Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, August 22, 2014

Kepandaian baru Khalil Zarif 7 bulan

Ni cerite 3 bulan lepas. Zarif sekarang dah 10 bulan++. dah macam abang abang pun. ceh abanglah sangat. abang yang sangat manja. suke tengok keletah zarif yang semakin manja tu. buat muke comel sambil lentok lentok kepala buat rasa nak gigit gigit je pipi dia yang bulat tu. esok lusa update perkembangan zarif 8 bulan dengan 9 bulan pulak. kalau simpan lame lame cite cite ni mau mam zarif lupe walaupun baru 2 3 bulan lepas je.

Khalil zarif boleh berdiri
7 bulan zarif dah start berdiri. Zarif berdiri dulu baru dia merangkak. berdiri pegang pegang kat kepala katil. berdiri kat kerusi rotan comel comel kat rumah kami. sofa tak ade, jadinye bile pergi rumah orang jakun sikit la tengok sofa kan. lagi jakun bile dah pandai panjat. abis semue kerusi dia nak panjat.




Khalil zarif merangkak.
tak seperti yang kami jangka. disebabkan zarif boleh berdiri dulu jadi macam yakin je yang kononnya zarif tak boleh merangkak nanti dia jalan je teros. ternyata kami silap *ceh ayat*. masa dia tak pandai merangkak lagi memang tak sabarnye nak tengok dia merangkak. walaupun lambat sikit 7 bulan baru boleh merangkak mama dia seronok je tengok. seronok la sangat kan, masa ni memang mencabar la. dah boleh pusing keliling rumah lagi laju la kan. mengekor je la mama dia kemana mana. paling tak larat sampai ke dapur dia mengekor. masa ni lontaran vokal mama lagi mantap. kejenye menjerit kat zarif je la. sebab dah pandai mengemas sekali kan. zarif tak suke duduk dalam walker. dia boleh duduk kejap je dalam tu. pastu dah jerit jerit mintak keluar. guna walker tu untuk dia tolak tolak je berlatih berjalan.



kat handphone memang penoh gambar zarif. memang tiap perkembangan dia aku rasa nak rakam. seronok besarkan anak depan mata. dulu macam teringin jugak nak kerje kan. ade duit sendiri. tapi bile dah ade anak ni rasa lagi seronok dapatr besarkan dia sendiri, tengok dia membesar dengan sihat depan mata. mungkin ade rezeki lain untuk kami nantikan. ok la nanti update kat entry lain pulak perkembangan zarif 8 dengan 9 bulan yang dah ingat ingat lupe tu. ni zarif tengah buat projek mengemas almari pulak. hai la anak -___-

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

1 comment:

  1. sama la dgn anak sy, lambat skit merangkaknya, igtkan terus jalan..hihi

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate