Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, July 31, 2013

Kira Gerakan Baby

Gigih ni pepagi dah nak update entry. Update lelaju ni sebelum sambung tido semula. Dah beberapa hari nak update blog ni tapi tertangguh disebabkan internat kat rumah buat hal dan orang tm yang buat hal. Mula2 telefon rumah yang rosak, telefon belum baik lagi dah internet kene penyakit berjangkit, tak boleh guna jugak. Ari ni dah ari ke 11 dah rosak, telefon orang tm dah berapa kali dah, nombor aduan pun tiap kali call rajin betol bagi nombor aduan baru, tapi tunggu maintenance dia datang rumah untuk baiki dan tengok kerosokan tak jugak datang, memang menguji kesabaran betul, balik2 bila call jawapan dia area situ memang ada masalah cable, tiap kali call konon datang betulkan cable kat luar tapi tak reti nak jenguk kat rumah agaknya, bende kita bayar bukan free kan, memang mengundang emosi betol. Yang peliknya kata area situ bermasalah tapi telefon dengan internet jiran ni elok pulak kan. Bila Nak call tm tu kan, dah telefon rumah rosak, haruslah menumpang rumah mak ngah aku yang selang sepintu dari rumah, pinjam la telefon mak ngah, semalam mak ngah pulak yang call kan. Mak ngah mintak orang tm call aku pun dia tak de pun call, memang hari ni kene call lagi la jawabnya, memang suke agaknya orang tm ni nak kita call hari2, bil cepat je sampai, lambat bayar cepat je nak potong kan, tapi bila bab cam ni tak reti nak jaga customer betol. Emosi betul dah ni, sambil emosi baby pun gerak2, tau mama dia dah terlebih emosi dah ni hoho


Tutup cerita pasal orang tm yang ntah ape ape, tapi mengharap hari ni jugak internet elok, bosan ok bila internet tak ade ni, encik suami yang tinggalkan satu handphone dia supaya aku boleh guna wifi ni dapat la update blog meluah perasaankan. Padahal nak cerita bende lain saja nak selit yang emosi ni sikit.

Semalam 30.7 *aku pun baru perasan semalam 30hb, duduk rumah ni tak reti nak tengok tarikh*, bermakna dah genap 8 bulan usia perkahwinan kami, cepat je masa berlalu kan, tak sedar pun. Tahun ni kiranya banyak la pengalaman baru bersama orang orang baru. Baby kz dalam perut mama ni pun esok dah genap 29 minggu. Rasa cepat je masa berlalu, tak sabar tunggu baby lahir tapi dalam masa yang sama berdebar gila nak melahirkan kan. Sape la yang tak berdebar kan, dahla pertama kali ni, anak pertama pulak kan. Doakan semue berjalan lancar ya sampai la kelahiran nanti ya. Entry lepas dah meninggalkan tanda tanya kat korang semue baby gugurl ke boboy kan. Amboi semue teke gugurl kan, tapi tak nak la beritau lagi betul ke tidak *gedik sangat*. Tunggu saat kelahiran nanti okey ♥ masa pergi klinik minggu lepas, usia kandungan *ayat skema pulakkan* dah genap 28 minggu jadinya nurse dah suruh start kira gerakan baby. Start dari pukol 9 pagi sampai 8 malam kene cukup 10 gerakan baby, lebih tak apa ye, jangan kurang. Tapi baby mama ni aktif di tengah malam dan di subuh hari tau, kalau nurse suruh kira dari pukol 6 pagi pun dah boleh ni, yela lepas subuh kan bila encik suami dah pergi keje, puan isteri apa lagi sambung tido la dengan baby sekali, masa tido tak perasan pulak baby gerak gerak ke tak, rasa macam baby tido sekali. Dan Selalunya bila sebok buat bende lain tak berapa perasan baby gerak, tapi kalau tengah bermalasan atas katil memang perasan la baby gerak dengan aktif, papanya pun seronok sebab tiap kali pegang perot dapat rasa baby gerak. Nak start kira dari pukol 9 pagi tu memang payah bila mamanya bangun semula pukol 10 lebih. Baby pun ikot sama bangun lambat la kan, biasanya petang dah cukup dah 10 gerakan baby. Encik suami pun dah bising semalam sebab aku tak kira pun gerakan baby, aku jawab cukup kot, main agak agak je tau, sebab selalu terlupa je nak kira tau. Encik suami cakap kene jugak kira, mana tau nanti tak cukup 1 ke kan. Bahaya untuk baby jugak kan -_- ok mamanya bersalah, mulai hari ni kene jugak kira betol betol lepastu teros tulis ya. Ha, Kalau tak cukup 10 gerakan pada jam 8 malam kene cepat cepat pergi hospital, untuk check baby tau. Masa kita checkup kat klinik nanti nurse akan ajar macsm mana nak kira gerakan baby *aku bila encik suami tanya reti tak nak kira macam mana, confident je jawab reti, lepastu baru la nak mesej tanya encik suami betol tak cara aku kira tu, tu sebenarnya saje je kan nak mesej encik suami masa dia keje kan ♥ 

Baby sekarang ni memang bergerak lagi aktif, kadang rasa geli je perot ni, lepastu rasa macam beriya betol dia tolak2 perot mama dia ni. Dah 29 minggu ni kan, persediaan untuk barangan baby, macam baju semue tu tak beli lagi tau, haritu jalan kat angsana nak jugak la tengok baju baby, best gila tau banyak sales tapi mak aiii orang pun ramai gila, nak bayar pun ramai, tak sanggup la pulak kan bersesak2 cam tu, last last beli tshirt raya untuk papanya je, tapi mamanya yang excited pilih, rambang mata woo macam nak pilih baju untuk sendiri je gayanya. Lepas raya la kita shopping untuk baby pulak ya sayang.

Okla selamat merajinkan diri mengira gerakan baby♥ nak jugak tepek gambar mamanya masa pergi angsana shopping baju untuk papa dengan dapat la beli tudung empat segi dan shawl yang semuenye berharga rm10, jimat jimat. Lagi murah lagi bestkan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

5 comments:

  1. Comeinye mama dija.Sha doakan dija n baby sihat2 dan urusan dija dipermudahkan.Dah 28 minggu.Kejap je rase.Ngee.Take care taw mama dija.

    *Spotted.baby kz.dah ade name eyh?wink2...

    ReplyDelete
  2. halaaahalaaaa maken chomelll m2b ni... Dija nampak berseri2 tau... take care ok!

    ReplyDelete
  3. hai dija!! lama tak singgah sini... makin berseri-seri nampak...
    baru tahu kena kira gerakan baby..

    ReplyDelete
  4. jgn malas2 kira pergerakan baby yer dija.. saila doakan dija n baby sihat2 :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni jgn malas2 kira pergerakan baby yer.. bahaya tu..hehe

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate