~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, June 19, 2013

Hadiah Birthday Encik suami

Lagi beberapa hari je nak sambut ramadhan kan, dan lagi beberapa hari jugak merupakan hari yang penting buat encik suami. Birthday encik suami 7 julai beberapa hari je sebelum bulan puasa. Hadiah untuk encik suami memang dah tak surprise la, memang dia pun dah tau apa yang aku nak bagi, nak sangat camera, aku pulak yang lebih excited ni, tak sabar nak dapat camera tau, eh dapat ke bagi kan? 

Untuk raya tahun ni *belum puasa dah cerita pasal raya kan*, tapi mesti korang semue pun dah excited dah beli atau tempah baju rayakan, nak tempah baju raya sekarang memang tak ada la kan, semue dah tutup tempahan. Raya tahun ni dah memang nak beli baju siap je malas nak beli kain dan tempah2 ni sebab tau akan jadi lagi mahal nanti, ntah2 harga tempahan lagi mahal dari harga kain kan. Tahun2 selepas ni pun nak beli baju siap je. Disebabkan badan ni mengembang dan perot pun mungkin bila raya semakin maju lagi ke depan, ditakuti la kalau beli baju kurung nanti tak muat ke apa dah satu hal, jadi tak payah la nak berfesyen bagai kan. Beli je dress, tu pun satu je beli, lagi 2-3 baju kan korek je dari dalam almari tengok ada je baju yang tak pernah pakai boleh pakai masa raya, dengan baju 2 tahun lepas orang pun dah tak ingat tapi masih elok lagi kan tak payah membazir pakai je baju lama kan. Bila baju aku dah dapat mestilah sekarang misi untuk mencari baju melayu untuk encik suami dan haruslah sedondon. Theme apa tahun ni, kene surprise la, up entry masa raya nanti ya. Sebelum ni dah cari baju kat danga city mall, tak jumpa yang berkenan, encik suami orang johor kan, tak nak la koler cekak musang, nak yang teluk belanga. Ok kita ikotkan je la kan. Disebabkan semalam encik suami cuti semalam, kami meneruskan misi mencari baju di angsana, ya allah aku yang lebih teruja tengok baju siap untuk perempuan semue cantik cantik ok, harga pun ada yang rasa mampu dimiliki la, badan je tak yakin boleh pakai. Sambil jalan cakap dekat encik suami tahun depan la beli, geram je, tahun depan mesti kurus, yakin je kan. Lepas bersalin memang kene pantang betol2 ni ♥ ada la 2 -3 temlat yang warna seakan dress aku tu, harga lingkungan 110 ke 150, mahal kan harga baju melayu sekarang ni, lagi mahal dari dress aku ni. Tapi tak apalah mahal sikit janji encik suami selesa, tanya encik suami nak yang macam mana, aku memang kalau boleh tak nak satin untuk baju melayu encik suami, satin selalunya murah sikit, tapi panas dan nampak terlalu renyuk la, tu yang tak suka. Jadi baju melayu pilihan adalah cotton dan selain satin la. Dua tempat tu murah sikit, warna lebih kurang tapi ada corak2 sikit kat baju melayu tu, macam jalur2 kan nampak style jugak la. Tapi pilihan encik suami kat kedai ketiga, agak mahal sikit harga iaitu 150 kain pun nampak cantik, tu campuran cotton dengan apa ntah, yang paling penting menjadi pilihan encik suami sebab warna paling nampak sama dengan dress aku, nak jugak baju paling sedondong dengan puan isteri dia ya. Selesai dah beli baju raya sebelum bulan puasa kan. Paham paham je la bulan puasa nanti penat la, malas nak jalan la, dah ada baju ni lege la kan.


Sambil jalan tu saja la nak tengok kamera hadiah untuk encik suami, lagipun dah dekat birthday encik suamikan. Pergi satu kedai kat tingkat atas ni, mintak la antara kamera pilihan encik suami ialah nikon 1. Pilihan aku haritu samsung nx1000 warna pink tau. Tapi masa kitaorang pergi singapore dia suggestkan yang nikon 1 tu lagi bagus, memang buat kami terpengaruh la. Kat sana 600$ harga nikon 1 dan  samsung nx1000 murah gila hanya 400$ je tau, tapi masa tu belum nak belikan survey je dulu, tapi kat Singapore tak best orang nak survey pun dia macam paksa nak suruh orang beli masa tu jugak tau, tak best tau macam tu. Dan dalam masa yang sama takot jugak kita nak beli kat luar ni kan, last2 dah buat keputusan beli kat malaysia je je la, lagi senang kan. Bila tanya harga nikon 1 tu kan, orang kedai tu boleh cakap pulak daripada beli nikon 1, harga dia kat kedai tu pun 1700 lebih baik beli samsung nx1000 sebab harga pun mahal sikit je 1799. Dan dia kata bagus lagi samsung nx1000 sebab pixel dia besar, kalau amik gambar family ke nak print besarkan tak pecah sebab pixel besar, lens pun boleh tukar2 dan harga lens lagi murah dari lens nikon n1 tu. Dan kalau beli samsung nx1000 dia bagi free memory card dengan tripod yang besar, kan dah jimat tak payah beli tripod kan. Kalau nikon 1 tak dapat. Dan tambah best sebab samsung NX1000 ada wifi. Dan dia pun terus pengaruhi kami cakap kalau memang confirm nak beli dia bagi harga rm1600 je dan boleh letak deposit dulu kalau tak nak bayar teros pun. Bila dia dah cakap macam macam kan, aku tau encik suami confirm dah terpengaruh ni, kami setuju la nak beli, kamera nx1000 kat kedai tu pun tinggal 4 kotak je camera tu, tak sure la colour pink dengan warna apa je, rasanya memang dapat yang colour pink la ni kan. Kami letak deposit dulu, tunggu gaji hujung bulan ni baru datang amik, tinggal berapa hari je nak gaji kan, angsana pun bukan jauh mana pun, boleh la datang amikkan. Rasanya macam impian aku pulak yang terlaksana dahla nak samsung nx1000 kan, tapi warna pink memang comel la, dapat warna pink la nanti kot haha dah macam hadiah untuk diri sendiri ni padahal hadiah untuk encik suami ni. sebenarnya niat nak jalan beli baju raya, dah tertengok dan tercop hadiah untuk encik suami, kira baru cop la sebab baru bayar deposit kan. 


Nikon 1

Samsung nx1000

Teruja nak dapat camera ni, lepas ni boleh la amik gambar guna camera, kalau pergi jalan pun boleh la guna tripod kan, tak adalah gilir2 amik gambar macam jalan sorang sorang kan. yang lagi best sebab ada wifikan senang la nak upload gambar nanti. Dah nak raya pulak lagi banyak nak amik gambar kan, nak maternity shoot pulak, ok dah banyak berangan ni.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

9 comments:

  1. excited kan nak raya bersama suami..hehehe..saila excited gilerrrr..xsabar nak pakai baju raya sama2..theme? belasah je janji raya bersamaaaaa..hehe :D

    ReplyDelete
  2. baju raya....alamak....poning taw baju raya thun ni.pwot kedepan raya ni :P yang dok nampak dress ja ni :o

    ReplyDelete
  3. wah best..lucky ur hubby sayang... :) tak sabar jugak nak beraya besama...WE da siap ada tema dah ekekeke

    ReplyDelete
  4. 7 julai? sama besday husband kita n anniversary kitorg. bye2 dija, kitorang celebrate naik cruise. hak hak. btw, aritu nampak dija lg skali kat jusco taman u, depan kedai jam. dija kai jubah hitam, siap berselisih sebelah. tp dija x kenal pun kita, kita pun x tegur. hehe...

    ReplyDelete
  5. seronoklah dah nak buat persiapan raya dah..jijah tahun ni persiapan menyambut kelahiran anak mendahului persiapan raya.. due jijah lepas raya..huhuhu

    ReplyDelete
  6. yeayyy dija tul tu x sabor nak raya bersama.....part paling esaited nak sahur bersama berbuka dah selalu ehheheh

    ReplyDelete
  7. seronok taw beraya ngn husben ni.. ayu lak xsbr nk rya ngn ank.. ^_~

    ReplyDelete
  8. sama la....still no idea present hubby next month...huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. kiut2...sila ke page kami jugak http://bugisville.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate