~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, June 12, 2013

Iron best hadiah kahwin yang lambat

Dah masuk 6 bulan kami kahwin maknanya dah setengah tahun cinta halal kami ni, cepat je masa berlalu kan. Bulan enam ni jugak 4.6 adalah ulangtahun percintaan kami yang ke9 dan 9.6 tahun lepas kami melangkah ke satu langkah ke hadapan dengan mengikat hubungan kami dengan pertunangan, setahun rupenya dah berlalu, cepat je rasanya. Ni pun pejam celik pejam celik dah nak bulan puasa kan, sebelum puasa tu ada bende penting pulak, birthday encik suami, rasanya dah cukup duit nak hadiahkan en suami camera untuk birthday dia, cuma tak tau camera macam mana yang akan menjadi pilihan, suruh en suami yang buat keputusan nak macam mana kan, hadiah dia biar dia pilih baru puas hati. Rasa sekarang camera amatlah penting sekarang ni sebab kami tak ada camera kan, memang la masing2 ada handphone tapi bila jalan dah macam aku jalan sorang2 encik suami je yang tangkapkan gambar aku, kalau ada camera boleh la amik guna tripod kan, lagi la bila akan ada kehadiran cahaya baru dalam hidup kami, in shaa Allah bulan 10 nanti, bila dah ada baby confirmlah nak amik gambar baby je kan, gambar mama dia dah hilang dah, memang upload gambar baby je la, jadi sangatla memerlukan camera ni. Dan lepas raya perot pun makin membesar teringin nak buat maternity photoshoot, tak perlu photographer la elakkan pembaziran ni, duit tu boleh guna untuk baby, en suami je la jadi photographer. Lagipun nanti kat kampung boleh la amik gambar cecantik. Tahun ni harapnya mama kuat la untuk puasa penoh, baby please be nice to ur mama ok. Memang sepanjang pregnany ni baby mama baik je, semoga menjadi anak yang soleh/solehah ye anak mama ni. Masih belum scan lagi untuk tau jantina, sangat teruja nak tau naby girl or boy, nak buat scan yang 4d jadinya tunggu 26weeks la, baru nampakkan, sekarang baru nak masuk 22weeks, lagi 4 weeks boleh la scan, minggu pertama puasa tu. Dah pilih dah tempat mana yang nak scan kat area jb ni, nanti dah scan aku review ye senang mom to be area johor yang nak scan 4d nanti.

Bila dalam keadaan badan mengembang dengan jayanya perot pulak maju ke depan, eh tapi perot orang tak nampak sangat selalu cakap perot kecik je, mama dia je mengembang lebih kot. Selalu je tak larat bila jalan lama lama selalu cepat penat dan sakit kaki kesian en suami selalu je kene sabar bila aku dah tak nak jalan, tapi bukan saje nak mengada tapi memang tak larat tau. Lagi satu aku tak boleh duduk lame lame, bila duduk lame kan nanti akan rasa sakit kat perot, aku pulak pernah operation appendices pecah 2 tahun lepas jahitan panjang dari bawah pusat ke bawah, doktor pun cakap bila perot makin besar nanti memang akan rasa sakit, bila duduk lame aku akan terasa sakit kat situ. Tu suke duduk atas katil, sandar je, bila penat baring kan. Nanti bila nak balik raya perjalanan jauh pulak memang kene tabah la kan.tapi dalam kete encik suami dah sediakan bantal untuk sandar beli kat jusco, jadi bila bersandar macam tu tak la sakit duduk lama lama. Paling lama bila nak berdiri ni kan, bila nak gosok baju en suami, aku pulak kadang malas, kumpul samoai 10 helai baju baru nak gosok, kawasan iron tu pulak memang tak ada kipas, berpeloh2 la aku berdiri kat situ, panas dan sakit kaki. Disebabkan adik tak bagi lagi hadiah kawin, bila aku mengadu penat nak iron semue dan dia pun tau aku ni duk berangan nak garment steam iron tu, aku panggil iron berdiri je senang, adik suruh aku beli dulu dia bagi 200 kalau tak cukup aku tambah. Kebetulan memang kat jusco ada offer yang brand philip, ada lagi murah dari ni, tapi takot jugak kalau murah dan cepat rosak tak berbaloi pulak kan. Harga iron berdiri tu offer rm299 je sebelum ni harga rm349, bila dah confirm adik nak bagi 200 teruslah kami beli di jusco taman universiti. Kat kedai kedai baju pun pakai iron berdiri ni senang jekan, cuma tiap kali kita nak pakai iron ni memang kene isi air la. Jangan bengkok bengkok kan kalau tak air terkeluar, mula2 aku pun tak reti guna, en suami rasmikan dulu, tunjuk cara, pastu dia dah siap ironkan semue baju dia, senang keje aku, tapi dah mula seronok pakai iron ni. Iron tu kami letak di bilik kami di sudut tepi sebelah kipas dekat dengan katil, tak ada la panas kan, bila penat siap boleh duduk2, dekat ngan bilik air pun kalau nak tambah air. Kedudukan barang di bilik kami pun dah diubah suai, tak dapat pindah rumah baru, bila kita pindahkan barang2 ni kan dengan kedudukan baru pun dah macam suasana baru tau. Kalau dah ada rumah sendiri lagi seronok la nak mengubah suai rumah kan. Iron berdiri ni ada warranty 2 years. Thanks adik bagi hadiah yang sangat berguna dan encik suami yang tambahkan duit dan selalu memahami isterimu yang tak larat nak menggosok baju. Raya nanti nak angkut iron ni bawak balik kampung senang nak iron baju raya wah baju raya untuk diri sendiri dah beli 1, rasa nak beli dress lagi satula, jeles tau orang lain badan cantik boleh pakai baju raya glamer2 lagi kan, mak buyong nak jugak glamer kan. Baju untuk en suami tak beli lagi, nak sedondon, tapi tak jumpe lagi yang best dan warna sedondon, tunggu bulan puasa nanti kot banyak baju melayu orang jualkan.

gambar dari mr google

inilah gambar iron berdiri yang dah dipakai, tu encik suami merasmikan, belije dah tepek gambar kat instagram

Ceh sebelum tutup cerita nak tepek gambar kami pergi berpicnic di tanjung balau ahad lepas, nak senang beli je mcd, makan kat situ tengok pemandangan yang indah *indah ker??*





TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

14 comments:

  1. i want this iron!!!! plishhhhhh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nana mintak kat hubby kak nana, cakap baby nak hee beli kat jusco taman u ada promotion

      Delete
  2. ana pn dh bli iron nie..mmg best pn..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan rasa semangat nak menggosok baju hee ok dija jakun

      Delete
  3. Dja....!!! Sya pon same.. da Lame ad dlm wishlist nk iron nih. nk beli da aritu tp mak xkasik. die ckp Sya gedik sgt pdhL bukannye slalu iron baju pon (slalu buli adik soh iron kan. hoho) tp mmg suke gile iron nih

    ingt nnti time wed nk request kt dak office la. aci x?? hahahahaha

    Dja, cmne lak jahit appendices leh pecah?seram lak Sya bc (tetibe bayang pecah, perot terburai. over taw imagination Sya nih! hoho)

    take care dear..bile bc Dja nye cite hepi2 ngn hubby, ps2 nk dpt baby lak, mkin rase xsabo2 nak kawen nih. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci aci, cepat gi request ngan budak opis lagi pun diaorang kongsi ramai2 boleh je hee sya dija lagi la tak ada baju nak iron pun duk umah tapi hubby keje pakai kemeje, nanti dah kawin mesti sya kene gosok baju hubby, jadi masa tu la boleh guna, seronok guna iron ni tengah jakun lagi..hee

      Alamak sha dah salah paham ni, appendices tu pecah dalam perot tu dija kene operation nak buang tau, jahitan dia panjang gila dari bawah pusat ke bawah rasanya 15 jahitan kot.. jahitan ni cantik ke lagi, tapi baru dua tahun bila perot makin besar ni makin sakit kat bahagian jahitan ni..
      Pejam celik nanti tetiba sya punya majlis dah sampai nanti pastu dapat baby pulak, dija doakan semue berjalan lancar ya :)

      Delete
  4. memang senang ke guna iron ni u? i paling tak suka iron baju kemeja husband i haha walaupun jarang dia pakai still malas. kalau ada iron ni bagus gak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je cha, suruh hubby cha belikan iron ni hee

      Delete
  5. Wahh...beshnye dapat hadiah besh.Lambat pon xpe asal besh.Haha.Boleh x cmtu.Lama btol dija ngan hubby kan.Ske je tgk korang.So sweet. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sha, sha ngan hubby sha mestila sweet jugak :) ni hadiah lambat yang berbaloi la :)

      Delete
  6. kena cariii ni seketull, nadia paaaaling malas bab iron iron niii T___T

    ReplyDelete
  7. husband pun selalu duk usha iron tu.tp usha aje la.iron hadiah kawen dulu pun still boleh guna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband usha tu ada tanda2 nak belikan la tu :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate