Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, October 21, 2014

Happy birthday khalil zarif

Mama zarif pemalas nak hupdate blog. Banyak halangan kekonon. Internet slow tahap tengok instagram gambar load tak siap siap. Lagi tensen dah type panjang2 karangan terbaik tak sempat save battery kong. Kalau gune laptop pulak zarif memang la pengacau paling tegar. Bile kat hp zarif jeles mama dia main hp dia baling baling je hp mama sebab nak perhatian. Bile zarif tido aku sebok nak mengemas rumah pulak, time dia jaga memang tak ade harapan la nak mengemas. Mama zarif acah acah busy kan.

Sampai tak sempat update birthday zarif. 12. 10 zarif genap setahun. Sambut kecil kecilan je. Papa amik cuti maaa masa birthday zarif sebab time zarif cucuk papa tak dapat teman. Pergi jalan jalan kat kluan sebab mama zarif yang melebih nak makan kat fuel shark. Order ayam goreng dapat la kongsi kongsi dengan zarif. Pastu beli je dua slice kek secret recepi makan kat rumah. Nak sampai mersing terbalik balik la kotak. Rupe hodoh la sikit kan tapi rasa tetap sedap

15.10 zarif dapat hadiah cucuk setahun. Budak aktif ni tak reti diam kat klinik. Semue bilik nak masuk. Misi pun tegor zarif aktif, ingat dah setahun lebih sebab dah jalan laju. Berat zarif pun dah naik. Tapi naik sikit jela, last 2 months check 8.1 kg naik 8.6 kg je. Yang peliknye tinggi tak naik boleh turun pulak dari 72cm ke 71cm sebab zarif tak nak baring diam diam. Lilitan kepala dengan badan sama, normal. Bmi pun normal. Time cucuk memang kemuncak. Dah tau zarif akan teriak teriak kan. Siap je cucuk zatif diam. Masa nangis siap keluar air mata. Macam butang on off. Kejap je boleh tutup macam tak ade ape ape kan.

25.10 ni nak sambut birthday zarif kat jb dengan si comel azra hazirah. Cepat betul comel comel mama ni dah besar. Theme dah pilih. Theme pocoyo. Mama buat dua pocoyo, biru and pink. Baju dah tempah. Hari ni sampai kot. Kad invitation dah edar. Prop dah dapat. Kek dah tempah.  Cuma tinggal nak buat hiasan photobooth dengan candy buffet and makanan. Ni buat sendiri je. Mama yang excited okey. Sebab dulu tak ade pun mama celebrate turn 1 hoho okey nanti ujung minggu ni update entry birthday celebration zarif.

Untuk anak mama khalil zarif. Happy birthday sayang. Membesar dengan sihat.  Jadi anak yang soleh saham mama papa kat akhirat nanti ya. Cepat je zarif dah besar mama rindu zarif bau baby sekarang dah bau busyuk masyam. Tapi sampai bile bile pun zarif tetap baby. Jangan besar cepat cepat sangat, mama belum puas manjakan zarif pelok cium zarif. Tapi sampai bile bile pun mama tetap ada untuk zarif datang pelok berlari ke arah mama. Sampai bebile ye anak manja mama. Mama dengan papa hadiahkan stroller untuk zarif. Sebab stroller lama macam dah uzur kan. Senang nak bawak jalan sebab sekarang zarif suke duduk dalam stroller bile dah penat berjalan. Sepertinye zarif sangat selesa dengan stroller baru. Bukan bermakna mama papa beli yang murah sebab tak sayang kan zarif, dari kecik ni la mama papa nak ajar zarif hargai ape yang ade walaupun harga tak seberapa.

Zarif dari sehari, sebulan... sampai setahun

Ni masa jalan jalan celebrate birthday zarif

Ni zarif dan stroller barunya. Papa suka stroller ni sebab bakul besae kat bawah, muat nak letak macam macam ni.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. Yeay...zarif da setahun da.Happy Belated Birtday Zarif syg.Semoga panjang umur dan membesar dengan baik.Jadi anak soleh.Aminnn. :)

    ReplyDelete
  2. Makin ensemlah die...happy besday sayang..sm ngan abah azwa punya tarikh..sure cik mah ingt zarif tau...membesar ngan bijak n soleh ye..

    ReplyDelete
  3. Besday Zarif la...Mama, Zarif nak adik boleh.. =P Semoga Zarif membesar dengan sihat dan cerdas. Jadi anak soleh tau..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate