~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, July 22, 2013

Perempuan ke Lelaki?

Kesebokan beberapa hari ni menyiapkan kueh raya, untuk sendiri makan jugak sebelum raya ni, nak bawak balik rumah mak mertua nanti, bawak balik kampung lagi, tu banyak jugak nak buat. Untuk minggu ni hari ni je buat kueh raya, hari lain dah boleh rehat rehat golek golek atas katil buang masa je. Tapi incik suami dah request nak kueh cornflakes chocolate dengan cornflakes madu, tu minggu depan baru nak buat, dan kene buat malam, cornflakes kacau ni sambil buat mula la mulot nak ngap sekali kan, buat siang2 ada yang meleleh je air liur tengok je kan. Alhamdulillah dah nak dua minggu kita puasa kan, aku pun tak ingat dah hari ni bape ramadhan dah, cepat je masa berlalu kan, masih diberi kekuatan untuk berpuasa dan anak mama ni pun baik je dalam perot ni, sepahnjang puasa ni pun aktif je. Tapi beberapa hari ni dah start panas terikkan, tekak kering je ni, kehausan je, berbuka memang nak minum air sejuk je ni, tiap hari minus jus kurma, sodapnya bila panas panas di tengah ari ni teringat jus kurma, arghhhh @_@

Disebabkan kesebokan buat kueh aku pun duk tangguh2 la, dari minggu lepas nak update tertangguh samoai hari ni. Hari khamis lepas usia kandungan dah genap 27 minggu, nak scan baby dalam perot mama sebelum jumpe doktor hari rabu ni. Klinik desa tak ada untuk scan tu yang scan je kat luar, kali ni saje nak scan 4d boleh tengok muke baby, mata, mulot hidung nak tengok ikot mama ke papa ye. Dan scan untuk minggu ni nak tengok uri berada dalam keadaan normal atau tak.

Setelah membuat research *siap research bagai kan*. Kat johor ni yang berdekatan ade dua klinik je yang buat scan 4d iaitu taman universiti area papa chop mama grills dan satu lagi kat bandar baru uda, klinik bio sucinas. Untuk yang kat taman universiti tu baca banyak sangat negatif feedback, bayar mahal mestilah kita nak sesuatu yang setimpal dengan bayaran kan. Tengok review pasal bio sucinas banyak yang bagus bagus, makanya kami pilihla bio sucinas sebagai klinik pilihan untuk 4d scan. Dan aku nak doktor perempuan, jadinya sebelum pergi klinik tu aku call dulu tanya doktor perempuan ada pukol berapa, doktor perempuan *teruk tak tau nama* doktor melayu, dia dari pukol 1 hingga 6 petang, tiap hari la kot, aku pergi hari khamis, hujung minggu tak pastilah. Tunggu kat situ pun tak terlalu lama. Okey2 je la, tak sempat penat rasanya dalam 20 minit je kot. Doktor pun lembut je. Mula2 dia scan biasa je yang 2d, masa tu dia dah nampak jantina anak mama. Wah wah so excited. Tapi tak nak la share dulu gegurl ke boboy, surprise ye♥ pastu baru dia tanya nak buat 4d ke, mestila angguk nak kan, masa ni anak mama tengah aktif bergerak, tangan tu nak tutup2 muka tapi dapat jugak la amik gambar babynya. Comelnya anak mama, tak sabar mama menanti kelahiranmu♥ alhamdulillah uri pun normal, kat atas, doakan tak ade masalah sampai saat bersalin nanti ye, semoga semue dipermudahkan. Puas jugak la tengok baby gerak2 masa buat 4d tu, tapi kat situ dia cume print gambar tu je dan tak ade bagi cd. Harga rm100. Taoi baby kecik lagi, doktor cakap kalau sebulan lagi dah besar sikit dah ada isi baru lagi cantik nak tengok baby dah bam bam.

Ok mama dah tau baby mama ni gugurl ke boboy, lepas raya kita ajak papa shopping, beli baju sikit sikit ye dan beli barang keperluan lain *baru nak start shopping masa raya, raya pertama dah genap 30 minggu ok, termengah mengah la mama nak pilih baju*. Tapi aritu jalan jalan lepas scan saje masuk anakku, dah cakap dengan incik suami, yang tu cantik, incik suami cakap dah tau dah style macam mana yang jadi pilihan aku -_- tapi Baju anak angah masa baby ada 1 tong angah dah bawak balik sini, nanti boleh share2 je pakai, baby pakai kejap kejap je tak kira warna ape tetap comel jugakkan, angah tak scan lagi taktaula gugurl ke boboy tu :)

Nak tunjuk gambar scan baby dengan gambar perot dah 6 bulan lebih/27 minggu masa jalan jalan lepas scan tu terserempak dengan kawan uitm dulu, daripada tengok perot dah ada orang boleh teka gugurl ke boboy kan. Ayat incik suami bile kawan2 teka bila tengok dari perot ni kan, dia cakap dia doktor pun tak tau cam ne nak tengok perot orang tau, maknanya korang yang boleh teke tu power dari doktor la kan hehe aku bab bab teke perot orang memang tak reti la, tak power okey. Rabu ni ada appointment, harapnya hb dah naik dan semue normal la. Berat ni macam turun je, macam je la sebab timbang kat rumah ringan, tapi timbang kat klinik desa macam berat sikit la. Berbuka tiap hari nasi tak makan banyak sangat, tapi makanan sampaingan ngan lauk yang banyak, sampai rasa perot rasa sendat la. Pastu tiap malam lepas makan pegang perot sambil cakap kesian anak mama sempit ye, mama makan banyak, esok mama janji tak makan banyak lagi ye, pastu ari esok esoknya makan banyak jugak hoho


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

9 comments:

  1. Alolo...omeinye mama baby.Ngee.Sekarang ni da canggih clear je nampak bentuk baby bila scan 4d kn.Beshnye dija.Sha doakan semuanya dipermudahkan untuk dija.Jaga kesihatan taw dear. :)

    ReplyDelete
  2. hye baby :) comey nya......Ika dok kira hari nak p scan 4D nak taw detail & jantina bby gak ni :)

    ReplyDelete
  3. ala boy ke girl ni? suprise betul la mommy ni haha. eh husband u doctor ke? doctor apa? kalau doctor pakar sakit puan tak tau parah jugak ni u haha kalau doctor gigi takpe lg :p

    ReplyDelete
  4. Saya rasa anak perempuan..hihihi..

    ReplyDelete
  5. Alolo nomey nye baby and mommy... Bby gurl eh? Hehehehe...

    ReplyDelete
  6. nampak macam gurl je.. kalau gurl pemalu sikit nak tunjuk..hee kalau boy macam jijah ni..terang2 tunjuk telur dia..heee

    ReplyDelete
  7. sronoknye pengalaman tu kan.. sebak lak bile baca.. dija doakan org lak ye, utk lalui semua ni..
    insyaallah mama & baby sihat :)
    *kite teka gegurl.. hihi

    ReplyDelete
  8. hahaha. comeL gile Dja siap pesan besok makan xbanyak. xpe.. baby tumapang makan jugak tu. Ngeeee =)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate