~~pEnGikUt sEtiA~~


Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts
Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday 7

Dah lame tak berwordless wednesday kan. Encik suami la tak bagi buat, sebab dia cakap kate je wordless tapi tulis banyak banyak gak -_- Ok kali ni pasti sikit je ayat. 



Suke gambar ni, tengok kat fanpage wardina, ni cara nak attract anak anak supaya pandang camera bile nak bergambar. Comel kan, boleh try la nanti♥

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, February 13, 2013

Wordless Wednesday 6


picture pinjam dari mr google

Siapa dah tengok cerita Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit? Gimmie 5 yang dah tengok tu, yang belum tengok sila la serbu panggung wayang berdekatan *promoter tak berbayar, harap maklum*. Tajuk wordless tolong jangan buat entry panjang berjela. Aku tengok hari jumaat lepas, keluar kat pawagam hari khamis, jumaat malam teros pergi tengok. Tengok dengan encik suami, izzah dan adik. sebelum tengok wayang makan dulu ayam penyet agus yang sedap, lepastu teros je pergi u mall tanpa booking tiket. Wayang sepatutnya start pukul 8.40 malam, kitaorang sampai 8.45 malam, haruslah tiket dah habiskan. kene tunggu pukol 10.30 malam pulak, kitaorang okeylah mata boleh tahan, izzah yang baru umur 6 tahun tu confirm mengantok kan. Suruh encik suami tengok kat internet kat mana lagi ade tayangan dalam masa terdekat pukul 9++. Ada pun jusco tebrau pukol 9.30 nak booking dah full, confirm sana dah penoh kan. Akhirnya encik suami check ade pun kat pelangi leisure mall pukol 9.30 malam. Kira setuju je la masing2 sebab nak tengok jugak, berdesup pergi pelangi, sampai dalam pukol 9.30. Izzah yang tertido dalam kereta sepanjang perjalanan, bila sampai je, cakap izzah bangun, nak tengok hantu kak limah, teros segar hokey. Sementara tunggu encik suami parking, beli tiket dulu, tiket masih banyak dan kat sini lagi murah hokey, rm7 je, untuk izzah rm5 je tau. Siap bawak bekalan pashmina takot kesejukan dalam panggung wayang nanti, tak sejuk langsung pun. Sepanjang cerita dengar orang ketawa je, sebab cerita memang kelakar gila. Dan izzah langsung tak tidor tau, yang lagi kelakar, bila part hantu je teros dia berkelubung dengan pashmina, memang teros buat aku gelak je la tengok. Dalam tengah kelubong tu busy body jugak nak tau apa yang jadi tu? macam mana rupa hantu tu? hantu ada lagi tak? Tapi lege jugak la sebab dia tak ajak keluar kan bile dia takot. Dan esoknya masih semangat lagi tu nak pergi hello kitty town tu, boleh pulak bangun awal, walaupun malam tu kitaorang sampai rumah pukol 12. Kalau korang nak baca pasal hello kitty boleh klik [sini].
gambar izzah dan adik yang kecewe tiket kat umall dah abis, sementara tu amik je la gambar dekat poster untuk puaskan hati haha

pss menyampah salah gunakan wordless wednesday kan.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday 5

Rendam ape la tu kan? okey, Orang semue dah pernah pakai dan makan ke, aku je ketinggalan baru nak try kologen rumpai laut ni. Adik yang beli aku menumpang je pakai sama sama ni, beli tak kongsi, tapi pakai je kongsi, ni la untung ada adik kan. tapi ni rendam separuh je, nak beresperimen. Kitaorang bukan nak makan, tapi nak gunakan sebagai mask je, hari ni rendam, esok la baru boleh rebus dan sejukkan pastu teros pakai. Orang kata yang warna ungu grad AAA lagi bagus kan kan? pasni nak try yang ungu pulak, sape ade jual? :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday 4

Dah beberape hari aku tak pergi jogging, cuti panjang aku pun cuti jogging jugak. Hari ni jogging bersama encik suami. encik suami kerje malam hari ni. tapi nama je pergi jogging, balik jogging makan nasi lemak, amboi buang lemak sikit tapi tambah lemak banyak pulak kan. sekarang orang yang jual produk produk kurus semakin bijak kan. sebab diaorang jual produk kurus di hutan bandar mutiara rini, tempat yang aku pergi jogging tu. termasuk ni dah dua kali orang jual kat aku, dia nampak aku gemok sangat la tu, oh tidak. Tapi aku tak berminat ngan produk kurus ni, sebab aku malas nak makan makan berdisiplin ni. yola balik jogging makan nasi lemak pulak. tengah ari tak boleh makan la. petang sebelum encik suami pergi kerje nak masak ayam bakar dengan wedges :)

ni cheezy wedges yang aku buat hujung minggu hari tu 

wordless pun mukadimah panjang kan. sebenarnya aku nak tunjuk gambar aku packing barang. nak pergi bercuti, encik suami cuti dari ari khamis sampai selasa depan. hoyeaah.. berbulan madu kali ke dua, pergi dengan mama babah. bukan diaorang kacau aku honeymoon, aku yang menyebok nak ikot jugak :) pergi mane ye? nanti cerita ya.. Tadaaaa ni la barang barang yang dah siap packing, ade lagi baju yang tak masukkan. Baju kat luar untuk pakai esok, semangat gile kan.



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday 3

Tak tau nama dessert ni ape? hersey milky kot. tak pernah tau rupe macam mana pun, rase macam mana, tapi saje nak mencube. Same la dengan pavlova dulu, tak pernah rase pun tapi perasaan ingin mencuba dan buat, akhirnye berjaya buat, bila rase sedap kira berjaya la kan. Yang ni mak ngah aku yang pergi kelas belaja, beritau bahan, aku ngan mama main try je, tapi rase memang sedap la, nyum2 boleh berebut dengan encik suami la bile makan. Tinggal 1 bekas yang kene dikongsi bersama encik suami malam ni, kalau aku makan sorang memang habis la. korang nampak menyelerakan tak?


\


psss gaji dah masuk. hoyeah. malam ni nak belanje encik suami makan dominos la. teringin. biasalah gaji baru masuk memang semue teringin kan. yang dah dapat gaji tu elok sangat la boleh shopping kat sini kan *sempat promote*

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday 2

jogging bersama encik suami :) aktiviti sihat kononnya tapi lepastu singgah makan roti bawang. nak mencapai misi 2013 kurus dan sihat!
malam ni encik suami kerje malam, oh sangat tak best :(

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

Wednesday, January 9, 2013

Wordless wednesday

#Biar gambar berbicara :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-