Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, March 24, 2014

Crispy Mars Bar Yummy

Lame dah tak update dan share resipi best best kan. Tula Dah lame tak tunjuk bakat buat makanan best best. Bukan bermakna aku masak makanan tak best je kat rumah. Kat rumah masak masakan simple2 je la, masak yang encik suami kenyang,  perot kenyang, hati girang, badan pun semakin bambam

Disebabkan sekarang crispy mars bar tengah hangat kat pasaran kan, nak beli tengok harga mahal, jadi mulut tak payah bising nak cakap mahal, google tengok resipi macam senang je kan, boleh la try kan. Aku memang suke try bende baru, macam pavlova, macaroon tak pernah rasa try buat sendiri, rasa sedap je kan, anggap jadi je la kan.

Zarif berkeadaan baik je sepanjang mama dia buat crispy mars bar ni sebab mama tok dia yang jaga. Papa zarif tengah syok main boling time mama zarif tengah gigih bersenam di dapur

Resipi simple tapi yang pastinye memang sedap. Tak rugi try. Cume bahan agak mahal. Sebab tu orang pun jual mahal.

Bahan bahan:
Crispy rice (3cup) *beli kat tesco, cari kat giant aeon tunas manja semue tak ade
Butter
Mars mini pack (dalam ade 5 aku gune 4 je, sedap2 tak terlalu manis
Satu Cadbury chocolate bar

Cara cara:
1. Masukkan butter 90gm dan choclate mars yang telah dipotong2 ke dalam kuali. Sentiasa gaulkan dengan api perlahan agar tidak hangus ya.
2. Tutup api. 3 cup crispy rice digaulkan dengan chocolate di dalam kuali.
3. Masukkan  crispy mars ke dalam loyang.
4. Dengan teknik double boil cairkan 1 bar chocolate cadbury dab sedikit butter. *butter tu agak agak sendiri ye nak letak berapa banyak*.
6. Setelah cair. Chocolate tersebut disapu atas crispy mars didalam loyang.
7. Masuk peti ais sekejap dah boleh makan.

Makan masa keras2 dari peti ais tak berapa best. Bile nak makan keluarkan dulu dari peti tunggu dia dah lembut cair memang lagi sedap la makan. Rasa dia rangup rangup bile makan. Encik suami pun suke. Kejap je dah licin *sebab aku yang makan banyak*. Lepas ni boleh buat lagi sebab suke dan sedap.

Selamat mencuba kawan kawan ♡


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

5 comments:

  1. Assalamualaikum. wahh simple rupanya. boleh try buat sendiri nanti.. terima kasih ya ~~~

    ReplyDelete
  2. Yeah....nk kn cuba ni...menyelerakan je....tq share...

    ReplyDelete
  3. tambah lemak, tambah kolesterol, tapi itulah yang sedap kan....

    ReplyDelete
  4. wah..terliur tengok..sedapnyaaa.

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate