Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, September 17, 2013

Cinta Jarak Jauh Bermula

Lamanya dah tak update blog kan. Sebok berjalan membuatkan diri ni kemalasan nak update. Rasa cuti encik suami sebanyak dua minggu lebih tu cepat je habis, hari ni dah start kene lapor diri kat hospital mersing. Bermakna hari ni bermula la drama cinta jarak jauh kami. Siang tak terasa sangat rasa macam encik suami pergi kerje je, tapi peluk2 sebelum gi kerje tu tahan air mata je bile encik suami pesan jaga diri dan macam2 lagi la T_T. Bila malam terasa sangat, sekarang pulak masih batuk batuk, selalu bila batuk ni encik suami la yang tepuk2 bagi kahak keluar, sapukan vicks kat belakang badan. Malam ni semuenye kene sendiri. Ada lipas sesat pun terpaksa jadi gagah perkasa bunoh sendiri, sebab tak ade hero yang tolong bunohkan, memikirkan tido dengan lipas lagi takot, dah ternampak baik bunoh, dah malam malam ni jadi pembunoh T_T

Tapi cinta jarak jauh dapat la merasa kembali ke zaman bercinta sebelum kahwin, dapat la mesej2 tepon2 kan. Ucapan rindu mesti lebih banyak dari biasa kan. Tapi rindu sebelum kahwin dengan selepas kahwin ni tersangat la berbeza rasanya. Dalam perot ni pulak ada baby tanda cinta kamikan perasaannya sangat la berbeza. Bukan tak nak ikot encik suami pindah, kalau ikotkan hati ke mana sahaja encik suami pergi walau jauh mana tetap nak ikot, tapi sebab dah dekat nak bersalin ni dan sementara tunggu encik suami sediakan rumah kami terpaksalah kami berjauhan. Lepas pantang barulah mama dengan baby dapat ikot papa pindah mersing♥

Sekarang baru rasa kagum gila la dengan korang yang dah kawin tapi duduk jauh jauh start lepas je kahwin, kagum sangat sebab korang sangat tabah. Malam malam ni saja nak melepaskan rindu nak letak gambar gambar maternity photoshoot, nak jugak amik gambar tempat fyn jamal photoshoot okey, tapi letak sikit je la♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. Padanla lama xupdate blog..tertunggu-tunggu juga dijah update..Saya ingat nak ambil maternity photoshoot.Tapi macam tak sempat jer..

    ReplyDelete
  2. Comelnyer,....ala2 xpe..pengorbanan sekejap kan...rindu tunggu dijah update tau...

    ReplyDelete
  3. dija, ambil gambar kat mana tu? cantik lah... ala nak pindah mersing ke? x dapatlah kita bertembung kat jusco lagi...

    ReplyDelete
  4. mommyyyyyyy rendu kat mommy dija yg omey.. sgt sonok tgk ur maternity photoshoot ni.. cant wait for mine.. gagagaaaa..

    ReplyDelete
  5. Dija...makin omei dija.Sweetla korang ni.Suke tgk.Holoh3...cian die kena berjauhan dengan husband ye.Takpe....boleh rase nikmat rindu.Ngee. ;)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate