~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, April 2, 2013

Jom Naik Cruise

Tajuk je gempak macam aku yang nak naik cruise tu kan, siap jom macam nak ajak orang lagi kan, tapi tu hanyalah angan angan. Tak ape, angan angan boleh jadi impian kita dan mungkin suatu hari nanti jadi kenyataan, siapa tau kan? *cara cara nak pujuk hati sendiri* Mungkin buat tajuk entry macam tu dengan harapan la ada pembaca setia akan realisasikan impian aku ni atau ade siapa siapa yang tiba tiba bagi tiket naik cruise kan, kalau nak bagi sila bagi dua tiket tau, sebab aku dah ada pasangan *teruskan berangan lagi, pastu demand nak mintak free sampai dua tiket*. Nak tiket free bagai ingat diri artis la tu dalam rancangan romantika kan nak percutiaanku ditaja. Semalam tengok romatika ulangan Lisa dan Yusry rasa diaorang sweet sangat kan, suke tengok. Yusry bawak Lisa bercuti, siap buat surprise lagi, walaupun dekat je pun, tapikan sangat bermakna bile orang tersayang buat surprise kan. Sambil tengok tu ulang ayat "bila la nak dapat surprise macam ni", ayat ni memang dituju khas untuk encik suami. Tapi aku tau encik suami tak reti bab bab surprise ni, jadi tak mungkinlah nak surprise sampai macam tu, hadiah birthday nanti mesti encik suami tak tau nak beli apa dan teros tak bagi apa apa kot, ok tau dah haha. Dengan encik suami kene mintak je teros, tapi yang mintak dah selalu pun nak yang tak mintak pulak. Tu maksudnya encik suami tak kedekot cuma tak reti je nak surprise2 ni *dah puji dah dengan harapan dapat la hadiah kan*

ni tempat yusry bawak lisa tu, golden palm tree, dia punye bilik atas air, macam kat levis gak cuma sini lagi besar dan lagi mahal. Cukuplah encik suami dah bawak pergi lexis haritu jangan demand lebih lebih kan


Ni pandangan dari atas, kalau naik kapal terbang boleh nampak kot, tapi aku tak pernah perasan pun, bentuk pokok kelapa kan, nampak cantik je kan

Bila tengok romantika buat aku rasa nak bercuti jugak, ececeh padahal memang aku dah berangan angan nak bercuti pun, tak tengok pun kaki dah gatal nak jalan. kalau ikotkan banyak tempat yang aku nak pergi tapi bila bersama dengan encik suami tak kisahla dia bawak bercuti kemana. Duduk rumah bukan bercuti ya dan travel tak semestinya kene pergi oversea je kan, kalau nak pergi oversea boleh je, tiap minggu pun boleh, tapi masuk singapore je la. Last week pun masuk singapore lagi sebab mama babah teringin nak pergi mustaffa tu, tak shopping ape tapi sempat la beli chocolate favourite yang susah aku nak cari kat sini, chocolate lindt dan makan murtabak singapore kat restoran zam zam, pergi tak lame pun, malam encik suami kerje, gigih kan dia :)

Sebelum sebelum ni aku pernah update entry cakap teringin nak pergi pulau, bukan la teringin sebab tak pernah pergi pulau tapi dah lepas kawin mestilah teringin nak pergi dengan encik suami kan plus aku ni memang mengada semue nak teringin kan. Tapi rasenye tak dapat la nak realisasikan dalam masa terdekat ni, tahun depan la kot, in shaa Allah. Jadinya nak mengisi masa bercuti hujung bulan ni, encik suami ajak pergi KL. Ala, KL je? Tapi tu pun aku dah excited, tak kisah asal jalan je kan, lepastu aku dah fikir nak makan ape yang best je kat sana, nak ajak encik suami pergi shah alam makan abc seksyen 2, wong solo, babah nak bawak makan ikan bakar nanti kene tuntut *hoho* dan mesti macam macam lagi la aku nak makan. Aku sekarang memang semue makan je, badan dah naik, jumpe kawan2 sekolah kat kenduri kahwin semue tegor sebab dah tembam haish tapi ni pun fikir nak makan lagi kan. Dan aku teringin plus rasa dah lame gile tak tengok teater, waaaa nak tengok teater, ade teater best tak hujung bulan ni? Nantila kita gunakan perkhidamatan encik google ya. *dalam ayat kat atas ni banyak perkataan teringin je menyampah nak baca semue nak teringin kan*


Tadi teringin ni kita tukar kepada angan angan *walaupun nampak same je pun teringin aku dengan angan angan tu*. Dari sebelum kahwin lagi aku suka berangan nak naik cruise, tu buat tajuk entry macam nak naik cruise, bukan setakat naik 5 minit pastu turun tau, aku nak bermalam 2-3 hari dalam cruise tu tau, ceh nak rase macam orang orang kaya ala ala cerita pisau cukur kan. Encik suami pulak memang suke membuat perasaan aku lagi membuak nak naik, bulan lepas encik suami ade tunjuk dalam surat khabar ada offer naik cruise untuk  untuk dua orang dalam 1000++ je tau.  Aku nak yang dari penang-phuket-krabi-penang tu,wah teroskan la angan angan kau dijah ooi, nak belum tentu dapat kan. Tak adenye encik suami nak beli pun dia saja nak tunjuk kat aku bagi aku teruje dan bagi aku mengharap la tu kan haha Aku teringin ni pun sebab tak pernah rase, nak jugak tau ape rasenye duduk dalam tu 2-3 hari kan, pening dan mabuk ke tidak kan. Angan angan ni tak taula bila akan direalisasikan. Tunggu encik suami buat surprise la annivssary 30.11 nanti kan. Sebab aku tau encik suami akan baca blog ni saje nak bagi hint mintak realisasikan angan angan puan isteri dia ni yang kemaruk nak naik cruise ni ha.

ni la iklannya boleh booking sampai 31.3.13 je dah terlambat dah pun, menganga je la tengok ya hehe

waaaa tengok gambar je la, pic from star cruises Malaysia

psss korang ade berangan cam aku tak? berangan naik cruise jom ala ala fazura dalam pisau cukur oh my gucci, suke gile fazura *tetibe* ke ade yang pernah naik cruise yang bermalam punye tak nak yang pusing bandar melaka tu je tau, share la pengalaman korang :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

21 comments:

  1. dija! kitorg baru je book g cruise tuk anniversary. hehehe...

    ReplyDelete
  2. serius? wah jelesnya, tak nak kawan zura..hoho zura booking yang mana satu? nanti review dan share pengalaman tau tak sabar dija nak baca :)

    ReplyDelete
  3. i ada baca golden palm tree tu tak semegah namanya. banyak lalat lg huhu

    i takut nak naik cruise sebab i selalu pikir tsunami haha kemain jauh ke depan i pikir tapi sesekali tu ada jugak rasa nak naik tp tulah takuttt huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya masa tu musim lalat kot.. hee family dija pernah pergi tapi dija tak ikot, tak ade pulak diaorang cite.. tapi situ mahal pulak, setakat tido je kan, hee naik cruise tak ape, cha ni kesitu pulak sampai tsunami buat dija pun risau sebelum ni tak terpk hehe

      Delete
  4. haha. kita beli voucher kat mydeal, around 500 tuk 2 malam. nak beli g phuket-krabi tak mampu lak. so beli yg 1 malam je, 1 malam lg kat hotel. harga dah include 2 malam stay (cruise + hotel) bekfas n dinner kat cruise. ada pengalaman cukup la. next time baru leh beli ribu2 round phuket ke hong kong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah best2 tak kisah la asal dapat bermalam dalam cruise kan, nanti zura dah pergi update ok.. amik pic banyak2, jakun tau dija hee

      Delete
  5. yang.. Sya kan, kalaw berangan nak naek cruise, teros pasang dvd cite POSEIDON. kompem angan2 tu iLang cmtu jek. kLw Sya la...
    hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi tu motivasi diri ke..haha jangan pasni nak naik flight pasang cite berkenaan kapal terbang pulak.. haha psiko balik :)

      Delete
  6. hahaha dija sama macam cha la.. suka gak verangan cenggini. tapi hubby fikir len. Takut ribut la. Titanic la. Chaittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha titanic sangat.. jangan la fikir camtu cian orang keje kat laut kan.. cha memang kita syok sendiri berangan meh, tunggu hubby masing2 cam tak nak gi kan :)

      Delete
  7. husband xkan nak nye naik cruise.apa2 yang ad kaitan dengan laut die tak nak langsung.sebab keje dia mmg di laut.so kita TERINGIN dan BERANGAN-ANGAN berdua la dija!heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ciannya ayeen meh kita kongsi angan2 same2.. mesti hubby ayeen pun dah bosan tak pe pasni ayeen cuti naik kapal terbang je ye :)

      Delete
  8. haha.. angan2 tu penting.. tp same la kite. asben org pn jenis x reti nk surprise2 ni.. may be org laki cmtu kot.. hehe.. yg puan bininye lak asyk la nak bjalan.. opps, bcuti sbnrnye.. mmg best ek kalo diorg surprisekan kite bab2 ni..
    *agak2, asben kite nk wat x ek dija?? doa jela byk2.. hahaha
    kot dh tringin sgt, g la melaka.. naek cruise gak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan rasa cam pasni husben kita wat surprise naik cruise melaka je kot.. orang laki kadang memang tak reti bab 2 cam ni, sebab tu ade bende kita baik teros terang je, habis cite kan

      Delete
  9. dija...namee pun teringin nk bercuti atas cruise. tapi nnti loya pulak naik kapal. hehe. tapi dija,,,sepang goldcoast tu mmg lawa gila. teringin nk giiiiiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dija pun tak tau loya ke tidak ni naik cruise tu kononnya nak try, kang kita yang beriya nak naik kita muntah2 dalam tu kan.. namee ajak la isham gi sini shorttrip, korang kan tak honeymoon lagi :)

      Delete
  10. bestnya.. naik cruise.. eh nnt g la honeymoon atas cruise lak.. sara verangan boleh.. ngee~!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ape sarah sarah berada di jalan yang benar memang dija pun tengah verangan lebih..hee mane tau lepasni sarah dapat honeymoon naik cruise kan..wah wah

      Delete
  11. salam....seronok baca blog nie..nak minta pendpt semua nie..mggu depan saya naik star cruise tpi hri nie di sahkn mengandung 6mggu..nak tnya bleh ke kita naik walaupun pregnant?

    ReplyDelete
  12. salam,nak tnya kt semua..mggu depan saya naik star cruise..minta pendapat ye..lepas tu hri nie saya disahkn mengandung 6mggu..bleh ke sya naik kapal dlm keadaan mengandung?

    ReplyDelete
  13. salam....seronok baca blog nie..nak minta pendpt semua nie..mggu depan saya naik star cruise tpi hri nie di sahkn mengandung 6mggu..nak tnya bleh ke kita naik walaupun pregnant?

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate