Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, September 27, 2013

Malas

Amboi bila dah berjauhan dengan encik suami dah semakin malas pulak. Padahal tak ade aktiviti ape pun kat rumah, nak mengupdate entry pun malas malas je ni. Semalam usia kandungan dah genap 37minggu, maknanya ni dah stage kene bersedia kan, bile bile masa je baby nak keluar kan. Tapi hari ni sempat lagi nak gi mersing dengan mama babah, amik encik suami kat hospital, lepastu kami nak ke pekan, pahang, rumah angah. Baby baik baik je tau nak jalan jalan ni♥ checkup rabu haritu pun semue okey, mengandung ni tetibe pulak semput datang, padahal dah lame gile tak kene athma ni, rasanya last attack pun masa sekolah rendah kot. Tetibe pregnant ni datang balik, doktor pun dah bising hari tu, kene la sedut oksigen, dapat inhaler, hari hari kene sedut -_- semalam check dah okey dah. Tapi kene jugak sedut inhaler tu lagi. Nak baik punya pasal kan, buat je la, nanti kalau semput masa nak bersalin tak ade tenaga nak meneran pulak.

Sekarang tambahkan ilmu baca tanda2 nak bersalin dengan tengok cara cara nak meneran. Huarghh rasa susahnya la nak meneran, tengok video pun tak berapa nak paham ni. Jumpe encik suami ari ni nak suruh dia ajar la cara meneran. Okey tak sabar nak jumpe encik suami, rindu rindu♥

Dah akhir akhir ni berat pun tak berapa nak naik, encik suami cakap tu berat baby je naik, mamanya dah tak naik dah. Minggu lepas timbang turun 0.4 kg, minggu ni timbang dah naik 0.2 kg. Scan masa 36minggu pun semue okey, air ketuban cukup, baby semuenye okey, kepala kat bawah, dan jantina pun macam dah dipastikan. Tapi sedia je nama untuk dua dua kan, senang nanti♥

Okeyla nak tunggu post laju ni, beli barang untuk baby ni, semangat mamanya yang mudah terpengaruh, baca blog irine la ni, tengok dia beli diapers clutch tu macam senang nak bawak ke mana mana, terus beli jugak, bukan 1 tapi dua, beli satu lagi tu untuk anak angah, nak pergi pekan nanti boleh la bagi angah terus. Okey excited dah ni, lambat pulak post laju ni. Nanti kalau rajin nak share barang2 yang dah dibeli untuk baby dan barang yang orang bagi, tunggu bila rajin la ni♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. Take care dijah..semoga ibu dan baby sntiasa shat :D

    ReplyDelete
  2. wawawa...xlama lagi bby nk kuar...xsbarnyer....wahh..cik mah pun berkenan ngan cluth tu..tp habis stok..harap2 sempat grba..katanya disember nnti...

    ReplyDelete
  3. Sy hritu pun suami yg ajr.. Even dia xde basic medic pun.. Hihi.. Smoga dipermudahkn dija..

    ReplyDelete
  4. bestnye.. menghitung detik2 akhir.. take care tau..

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah Dija,
    Apa yang penting masa bersalin tu jangan angkat punggung, dan teran macam kita nak buang air besar. Jangan teran dari depan. Insya'Allah semua ok.

    Semoga semuanya berjalan lancar ya

    ReplyDelete
  6. bestnye dija nak dpt bebi daaa...take care ok..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate