Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, January 16, 2014

Deco deco bilik khalil zarif

Lama dah tak update blog kan. Kononnya azam 2014 nak rajin update blog tapi biasalah janji tinggal janji la kan. Ade anak kecik ni payah nak update panjang2 lagi bila pakai phone. Tapi lepasni dah boleh pakai laptop boleh la masukkan gambar rajin sikit la update kot ♡

Masa mula mula kawin memang semangat berkobar kobar nak duduk rumah sendiri,  sewe pun tak pe la kan. Sebab kan encik suami kerje dekat je dengan rumah mama babah, duduk la kami selama setahun kat rumah tu. Disebabkan encik suami bekerje di mersing sekarang ni, kami pum menyewa la di mersing.

Encik suami dah carikan rumah dulu. Sebab masa tu aku dah sarat, jadinya nak tunggu lepas habis pantang dulu baru pindah mersing. Kiranya encik suami dah kemas kemas dulu rumah aku datang goyang kaki je la kan.

Bile duduk rumah tak ade aktiviti ni mulw la mendeco deco bilik baby. Banyak gambar kat internet yang dah save nak jadikan contoh kan. Geram tengok comel comel je bilik baby. Disebabkan cat dinding masih lawa lagi, tak la rajin nak cat lain kan. Theme rumah ni hijau kuning pink. Bilik baby warna hijau. Tapi ade sikit2 contengan kat dinding. Encik suami cakap nak padam, tapi tak padam pun. Tak pela seni kan *okey ayat sefapkan hati*. Barang yang dah ada kat bilik zarif baby cot. Tu aku tak beli pun kakak ipar yang bagi sebab elok lagi dan dia dah tak guna. Aku cume beli set tilam je. Drawer baju zarif mama tok yang bagi. Untuk mencantikkan lagi tampal je wallpaper dengan gantung gambar gambar zarif yang diambil menggunakan camera polaroid. Zarif tak tido pun dalam bilik tu. Bilik tu jadi bilik persalinan zarif je pun dengan ruang yang ade untuk jadi bilik solat untuk tetamu yang datang.

Baby cot dah tarik masuk bilik kami pun sebab zarif dah tido lasak. Mama dengan papa dia tido ruang kecik je dah la takot hempap zarif. Pastu haritu terkejot dengar bunyi bedebok tengah malam. Rupenye papa yang jatuh katil. Kesian papa mesti susah nak pusing2. Jadinya semalam aku dah tarik katil zarif masuk dalam bilik. Pukul 10 lebih dia dah tido masukkan dalam tu. Bile dia nangis nak minum susu baru encik suami amik letak atas katil. Dah menyusu sambil baring kan haruslah mama pun tido sekali teros sampai pagi. Lagipun kesian encik suami tak sampai hati nak suruh dia amik hantar balik si kecik tu. Zarif sekarang jaga minum susu pun dalam 2 kali. Masa pantang la time paling mencabar. Sekarang dah okey dapat sesuaikan diri ♡

Nak tunjuk gambar deco deco bilik zarif. Nanti next entry nak cerita barang barang keperluan zarif. So senang la mummy to be nanti nak sediakan keperluan si kecik ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

14 comments:

  1. alalala comel bilik zarif yer.. hakimi tidur gan mama jer...

    ReplyDelete
  2. comel..lukisan tu jenis tampal atau lukis ya dijah? cute la..baby cot dijah beli berapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jenis tampal je saila :) kakak ipar dija yang bagi baby cot tu

      Delete
  3. kalo baby nangis mlm2 cmne nk dgr? blk awk dkt ngn bl baby ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dija dah tulis kat situ. Dia tak tido pun dalam bilik tu. Mama papa dia je beriya hias2 :)

      Delete
  4. Wah...comeynyer bilik khalil....

    ReplyDelete
  5. Wah... Creativenya dija... Omey bilik zarif... Berangan for my baby nnt... Hehehe... Doakan sara oke.. Xoxo..

    ReplyDelete
  6. whoaaa...comel nye.. da lme xupdate. dlu dja preggy, skang da ade baby. Sya br nk tgk ni.. indunye kt Dja.. =)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... comelnya! salam perkenalan daripada saya ya ~~~

    ReplyDelete
  8. beli kat mn ye lukisan kat dnding tu?

    ReplyDelete
  9. Da lame x ke sini.Dija...comelnye bilik bby.Bby khalil mesti happy dapat duk bilik comel.

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate