Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, September 12, 2014

Zarif yang kreatif

Hoyeaahhh happy 11month zarif. Sebulan lagi zarif nak genap setahun. Ni tengah prepare untuk birthday celebration untuk zarif. Semangat lebih mama dia. Nanti boleh cerita kepandaian zarif selama 10 bulan ni. Makin besar zarif makin rindu zarif baby baby. Cepatnye la anak mama membesar.

Zarif jenis yang tak suke tengok tv atau main handphone. Walaupun mama dia tukar channel kartun dia tak heran pun. Mama papa je layan pocoyo cam tu kan. Untuk tak suke handphone tu baguslakan, tak nak la ajar zarif sampai leke dengan gadget je. Biarla dia main permainan yang menjana minda kan ikot perkembangan dia.

Permainan pun zarif tak adela suke sangat. Main sekejap pastu dah bosan. Zarif suke tolak kotak la, jadinye dia suke la tolak kereta ke hulur hilir macam tolak kotak jugak. Bola pun kene kita main sama sama la. senang cite zarif nak orang layan. Berape kali je la mama papa dia rajin nak layan dia main bola kan.

Semue permainan dia dah diletakkan dalam kotak. Tapi zarif punye kreatif sangat dia keluarkan semue permainan tu. Dia yang duduk dalam kotak. Kotak pakaian mama yang comel tu pun zarif keluarkan kain dalam tu pastu dia duduk, dah terlekat, jerit jerit mintak simpati nak keluarkan. Semalam pulak jating untuk main basketball dia masukkan kaki dalam tu pastu nak duduk atas jaring tu. Cepat rosak la mainan macam ni, sebab zatif kreatif sangat -_-


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. comel je suka masukkan diri kat tempat sempit tu.sekarang kalau rumah bersepah pun alasan, zarif yg buat..hee.sempat beberapa minit je kemas.

    ReplyDelete
  2. Zarif ni kan..comellah..pandai ek keluarkan..nk bg mama die keje lebih..hehe..ye ye..ti tiup lilin tau..

    ReplyDelete
  3. comel lah zarif ni. semua tmpt dia nak masuk. huhu

    ReplyDelete
  4. dah 11 bulan dah zarif? kejap nya masa berlalu kan.. =)

    ReplyDelete
  5. hihi pandai lak die masuk dlm kotak tuu..

    ReplyDelete
  6. Hehehe dah besar zharif. rindu kan time diorang baby. emyr nak masuk setahun next week. yahoo

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate