Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, March 19, 2014

Khalil zarif first photobook

Hari ni mood nak update blog membuak buak pulak. Rasa suram je blog kan. Dapat update seminggu sekali blog tu dah kire baik tau. Bile dah ade baby ni kan cite pasal anak je la banyak kan. Bukan nak menunjuk nunjuk pasal anak kita lagi hebat ke ape. Nanti bile zarif dengan adik adik *wah adik adik, doakan rezeki kami lagi lepas ni* dah pandai baca dan paham mungkin diorang seronok baca blog merapu mama dia. Diaorang boleh berkenalan dengan diri diorang dari kecik kan.

Sebelum ni dah cerita pasal photoshoot zarif. Photoshoot tu hanya suke suke tak berbayar pun. Sejad dari akad nikah resepsi bertandang , honeymoon, bertunang maternity dan photoshoot zarif semuenye photographer tak berbayar tau. Menggunakan khidmat sepupu. Lepastu encik suami orderkan photobook melalui groupon, nak jimat lagi tunggu offer yang best baru grab. Album kawin kenelah guna hard cover nampak macam professional yang buat kan. Album2 lain semue softcover je lagi murah dan nak lagi murah tunggu offer *nampak macam kedekot kan, tapi jimat ape*. Cume masa prewedding tu je bayar photographer, lepaatu buat photobook nak jadikan sebagai guestbook. Yang tu pun hard cover.

Tiga syarikat photobook yang aku pernah beli photobook malaysia, pixajoy dan photobook mart. Paling tak best adalah photobook mart sebab quality kureng dan tersangatlah lembap. Kita dah order nak tunggu sampai pun rasa macam nak marah bilr dah dapat tengok quality kertas pulak lagi tambah marah. Tu dah la aku buat untuk 4 album akad nikah, resepsi dan bertandang dan outdoor photoshoot. tapi redha je la. Sebab gambar yang diambil tetap cantik cume quality kertas kureng.

Aku suke photobook malaysia dengan pixajoy quality kertas diorang memang cantik la. Service yang paling tip top adalah pixajoy. Hari ni hantar file petang dab print lepastu hantar shipping. Sekejap je. Kalau ade masalah kat gambar kita macam dia tengok ni tak sengaja letak garisan dia akan call tanye garisan tu memang sengaja letak ke atau tak. Bagus kan pixajoy. Masa tu offer photobook rm10 je. Aku beli dua. Edit gambar bertunang dengan honeymoon kat bali.

Untuk photobook zarif dengan maternity tu aku order dekat photobook malaysia.  Yang maternity tak dapat lagi. Yang photobook zarif ni kecik comel je. Square size, 6×6, softcover. Beli voucher kat groupon mase ni free je tau photobook ni. Bayar postage je rm8. Kecik comel je. Jadinye adik adik zarif nanti pun akan dapat satu sorang photobook size kecik macam zarif punye. Adil dan jimat kan. Aku hantar jumaat lepas. Hari semalam sampai. Dia gune courier services ape ntah tengah hari aku dapat mesej dia suruh amik kat kedai mana. Haruslah aku balas mesej cakap aku dah bayar courier serives suruh hantar sampai depan umah. Dia malas nk gado dengan aku dia tak balas pun. Petang tu dia hantar je la photobook tu.

Dapat je haruslah mama excited terus nak bukak tengok. Ni ade gambar sikit sikit. Kalau nak tengok gambar zarif photoshoot boleh click entry sebelum ya. Nak tepek gambar pulak.

Pss kononnya nak update pasal photobook zarif je last last update macam nak buat review pasal syarikat photobook pulak khen.


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. Assalamualaikum awak. sheila pun suka pixajoy. terbaik gila servis. kualiti pun mantap. grab sampai 4 deals tahun lepas. hiewhiew.. comelnya photobook khalil zarif ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul services dia sangat baik kan. Memang tak rugi la grab sampai 4. Ni dija rasa nak beli lagi satu photobook untuk zarif. Tengok ade offer kat groupon.

      Delete
  2. wah!!!comeynya zarif!!aunty baru ja order photobook hana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana cepat buat photobook. Aunty tak sabar nak tengok tau. Hana cepatla photoshoot pakai baju comel :)

      Delete
    2. baju comey mama xbeli lagi :p papa ckp bazir ja...gitu!!!

      Delete
  3. Wahhh, sgt the gojezz la... nak kena wat jgk ni... waaaahhh, naper masa terlalu mencemburui i ni.. jahat tol masa..hihihiii

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate