~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, June 28, 2013

Testing Camera NX1000

Birthday encik suami belum tiba tapi hadiah dah didapati di tangan dah, samsung nx1000 colour pink, colour pink okey dah menjadi milik encik suami. Hari selasa encik suami balik je dari kerje teros je pergi bayar baki keseluruhan haritu dan dapatla ambil camera nx1000 tu. Ape ni hadiah encik suami dia pergi bayar sendiri dan amik sendiri kan, tapi duit pakai duit aku okey. Harga aku beli ni lebih murah berbanding beli kat samsung. Untuk samsung nx1000 ni ada international warranty 1 years. Kot kot la masa berjalan gi oversea dengan encik suamikan, tup tap camera pulak buat hal kan, boleh la di baiki di samsung center di sana, international kan. Yang lain macam biasa la dapat free memory card, beg, tripod. Ni sempat snap picture encik suami tengah teruje lagi dapat camera, dah pukol 10 malam mee rebus pun diabaikan tu.

camera nx1000 pink milik encik suami

Encik suami pulak suka la nak amik gambar masa aku baru bangun tido dengan muka serabai lagi, konon natural beauty la kan, taik mata pun bertepek tepek lagikan.

dalam kerete sebelum pergi klinik

Ha, Semalam ada appointment di klinik desa kebetulan encik suami cuti, ada la teman pergi klinik kan. Untuk hari ni tak payah jumpa doktor nurse je yang check. Semalam jugak genap 24 minggu dah. Alhamdulillah check semuenye ok, berat pun naik dengan kadar yang cantik la, 4 minggu naik 2.1 kilo, sepatutnya 2 kilo lari sikit ni sebab aku makan roti canai la ni sebelum pergi klinik ni *tak boleh terima hakikat*. Last month check hb dah naik 11.9 kan ni dah turun balik 10.7, aku yang jujur ni mengaku je kat nurse yang aku langkah2 je makan iron tu sebab tak suke makan ubat, banyak sangat ubatnya, kalau nurse yang garang memang kene bebel la kan, nurse kat klinik desa tu pulak baik2 kan, dia cakap iron tu bagus kene makan la hari2, lepas ni kene makan dua kali sehari. Dush padan muka diri sendirikan, elok2 makan sehari sekali dah jadi dua kali, encik suami pun cakap padan muka je, sebab tau isterinya liat no nak makan ubat kan. Lepastu check denyutan jantung baby, risau okey bila lama dia try susah nak dengar denyutan jantung tu dia cakap baby kecik lagi tu yang susah. Lepas dia ukur tinggi rahim tu barulah dia try lagi sekali cuba cari mana denyutan jantung baby dan Alhamdulillah lege bila dapat dengar denyutan jantung baby tu, rasa lege sangat sangat, mau jantung aku pun gerak laju sementara tunggu nurse check denyutan jantung baby tu. Dah dengar denyutan jantung baby tu dapat hadiah pulak, hadiah injection untuk kancing gigi, sakit sikit je masa dia inject lepas tu tangan rasa lenguh sikit, pastu okey dah. Demi baby mama akan menggagahkan diri makan 2 biji iron sehari, yang penting anak mama sihat dan jadi anak yang baik ya bila lahir nanti. Ni la pengorbanan mak mak yang tak suka makan ubat tapi demi anak anak kene jugak makan, maka hargailah mak mak anda ya.

Sempat posing dalam kerete ya. Guna camera nx1000 ni, pelekat putih kat buku pink tu dah tampal hijau atas dia, ni sebab hb kurang la ni. Semoga next month naikla ya. Nak makan kerang banyak2 la boleh naikkan hb kan.

Balik tu mama yang dah mengembang ni ajak papa berphotoshoot pulak. Lokasi kapal kapal di puteri harbour. Tengah hari buta okey pergi amik gambar, ketahuilah baby yang kamu ada mama papa yang gigih berjalan tak kira panas. Ni antara gambar2 yang terpilih, biasalah modelnya mestilah mamanyakan, papanya jadi photographer tak berbayar la. Tripod pun malas bawak turun, pic berdua pun camera letak je atas kerusi. Bestnya nx1000 ni bila dah amik gambar ni boleh la terus upload di facebook, biasalah kawab2 yang amik berat ni cepat je komen bile nampak pipi yang kembang ni kan. Ayat selalu untuk encik suami, gemokkan ayang sekarang, encik suami jawab gemok pun abang sayang ♥ auwww terus suke mengedik gedik




nampak muka dah berminyak minyak, penas kottt

amik gambar depan hotel legoland yang hampir siap

muka bulattttt

Pss.. Baby ni kan macam tau je mama dia tengah cite pasal dia kat blog, sambil type ni dia gerak gerak. Tunggu nak scan lagi 3 minggu nak scan 4d nak tengok baby girl ke boy. Tak kisah baby girl ke boy yang penting anak mama sihat kan, cuma mama ni nak tau sebab dah teruja nak shopping barang untuk baby, minggu ni dah la ada expo kat danga city mall, papa pulak tak cuti. Tak pelah kita tunggu lepas raya ya♥ sempat la edit gambar


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

1 comment:

  1. amboi pink tau mesti ikut kaler fav u kan ahaha sukala tu. i nk beli 1 la camera cmni. nak angkut dslr beratttt

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate