~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, April 8, 2013

JJCM : Anjung Warisan

Ni cerita beberapa hari lepas tapi tak berkesempatan nak update kononnya. Hari ni encik suami cuti sambil menemani encik suami main boling boleh la aku merangka dulu entry ni *siap nak rangka rangka bagai, rasa macam buat karangan bahasa melayu zaman sekolah dulu kan, aku rangka dari petang tadi, malam baru berkesempatan nak published*. Aku teman je encik suami main boling, lame dah aku tak main boling, lagi bila tak terer ni lagi la rasa malas nak main,  tengok pakcik sebelah encik suami main hebat gile ar *eh, bukan pakcik tu hebat anak dia yang mengajar tu yang hebat main sebenarnya* 

aksi encik suami bermain boling, gaya tu yang penting, ni curi2 amik gambar :) 

Disebabkan keinginan makan aku terlalu tinggi sekarang ni, semua makanan yang best aku berkeinginan nak makan la kan, sekarang dah boleh la sediakan satu slot kat blog ni slot jalan jalan cari makan. Resipi dah lame tak update kan, sebelum kuar tadi sempat la belajar buat puding caramel dengan mama, bende senang je tapi aku tak pernah try, nanti esok esok aku share resipi puding caramel ye. Esok esok bila masa lapar menyesal tengok blog sendiri pasal makanan je kan. Aku ni kan nama je dah menetap lama di johor dari masih kanak kanak lagi la, tapi banyak bende yang kat johor ni aku tak tau terutamanya kedai makan. Yela, mama aku suri rumah, dari kecik nak makan ape je mintak je kan, mesti mama masak, jadi jarang nak makan kat luar. Tapi bila dah kawin ni kan, ada masa tu rajin nak masak ada masa sampai tak tau nak masak apa dan terasa malas gila, encik suami pulak rajin bagi cuti masak jadinya puan isteri apa lagi bukan main gembira la dapat makan kat luar dan dapat cuti memasak. Minggu sebelum tu encik suami bawak aku makan di malay village, pertama kali aku makan kat situ. Kali ni encik suami nak bawak tempat yang aku tak pernah makan di situ iaitu anjung warisan. Tak pernah pergi pun tempat ni, lalu pun tak pernah, tengok dalam tv je, cite dunia anita berlakon kat sini. 

ni pic amik dari google je

Aku pulak dah lame tak makan lamb chop, tengok harga rm15.90 kira kategori tak mahal la untuk lamb chop, biasa lamb chop dalam 20++ kan. Encik suami order mee bandung special kuah kacang. Kuah dia rasa kuah kacang la, tapi rasa mee bandung original lagi sedap la, mula la tekak nak mee bandung muo, kene ajak encik suami pergi muo ni semata mata nak makan mee bandung kan. Mee bandung encik suami sampai dulu, tak sempat snap picture makanan encik suami pun. Aku suruh encik suami makan dulu. Bila lamb chop aku sampai makanan encik suami dah pun habis, aku pulak terkial kial nak potong daging kambing tak lepas lepas, akhirnya encik suami yang potong kan daging tu, aku makan je yang dah siap potong. Aku bab potong2 ni memang failed la kan, kat rumah makan pakai tangan je baru puaskan. Tengah syok makan nampak kucing pulak, mula la duduk tak tenang, tempat sejuk jadi panas, peloh pun boleh keluar la bila takot punya pasalkan, nasib dah nak siap makan dan kucing tu tak datang kat aku dia tengok dari jauh je. Kalau pergi kedai makan ada kucing aku duduk atas kerusi pun bersila sebab takot. hoho Anak aku nanti encik suami nak ajar supaya tak takot kucing. Kalau tak lagi susah nak kawal kan kalo mama dengan anaknya dua kali lima, tak makan luar la kan. haha Lamb chop kat sini harga berpatutan dan sedap jugak la. Boleh la lain kali nak datang lagi kot, tunggu la kalau encik suami nak bawakla kan.

posing dulu sebelum makanan sampai

lamb chop yummy2 lagi sedap bila encik suami yang tolong potongkan :p

Balik tu terasa nak jalan jalan kat danga bay, dah lama tak dating memalam dengan encik suami sambil menghirup udara segarkan.

tak dapat naik cruise kita amik gambar dengan cruise yang berlampu warna warni tu *abaikan aku yang semakin melebar tu*

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

14 comments:

  1. salam dah follow free2 jemput lah ker
    http://www.bingkisanrosey.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nk rasa skit puding caramel ^_^
    amboi lamb chop dia..tetiba lapar lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh datang sini rasa puding caramel.. nak lamb chop lagi , tengok sendiri pun nak lagi :)

      Delete
  3. lapaaa pulak nadia malam2 tengok gambar makanan kak dijaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saja nak bagi nadia lapar memalam + siang hee

      Delete
  4. wewit... kemain gambar berlatar belakang kan cruise...jeles WE okey!!! bestnya Dija...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha gambar berlatar belakang cruise je mampu, nak naik belom berkemampuan, kalau dah naik baru boleh jeles..hee

      Delete
  5. sonoknye dija berJJCM.. lapaq plak rasa.. haha.. sonok baca blog dija.. so much info.. makan.. travel.. awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab suke berjjcm makanya memang wajib cite makan makan ni, nanti dija nak share resipi pulak :)

      Delete
  6. Replies
    1. hamboi, nak buat entry baru kene tunggu mood datang je ni.. biasalah kekadang malas hoho

      Delete
  7. uk alohh.. takot kucen ghupenye.. hihi.. payah la kalo dija g umah mak kite.. sbb kucing ade 5 eko :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menjerit ajala dija kalo gi umah mak aizu..hee kakak2 en suami pun semua bela kucing, kene sakat ngan en suami la sebab isterinya penakot :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate