~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, May 30, 2013

20 weeks


Alhamdulillah hari ni genap dah usia kandungan aku 20 minggu. Badan mamanya biasalah semakin mengembang, tapi bila orang tengok perot tak la besar sangat, ada kawan tu tegor perot kecik je, kesimpulannya mama dia je la mengembang lebih lebih ni. Semalam checkup kat klinik desa buat pertama kalinya drive kereta sendiri sesorang pulak, tanpa peneman setia, encik suami kerje pulak, ikotkan hatikan bila kene drive sendiri tak nak dah pergi klinik check, tapi encik suami cakap kalau sayangkan baby kene tau pergi check, tak dapatla nak mengelak. Nak ajak kawan teman masing masing dah bekerjaya sebok tak terlayan aku ni. Kebetulan jiran depan rumah ni, dia dah abis belajar dan ada kat rumah boleh la temankan kan. Untuk hari selasa tu kene pergi amik darah je. Dua hari berturut turut la aku kene pergi klinik desa. Disebabkan hari selasa hanya nak ambil darah jadinya tak sampai 5 minit dah siap. Aku sampai klinik tu pun dah pukul 10 lebih orang pun dah tak ramai kan *memang saja datang lambat, tak payah tunggu lama kan*. Dah alang alang keluar tu macam tak best je kan kalau teros nak balik rumah kan, haruslah nak menyinggah ke tempat lain dulu. Mula mula pergi aeon taman universiti, duduk kat arena sejam lebih jugak la untuk borak borak. Dah bosan duduk kat arena tu, wahida ajak pergi sutera mall jalan jalan dia nak cari casing untuk handphone s4 dia, handphone baru nak la pakai baju baru kan. Nak ke sutera mall aku tak berani nak drive, jadinya wahida la yang drive, rasa lagi selamat kan. Pusing pusing survey beberapa kedai, bukan wahida je terbeli casing dengan aku aku pun terbeli casing untuk baby pink. sekarang ni pulak tengah trend tribal ni tak nak jugak ketinggalan, nak jugak casing tribal, dah tawar menawar kat semue kedai kedai casing satu ni  la dapat paling murah dapat rm10 je untuk satu casing *bab tawar menawar tu memang hobi aku, makcik sangatkan*

Comelkan casing untuk baby pink ♥

Balik tu sebagai tanda penghargaan *ececeh ada tanda penghargaan bagai* untuk wahida yang sudi menemani diriku pergi klinik, makanya aku pun belanja la dia makan mcd. Apa la sangat mcd tu kan berbanding masa yang orang sanggup korbankan untuk temankan kita *ayat macam sedih pulak kan*.
terima kasih wahida temankan

terasa daguku begitu bulat haish

Hari semalam ada appointment dengan doktor dan nak tengok keputusan darah yang diambil hari selasa tu. Disebabkan wahida nak pergi pd, makanya kerana tiada pilihan lain terpaksa drive sendiri tanpa peneman. Aku paling lemah bila lalu jalan besar tau, lagi bila bab nak tukar lorong, orang bawak laju pulak, tu yang takut, was was boleh masuk ke tak. Alhamdulillah dapat bawak dengan selamat pergi dan balik sendiri. Saja datang jumpa doktor pukol 10 lebih, kalau datang awal pukol 8 lebih pun akhirnya jumpa doktor dekat pukul 11, ni datang pukol 10 pun jumpe pukol 11 lebih ok la kan, tak la terasa lama sangat menunggu. Sebelum pergi klinik tak makan dulu tau takot timbangan terlebih berat, sebab rasa timbangan kat klinik desa tu macam berat semacam haha tak boleh terima kenyataan kan. Nasib kali ni Naik dengan kadar yang normal 1.2 kg untuk 3 minggu. Check darah masih rendah jugak tapi kira ok, sepatutnya kene atas 12 kan, ni 11.9 dah dekat2 la kan, bulan lepas 10 lebih je. Terpaksa makan iron hari hari tu yang tak best, encik suami pun dah pesan lepas ni makan hari hari tau. Sebelum ni aku makan bila rasa nak makan je, pastu hari tu encik suami suka suka je ingat aku budak budak kan *walaupun memang tak suke makan ubat* suruh masukkan dalam mulot pastu nak check tangan takot aku buang ke apa -_-

Ha, Ujung minggu lepas masa jalan jalan dengan encik suami nampak bende comel ni teros suruh encik suami belikan♥ rasa berkeyakinan bawak kereta bila tampal bende ni
Nak yang baby in car, encik suami cakap tunggu bila baby dah keluar ya.

Balik dari klinik haruslah perot dah berkeroncongkan, bila dah bawak kerete sendiri pandai pulak menyinggah pergi beli makanan. Beli nasi lemak ayam lagi balik rumah tu makan nasi lemak ayam, minum air milo sejuk sambil tengok cerita korea my sassy girl *zaman diploma tengok cerita ni* sangat menyenangkan. Dah kenyang perot lepaatu sambung tido la kan.

Next appointment hujung bulan 6, dah check jadual encik suami dia keje malam, adalah peneman tak payah bawak kete sendiri kan. Kali ni tak payah jumpe doktor dia nak check darah tengok macam mana, harapnya jumpa nanti darah dah normal la. Lepastu sebelum bulan 7 jumpe doktor nak kene scan baby sekali lagi. Nak scan yang 4d tu boleh tengok sebiji sebiji muka baby tu, tengah survey kat area johor ni kat mana ada scan 4d. Sape tau kat mana area johor ni ada scan 4d dan harganya berapa ye? Johor tu biarlah area jb pun paling jauh, kalau ada skudai ni lagi ok. :)

Haritu scan 17minggu tu baby aktif gerak, tapi aku tak boleh rasa lagi baby gerak2. Selalu rasa lemak perot ni tebal sangat kot sampai tak boleh rasa lagi ni, padahal baby yang kecik lagi memang la tak rase lagi kan. Ok dah tak sabar nak rasa baby gerak gerak macam mana ni :)

Konon nak update kenduri kahwin minggu lepas, dah ada tajuk dah masukkan dalam draft, tapi kosong la tak ada cerita, sebab gambar pun tak dapat lagi dari kawanku, update sekali dengan minggu ni je la, ujung minggu ni pun banyak kenduri kahwin. Kenyang makan lauk kenduri la kita kan baby ♥



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. dija...dah kembang tambah comel la...seri ibu ngandung tu....someyyy sgt

    ReplyDelete
  2. Bestnyer....makin sihat bakal mama ni..xpe jnji comel kan...jaga diri tau...

    ReplyDelete
  3. car sticker memang cute...tapi ada aspek bahaya dlm menayangkan pemandu adalah orang mengandung. Mcm kita provide maklumat kepada peragut.
    satya
    http://chitty-boy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. heheheh. klaka part hubby check tgn takot buang ubat. hehehe
    manje sangat nih.. =p

    ReplyDelete
  5. wah dh pg klinik ye u. i harap turn i nanti husband i dptla teman sbb i ni manja atau dlm erti kata lain mengada sikit hahah take care u

    ReplyDelete
  6. Mama bambam yg omey angat... Take care dear...

    ReplyDelete
  7. lama dh tak singgah blog dija tiba2 je dh 20 weeks..

    congrats yunk! :)

    ReplyDelete
  8. hai dija.. lama tak singgah sini. Wah!! tahniah.. tahniah.. semoga ibu dan baby dalam kandungan sihat sihat selalu k..

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate