Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Sunday, August 24, 2014

Kepandaian baru khalil zarif 8 bulan

hari ni merajinkan diri update perkembangan zarif. petang ni nak balik jb beberape hari. confirm kat sane malas malas je nak update kan. dah ade beberape entry pun kat draft publish je la kan. tak sabar weii nak balik jb. dah 3 minggu encik suami tak cuti terperap je kat mersing ni. balik sane adik ade boleh la ajak adik berjalan jalan cuci mata sambil terbeli ape ape. ceh esok gaji ni macam macam dah fikir dalam kepala. nak beli macam macam tapi beli online. rasa pelik dah lama tak dengar bunyi motor/van poslaju kan. dah dah kalau cite pasal shopping memang tak abis satu entry ni. sambung 8 bulan perkembangan zarif, ni pun dah ingat ingat lupe tau, baru 2 bulan lepas pun. nasib la ade gambar2 kat hp beserta tarikh kan, jadinye sangat membantu la kan.

Zarif turun naik katil sendiri
Zarif ni berani jadinye cepat dia pandai naik dengan turun katil sendiri. Jatuh katil pernah jugak. Pastu dia dah serik nak turun sebab terjatuh. Tapi serik beberape hari je la pastu turun sendiri jugak. Dia turun sambil mengundur. Naik sediakan kotak comel untuk dia panjat. Jadinye tiap kali dia bangun sambil nangis2 tu dia turun je sendiri. Senang kan. tapi kene tengok jugak takot dia jatuh pulak, kadang bangun tido tak balance kan. tapi memang sekarang dah 10 bulan ni lagi laju la dia naik turun katil sendiri.

cara cara zarif turun katil

kotak ni la mama sediakan untuk zarif panjat katil


Zarif berdiri lepaskan tangan
8 bulan ni zarif dah start berdiri sambil lepas lepaskan tangan dia. mule mule kejap2 je sebab tak balance lagi kan, terhuyung hayang lagi. sekarang dah 10 bulan lagi lame la dia boleh berdiri. bile dah lepas lepas tangan dia dah jalan sambil memapah. kerusi ke meje ke sebagai bantuan dia nak jalan. masa ni dah rasa tak sabar nak tengok dia jalan dah. tapi ni dah 10 bulan dia belum berjalan lagi. baru menapak sikit sikit. takpe ni tengah berlatih dengan mama dia. hari hari ajak main bola. dia teruja sambil tu kaki pun melangkah.


masa timbang 8 bulan gi kk. berat zarif dah 7.6 kg. macam tak percayakan dari dia lahir 2.25kg halus mulut. kaki kurus gile, nak pakai romper pun malu nak nampak kaki. sekarang alhamdulillah dah membesar dengan sihat. puas hati bile tengok dia makan dengan semangat. semoga zarif teros membesar dengan sihat. amin

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. Lambat yer awak update blog...hihihi...Zarif dah besar dah...

    ReplyDelete
  2. Comel..azwa 6 bulan dah 7.3 kg dah...pndainyer zariff

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate