Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, September 9, 2014

Singapura here we come

Ceh ni bukan live update pun. Ni cerita jumaat lepas ye. Akhirnye passport zarif dengan encik suami bercop jugak. Dari awal tahun plan nak gi singapore, hujung tahun baru misi terlaksana okey. Pergi pun kejap je ni. Dah cakap dengan encik suami bulan depan nak pergi lagi makan meatball kat ikea singapore.

Tuju ke satu destinasi je hari tu. Pergi hari jumaat. Jadinye tunggu lepas jumaat la baru dapat pergi. Malas nak pergi hari sabtu confirm ramai orang sesak dengan orang je kan. Sebelum pergi melawat anak buah aku kat hospital, demam denggi. Sempat amik gambar kat hospital je.

Sempat pose dalam kereta je. Kat singapore tak amik gambar pun. Encik suami drive, mama kat belakang ape lagi, pose je la. Destinasi kami kali ni ke mustaffa. Survey2 perfurme, memang murah compare kat malaysia. Banyak yang beli dua lagi lagi murah. Tapi brand yang aku nak semue harge tak berapa nak murah jadinye tengok je dulu. Next time la pulak kan. Mustaffa ni banyak tingkat. Sambung dua bangunan pulak. Macam macam yang ade jual kat sini. Nak beli gadget, emas, makanan macam rempah yang pelbagai, barang basah ikan ikan pun ade, baju, toys, macam macam lagi la. Rasenye mustaffa ni memang complete la. Kite je tak larat nak tengok. Sebab barang terlampau banyak kan. Tapi pergi hari jumaat okey lagi sebab orang tak ramai. Kalau weekends aduuhh bukan setakat pening tengok barang, pening tengok orang jugak.

Parking kitaorang parking kat city square. Dah tiga kali pergi mustaffa tiga tiga kali parking kat situ. Parking kat situ murah compare parking kat tempat lain. Encik suami cakap lepas ni kite nak jalan mane mane parking je kat city square pastu naik je mrt. Lagi senang kan. Sebab parking kat orchard road dah la mahal, pastu full payah nak cari parking.

Konon jalan kejap je. Kitaorang sampai dalam pukul 4 petang. 4 malam kitaorang bergerak balik. Dah petang petang haruslah lapar kan. Ingat nak survey ape je yang best kat rooftop mustafa tu. Sekali terduduk dan terorder la, tak tau makanan ape yang best. Order la roti naan dan butter naan. Ingatnye dah tak payah nak order kuar macam kat malaysia siap ade dhaal ke kari kan. Kene pulak order makanan lain untuk di makan dengan naan. Jadinye order la satu chicken masala. Chicken masala dia memang power la. Sedap la kirenye tak rugi la bayar mahal sikit kan. Dan puas memang cukup untuk makan 2 orang. Total makan untuk dua orang dalam rm50+. Pengsan kan. Padahal aritu makan roti nan kat mersing siap dua tandoori lagi kan barula rm15 kan -_-
Rindu aiii nak makan meatball ikea, nak ke kl pun jauh. Gi singapore la dekat sikit. Bulan depan, in shaa Allah.
*gambar syok sendiri dalam kete je la *


ni posing syok sendiri kat hospital

zarif tido mama nak ajak selfie

zarif melawat kak na kat hospital

pss sorila gambar tak tersusun. malas dah nak susun. sebab update dari handphone

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

terima kasih bagi sepatah dua kate