Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, June 4, 2013

Selamat ulangtahun yang ke 9

Ni update lelaju sementara tunggu encik suami tengah main boling ni. Hari ni ulangtahun percintaan *ceh, ayat percintaan sangat*, dah 9 tahun kami bersama, banyak suka duka sepanjang kami bersama. Dah tahun ke 9, bukan satu masa yang singkat kan, mestilah banyak yang dah dilalui kan. Kalau ikot perkenalan dah dari tahun 2001 la masa form 1 kan, tapi kami start couple masa aku form 4 dan encik suami form 5, masa tu tahun 2004. Syukur alhamdulillah hubungan kami kekal sampai sekarang dan doakan semoga percintaan kami hingga ke syurga. Encik suami tengah gigih bermain boling, aku sebok duk upload gambar kat facebook la, instagram la, blog pun sempat laju laju update ni. Tak ada sambutan ataupun kejutan pun untuk hari ni, cukup sekadar wish tapi tak cukup jugak untuk aku sambil lalu secret recipe tadi mintak kat encik suami nak sepotong kek secret recipe♥ nak bagi ucapan untuk encik suami la walaupun rasa dah pernah tulis jugak ucapan berulang kat blog, untuk encik suami mengenali mu adalah sesuatu yang indah dalam hidupku, terima kasih selalu cuba menjadi yang terbaik untuk diriku, tak pernah penat melayan kerenag diriku selama 9 tahun ni, semoga cinta kita terus mekar dan dikurniakan zuriat yang ramai kan in shaa Allah. Love you abang ♥ tapi usia perkahwinan kami baru la nak masuk 6 bulan.

Post gambar sikit untuk hari ni, dah lame tak post gambar syok sendiri kat blog.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. wahhh...lamenye dija.Tahniah dear.Semoga kekal hingga akhir hayat.Amin. :)

    ReplyDelete
  2. hi dija!! long tim no c.. hhehehe.
    smoga hubungan kekal selamanya ye.. aminnnn

    ReplyDelete
  3. lamanyaaaaaaa..saila 6thn bercinta pun rasa ya allah bila nk kawen ni..hahahaha! tahniah dijah dan suami sebab berjaya mengekalkan hubungan korang sampai ke hari ni dan syurga, amin :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate