Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, August 18, 2014

Selamat Hari Raya

ohoi publish entry tadi pastu kosong je kan. ni la puncanye malas nak menghupdate blog ni. tengah syok syok menaip betry laptop kong *kecewa*. tak save langsung pulak. menaip semule tengah syok syok type zarif pulak bangun. dia pun nak tolong mama blogging gak. mana boleh mama update sorang sorang. lepastu tekan save je dia terkeluar dari apps blogger manager. apps tu mereng kot. dah tak nak dah pakai apps tu. kalau terkeluar pastu ape kita type ade kat draft ade lagi ok la. ni kosong okey. kenela type balik kan. ok aku memang rajin. ni pun curi masa sebab zarif dah tido. dah masak bubur untuk zarif *hari ni je aku rajin masakkan bubur sebab aku pun nak join makan sekali ni*

entry memang so yesterday baru nak wish selamat hari raya. dah penghujung raya cik kak oii tapi layankan je la. sebab aku la mausia paling busy kononnya. raya kali ni bertambah seronok sebab dah upgrade status ya, raya tahun lepas bawak perot bulat2 seronok jugak kan, raya tahun ni si bulat bulat zarif pun dah keluar bertambah la seronok. budak yang sangat aktif dan alhamdulillah membesar dengan sihat. zarif dah makan apa sahaja jadi dia seronok la beraya jugak sebab dapat makan banyak. zarif dah 10 bulan. tapi gigi tak ade lagi tu. makan bukan main pandai lagi.

Seronok dapat menyempurnakan ramadhan sebagai mama. Puasa ok je walaupun zarif aktif tapi masak untuk berbuka memang k.o la kan. Sepanjang puasa ni kan sekali je aku masak untuk berbuka. selebihnya makanan bazar la. Dan semasa bulan puasa tu aku dah jalani satu pembedahan, minor operation, ada lump kat breast. nanti aku cerita serba sedikit ya kat entry lain. Alhamdulillah pembedahan lancar, pembedahan pada 14.7, 15.7 dah discharge. sepanjang selepas tu sampai raya memang duduk rumah mama kat skudai la. kalau duduk kat mersing siape pulak la nak jaga aku dengan zarif yang aktif lagi pastu nak perhatian lebih lagi kan. lepas operation tu nak ccepatkan baik luka luar dalam tu makan ikan haruan. makan lain semue tak pantang pun. 4 hari tinggal puasa, bile rasa diri dah ok sambung puasa balik.

Jadinye raya tahun ni kami beraya di johor je la, tak balik kampung Pahang dan Muar. Tak larat nak duduk dalam kereta lama lama dengan zarif yang tengah lasak ni. Pada aku raya kat mana sama je kan asalkan bersama keluarga kita, Mama babah pun tak balik pahang sebab kesiankan anak dia ni. jadi raya sama sama kat jogor. baju raya kami beserderhana je tahun ni. beli siap je untuk kami berdua. zarif je mama tok dia offer nak jahitkan baju melayu. raya pertama lepas sesi bermaafan haruslah sesi berposingan kan. siap amik gambar kat studio lagi tahun ni. lepastu raya kat rumah mertua aku dengan pergi pontian rumah mertua angah.

Raya ke dua pulak raya rumah sedara mara encik suami kat area johor bahru. raya seterusnya mula la mencari rumah kawan kawan berdekatan untuk diserang kan, alang alang encik suami ni cuti semiggu untuk beraya kene guna sebaiknya. sekarang 3 minggu pulun abisan keje hari hari tak cuti. memerap je la kami kat mersing. siapa area mersing boleh la jemput kami datang ke rumah.

thanks jugak untuk kawang sama sama blogging buat preparation kahwin sekarang masing2 dah ada anak sudi datang rumah kami di mersing. first time jumpa eika. nanti cite kat entry lain ya.

last haruslah tepek gambar raya kami kan. selamat hari raya uolls. raya kan setahun jadinye terimalah ucapan ku hoho *lama dah tak cite perkembangan zarif. nanti cite kat entry lain pulak ya*
















TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. Bestnya la awak..Siap ada bunga-bunga...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya..amboi..ensemlah die..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate