Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, March 20, 2014

Khalil zarif stuff

Hari ni nak cerita pasal barang barang yang zarif miliki. Bukan semue barang tu adalah keperluan tau. Ade yang kakak encik suami bagi turun temurun tapi masih elok jadinya kami gunakan. Kalau ikot nafsu serakah semue barang nak dibeli ye dak? *dasyat bunyinya sebab memang susah dikawal sebab sekarang gile nak beli barang online*. Antara barang yang zarif miliki *nak buat dalam point terasa macam jawab examkan, oh rindu nak belajar lagi*:

bouncer
Yang ni pada aku penting. Tapi kalau nak beli, beli awal2. Sebab aku rasa 5 bulan pertama je kot gune. Tapi tiap budak lain2 kan. Sebab bile dah pandai meniarap diorang nak bebas atas tilam je main sendiri, nanti bile dah merangkak lagi la kan tak layan la bouncer2 ni. Zarif duduk dalam bouncer masa umur bape hari lagi. Dia susah nak tido *mencabar gile masa pantang*. Jadi nak tido berenjot. Masa pantang pinjam bouncer kakak aku. Bouncer yang kite orang beli masa baru pasang belum pernah guna macam tak melendut lagi, zarif pulak ringan 2.25 jr bile baringkan macam tegak je. Lepas pantang baru gune. Beli masa zarif dalam perot lagi, beli kat aeon big masa tu sales bawah seratus la. Beriye2 aku nak sebab ade music dia boleh gegar2 bawah seratus dan comel kan. Pilih bentuk singa. Sekarang kadang bile dia tengah baik letak dalam bouncer ni dia diam je.




babycot
Babycot ni pun kakak ipar yang bagi. Zarif tak minat pun tido atas ni. Kalau baby jenis tak suke tido atas ni tak payah la beli kan. Membazir je. Tido malam pun kadang kejap je letak dalam tu. Bile dia dah eak eak nak susu. Sumbat je nenen mamanya tertido sekali. Tapi kalau jenis yang crpat dapat adik berguna kot. Lagi kalau abang kakaknya baru setahun lebih tangan suke mengusik kan, kalau adiknya diletakkan dalam baby cot selamat la sikit kan.




carrier/stroller
Carrier dan stroller kedua duanya penting pada aku. Stroller babah tok zarif yang bagi, yang simple murah ringan boleh untuk baring dan duduk yang penting selesa kan. Takpe 2 3 tahun zarif pakai kalau rosak beli je yang baru pulak kan. Yang mahal tu pun belum tentu tahan bertahun2 kan. Kalau shopping mall tempat yang ada lif sesuai bawak stroller. Kalau tempat yang sempit masa ni baby carrier diperlukan. Baby carrier pun beli brand mothercare harge tak sampai seratus. Tapi sekarang tengok ergo carrier tu comel berkenan pulak. Tapi nak beli yang ciplak 100 lebih tu je :) lagi best sebab bile panas boleh tutup kepala kan. Selesa je kan baby. Kalau nak dukung tanpa dua bende ni memang lenguh pinggang la. Lagi sekarang zarif dah 6.6 kg fuhhh





aku nak ergo carrier macam ni la. tapi nak yang ciplak quality bagus yang 100lebih tu je hoho

♡car seat
Car seat pun penting untuk keselamatan kan. Yang ni along aku bagi. Ni sesuai untuk newborn sampai dua tahun kot boleh pakai. Sekarang bile jalan jauh mama duduk belakang dengan zarif. Tapi kafang bile jalan dekat malas nak letak dalam car seat. Kalau pergi klinik berdua dengan zarif pun senang letak dia dalam car seat. Jadinya ni ada la satu keperluan dan untuk keselamatan.


ni masa bawak zarif pergi kk. nangis nangis on the way balik tertido

♡besen/tempat mandi
Zarif dah 5 bulan pun masih mandi air suam dalam besen. Papa zarif yang mandikan zarif dalam besen.  Masa kecik sangat aku rasa takut nak mandikan.  Bile dah badan makin semangat tak daya nak pegang takot terlepas. Jadinye bole aku mandikan baringkan dia atas tempat mandi ni. Senang. Ni aku beli kat marrisa shop. Masa tu ade offer 50 lebih. Berguna sangat tau. Lagi untuk yang tak reti macam aku ni kan. Kesian tau masa mule2 pindah sini. Encik suami selalu lambat pergi hospital sebab mandikan anak. Sekarang tak la dah kalau lambat bukan salah anak la dah hee

opss papa tak bagi letak gambar bugil bigil ni. nak tunjuk contoh je ni hoho

zarif suke swimming. kejap lagi nak balik johor, tak sabar nak bawang zarif mandi swimming pool. nanti aku update ye.

walker
Zarif dah 5 bulan ni baru nak berjinak jinak masukkan dia dalam walker. Semalam baru try. Mule2 dia duduk situ buat muke pelik sampai terdiam ternganga nganga tau. Pelik sangat kot. Duduk sempat meneran yak yak kat atas walker tu. Ni kadang kadang je letak. Dia baru reti gerak sikit2. Masa makan letak dia leke la sikit duduk dalam tu. Walker ni pun tak beli kakak ipar bagi. Ni walker dia dah pakai tapi masih cantik lagi.


playgym
Playgym ni pada aku  kalau tak ade pun tak ape. Kalau nak letak baby atas ni seawal umur 3 bulan dah boleh letak atas playgym. Sebab masa tu dia dah start nak memukul barang. Tapi masa aku letak zarif tengok je rama2 atas tu dia tak usik2 pun. Sekarang dah pandai meniarap tak ade pun main atas playgym ni. Tapi aku tak membazir sebab bukan kitaorang beli kakak ipar yang bagi. Ni pun yang dah terpakai jugak ni. Sebelum pakai aku basuh je dulu.

zarif dengan kak aira dan adik azra 


baby chair
Baby chair ni boleh guna bile dia dah pandai nak duduk. Bulan depan zarif dah nak 6 bulan dah boleh try letak atas baby chair kot. Bagi makan sambil duduk atas kerusi ni. Sekarang mama nak beli boon squit tu. Senang kan bagi makan picit picit je. Padahal dah ade set bekas makan baby tu orang bagi masa zarif baru lahir tu. Baby chair ni pun bukan kitaorang beli kakak ipar juga bagi.

aku nak boon squirt macam ni kan. nampak comel dan mudah kan. jangan mama malas sediakan makanan untuk zarif dah la

baby bean bag
Yang ni angah aku yang hadiahkan untuk zarif. Bende ni sebenarnye bukan keperluan tapi kitaorabg tengok best dan nampak comel angah aku pun order online. Dah la preorder sampai dua bulab. Pastu lain kitaorang order lain yang sampai. Memang services tak bagus la. Harge baby bean tu rm150. Bape kali je zarif baring atas tu. Last last mama dia yang duduk atas tu. Penat je gado gado ngan online shop tu pastu tak pakai sangat. *tak nak tulis nama online shop tu moge lepasni dia insaf la kan, biar perniagaan lebih berkat kan*
zarif dengan kak riena
Diaper clutch
Ni pun aku beli masa zarif dalam perut. Terpengaruh dengan irine la ni. Tengok dia review kat blog. Tapi serius bende ni sangat berguna. Pergi mana mana letak je pampers 2 3, letak baju spare letak je wipe tissues. Bile nak tukarkan zarif kat baby room alas je dengan bende ni kan dijamin bersih. Sampai sekarang masih digunakan.
kakau pergi mana mana encik suami jadi mr mama. salinkan pampers zarif.

ni macam diaper cluth zarif tapi tepi2 biru. ni pinjam gambar dari my hafiy blogshop. beli diaper cluth kat situ


almari baju
ha, almari baju ni kitaorang beli. Nampak sangat yang kitaorang beli lagi kurang, yang orang bagi yang banyak kan. Alhamdulillah murah rezeki zarif. Drawer zarif dah tak muat. Jadinye kene beli almari besar sikit. Almari ni comel dan besar jugak puas ati la nak letak baju banyak banyak kan. Boleh muat banyak baju. Tapi harga memang murah gile. Rm70 lebih je tau beli kat tesco. Almari penting la pada aku sebab nak letak baju baju kan, takkan nak sepah2 kan je kan. Ni anak anak yang lain nanti boleh gune jugak kan. Sekarang aku nak beli rak permainan yang cartoon character tu bukan keperluan pun. Kehendak nafsu aku je lebih. Zarif pun permainan tak ade lagi kan.
*kesimpulannya aku suke barang free haha tak adelah aku suke yang murah2 tapi bagus. Yang mahal tu pun tak semestinya bagus kan. Kalau ade online shop yang jual barang baby tapi murah murah meh la share kat sini ye *pening la kepala suami aku kan*

nak belikan zarif toy racks macam ni. tapi nantila bukan sekarang.

kesimpulannya kitaorang suke barang murah ok. mana mana online shop jual barang baby bagi link boleh cuci mata. tapi nak yang murah la tau.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

3 comments:

  1. Wah....bnyknyer brng2 zarif...bestnyer tgok...geram....

    ReplyDelete
  2. banyaknya barang zharif... kasi ayra la sikit.. :P

    ReplyDelete
  3. Banyaknyer barang zarif...untung la zarif...yg ergo biru tu kita ada...kalau nak murah beli kat mothercare.hari tu kita beli kat mothercare.

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate