~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, July 4, 2013

Rasa Gerakan Baby

Sedih tengok blog sendiri sekarang ni, seminggu hanya mampu update satu entry je kan, kalau terajin sikit keluar la dua entry seminggu, tiap bulan makin kurang entry, macam busy sangat je kan, sebenarnya tahap  kemalasan yang berganda dan kekurangan idea buatkan diri ni rasa malas je nak menaip tau. Nanti bila dah ade baby agaknya kemalasan mengupdate blog lagi la berganda ganda kan, tak dapat nak tunjuk blog kat anak cucu kalau nenek mereka ni malaskan. Tapi nanti baby dah lahir boleh la share perkembangan baby kan. 

25weeks

Alhamdulillah hari ni dah genap 25 minggu, perot pun dah terasa semakin maju ke depan. Dan yang paling best bila dah rasa baby bergerak gerak tau. Excited la bila mule2 rasa ni, first baby ni masih dalam keadaan semue nak jakun kan. Sebenarnya baby memang dah bergerak dari awal minggu ke 7-8 tau, kalau nak baca pasal pergerakan baby tiap minggu boleh baca kat babycenter, tiap minggu baby akan buat pergerakan yang baru tau. Tapi disebabkan baby masih kecik kita tak dapat la rasa pergerakan baby tu. Selalu rasa macam eh tak rasa gerak ni ke sebabnya lemak kat perot ni tebal sangat sampai tak rasa baby ni bergerak. Dan menurut pembacaan aku kan biasanya first baby ni memang kita lambat sikit rasa pergerakan baby tu, kita akan mula rasa dari minggu ke 20-24, tapi bila dah 2nd and seterusnya mungkin seawal minggu ke 16 kita dah boleh rasa dah. Mungkin seawal 20 tu aku dah rasa dah pergerakan baby, tapi masa tu rasa macam eh yeke baby gerak macam ni, sampai la minggu ke 22, rasa gerakan semakin kuat, selak baju sendiri nak tengok perot, sampai ternaik2 la perot tu, masa tu lagila excited rasa comel sangat perot sendiri dan rasa comelnye baby mama gerak gerak. En suami balik malam tu cerita kat dia yang baby dah gerak gerak, tapi bila encik suami pegang2 perot, baby ni saje je tau nak main sorok2 dengan papa dia, tak nak pulak gerak gerak. Kesian papa hari hari tunggu nak rasa baby gerak. Bila dah masuk 24 minggu, nurse cakap masa ni kita akan rasa gerakan baby dengan lebih kerap dan gerakan lebih kuat dari sebelum. Sebelum ni rasa kejap je pastu dah hilang. Sekarang memang kerap jugak rasa baby gerak gerak, ni tengah update blog pun dia excited sekali gerak gerak, tau la tu mama dia cite pasal dia kan. Bila en suami balik selalu nak rasa baby gerak tak dapat jugak, kadang tengah malam pun baby aktif bergerak lagi, tapi bila mama dia start tido dia pun tido sekali kot sebab diam je, ke mama dia yang tido mati yek. Sekarang ada juga mengalami masalah susah nak lelapkan mata, pejam pejam tak boleh tido, tapi bile tido siang bukan main lene je kan. Pastu bangun tido sakit sakit badan, tapi kejap jela. Baby nanti bila dah keluar jangan terikot pulak tak nak tido malam nak tido siang dah la, kesian sebab nanti kene jugak paksa papa jangan tido kan. Tapi papa ni biasanya tido mati, nanti bila dah ade baby tak tau la papa terjaga ke tak bila baby bangun nak minum susu kan. Semalam papa pegang perot dapat la papa rasa gerakan baby, tu pun sekali je. Tapi tau papa pun mesti dah cukup happy kan.
oh babyku
Lagi 2 minggu baru nak scan nak tau baby mama girl ke boy, excited tau ni, dua dua nama mama dah cari, jadi tak kisah pun girl ataupun boy. Dua dua nama tu nak dua perkataan, bermula huruf k dan perkataan ke dua bermula huruf z. K sempena nama aku kan khadijah dan z sempena nama encik suami iaitu zaki. Jadilah baby kz nanti. Boleh je kalau nak letak nama bermula huruf z tapi tak nakla nanti bila kedudukan dalam kelas nak hafazan ke oral ke kedudukan spm hujung hujung pulakkan, anak mama mestilah excited nak abiskan cepat2 nak nama panggil awal2 kan macam mama dia jadi nama bermula huruf k tu kira tak terlalu awal dan bukan kedudukan yang akhir. Nanti nama anak seteus seterusnya pun nak letak kz jugak *satu pun belum keluar dah fikir yang seterusnya kan*. Jeles tau dengan kawan sekolah dulu dia baru 19weeks dah tau jantina baby dia,  mase scan doktor dah nampak tau, tapi doktor je yang dah tau, dia dengan hubby dia tak nak tau nak surprise katanya. Macam tu pulak kan. Aku ni bab yang ni tak nak la surprise harapnya masa scan nanti dapat la tengok anak mama ni girl ke boy, jangan kepit2 pulak tau walaupun tau anak mama ni mesti pemalu macam mama kan *haha gelakan diri sendiri*. Kalau dah tau senang la nak beli barang untuk baby mama ni. Ada jugak barang yang memang dah ada, mama tok dah belikan drawer untuk letak baju baby, ada bakul tuk barang baby, hadiah kawin haritu dapat tilam baby dengan kelambu dia sekali, untuk pakai masa awal2 lahir nanti, aunty dia nak bagi katil baby sebab diaorang dah tak guna. Ni semue rezeki anak mama ni, kalau ada siape2 yang nak bagi barang baby kami sedia menerima seadanya tak kisah la barang dah pernah pakai atau baru kan. Ni mama tok baby ni tengah sebok menjahit barut tuk baby dan juga untuk mama baby masa berpantang nanti. Kat internet tengok la bedung baby kan yang modern comel gila dan tambah baby tu comel, geram je tengok rasa nak beli, tapi papa cam tak nak je.


*ni la bedungnya*
comelkan plus baby ni yang comel gila

drawer untuk baju baby nanti beli kat kk home deco :)

hujan je ni kan, mata mama ni pun dah ngantuk pulak, nak ajak baby tido la♥



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

9 comments:

  1. Jga kesihatan eh khadijah..

    hehe..snang eh..zip cmtu je bendung tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula zaman sekarang semuenye senang.. bedung pun zip je man :) thanks :)

      Delete
  2. anak saya sangat aktif.sampai tergeliat2 perut kalau dia gerak byk sgt. jaga diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktif betol tu.. fiqah dah bape weeks? :) jaga diri jugak ye :)

      Delete
  3. xlama lagi rasalah pergerakann baby sampai senak2 perut mamanya..hehe tp happy sangat!!

    ReplyDelete
  4. bestnya dah dapat rasa baby gerak gerak dalam perut. nanti announce tau baby girl ke boy :D

    ReplyDelete
  5. Tkcre my dearrr

    Kalau nak order ape ape from KLnanti i boleh tolon belikan;)

    ReplyDelete
  6. alolo.. best nye mak baby nih.. =)
    nk baby jugak... huhu

    ReplyDelete
  7. take care kak dijaaa :)
    semoga semua dipermudahkannn

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate