Ok semakin dah dekat dengan due date nak bersalin ni semakin malas nak update blog kan, diam je mesti orang ingat dah bersalin. Esok genap 39minggu dah. Belum ade tanda tanda lagi nak bersalin ni, tak ade sakit sakit, tadi checkup doktor tanya sakit dah tak, aku senyum2 je cakap tak, dia kate boleh senyum lagi maknanya tak sakit lagi la tu. Tapi semalam tetibe sakit perot sampai tak boleh mengiring tau, kene baring terlentang, sakit dalam 2minit camtu lepastu terus hilang dan ok. Berat dah 2 minggu ni turun je tiap kali timbang. Misi cakap dah nak bersalin tu sebab tu berat makin kurang. Makannya banyak je tau tapi berat tak nak naik. Baby tak taula dah bape kilo. Last checkup masa 36weeks baby dah 2.7 kg. Sekarang tak taulah dah berapa.
Disebabkan aku ade gdm, kencing manis masa mengandung makanya tak boleh overdue kan, risiko untuk baby. Jadinya kalau sampai minggu depan pun tak sakit lagi, lepas je raya, sempat makan banyak banyak lagi, *tu yang difikirkan*, rabu petang kene serah diri kat hospital, hari khamis nak induce. Dah decide nak bersalin kat hospital berdekatan je, hospital sultanah aminah, senang sikit, walaupun nanti mesti segan sebab dulu encik suami keje situ misi ngan doktor pun mestilah kenal kan. Tapi nak bersalin tu abaikan je la perasaan segan segan, tapi pesan jugak kat encik suami nak doktor perempuan je nanti, harapnya dapat la. Tapi harap sangat bersalin sebelum tarikh tu sebab tak nak induce, bila baca pengalaman orang kat blog blog rasa seram je, rasa seram lepastu baca je, bukan setakat 1 blog je baca, baca banyak pulak tu, memang saja psyco diri sendiri. Tiap kali solat doa biarlah bersalin sebelum tarikh tu dan secara normal dan dipermudahkan semuenye. Usap usap jugak perot pujuk baby keluar awal sikit. Babynya macam seronok sangat duduk berenang dalam perot mama ni. Untuk mempercepatkan lagi, suri rumah yang tak ada keje macam aku ni suami pulak dah kat mersing kan, jadinya tak la banyak jalan kan, start hari ni barula nak jalan banyak sikit, petang2 pergi taman, biar cepat sikit la bersalin kan. Doakan dipermudahkan semuenye ya. Kakak ipar aku dah siap mimpi aku dapat baby gurl rambut keriting, haha comel jekan. Nantikan kz junior dari kami♥
Sempat lagi sebelum checkup tadi amik gambar dengan fish eye lens bersama anak buah aku, orang nak fish eye lens aku nak jugak, jakun okey. hidung bukan main kembang lagi, pastu akak ipar cakap ni hidung dah kembang dah nak bersalin dah ni, haha rasanya dari awal memang hidung dah kembang *tu jawapan biasa aku la*, tapi agaknya masa mengandung ni makin kembang la kot pasal tu orang asik tegur je, tunggu la pas bersalin ni kecut semue kan.
Pujuk bby bnyk2.. InsyaALLAH.. Mcm sy hritu gtu jgk.. Plan nk induce tp baby sukarela kluar pd trikh yg nk tu.. :)
ReplyDeleteTula ari2 pujuk baby n, hari2 doa mintak keluar sebelum tarikh tu, doakan dija ya :)
Deleteeh..bukan kalau GDM tuu..kene bersalin 38 weeks ke?..
ReplyDeleteHaah ramai yg 38weeks dah kene induce kan. Masa dija check 36weeks dia tgk bsp semuenye ok, baby pun tak ade problem dan tak la besar sangat tu dia ckp 40weeks nnt, tp xleh overdue la
Deletewah... lama tak melawat sini... good luck dija..
ReplyDeleteHaah zarith pun jarang2 update dah. Thanks zarith :)
Deletegood luck dijah, semoga semuanya dipermudahkan :)
ReplyDeleteAmin, thanks saila :)
Deletexlama dah jijah....bestnya!!! :D
ReplyDeleteEika pun dah tak lame kan. Kot2 keluar terawal nanti mane tau :)#+
DeleteDija...semoga Allah permudahkan urusan Dija nak bersalin.Banyak2 doa dear.X saba nak tgk anak Dija.Nanti update taw.Ngee.Mesti comel mcm Dija. :)
ReplyDeleteAmin. Terima kasih sha. Dija pun tak sabar nak tengok baby sendiri tapi dalam masa yg sama nebes gak ni :) in shaa Allah nanti dija update, takot nanti pas bersalin makin malas menaip hee
Deletesronoknya..menghitung detik :)
ReplyDeletesmoga segalanya dipermudahkan.. slamat berjuang kawan! nnt pe2, update k
Terima kasih aizu :) seronok hitung tapi dalam masa yang sama takot sampai tarikhnya, harap sangat bersalin sebelum tu :)
DeleteGud luck dijah...xsbr nk tgok bby...
ReplyDeleteThanks cik mah. Dija pun tak sabar nak tengok baby walaupn takot2 gak ni :)
DeleteSaya takkan tipu..bersalin memang sakit..tapi sakit tu berbaloi untuk anak.good luck..semoga dipermudahkan
ReplyDeleteFiqah takot bace tau hee tapi tau mesti sakit gila, dija takot2 pun suke gak nak baca pengalaman org konon tambah ilmu tapi cam psyco diri gak la :)
DeleteWah bestnya... X lama je lg.. Cant wait to see kz junior.. Xoxo..
ReplyDelete