Sekarang ni kan nafsu makan aku kan memang naik, kadang selera lain macam pulak, sebelum mengandung tak adalah rasa nak makan meggie sangat tau. Bila dah start mengandung ni tekak ni rasa nak meggie pulak, tapi bukan la selalu nak, kadang kadang je pun, paling banyak pun sebulan sekali je rasa nak makan. Tapi mesti la perasaan takot jugak la nak makan meggie kan, takut membahayakan kandungan kita dan juga diri kita kan. Tapi encik suami tak halang pulak makan meggie, selagi dia tak halang aku makan maknanya ok la kan. Tapi nak kepastian aku ni pun mengoogle jugak la kan, tau takot jugak kan. Kadang kan bukan aku sorang je rasa nak makan meggie ni, mama pun 2 kali 5 dengan aku, haritu tiba tiba nak makan meggie, pastu aku tak nak, tapi mama dah macam psyco aku okey, mama cakap mama nak letak cendawan + kangkung, macam macam la nak buat aku tergugat, akhirnya aku kecundang jua, makan jugak meggie dengan mama.
Sebenarnya kebetulan je pun aku jumpa info pasal meggie ni tau. Sekarang ni aku suka baca kat baby center setiap minggu nak tau perkembangan baby bentuk baby dah macam mana :) masa baca mengenai perkembangan baby minggu ke 12, dalam article tu ada info mengenai nutrisi dan diet untuk wanita hamil, teros la aku click, nak tambah pengetahuan kan. Aku pilih articcle yang aku rasa best dan berkaitan dengan aku, aku masa mengandung ni kan lagi satu teringin sangat nak makan sushi. Tapi bila baca kan sushi tak berapa elok untuk ibu hamil, sebab bahan yang digunakan dari bahan mentah kan, melainkan kalau kita yang buat sushi tu boleh la masak betol betol. Tapi haritu kat jusco aku dah nak sangat beli la jugak sushi, aku makan satu je, amik yang ada timun, kira okey la kot. Nak makan apa apa pun boleh ketika hamil, macam makanan laut ke kan, kupang, kerang, lala dan sewaktu dengannya tapi pastikan masak dengan sempurna, jangan makan yang mentah mentah okey. Berbalik kepada cerita meggie tadi, sebenarnya mee segera kan, tapi sebab kan aku gunakan brand meggie, dan lagi senang panggil meggie, meggie je la aku sebut *korang sebutla ikot brand apa yang korang pakai*.
Dalam article tu doktor tersebut mengatakan yang mee segera selamat dimakan selagi dilakukan secara sederhana.
Jika anda terasa hendak makan mi segera, pertimbangkan tip-tip ini:
- Tambah hanya separuh atau kurang daripada separuh perasa yang terdapat di dalam paket untuk mengurangkan pengambilan garam.
- Tambah ramuan lain seperti telur rebus, ayam masak, udang, bebola ikan masak, bebatang ketam, sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam atau siew pak choy, atau sayur-sayuran lain seperti lobak merah.
ni ayat yang aku copy paste dari article tersebut, tapi kalau korang nak baca yang original di http://www.babycenter.com.my/a1050002/adakah-selamat-untuk-memakan-mi-segera-semasa-hamil
Bukan setakat ni je, sebelum nak masak meggie tu, aku pun mengoogle la cara nak masak meggie dengan betol.
1. Rebus mee segera dalam air.
2. Selepas mee segera itu masak, buang air rebusan tadi. Air rebusan inilah yang mengandungi lilin berbahaya kepada badan.
3. Rebus air lagi hingga mendidih dan masukkan mee tadi dalam air yang sedang mendidih lalu padamkan api. *Yang ni aku dah tak ikot, aku main masukkan je teros perencah, sepatutnya bile dah tutup api barulah letak perencah, tapi aku letak perencah separuh je dan letak la makanan tambahan lain*
Selain dari tambah telor+hotdog tengok ayam bakar lebihan tengah hari tadi ada lagi, aku suke buat lebih untuk encik suami, tak nak dia kekurangan makan kononnya, akhirnya aku yang makan lebih lebih ni. Tak nak membazir aku potong potong ayam letak dalam meggie. Dan akhir sekali aku goreng dulu bawang, dah masak letak bawang dalam meggie, sedap wooo. Aku suka bawang, esok pagi dah ajak encik suami jogging kononnya, tapi lebih kepada hirup udara segar je pun, pastu nak makan kat luar, nak order ape lagi, roti bawang la kan.
saje letak gambar meggie dua kali yang dah selamat berada di dalam perot, bila dah makan meggie elok minom air masak je la lepastu.
Malam ni aku dah buat persediaan bekalan makanan walaupun dah makan meggie, tapi memalam haruslah lapar lagi, minum air nestum dengan makan kurma je la. Kurma baik untuk ibu hamil, rajin rajin la makan kurma ya. Makan meggie ni jangan la sampai hari hari nak tau, sebulan sekali pun kira dah banyak tu, berpada pada okey, dan masak sendiri lebih baik kan sebab kita boleh masak dengan cara yang betol, tak ada maknanya kan kat kedai nak tos air sampai dua kali kan :)
haa..didi dh pregnant ek..jge pemakanan tau..aku pn kalo teringin sgt nk mkn meggie, aku rebus n tos dlu air die..sb mmg megi ade lilin kt mee die..perencah tu org risaukan MSG je..
ReplyDeletemst comel ko pregnant..hihihi
haah ta, doakan semua baik baik ya :) tula aku pun sekarang ni tos dua kali dulu, tapi jarang teringin sekarang bila preggy ni nak pulak.. hee sebab tu perencah jangan masukkan semua, aku masukkan separuh je, tak la rasa kuat :)
Deleteamboi2...sedapnyer mkn megi tu....hehhehe....tahniah tau..jg bby baik2....
ReplyDeletehehe tula meggie pun kekadang sedap gak puan mah..:) puan mah pun jaga diri baik2 ya, semoga puan mah dengan baby sihat sihat selalu ya..amin
Deletenanti kesian u dtg blog i byk gambar makanan je huhu. mintak maaf awal awal tau hihi take care tau u :)
ReplyDeletehaah cha, sebab dah lakukan kesalahan cha masak kene post kat dija okey..hee tapi dija suke gak gi tengok makanan kat blog cha tau.. thanks cha :)
Deletemengidam meggi pulak ke..noted,tp jgn kerap sgt mkn meggi k :) jg diri baik2.. :)
ReplyDeletethanks saila, nanti mana tau masa turn saila nanti nak jugak meggie boleh la guna step tuk masak tu :) dija sekali sekala ni je nak :)
Deleteseddddaaaapppnya...hubby ika xbg langsung ika mkn megi.ckit pon xbg wisaw tol dia.redha ja la...tapi nasib la xngidam sgt nak mkn megi.klu x mau nangis :P
ReplyDeletekalau tiba tiba eika nak suruh hubby eika la masakkan meggie tu, perencah letak separuh je :)
Deletedija peknen ke.. alhamdulillah, tahniah.. skali lagi org rase hepy+sebak bile dgr brite gembira ni dpd kawan2.. smoga saat itu tiba jugak utk kami.. dlm masa terdekat ni :')
ReplyDeletejg diri n baby elok2 ye..
terima kasih aizu, in shaa Allah pas ni ada rezeki aizu, jangan putus asa, usaha + doa ya :)
Deletesedap btul..tp mmg betul time peknen ni tekak lalu mkn megi jek..mcm rina nasik / roti / bskut sume xlalu..tekak nak megi jugak2..kena pulak ruski tomyam..mmg pergghhhh..tp kena bebel ngn asben..dpt mkn separuh jek T_T
ReplyDeletealala ciannya, tak ape kene bebel2 dapat gak separuh kira puaskan hatitu. dija ni bukan makan meggie je semua tekak lalu je, bila dah makan tu baru rasa tak sedap tau
Deleteskli sekala x pe ya dear.. jgn selalu. hehe. :D
ReplyDeletememotivasikan diri ni paling banyak pun boleh sebulan sekali je ni :)
Delete