Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, August 1, 2013

Mendobi Baju Raya

Internet masih bermalasah lagi, emosi lagi dengan orang tm ni. Bulan bulan puasa ni marah marah buat kurang pahala puasa je kan. Jadi hiburkan hati sendiri dengan mengupdate blog. Rajin update ari ni sebab dah masuk bulan baru, cepat je kan dah 1 ogos. Bermakna lagi beberapa hari je nak raya kan. Usia kandungan aku hari ni pun dah genap 29 minggu. Alhamdulillah sepanjang ramadhan baby ni baik baik je tak banyak ragam, perot pun tahan je, cuma kadang kadang terasa haus je, lagi bila cuaca panas kan. Puasa pun belum ada yang tinggal lagi, semoga teros diberi kekuatan la untuk puasa penoh tahun ni kan.

Bila dah cerita pasal raya kan, haruslah sebok nak berbaju raya jugak, walaupun perot dah maju ke depan, tapi tak nak kalah jugak, nak jugak baju raya. Mulanya konon untuk raya pertama je nak beli baju raya, nak satu tema dengan encik suami, nak sedondon kan, tu dah beli sebelum puasa lagi. Tapi bile tengok banyak baju best kat online shopping hati memang tergugat la. Kalau badan selim melim memang dah sambar dah peplum2 yang bermacam fesyen dan blocking colour tu, tu target tahun depan kononnya. Tahun ni baju raya yang jadi pilihan semuenye dress je, dan cari kalau boleh lepas bersalin nanti pun boleh pakai, dapat pulak dress yang sesuai untuk breastfeeding lagi rasa bonus la sebab lepas bersalin dapat pakai kan. Ciri yang ketiga yang dikehendaki haruslah harga berpatutan, berpatutan untuk aku memang nak bawah rm100 je la kan kalau boleh, tapi kalau bawah rm200 still lagi mampu milik la, tapi setakat beli 1 je la yang mampukan. Tak berbaloi pada aku nak beli baju yang harga sampai rm400 pastu aku pakai kejap je kan. Memang la nampak cantik lagi2 rekaan jovian mandagie, geram je tengok, lagi lagi model cantik macam lisa surihani yang pakai, lagi la nampak cantikkan. Tapi untuk aku nak beli baju macam tu tak berbaloi pulak. Memang misi cari baju raya ni yang boleh pakai sepanjang mengandung ni dengan selepas melahirkan boleh pakai jugak. Tu beli dress je. Perot pun tak besar sangat, beli baju mengandung dah bape bulan lepas, sekarang baru start pakai tu pun tak nampak sangat tau, baju mengandung pun beli 4 je, tak nak beli banyak2, tak payah membazir kan. Encik suami jugak la yang excited tak sabar tengok pakai baju mengandung, tu yang hari tu dah pakai dah.

Tetiba campur cerita pasal baju mengandung kan, patutnya nak cerita pasal baju raya kan. Konon ada satu je la baju raya kan, tertengok pulak kat online shop dreemika by radiusite ade jubah yang cantik, jubah zahee dia butang separuh, kita kene pakai ngan skirt atau palazo, yang bestnya boleh pakai depan belakang, warna pilihan aku grey+pink. Punyalah payah nak beli online ni kan, dah letak dalam shopping cart kene curi pulak, terpaksa tukar colour yang lain. Sebelum tu aku nak beli colour turquoise pink, dah tak ade size yang dikehendaki tu yang beli grey pink, harga berpatutan sangat, rm150 je tau. Mencabar nak beli baju ni, sebab aku nak kene beli empat tau, bukan satu okey, tapi empat, ni la kalau adik beradik semue peremouan dan semue suke bende yang sama. Jadinya aku dengan angah amik colour yang sama, adik dengan along colour yang sama. ni special thanks untuk angah aku sebab dia belanja bayarkan baju baju tu. Bestkan ada kakak cam ni.

Hari selasa pulak dreemika restock dress amina dengan colour yang baru tau, aku pun mula la terliur nak baju ni sebab memenuhi ciri2 la, cantik murah dan ada zip sesuai untuk breastfeeding tau, untuk orang mengandung pun sesuai sebab ukuran dia besar. Harga dia rm139 *aku dah macam promoter tak berbayar kan*. Warna pilihan turquoise plum. Biasalah masa beli ni internet buat hal dah sampai nak bayar je stuck, dan tetibe je dah sold out. Dah bape kali aku cube tak berjaya, sampai la semue sold out, dah putus asa ni tetiba dapat idea suruh along je pergi butik dreemika kat shah alam, beli teros kat situ. Along tak dapat nak janji, kalau jadi sabtu baru dia belikan. Tapi semalam macam bernasib baik, tetiba dapat email dari dreemika yang order aku dah cancel kalau nak baju tu kene reorder semula. Aku pun cepat2 bukak web dreemika tengok baju yang aku nak available lagi, teros buat payment, hari semalam jugak dreemika hantar dan hari ni dah sampai dah. Pantas kan services diaorang. Tapi mencabar sangat la nak beli baju dari butik online yang femes amos ni, cepat je abiskan, duduk beli depan laptop pun berpeloh nak berebut dengan orang tau. Harap lepas ni diorang buat stock banyak banyak la. Sampai je dress amna tadi, teros cuba dan dah perasan cantik, teros je jahit lace bagi cantik nampak lain sikit kan, ni dah siap basuh dah baju tu tunggu kering je ni, nak bungkus terus untuk raya.

Baju baju lain dah selesai mendobi kelmarin lepas frust tak dapat dress amna tu teros je basuh, semalam dah gosok gosok terus je bungkus. Ni tinggal masukkan dress amna dengan nak gosok semue tudung pulak. Raya raya nanti kan sebok malas nak berebut rebut tunggu turn gosok baju ngan tudung kan. Tudung dan shawl semuenya beli kat angsana dengan harga rm10 je, jimat jimat. Baju kosong je semue dapat la beli tudung tribal kan, barulah meriah. Dapat la baju raya empat helai termasuk satu baju dua tahun lepas yang dah ditambah lace, encik suami pun cuti raya empat hari je, cukup2 baju untuk empat hari♥

Baju raya dah mendobi, baju baby bila pulak nak mendobi. Beli pun tak lagi kan, tunggu lepas raya ye sayang mama♡ Gambar baju mendobi dengan baju raya lama yang dah tambah lace dan amna lace tepek kat bawah je la. Update pakai phone memang gambar tempatnya kat bawah kan.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. amboi2 mom to be ni...semangat mendobi...

    ReplyDelete
  2. Walaweh... Manyaknya baju raya mommy.. Mnta satu... Hahahaa.. Dear... Nnt mai wedding sara tau,, hehe..

    ReplyDelete
  3. wah bacu raya u tahun ni banyak lace lace ye hee cantik :D

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate