~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, September 18, 2013

Maternity Photoshoot

Amboi rajin bukan main update memalam, encik suami tak ade kat sebelah tak ade orang nak kacau bosan jugak ni, nak bercinta dalam tepon pun tak dapat la malam ni, encik suami oncall. Kalau dia tak busy baru dia call, kalau tak, tatap je la gambar encik suami kat screen phone kan.

Ni nak update sikit pasal maternity photoshoot yang tak seberape tu. Ni dah macam mengidam time mengandung jugak ni, nak jugak berphotoshoot bagai. Tapi nak bayar photographer professional bagai tu tak la mampu, jadi nak mudah buat je semue sendiri. Gambar pun edit je sendiri, tunggu je ade photobook promotion online, order je, masukkan gambar, dah siap. Tu nak tunggu bila baby lahir nak buat newborn photoshoot pulak. Boleh terus beli dua photobook kan.

Masa photoshoot ni, dah 34weeks. Lokasi tempat berphotoshoot ni disebabkan aku ni suka stalk fyn jamal, nampak pulak dia photoshoot kat tempat cantik ni, baca komen2 kat instagram dapat tau tempat terus ajak encik suami nak amik gambar kat situ jugak. Encik suami pun tak banyak songeh dia layankan je aku ni. Tempat cantik tu kat putrajaya, taman saujana hijau. Korang yang nak amik gambar prewedding ke, outdoor ke, family ke, maternity ke sangat recommended.  Tempat cantik sangat, tak cukup masa je nak posing. Untuk idea photoshoot kami yang tak profesionnal ni guna je khidmat mr google search je photoshoot idea, keluar la macam2 idea yang cantik2 yang boleh diguna pakai sepanjang photoshoot tu. Photographer encik suami sendiri, bila perlukan bantuan baru la adik dan cousin aku jadi photographer tak berbayar. Camera pun dah ade jadi tak ade masalah sangat la kan. Sebelum photoshoot fikir jugak nak pakai baju ape ni, kebetulan hari jumaat tu jalan area shah alam sebelum tu makan abc fradoo yang aku idamkan tu, sementara tunggu encik suami solat jumaat, aku dengan cousin jalan jalan kat kedai kedai seksyen 7 yang best best tu. Sempat la beli cardigan kat dreemika,  lepastu nampak pulak cardigan dan dress cantik kat zawara terus je cuba dan ape lagi terbeli la kan. Yang lagi best hujung bulan 9 zawara nak bukak cawangan butik kat johor. Ok senang nak shopping kononnya padahal lepas pantang dah nak pindah mersing.

Gambar photoshoot dah letak sikit semalam, boleh tengok kat entry sebelum. Hari ni tepek satu gambar ni je. Sebab suke gambar ni♥ rindu encik suami ♥


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. nak jugakk,nak jugakk..hehehe! comel la :D

    ReplyDelete
  2. alololo...comel nya... nnt dh pregnant, nk shoot jugak... hehehehe...

    ReplyDelete
  3. aaaaaa......comelnyer perut tu...geram..nk jugak photoshoot.....

    ReplyDelete
  4. cumel perut.. rindunya zaman preggy si hakimi.. perut bulat je..sekali besar hakimi haa

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum awak. comelnya gambar! hehee kenangan kan... saya pun terasa cam nak buat maternity photoshoot tapi perut ni aurat. tak boleh nak tayang kat orang. jadi serba salah.. maybe buat juga, tapi gambar untuk tatapan sendiri kot. hiewhiew ~~~

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate