Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, September 1, 2014

Hari keluarga ke Afamosa Resort Melaka

penat balik dari Terengganu semalam tak abis lagi. ceh penat la sangat bukan aku yang drive pun, dah la tak drive, tido pulak kan hoho nak buat cam mane dah jadi satu tabiat la, masuk je la dalam kereta ke, bas ke, kapal terbang pergi langkawi berape minit tu pun baru gerak kejap je aku dah tertido. zarif pulak baru balik jalan hari ni tinggal berdua je memang mama dia tak boleh buat ape la, bangun je dia menangis. menangis boring agaknye tak ade kawan tapi bukan bermakna zarif nak kawan aku kene bagi adik, nanti mula la orang buat ayat zarif nak adik la tu. padahal zarif pun asih nak perhatian lagi. siapa kami nak tolak rezeki kan, tapi biarlah zarif dapat perhatian yang cukup kan zarif kecik sangat lagi. ok, entry kali ni bukan nak cite pasal terengganu ye. cite terengganu esok esok pulak bile rajin ye.

Entry ni memang agak ketinggalan dah basi pun tapi nak jugak share sebab first time pergi ni. Tahun ni memang aku cuti cuti Malaysia la. Harap Zarif ade passport je, tapi kosong tak bercop lagi ni. harapnye menjadi la plan kami ke Singapore hujung minggu ni. Tahun ni Zarif memang keliling Malaysia, bulan 2 cameron highland, Bulan 4 pergi Langkawi bulan 5 ni la kami ke Melaka, nak tentukan pergi Melaka tu macam macam kisah jugak, mule plan nak pergi tioman alang alang aku duduk kat mersing ni, tapi cuti sekolah pulak kan. ramai orang mama takot feri overload pulak. tukar plan pergi bukit merah kat perak, ni pun tak pernah pergi lagi, aku on je. tapi jauh pulak kan, cuti sekolah tak nak sangkot jem pulak. last sekali decide pergi melaka semue pun setuju lagipun dekat sikit kan.

bile dah plan cuti cuti dengan family ni, aku punya semangat macam buat hari keluarga besar besaran tu kan. siap tempah tshirt, tempah online je, design pilih sendiri. boleh pilih tshirt kaler kaler lagi tau. memang tak mahal la, dah la tulisan lain lain. termasuk postage untuk sehelai tshirt dalam rm15. tempah dua tshirt sorang satu untuk siang dan satu untuk malam. untuk baby2 pun tempah sekali. comel sangat tau. korang nak tempah tshirt murah boleh search fb FAC printing. memang murah la berbanding tempat lain.  bukan sekadar tshirt je tempah tau, mama aku punya semangat siap buat flower crown lagi tau. sebab tu la anak dia over excited jugak ni memang like mother like daughter la.

\



Percutian 2 hari 1 malam. tido kat apartment afamosa resort ade 3 bilik. bilik pun selesa. satu bilik ade dua katil queen ok. memang puas la boleh golek sorang2 kan, tapi nak jugak tido himpit bertiga kan . Kami bertolak pagi ke Melaka. sampai dalam pukul 9. angah aku dari pekan, dia bertolak lewat sikit dah lambat, jadinye terlepas banyak show diaorang langsung tak pergi safari wonderland. tempat dia tak ade la besar manam tapi dia banyak show, jadinya untuk yang pertama kali pergi seronok la. sebab masa diisi dengan tengok animal show tu. zarif masa tu baru la dalam 7 bulan. tak paham ape lagi pun. first tengok elephant show, lepastu ade animal show, bird show last sekali dalam pukul 2 macam tu cowboy show. mama tok dengan babah tok dah tak larat dah nak tunggu dah berjam kan dalam tu, jadinye diorang balik bilik dulu bawak cucusnya. mama is happyla kan. zaeif dah balik dulu. tapi kalau zarif ade pun dia terkejot sebab show tu tembak menembak bising memang boleh mengejotkan baby la kan. makan including sekali, makanan dia ok, aku pilih nasi goreng kampung dengan ayam.












malamnya pulak masa ke cowboy town. pada aku tempat tu tak ade pun yang menarik, ade tempat jualan cenderamata pastu kitaorang tunggu show. show dalam pukul 8.30. yang bestnya sepanjang show tu walaupun bising zarif selamba je tidur. dia tak merengek jadinye kami pun senang hati kan. harga dia macam tak berbaloi bayar untuk tengok show dan tengok bunga api. kitaorang dengan anak anak kecik haruslah dah malas nak tengok bunga api. teros balik je. sebelum masuk ke cowboy town, ade la photographer amikkan gambar kami pakai topi cowboy dengan pegang senapang. yang kecewenye kan, dah la memang dia tak bagi amik gambar pakai handphone kan. sebab dia nak paksa kite beli gambar dia kan, dah nak pakse tu amik la gambar xantik cantik, ini tidok, gambarnye gegar la. penyudahnya kita tak beli dia buang je la gambar kita dalam tong sampah kan -_____-




esoknya konon la kan nak bawak zarif bermandi manda kat waterpark dia. tapi kami dah tak larat pun, bawak zarif mandi kolam kat apartment tu je la, pastu kitaorang jalan jalan kat bandar Melaka je la. aku tambah satu hari lagi, tidur kat bandar Melaka, malam malam jalan kat jongker walk. sepanjang jalan zarif tidur je, jadinye seronok la kan kami berjalan, malam tu pulang sepanjang sungai tu ade pertandingan hiasan boat, meriah dengan hiasan dan lampu, aku pun lupe sempena ape kan. dapatla kami cuci mata,



for me, percutian ke afamosa melaka seronok lagi lagi pergi dengan family kan. tapi first time pergi seronok la kan, Afamosa patut buat pembahruan penambahan tiap tahun, jaga tempat tu elok elok. tak adalah orang bosan kan. biarlah ape yang orang bayar berbaloi dengan ape yang kita dapat kan. untuk harga semue aku pun tak pasti berapa. sebab semuenye ditanggung oleh babah tok. thanks babahku. babah punsporting je okey pakai baju super pastu selfie.

bulan 3 haritu kami dah ke langkawi kan. tak sempat update entry ke langkawi pun, bulan ni dah nak ke langkawi lagi tau. tak sabar rasenye nak jalan jalan lagi. last sekali saja nak persembahkan gambar anak anak. baju mama tok belikan masa gi safari wonderland. rasa macam pakai baju rumah sukan kaler pink kelas bunga matahari kan






TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

1 comment:

  1. Wah..bestnyer...amboi mak sporting siap pkai flower headband lagi,,,seronoknyer g ngan family2 skali

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate