Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, April 4, 2013

Alhamdulillah 12 Weeks

Ok tak tau nak start macam mana ni. Sebelum ni aku tak pernah buat entry secara terbuka mengenai ada sesuatu yang istimewa yang nak dikongsi. Alhamdulillah, aku mengandung dan hari ni dah genap usia kandungan ku 12 weeks/3 bulan. Aku rasa masih terlalu awal untuk beritau secara terbukakan, tapi disebabkan ni personal blog, pembaca pun tak ramai, tak ape la aku share disini dan nanti bila bosan bosan boleh la baca coretan sendiri kan *syok sendiri sangat kan*. Kat facebook pun aku tak ada post secara teros yang aku mengandung, tapi bila kita share informasi mengenai mengandung ni kan mesti la orang pun dapat agak kan. Dan bila orang tanya, benda tu pulak memang betol kan, mestila kita akan jawab dengan jujur kan tak kan nak mengelak pulak kan. Lagi satu bila jumpe kawan kawan tu ramai yang tegor aku nampak berisi, dah ada isi ke *dah macam soalan wajib semue nak korek rahsia*, tapi kat situ ada alasan la kenapa aku gemok kononnya, dan bila orang dah tanya kita pun tak perlulah mengelakkan, lagi pun kawan kawan yang tanya, mengaku bende betol sambil tu boleh kongsi kegembiraan dengan mereka kan. Kandungan aku ni masih awal lagi mohon doakan diriku dan kandungan ku berada dalam keadaan baik ya, selamat semuanya :) Tapi hari ni dah berakhir trimester pertama, dan ada orang cakap masa ni la keadaan begitu mencabar dan perlu dijaga dengan baikkan, tapi lain orang lain la caranya kan.

Untuk entry pertama ni aku cuma nak kongsi pengalaman pertama kali bila dapat tau yang aku mengandung dan pengalaman sepanjang trimester pertama ni.

1. Kenapa aku boleh tau aku mengandung? Bila period lewat seperti yang kita jangkakan mestilah kita boleh syak yang kita mengandung, tapi masih was was dan tak nak terlalu berharap kan. Kitaran haid aku pulak memang tepat 28 hari, jadinya aku memang hafal bila period dan akan period bulan hadapan. Memang aku nak baby, dari mula kahwin dah mengharap, tapi bila period datang j mesti rasa kecewa sedikit, tapi kami pun masih baru berkahwin kan, in shaa Allah ada la rezeki nantikan. Masa lewat period tu aku boleh je jalan jalan pergi main kat hello kitty town tu siap main gelongsor bagai, tapi kan bila dah main baru la risau sebab rasa tak sedap pulak, kita tak tau yang diri dah mengandung, dan bende pulak masih awal, kira bahaya jugak kalau betol kan. Jadinya untuk langkah keselamatan aku main bende yang aku rasa selamat je *naluri ibu kan*. Bila dah lima hari lewat period, petang tu pergi jusco beli barang dapur dan teros beli Urine Pregnancy Test/UPT. Aku yang memang suke mengoogle ni kan, teros google UPT jenis apa yang paling bagus. *Sampai bende macam ni pun aku nak googlekan*. aku suruh encik suami belikan kat guardian yang brand guardian je, dan encik suami beli yang ada dua teros. Brand guardian tu murah je belas2 ringgit untuk dua UPT. Info yang aku dapat tu tepat la sebab walaupan brand Guardian tu murah tapi memang bagus. Balik tu rasa tak sabar jugak nak check walaupun aku ada baca waktu yang paling baik untuk kita test urine di waktu pagi dan air kencing pertama, sebab perasaan teruja dan aku tau en suami pun teruja jugak. Dia dah tanya nak check teros tak, dan balik je dari jusco aku teros check, tak reti guna macam mana, encik suami yang tolong, lepastu dia biarkan dalam toilet sambil kira dah berapa saat *nampak tak keexcitetan encik suami kan* dan dia yang amik UPT result tu. Bohong la aku tak berdebar kan dan dalam hati mestilah mengharap positive kan. Bila ada kat tangan encik suami result tu boleh pulak nak uji aku pandai baca tak, aku selalu tengok orang postkan kat facebook la instagram, jadi pandai la sikit nak baca. Dan bila aku tengok Alhamdulillah ada dua garisan terang. Walaupun dua dua masa tu tak tunjuk keterujaan di depan depan kan tapi dalam hati masing masing aku tau happy gila, masa tu macam tak terkata tak tau nak cakap yeaaa ke ape haha Dah siap tengok teros encik suami buang UPT tu dalam tong sampah. Jadinya UPT satu lagi tu tak la kami guna. Expired 2015, ke ade sape sape yang nak?

2. Vitamin. Lepas je dah buat test urine dan masih tak sahkan lagi kat klinikkan encik suami pun belikan vitamin obimin kat watson. Vitamin ni kene makan sehari sekali. Aku memang liat bab bab makan ubat ni. Sebenarnya, aku tak berapa reti telan ubat, pernah tersangkut la keluar balik la. Encik suami pun tau aku tak suke makan ubat, tu masa mula mula hari hari dia tanya aku dah makan tak vitamin. Tu beberapa hari masa permulaan je, lepastu dia dah tak tanya mungkin dia dah percayakan aku la tu. Bukan bermaksud encik suami tak percaya kan aku, tapi aku pun tak percaya yang aku akan makan hari hari. Tapi kita bila keadaan macam ni fikirlah secara dewasa, kalau tak kesiankan diri sendiripun, kesian kan la baby yang dalam kandungan kita tu, kita bawak satu nyawa yang patut kita jaga sebagai amanah kan. Dan ada kawan aku ni dia cakap tak nak makan vitamim sebab nanti baby besar, aku ni pun cetek ilmu jugak, tapi merajinkan diri mengoogle walaupun sebenarnya tak la rajin membaca, tapi bila orang cakap macam tu mestila perasaan ingin tau. ni sedikit info pasal vitamin obimin:
"obimin merupakan vitamin untuk menambah kandungan darah. Ianya akan menambah unsur ferum(Fe), untuk sel darah merah yang baru supaya ibu mengandung tidak mengalami anemia (kurang hemoglobin). Ini akan mencegah ibu mengadung daripada letih dan kelihatan pucat. Kekurangan ferum menyebabkan ibu mengandung mudah letih dan ini tidak bagus untuk kandungannya.
Selain dari mengambil obimin, ibu mengandung juga disarankan mengambil asid folic (vitamin B9)  pada awal usia kehamilan. Ini bertujuan membantu perkembangan saraf dan otak bayi. Asid folic ini juga boleh didapati melalui sayuran hijau, jus buah-buahan dan juga bijiran. Jadi kalau rajin makan sayuran hijau, buah-buahan atau bijiran dan kekacang lebih baik sebab boleh dapatkan asid folic secara natural. Harus di ingat kurang asid folic adalah punca untuk kecacatan saraf atau otak bayi dalam kandungan"
Ni apa yang aku google, tapi sebenarnya obimin tu dah lengkap semua dah termasuk asid folic, jadinya kalau dah amik obimin dah tak payah amik folic asid dah. Dan untuk tambah kepastian aku tanya pulak encik suami, encik suami cakap orang dulu dulu je yang cakap makan vitamin boleh buat baby besar.

pic ni aku amik from MR Google, untuk pengemar pink lepas ni mesti rajin makan vitamin kan sebab vitamin ni warna pink.

3. Pemeriksaan di klinik. Dua minggu lepas buat urine test barula aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Dan Alhamdulillah dah 6 minggu, dan bila scan dah nampak kantung. Doktor dah tak bagi ubat lain sebab aku dah start makan obimin. Yang penting bila pergi klinik soalan wajib ditanya tarikh last period hari pertama sebab nak kira bila due dan tau usia kandungan. Bulan lepas baru aku start pergi klinik kesihatan untuk pemeriksaan setiap bulan, pergi klinik desa skudai, kebetulan nurse yang kat kaunter tu kenal pulak encik suami sebab sebelum ni dia kerje kat hospital tempat encik suami bekerja. Nurse kat sana semuenya baik2 dan untuk kesihatan semua ok tapi berat dah bertambah dah, tapi nurse tu cakap ok lagi la. Bulan ni ada appointment 17hb ni berat mesti bertambah lagi. Kat klinik kesihatan pun dia dah tak bagi ubat sebab dia tau aku dah makan obimin dan nurse tu pun cakap tu dah cukup sebab dah lengkap semua.
ni la buku pink saya

4. Alahan. Aku tak alah pada makanan, maksudnya disini tak la tiap kali aku makan je aku muntah, tu yang aku bertambah sihat *demok sebenarnya*sebab semuenya aku makan. Cuma aku tak boleh tak makan, kalau malam tu aku tak makan pagi tu aku akan loya dan sampai muntah. Tapi aku tak pernah cakap dengan encik suami mengadu nak mengada ngada, sebab aku tau dia pun penat kerje lagi kan, makan je aku mintak macam macam encik suami layankan. lagipun aku muntah pastu dah ok, pagi je la macam tu, tapi rasanya muntah taksampai 10 kali pun dalam trimester pertama tu. Sebab tu aku akan makan jugak, tak selesa bila muntah kan, tak nak biarkan perot kosong. Kadang lepas beberapa minit makan pun aku rasa tak sedap je, rasa mual tapi aku tak la muntah. Rasa kurang nikmat bila dah makan kita rasa tak sedap tapi kene jugak makan. Tapi serius sepanjang mengandung ni memang semue aku makan je. Masa ni la baru aku berfikir yang orang cakap makan untuk dua orang dan makan banyak bukan sebab sengaja tau, siapa la saja saja nak gemok kan, aku pun tak nak, tapi memang perot lapar gila tahap berbunyi dan nak muntah kalau tak makan. Kita yang memandang tak tau betapa beratnya orang yang memikul tu kan. Tak apa lepas berpantang pastikan diri kurus hoho

5. Buku dan sudoku. Masa mengandung ni memang elok ka untuk menambahkan ilmu pengetahuan lagi la orang yang kurang berilmu macam aku dan anak pertama kan. Thanks encik suami belikan buku buku ni, tapi belom habis baca pun lagi suke aku mengoogle kan. Ha yang Diari hamil tu aku beli sebab encik suami yang ternampak kat mph dia cakap comel la buku ni, pastu tunjuk kat aku yang pantang nampak bende comel, teros je aku mintak encik suami belikan, diari ni selain boleh guna sebagai catatan ade jugak informasi lain dalam buku ni. Sepanjang 3 Bulan ni, ni sudoku yang kedua encik suami beli untuk aku. Aku memang suke buat sudoku dari dulu, bila mengandung ni kan, aku pulak hanya duduk rumah, otak pun tak digunakan sangatkan. Jadinya bila mengandung ni rajinkan diri buat sudoku supaya boleh berfikirkan dan aku ada baca kalau nak bagi anak cerdik buat sudoku. Buku yang kedua ni kan encik suami tak bagi aku buat laju laju, sebab baru beberapa hari lepas beli dah berpuluh puluh buat, macam nak habiskan semua, dalam ni ada 100 sudoku ada easy, mild, difficult dan fiendish. yang 1st sudoku dah siap buat tapi aku ada tinggalkan 2-3 untuk encik suami buat tapi encik suami boleh pulak buat buat sampai tertido tau. Kepenatan bekerja terserlah okey. Encik suami cakapkan ada kawan dia masa mengandung buat soalan matematik, dia tanya nak tak, malas la aku kan sampai nak buat soalan matematik bagai kan. Selain tu doa untuk anak dalam kandungan penting jugak, merajinkan diri jugak baca al-quran. Kene khatamkan sebelum bersalin. Masa mengandung ni bukan mama je kene jaga kelakuan, papanya pun kene jaga kelakuan jugak.


sudoku 1: volume 1: tamat

sudoku 2: volume 4: nak beli volume 2 tak jumpe teros beli yang ke empat

6. Sifat keibuan. Bila kita mengandung ni kan bila sakit sakit ni kan,masa ni la baru teringat kat mama kita kan, betapa beratnya dugaan kan masa mengandungkan kita lagi kalau yang alahan terok. Lepas ni kita pun mestilah akan lebih menghormati ibu kita dan juga mak mertua kan. Jadinya kita pun kene la paham kalau suami kita  lebihkan mak dia. Nanti bila anak kita dah kawin lebih kan menantu kita mesti kita terasa kan. I nak jadi mak mertua yang sporting okey. haha jauh berfikir. Pastu suke usap perot yang dah maju kedepan ni, baby kecik pun lagi lemak je lebih ni, sambil usap tu bual bual dengan baby, suke cakap sorang sorang. Tambah bila mengandung ni selalu cepat penat dan berpeluh banyak, buat kerje sikit dah berpelih tapi tak kurus pun haha dan sorry la sebelum mengandung dah memang sensitif bila dah mengandung lagi la sensitif berganda ganda.


Ok la dari tak tau nak mula macam mana sekarang macam tak reti nak berenti macam mana kan. Nak cerita pengalaman memang la panjang kan, banyak lagi rasa nak kongsi. Sambung entry lain ya. Doakan aku dan kandunganku selamat ya. Alhamdulillah syukur di usia perkahwinan kami 4 bulan 4 hari kandungan ku genap 3 bulan, doa yang tak putus putus tu yang penting kita berusaha tapi semue ni ketentuan Allah. Ok la nak siap siap ni encik suami cuti hari ni dan esok, nak pergi tengok wayang.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

31 comments:

  1. dijah!!!waaahhhh,,,dalam diam2 ya :) anak kita t sebaya la kan :) hehehehehe....trimester 1 teruk x alahan :)Pape pon tahniah taw!& take care mom 2 be :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaa kan ieka nanti baby kita sebaya, thanks ieka, ieka pun take care ya :)

      Delete
  2. dijah, tahniah! alhamdulillah, dah 3 bulan rupanye... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak, tula cepatje masa berlalu :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..tahniah dijah! :D

    ReplyDelete
  4. tahniah dijah..seronok nya ramai b2b dh pregnant..tahniah2 :))
    bt sudoku byk2 :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah pasni rezeki saila pulak, doa banyak2 ya..:) terima kasih saila sekarang memang gigih buat sudoku je ni :)

      Delete
  5. hehe... betul tekaan semalam. Tahniah mummy-to-be!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula tepat pulak tekaan zura :) thanks zura :)

      Delete
  6. Congrats Dija! Happy for you yeay :)

    ReplyDelete
  7. Dija,

    congrats dear... happy for u :) jaga diri bebaek tau..
    diam-diam dah berisi ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. we, diam diam tu kadang malas nak menaip hee terima kasih we :)

      Delete
  8. congrats dear.. teringat time ayu pregnant dlu.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ayu rindu saat pregnant kan, tak ape next baby ayu pulak, thanks ayu :)

      Delete
  9. tahniahhhh dear..eh u 6weeks da scan bole nmpak? i 7 weeks g klinik die ckp xyah scan sbb awal lg..tkot x nmpak..so die sruh dtg blk 10 weeks T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kadang ikot orang tapi 6 weeks - 7 weeks tu scan akan nampak kantung je tau :) tak ape nanti 10 weeks boleh nampak besar sikit nanti :)

      Delete
  10. alhamdulillah!!! congrats dija!!! jaga diri bebaik tau...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ayong :) doa semuenye selamat ok :)

      Delete
  11. Alhamdulillah. Tahniah Dija!!! I'm happy for u. Jge diri baek2 tau. Doakan sy pregnant jgk!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimah kasih dib.. in Shaa Allah pas ni turn dib pulak, usaha teros + doa ya.. :)

      Delete
  12. tahniah my dear dija... x sangka nya kite.. dalam diam.. hehe. tahniah again. mesti sonok kan.. bila lah sara lak nk merasa.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip sabar sarah.. pas kawin nanti ada rezekinya nanti ya :)

      Delete
  13. wah.. tahniah..

    saya masuk utusan.. jom tengok :)

    ReplyDelete
  14. Dija syg....congratz.Wahh...beshnye.Jage diri ngan baby taw.Sowi lame da x singgah.Sha bz sesangat2.Hukhuk.Take care taw dear. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula busy ya sha.. good luck tuk preparation ya :) thanks sya

      Delete
  15. tahniah dija...nanti ank kita sebaya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. congrats gak awin.. yeaahh semoga kita sama2 selamat, nanti ajar anak anak pulak berblogging hee

      Delete
  16. Im sooo happy for u my dear!so missayeen sorang je la yang xpreggie lagi ni wahhahaa

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate