~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, July 15, 2013

Maternity Photoshoot versus New born Photoshoot

Tetibe minggu ni berkobar kobar nak update blog, idea macam chocolate mencurah ke ladang gandum ni *bulan puasa ni sebot chocolate pun dah telan air liur kan * dari ari sabtu rasa nak makan chocolate teringat ingat masa berbuke, tapi semalam bila jalan dengan encik suami boleh pulak lupe nak beli chocolate, tunggu encik suami keje malam la rabu ni, kalau pergi mana2 nanti singgah beli chocolate ye *pujuk diri sendiri*. Ni kononnya short entry je ni, nak update lelaju sebelum berbuka ni. Menu berbuka hari ni home made ayam penyet. Mama masak, aku tolong tolong je ni, tinggal nak goreng ayam je ni, minuman seperti biasa la aku minum jus kurma je. Hari ke 6 ramadhan ni aku dengan mama dah start buat kueh raya, kueh raya untuk sendiri makan je da, tapi nak buat berjenis jenis, kononnya pagi tadi nak buat chocolate chip boleh pulak tepung naik sendiri lupa nak beli, chef mama ubah ubah la resepi dapat la buat dua jenis cookies iaitu chocolate chip badam dan bebola cornflakes *ni pandai2 je aku bagi nama tau*. Baru first time try, tak pernah rasa lagi, malam karang baru boleh rasa, masa buat bau pun dah menguji keimanan, perot pun siap berbunyi2 *sabar ye baby mama, padahal mamanya yang dah tak sabarkan*

Minggu lepas kan tertengok la gambar post wedding sorang kawan ni, exschoolmate, dia buat post wedding kat mabul island, siap bawak baju kahwin lagi tau pergi sana, kelas sangat kan, memang cantik la gambar gambarnya, photographer professional pulak yang amik gambar dia bertambah la cantik. Ni antara picture diorang. Pinjam gambar hana ya. 

Photo: Heaven on earth...
Credit to Mr Razali.
banyak gambar cantik cantik, boleh tengok kat blog Mr Razali.

ni gambar diorang kat mabul island tapi pakai baju pengantin, credit to Kirikanan studio

Cantikkan gambar diorang jeles je tengok tau.

Bila dah ke blog mr Razali ni mula la mata ni menjelajah ke entry sebelum sebelumnya lagi la bila tengok ada maternity photoshoot. Memang teringin sangat nak amik gambar bila perot2 besar nanti, tapi nak bayar photographer rasa tak mampu pulak, dah ada camera ni mintak encik suami je la amikkan gambar. Gambar masa raya nanti kat kampung pun okey kan, harap mase tu perot dah nampak lagi rasa comelkan *perasan*. Boleh google je idea maternity photoshoot, tapi kalau orang putih punya gambar semue tayang perot, kita tak payah la tayang pun dah comel kan haha double perasan.

Ni antara idea maternity photography, kot kot korang nak amik gambar sendiri, nak jimat cost ke kan. kalau nak gambar banyak lagi google je sendiri hokey. kalau nak tengok kat blog mr razali pun boleh, picture tak dapat nak copy la. nak photoshoot ni pun kene la merajinkan diri menyediakan prop ya.





comelkan
Credit to irine nadia

tender

;)
ni comelkan :)

Dah jalan jalan cuci mata tengok idea maternity photoshoot boleh pulak tertengok new born photoshoot. Sebelum ni tak terfikir pulak tau. Bila dah tengok ni, jenis orang yang suka meniru dan hanti meronta ronta nak jugak apa lagi tunjuk la gambar2 tu kat encik suami, mintak dia tengok semue contoh2 gambar nanti boleh la curi2 idea sikit amik gambar sendiri kan. Tapi semue gambar new born ni tak berbaju kan, baru lahir memang la tak berbaju kan walaupun dah beberapa hari. Aku nak jugak gambar tak berbaju cam diaorang amik tu. Tapi encik suami tak nak. Dia cakap nanti dah besar malu la baby tu, isteri yang suka menjawab ni cakap tak apelah kan kecik lagi, lagipun masa lahir keluar2 pun tak pakai baju kan. Encik suami pun jawab tapi masa tu tak amik gambar kan -_- yela yela mengalah je la, nak jugak ikot gaya orang putih kan aku ni, padahal boleh je amik gambar pakai baju apelah guna mama dengan papa dia beli baju cantik cantik kan. Tapi kalau pakai tuala berkemban macam ni comel jugak kan, nak jugak tu.


Ni antara idea new born photography

oh my cuteness :)

A Tiny Little Redhead – Indianapolis Newborn Photography




Meet Gracie – South Side Indianapolis Newborn Photography

Newborn Triplets Girls – Indianapolis Newborn Photography
ni kalau kembar tiga comel je kan

newborn girl styling and posing

Kalau bayar photographer untuk dua photoshoot ni makan beribu ribu jugak la ni, tapi dia mesti ada pakej siap photobook sekali kan. Untuk penjimatan amik je la gambar sendiri dan photobook tu kita tempah je online tunggu mana mana online photobook yang ade offer grab je cepat cepat, baru berapa je kan. Nak ada baby ni kene banyak berjimat ni, beli yang mana pentingkan.

Pagi tadi babah hantar email gambar aku dan kakak2 ku masa kecik2. Dari kiri along, angah dan aku. Agak2 baby nanti ikot muka aku ke encik suami, orang kata muka aku dengan encik suami sama, baby nanti agaknya satu acuan jugakla kan. Tapi nak yang mata bulat haha demand pulak kan. Yang penting anak mama sihat ye, tak sabar dah nak gi scan ni♥
dah dah geram tengok gambar baby baby yang comel ni kang tak berbuka nanti, tengok gambar ayam pun tak siap goreng ni, ok la nak goreng ayam ni

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. semuanya comel2.. rasanya mmg xbuat la meternity shoot.. amik gambar sendiri2 jer..jimat..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jijah sekarang perot dah besar cantik je, nak jimat amik je gambar sendiri, pastu wat prop comel2 :)

      Delete
  2. bestnye dija..bole amik gambar peyot comel ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula excited tengok pic orang lain. Takpe in shaa Allah nanti liyana pun boleh amik gambar cam tu jugak. Amin ♥

      Delete
  3. Dija...comeinye gamba baby tu.Ya Allah.Gewam tgk.Kalau duit byk besh je kan.Semua moment pon rakamkan via pro photoG.Tapi sha xle kot sebab HB memang sgt x ske amek gamba n x reti senyum.Haha.Buat sendiri pon boleh dija.Buat props comei2. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sha kalau ade depan mata mau kene gomol baby2 ni..hehe tula sha kalo banyak duit mmg dah bayar je yg profesional kan, ni telan liur je la tengokkan.. lagipun pasni byk nak pakai duit, buat sendiri jela :)

      Delete
  4. Salam kenal...
    Hai kak Dija...
    comel nye semua gambar maternity photoshoot tuee...
    dah kawin nanti nak buat mcm tu jugak lah hehe..

    saya dah follow akak..if dont mind follow me too yee...hehe

    http://eiydacalyx90.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Thanks follow akak. Akak dah follow aida. Dah kawin nanti semuenye boleh nak amik gambar macam2 mana :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate