Selamat berhujung minggu korang, hujung minggu ni encik suami tak bercuti sebab jumaat dan khamis encik suami dah cuti kira puas dah berjalan sampai lenguh jugak la badan, bila malam nak tidur rasa sakit badan perot semua la sakit, bangun tido pagi ni pun kepala rasa berat je. Bila dah balik jalan macam tu la, mungkin sebab cuaca semalam pun panas sangat kan. Jadi hari ni kononnya berehat la tapi mama babah ada balik minggu ni tak adalah duduk rumah kan, bila mama babah nak pergi jalan mestilah aku nak ikot jugak. Hari ni majlis resepsi kak nana, memang nak pergi tapi encik suami tak cuti pulak, tu yang tak dapat pergi, semoga majlis kak nana berjalan lancar la ya.
argghhh *tiba tiba nak stress*.. Hari tu baru update entry pasal samsung galaxy note II pink colour kan tup tap tup tap petang tu adik call tanya tengok tak instagram kak hani, confius aku kak hani mana pulak kan, rupenye kak hani kakak aizul dan irine nadia marcello. Aku yang tak follow kak hani terus follow kak hani sebab nak tengok instagram kak hani dia bagi mak dia samsung galaxy note II colour pink okey. Arghhh nak jadi adik angkat kak hani la dengan harapan dapat jugak la kan. Pastu adik suke suke je mintak aku tambahkan duit belikan dia note II pink tu haruslah aku beli untuk aku dulu kalau ada duit baru beli untuk adikkan haha ok jeles dengan mak cik aka mak kak hani, tak nak kawan makcik *tetiba* haha.
Pic ni amik kat instagram kak hani *pinjam gambar ya kak hani*, yang satu tu memang note pink kak hani dan satu lagi note pink tu untuk mama kak hani. best kan. Lagi satu aku memang suke follow instagram perempuan cantik, ayat psiko, aku dah kawin hokey. Suke je follow tengok orang upload2 gambar cantik cantik. Kalau perempuan suka tengok perempuan tak pelik kan tapi kalau lelaki suke tengok lelaki aku rasa euwww gelinya haha laki aku tak macam tu *opsss sori tetiba out of topic*
Disebabkan masa update entry sebelum ni ada orang tanya berapa harga samsung note II pink, aku pun merajinkan diri mengoogle demi korang tau, samsung galaxy note II pink berharga rm1999. Sesiapa yang tinggal area johor kan, duit dah cukup nak beli note II pink ni kan, korang pergi la home fair kat persada, dari 5-7April *minggu ni tau* ada offer kononnya, tapi bila aku tengok balik kan harga asal rm2299 bila offer rm1999, kat samsung pun memang harga rm1999, nampak macam tipu kan.
Disebabkan semalam encik suami tak kerje jadinya kami mengisi masa dengan pergi melawat home fair, rumah tak ada lagi tapi seronok ok tengok barang barang rumah ni, cop cop barang syok sendiri. Kalau pergi shopping mall kami memang suke tengok barangan elektrik, tv la peti ais, mesin basuh, ni la akibat bila encik suami suka melayan, perangai puan isteri dia yang kuat berangan pun makin menjadi jadi kan. Semua flyers orang bagi kami amik, tak nak hampakan semua orang kan, balik tu baru selak selak tau, tu yang baru perasan samsung note II pink ada offer, tapi macam tak offer pun sebab harga sama je pun. Ni pun aku baru teman along beli handphone samsung grand dekat sen Q, sutera mall, kat situ boleh rebate 200 tau, along yang beli handphone aku teruja jugak sebok tanya dengan promoter sen Q, note II pun boleh rebate juga tau, maknanya harga note II 1799 *sebab tu la aku tau harga yang di offer kat home fair tu sama je harga asal*. Telan air liur je la sekarang kan, aku tak daftar pun lagi untuk rebate tu, nak beli betol betol baru leh daftar, sekarang tipu tipu je ni. Yang dah kawin pun boleh daftarkan asalkan bawah 30 tahun dan gaji rm3000 tak payah kira gaji suami kan? Aku suri rumah tak bergaji kira boleh kan? Sempat jugak tadi aku tanya promoter tu ada tak samsung galaxy note II colour pink, suka suka je dia cakap pink colour tu tak cantik la, tapi diaorang pun belum ada stock note II pink lagi. Tapi tadi lupe pulak nak tanya kat sen Q iphone 5 boleh rebate tak, boleh tambah berangan ni.
macam ni la rupa sansung galaxy grand, aku ketinggalan tak pernah tau pun, dia boleh pakai dual sim card, size kecik sikit je dari note, siapa yang nak bergaya pakai note tak mampu belilah samsung galaxy grand ni. Tahap kebagusan aku tak taulah, tak sempat kaji lagi. Harga kat Sen Q RM1299 kalau rebate jadi RM1099
Best gila tau semalam pergi home fair, aku terpengaruh tengok induction cooker, dapur menggunakan elektrik, harga rm3000 macam macam barangan percuma la dia nak bagi, dari aku berdiri sampai aku duduk la punya berminat nak tanya macam macam kan, tapi kami masih tak ada rumah, tunggu ada rumah baru boleh belikan.
ala ala macam ni la, tapi yang aku duduk sebok tengok tu brand segawa
nak yang kecik macam ni boleh jugak bawak travel ni boleh bakar bbq + steamboat jugak, tapi kene buat kat hotel la, nak pakai elektrik kan
Dan on the way nak balik rumah pergi show room kat taman mutiara mas, tengok plus berangan nak rumah macam mana, tengok kondo dengan rumah cluster 2 tingkat, sukenya dengan rumah cluster sebab sukelah design rumah cluster. Next week nak tengok rumah teres 2 tingkat pulak. belinya tak tau bile sekarang tengok tengok dulu in shaa Allah ada rezeki lebih dapat la beli rumah baru.
hahha. Djah gile pink =p
ReplyDeletehaha sya mata dija berpinar bila nampak bende yang berwarna pink ni, geram je hee
Deletebeli iphone la u huhu. induction cooker tu mcm best je u
ReplyDeletecha ni mesti pengguna iphone ye, dija teringin gak iphone tapi tak tau bile nak dapat ni.. cha rajin masak try la beli.induction cooker ni, ms tengok orang tu buat demo dija dah teruja abis.:)
Deletenak menanes dh td baca tajok.. ingt dija dh dpt samsung pink tu. omg... hahaha.. sara pun mahu.. tp tp... bagaimana eh ? hahaha
ReplyDeletehaha tajuk saje psyco orang je.. naj gak sara nak gak.. arghh stress haha
Deletehaha..lucu la dijah ni..takpe,xbeli xpe..tp puas dpt tgk brg2 pastu plan itu plan ini mcm ye,ye je kan..hehehehe..
ReplyDeletesamsung tu..errr,pinky..geramnya!