~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, July 12, 2013

Sahur dah macam kewajipan

Alhamdulillah hari ni dah 3 ramadhan. Ramadhan kali ni berbeze dengan tahun tahun sebelumnya sebab ramadhan kali ni dah pun bergelar isteri. Masa ni barulah rasa bertanggungjawab nak masak untuk berbuka dan jugak sahur. Kalau sebelum ni kalau bercuti dan duduk dirumah, waktu nak berbuka boleh goyang kaki tengok tv tak tolong mama masak *serius sebelum kahwin aku anak dara pemalas, tak de sapelah nak jadikan menantu kalau tau perangai aku macam tu*. Tapi tahun ni dah berbeze. Lepas asar dah ke dapur berbincang okey dengan mama nak masak ape *makanya mak jangan risau ye, menantu mak akan jaga makan minum anak mak macam mak jaga selami ni walaupun mungkin tak terbaik macam yang mak jaga*. Kalau nak buat dua jenis lauk, aku akan masak satu jenis lauk dan mama masak satu jenis lauk, nampak satu perubahan yang baikkan bile dah kawin. Jadinya bila dah kawin ni jalankan la tanggungjawab anda ye, ayat ni dituju untuk diri sendiri yang sebelum ni pemalas. Sahur pulak bangun tunggu mama kejutkan, bangun sambil jalan tutup2 mata, dah turun bawah kat meje makan, tunggu je mama hidangkan makanan, tu sebelum kahwin okey, sebelum ya harap maklum. Bila masa belajar pulak memang bangun sahur untuk minum air masak je, sebab konon perot boleh bertahan kalau tak bangun makan pun dan malas sebenarnya, lepas minum air cepat2 nak sambung tidur. Dan masa encik suami belajar pulak kadang call nak memastikan encik suami dah bangun ke tak sahur, call banyak kali sambil emosi tak terkawal, sebab encik suami tido mati call banyak kali tak angkat. Tapi bila kahwin ni kan, Alhamdulillah la, senang je nak kejut encik suami bangun sahur. Dan sahur ni dah jadi kewajipan untuk aku, dah tak boleh tak makan sahur, selain kita boleh dapatkan pahala bersahur, kene la bagi makan baby yang dalam perot ni jugakkan. Baby mama oun tak banyak kerenah, baik je sepanjang puasa ni, dan rak la rasa loya bila perot kosong, syukur Allah permudahkan. Cuma bulan puasa ni baby aktif pulak gerak2 dah 26 minggu kan pergerakan mestilah semakin aktifkan.

Sahur seeloknya bila dah penghujung dan berbuka di awal waktu kan. Jadinya Pukol 4.40 pagi baru aku akan bangun sahur. Sepanjang dah tiga kali ni sahur tak masak yang berat2 sangat pun lauknya, sebab encik suami pun tak selera sangat nak makan sahur, kira sahur ni macam untuk alas perot je bagi kami, bukanlah untuk melantak habis habisan kan. Dua hari sahur tu makan menu yang sama, nasi putih + telor mata + serunding, nak sedap tambah kicap atau sup ayam. Sangat simple je menunya kan. Tapi semalam encik suami tibe2 tanya tau, sape yang gorengkan telur, mestilah aku yang gorengkan kan, encik suami cakap cantik telornya, kembang hati dan badan pagi pagi dengar pujian dari encik suami kan♥ nampak sangat selalu aku goreng telor tak cantik, tetiba pagi tu tercantik la pulak kan, eh tapikan, aku tak suke telor kuning yang cair2 dan kalau boleh biarlah bentuk burok2 tu lagi sedap pada aku, ntah ape2 je kan. Dan baru terbaca yang telor separuh masak pun ibu mengandung tak boleh makan, sebelum ni ada jugak terbaca yang memang ibu mengandung tak boleh makan makanan yang mentah atau separuh masak macam sushi ke. Makanan laut pun kene masak betol2 dan sayur mentah tu pun kene cuci bersih2, telor ni tak tau pulak. Bila dah tau boleh la dielakkan kan, tapi aku bukan suke half cook egg kan jadi tak berape nak heranlah kan.

Bila bulan puasa ni kan menu yang ditunggu2 haruslah bubur lambukkan. Tak de maknanya aku nak masak sendiri, kat masjid orang dah masak, babah amik je kan. Biasanya lauk untuk berbuka dah ada jadi tak delah selera nak makan bubur pulak, jadi bubur simpan je dalam peti sejuk, esoknya panaskan je untuk sahur. Dah senang menu sahur pagi tadi. Makan je bubur lambuk + serunding. *Agak agak kan encik suami bosan tak kalau tiap hari makan bubur lambuk yek? Senang keje aku kan hehe ada sikit unsur malas*. Ayam masak merah seketul tak abis lagi untuk yang berbuka semalam, aku makan dengan bubur. Nak bagi lagi kenyang supaya tak la rasa lapar sangat pagi tadi makan 3 biji kurma. Masa buke pun aku makan 3 biji kurma. Ibu mengandung memang elok makan kurma kan. Bulan puasa pulak mama memang suke buat jus kurma, pagi masa sahur tu minum la sikit jus kurma tu. Dah makan banyak2 tu in shaa Allah kenyang. Semalam pulak mama buat puding buah, untuk berbuka memang la dah makan kan. Sahur pun selamba je aku makan puding buah tu sedap je. Sekarang memang selere je nak makan sahur♥ nak baikkan penghadaman dan elakkan sembelit, semalam siang sembelit jugak tau, malam makan la mangga masa berbuka, memang senang la nak membuang tau.

Encik suami kan habis kerje pukol 7, dalam perjalanan balik tu azan, jadinya semalam sementara tunggu suami aku makan dulu kurma dan pencuci mulot dulu puding buah dan minum air susu chocolate sikit. Pastu ingatnya nak naik solat dulu, baru nak naik dah dengar bunyi kete, awal jugak la encik suami sampai, encik suami cakap tak jem pun jalan, bulan puasa semue dapat balik awal kan. Jadinya encik suami balik teroslah makan nasi bersama. Hari ni pun encik suami kerje 7 lebih baru balik rumah, kene makan buah2an dulu la sementara tunggu encik suami kan. Dan hari ni si kecik aira humaira balik, angah aku saja balik hujung minggu, tak sabar nak jumpe si kecik tu♥

Dan lagi best sebab esok dan ahad encik suami cuti, tapi bila bulan puasa ni kan bukan larat sangat nak jalan lagi bila cuaca panas terikkan. First day puasa encik suami cutikan, jalan la gi sutera mall, cuaca pulak panas terik, rasa badan lemah je. Tapi rasa sutera mall ni melampau tau, belum lagi abis 1st ramadhan dah putar lagu raya? Tapi masa jalan kat kotaraya last week sebelum puasa, lagi la melampau ada kedai yang dah pasang lagu raya. Belum start puasa lagi kan dah nak feeling raya pulakkan.

Aktiviti bulan puasa aku sama je, tapi sekarang ada penambahan aktiviti menggosok baju melayu encik suami, senang dia nak pergi terawih nanti, baju melayu semue dah bergosok kan.

Selamat berpuasa semue semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya kan♥ untuk encik suami selamat berbuka puasa dalam kerete minum air dulu ya, jumpa malam nanti makan nasi sesama. Cuaca ni macam gilir2 pulak kan semalam hujan sejuk je, hari ni panas pulak kan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

12 comments:

  1. Samela kte dija.Puasa pertama sebagai isteri.Sep2.Hehe.Sahur sha banyak panaskan lauk je.Tapi masa berbuka masak beria.Tambahan pon goreng2.Ngee.Beshnye baby baik2 je dalam tu.Dapatla dija puasa pnoh.InsyaAllah.

    *So sweet...comel je iron bj melayu utk terawih.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan bestkan puasa dah jadi isteri orang rasa bertanggungjawab sikit hehe amin doakan dija kuat untuk pose penoh ye. In sha Allah pasni rezeki sha pulak..amin
      Kenw iron baju tu kalo tak renyuk pulak hee

      Delete
  2. ok la tu masak dgn mk, ada jugak peneman..ana nie sahur dgn bbke masak sorg2 je..kadang hubby tolong sekali klo die xovertime.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alala tak pe masak tuk hubby meati hubby bertambah sayang nanti :)

      Delete
  3. i dulu before kawen tak bangun sahur tau huhu. tapi skrg ni pun kitorang tak bangun sahur sebab memang jenis tido lambat 2,3 pagi. so before tido kitorang makan je dulu. tapi tak ikut sunnah la kan huhu

    btw take care dija. awak tu pregnant kene makan tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cha :) dija ni agaknya kalo tak pregnant mesti malas2 je nak bangun sahur, tapi kalau tak sahur memang lapar la, ni sahur pun perot dah bunyi2 tau :)

      Delete
  4. selamat berpuasa dija.. sonok berpuasa dgn hubs eh.. sara x sabar nk dpt puasa sama hubs.. tp bila pk balik sedih plak bila x dpt berpuasa sama family nnt. huhu.. camne puasa sbg mommy? hope baby and mommy sehat sentiasa.. xoxo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak sarah. Next year in sha Allah puasa dengan hubby ya :) dija tinggal ngan mama babah jadi sahur dengan mama jugak hee thanks sarah doakan kami sihat sentiasa ya :)

      Delete
  5. nak comment pasal sahur ngan buke ngan buke dengan suami, belum kawen pulak.. hihihi.. btw, mmg banyak kedai2 n shopping kompleks yg suke putar lagu raye awal2.. meriah katenyer..huhu

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa dija!! makin bermakna, rite?? nak2 bile dh jd istri org. totally diff!! hihi.. kite sllu bgn sahur 4.30. dah siap smue, baru kejut en sOmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa aizu. :) dija pukol 4.50 dah kejot hubby pastu pesan je kat dia 10 minit lagi turun, dija turun dulu buat air, tak larat nak turun nek banyak kali sekarang ni :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate