~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan pertama Bersama Suami

Dah dua hari tangguh nak update blog, konon dua hari lepas nak update la blog sempena birthday encik suami. 7.7.2013 genap umur encik suami 26 tahun, terima kasih mak melahirkan seorang suami yang terlalu baik untuk diriku. Disebabkan hadiah untuk encik suami dah pun diberi, jadi ucapan dan kek je la untuk sambutan birthday encik suami. Sebelum puasa ni tekak mama baby ni demand la pulak, nak makan macam macamkan, nak makan dominos la, snogurt, lamb burger bakar abang burn dan semuenye encik suami dah tunaikan. Tapi semue yang aku mintak ni senang je nak cari, bukan mintak nak makan pelik pelik pun kan, tak nak sampai menyusahkan encik suami pulakkan. Birthday siapa sebenarnya kan, puan isteri pulak melebih lebih kan. Kek pilihan kami ice cream cake baskin robins, beli dan bawa pulang ke rumah. Kalau makan kat situ pun setakat dua orang je makan tak abis jugakkan, cair je nanti dah membazir. Kalau kat rumah ramai la yang boleh tolong makan kan, ni pun ada lagi sikit dalam freezer, malam nanti nak ajak encik suami makan kek lagi, hari hari birthday encik suami sampai la kek habis :) Walaupun dah wish banyak kali dan siap dah nyanyi lagu birthday tapi nak jugak wish lagi *kira ucapan masih boleh diterima, sebab kek dalam freezer tak habis lagikan*. Happy birthday encik suami, semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki dan dapatla kita tambah anak banyak banyak lagi kan, mungkin yang kedua atau ketiga keluar kembar pulakkan. Amin :) love you so much♥

Dah dua hari tangguh mengupdate ni sebab penangan bila dah start baca novel memang tak nak berenti la kan, novel ni pulak muke surat banyak tak teragak2 sampai 1000 lebih pulak, ni baru la page 400++ belum separuh lagi, tapi cite best ni memang tak sabar la nak abiskan. Sekarang tak suke bace novel yang sedih sedih tau, nak yang romantik komedi, boleh baca sambil senyum atau ketawe sorang sorang *gilo*. Ni pun Tak dapat nak bace laju laju, pahamilah kerjaya sebagai suri rumah yang terlalu sebok. *Ayat tipu sangat*. Mane nak sempat bacenye, lepas encik suami keje je, aku pun sambunglah tido balik, pukul 10 baru reti nak bangun, kalau tak reti pukol 12 jugak aku bangun tau. Tapi ni ada mama kat rumah, pukol 10 lebih waktu membantu mama masak2 di dapur. lauk untuk encik suami petang sikit baru nak masakkan, bahan dah sedia pun, tapi tadi tengah hari dah banyak lauk malas nak masak ayam dulu. Encik suami pulak makan ayam je memang tak pandang la ikan dengan udang tukan.

Pejam celik pejam celik rasa masa begitu singkat je kan, cepat je berlalu, 7 bulan dah usia perkahwinan, baby pun dah membesar dengan cepatnya dalam perot ni, aktif je bergerak sekarang ni. Dan Esok dah nak masuk bulan ramadhan kan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut ramadhan tahun ni, dan lebih istimewe lagi dapat sambut bersama suami tersayang dan baby dalam perot ni. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna, dapat tingkatkan ibadah, baby pun baik2 je dalam perot ni supaya mama kuat nak puasa dan in shaa Allah dapatlah puasa penoh yeaaaaa. Dan esok merupakan sahur pertama di bulan ramadhan bersama, berbeze la sikit bila dengan encik suami. Biasanya kan sebelum kahwin dulu, zaman bujang kan memamg malas nak bangun sahur kalau bangun pun cukup je dengan minum air masak pastu elok sambung tido balik, tapi kali ni berbeze. Cuma tak adalah masak yang berat2, tapi kene jugak makan nasi kesian dekat baby dan mama baby nanti menanggung kelaparan dan haruslah kene jaga perot suami jugakkan, nak bekerje kene la sahur nanti tak larat nak kerje kan, tapi lauk yang simple je la yang menjadi pilihan di awal pagi kan, telur goreng ke, stock serunding ayam dan daging pun banyak, mama dah siap2 beli, sedap okey makan dengan nasi putih. Nanti boleh Mintak babah amikkan bubur lambuk kat masjid untuk makan sahur pun best jugakkan. Bulan puasa je ingat bubur lambukkan. Encik suami pulak suka makan tempe, pagi2 goreng je tempe untuk encik suami pun boleh. Masak banyak2 lauk pun sahur nanti bukan selere sangat nak makan nanti rugi je tak habis laukkan *tapi rasanya mama baby macam selere je nantikan :)*

Sebelum ni encik suami kerje dari pukol 8 pagi hingga 8 malam, start bulan puasa esok, *tapi esok encik suami cuti hoyeah*, hari lepas lepas tu la en suami keje dari pukol 7.30 pagi sampai 7 malam je. 7.30 agaknya baru encik suami sampai rumah, berbuke minum air je dulu dalam kereta, boleh la aku tunggu encik suami nak makan sama2. Aku isi la perot dulu makan kurma, solat dulu, pastu makan sama sama dengan encik suami :) untuk shift malam encik suami pun belum tau lagi dari pukol berapa sampai pukol berapa. Malam ni encik suami balik kerje barulah tanya. Masa bulan puasa ni kan patut unfollow instagram ke fb ke twitter ke blog pasal makanan *suka suki je*. Mau meleleh air liur tengok gambar makanan best best bila bulan puasa ni, lagi lagi sekarang ni follow instagram fazley kan. Dia sekarang belajar kat paris, kejenya upload gambar makanan je la, semue dessert yang sedap sedap pulak. Fazley nanti dah jadi chef bila balik MAlaysia silalah buat buku resipi, nanti nak beli kononnya nak buat, konon je la kan.
Ok la ingat nak update sikit je tadi terkarang panjang pulak, selamat menikmati bulan ramadhan yang indah bersama pasangan dan keluarga anda, semoga kita semue mendapat keberkatan♥ ok nak sambung bace novel laju laju ni sambil senyum sorang2 :)

Upload gambar birthday encik suami tapi upload kat bawah la ye sebab ni update pakai phone je malas nak bukak laptop sekali dengan gambar cake. Post gambar sehari sebelum puasa tak berape kejam, kalau post gambar makanan esok korang memang kejam hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. hahha. cm budak2 La bday cake BR. hehehee
    Sya je ke selere redvelvet. feminin sgt kan! hehehehe

    bkn org kate kLw pregnant always rase lapa ker???

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..tp sya suka kek buah..hehe..salam ramadhan khadijah :D

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa deeja dengan baby.. semoga baby x byk meragam la yer bulan2 puase ni.. jgn lupe jaga diri elok2 taw.. miss u.. =)

    ReplyDelete
  4. Amboi seronoknye dija, sambut birthday suami ikot selera dija.Hehe.Dija...birthday hb kte 5/7.Dekat2 je.Tapi sha tak sambut beria pon.Haha.Aci boleh je.

    *Selamat berpuasa dija.Beshnye merasa berpuasa ngan baby. ;)

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaaa
    selamat berpuasa kak dijaa:)

    ReplyDelete
  6. kite pun pestime puasa dgn suami..tp belum ada rezeki nak puasa dgn baby..sob3..doa2 kan yea ;)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate