mulenye nak tempah dengan jiran mak sedara aku dulu. Tapi ade masalah sikit tempah la dengan kawan adik. Disebabkan baru2 ni aku makan rainbow cake with cream cheese dan zarif pun suke terus la aku nak order rainbow cake. Cake mestilah bertema kan pocoyo . Tengok pulak kek anak ariel zafriel cantik gile. Nak jugak kek no satu. Tapi satu baring sebab lagi senang potong. Kek yang dibuat serius untuk design pada aku memang puas hatila. Tapi menyedihkan sebab bile potong terasa mentah. Tu pun potong kecik kecik je. Warna rainbow dia pun tak menarik bile dipotong. Tu la mengecewekan. Sebab kita nak bagi orang makan kan. Takot budak2 sakit perot je. Tapi tak de orang sakit perot alhamdulillah la. Harga kek dia memang tak berape mahal, 2 kg rm100. Tapi kite bukan nak yang murah je, sebab makanan kan. Harap lepas ni kawan adik tu lebih alert lagi la. cupcakes chocolate chip angah aku buat sendiri.


tak ade tiup tiup lilin. acah acah je tengok kek sebelum nak potong



Untuk candy buffet dan backdrop kami design sendiri je. Print gambar budak comel 2 orang dengan gambar2 pocoyo. Cari belon pink biru tak jumpe. Tak berbelon la kami. Untuk hiasan semue kami fikir sendiri. Buat sendiri. Lebih jimat kan. Aku saje saje la tanye instashop yang buat party prop candy buffet semue ni. Harga kalah aku tunang. Rm1000? Memang tak la. Untuk makanan lain mama masak nasi lemak dengan ayam goreng dan spagheti bolognese. Makanan yang semue orang suke. Makanan pun hampir habis. Alhamdulillah cukup untuk semue orangkan.



label edit dan print sendiri

Photographer pun encik suami yang amikkan gambar gambar. Jimat kan. Sepatutnye jemputan dari pukul 12 ke 3. Tapi kan zuhur masuk awal jadinye orang semue datang pas zuhur. Pukul 2 macam tu. Memang penoh la orang. Yang tak bestnye zarif boleh pulak tido sepanjang orang datang tu. Dia bangun awal lepas subuh pastu tak tido tido, tu la hasilnye. Nasib kami dah berposing posing sebelum orang datsng tau.


thanks kawan kawan yang sudi datang memeghiahkan birthday party ni. tapi birthday boy sedang enak beradu ni.

Goodies untuk kanak kanak 30 packs pun habis. Beli je jajan kat kedai pemborong. Bungkusan pulak aku beli je kat mr diy. 1 pack ade 10 baru la rm1.90. Beli 3 packs. Ingatnye nak beli brown paper bag, tapi kan sehelai dalam rm0.50. Kene beli 50 pulak. Rasa macam membazir sebab paper bag orang buang kan. Pastu aku tampal je sticker pocoyo. Sticker design sendiri kawan angah aku print. Harga lupe dah berape. Sticker tampal2 kat pinggan bagi nampak la kan theme pocoyo. Tampal kat alas meje candy buffet.


Zarif dapat banyak mainan, makin bersepah rumah dengan mainan zarif. Sekarang mama tengah sebok request kat papa nak beli rak mainan cantik. Papa cakap bulan depan. Hoyeahahhh
Alhamdulillah selesai dah birthday celebration dua budak comel mama. Jadi anak soleh dan solehah ye sayang sayang mama. puas hati sebab dapat jimat banyak tu, banyak yang buat sendiri dari tempah. ikot kemampuan masing masing. kalau tak mampu nak tempah tapi nak birthday party meletop boleh je buat sendiri. Perkembangan zarif lama dah tinggal. Nanti kalau rajin aku update.




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Tuesday, October 21, 2014

Happy birthday khalil zarif

Mama zarif pemalas nak hupdate blog. Banyak halangan kekonon. Internet slow tahap tengok instagram gambar load tak siap siap. Lagi tensen dah type panjang2 karangan terbaik tak sempat save battery kong. Kalau gune laptop pulak zarif memang la pengacau paling tegar. Bile kat hp zarif jeles mama dia main hp dia baling baling je hp mama sebab nak perhatian. Bile zarif tido aku sebok nak mengemas rumah pulak, time dia jaga memang tak ade harapan la nak mengemas. Mama zarif acah acah busy kan.

Sampai tak sempat update birthday zarif. 12. 10 zarif genap setahun. Sambut kecil kecilan je. Papa amik cuti maaa masa birthday zarif sebab time zarif cucuk papa tak dapat teman. Pergi jalan jalan kat kluan sebab mama zarif yang melebih nak makan kat fuel shark. Order ayam goreng dapat la kongsi kongsi dengan zarif. Pastu beli je dua slice kek secret recepi makan kat rumah. Nak sampai mersing terbalik balik la kotak. Rupe hodoh la sikit kan tapi rasa tetap sedap

15.10 zarif dapat hadiah cucuk setahun. Budak aktif ni tak reti diam kat klinik. Semue bilik nak masuk. Misi pun tegor zarif aktif, ingat dah setahun lebih sebab dah jalan laju. Berat zarif pun dah naik. Tapi naik sikit jela, last 2 months check 8.1 kg naik 8.6 kg je. Yang peliknye tinggi tak naik boleh turun pulak dari 72cm ke 71cm sebab zarif tak nak baring diam diam. Lilitan kepala dengan badan sama, normal. Bmi pun normal. Time cucuk memang kemuncak. Dah tau zarif akan teriak teriak kan. Siap je cucuk zatif diam. Masa nangis siap keluar air mata. Macam butang on off. Kejap je boleh tutup macam tak ade ape ape kan.

25.10 ni nak sambut birthday zarif kat jb dengan si comel azra hazirah. Cepat betul comel comel mama ni dah besar. Theme dah pilih. Theme pocoyo. Mama buat dua pocoyo, biru and pink. Baju dah tempah. Hari ni sampai kot. Kad invitation dah edar. Prop dah dapat. Kek dah tempah.  Cuma tinggal nak buat hiasan photobooth dengan candy buffet and makanan. Ni buat sendiri je. Mama yang excited okey. Sebab dulu tak ade pun mama celebrate turn 1 hoho okey nanti ujung minggu ni update entry birthday celebration zarif.

Untuk anak mama khalil zarif. Happy birthday sayang. Membesar dengan sihat.  Jadi anak yang soleh saham mama papa kat akhirat nanti ya. Cepat je zarif dah besar mama rindu zarif bau baby sekarang dah bau busyuk masyam. Tapi sampai bile bile pun zarif tetap baby. Jangan besar cepat cepat sangat, mama belum puas manjakan zarif pelok cium zarif. Tapi sampai bile bile pun mama tetap ada untuk zarif datang pelok berlari ke arah mama. Sampai bebile ye anak manja mama. Mama dengan papa hadiahkan stroller untuk zarif. Sebab stroller lama macam dah uzur kan. Senang nak bawak jalan sebab sekarang zarif suke duduk dalam stroller bile dah penat berjalan. Sepertinye zarif sangat selesa dengan stroller baru. Bukan bermakna mama papa beli yang murah sebab tak sayang kan zarif, dari kecik ni la mama papa nak ajar zarif hargai ape yang ade walaupun harga tak seberapa.

Zarif dari sehari, sebulan... sampai setahun

Ni masa jalan jalan celebrate birthday zarif

Ni zarif dan stroller barunya. Papa suka stroller ni sebab bakul besae kat bawah, muat nak letak macam macam ni.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-