~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, May 13, 2013

17 weeks

Lama dah rasanya menyepikan diri, hati ni memang nak mengupdate entry baru, tapi jari ni malas pulak nak  menaip. hari ni hati dan jari dah sepakat nak update entry makanya aku mengaggahkan diri la menaip entry yang tak seberapa ni. Sekarang ni cuaca panas terik kan buat badan rasa tak berdaya, lemah je tau. Ditambah pulak beberapa hari ni aku diserang selseme dengan batuk, paling rasa terseksa bila nak tido, tinggikan sikit bantal pun susah rasanya nak tidur sebab hidung tersumbat terpaksala bernafas guna mulut, ternganga la mulot ni, bila dah nganga tu kering tekak pulak, bangun minum air masak berapa kali dan berapa kali la pulak pergi toilet membuang bila dah minum kan. Selseme dan batuk tolong la pergi jauh jauh shuhhh. Dan bila dah macam ni barula terasa nak cari ubat sebab dah tak tahan, kalau sikit2 je memang liat la nak makan ubat -_- 

Dari hari ke hari aku nak update kehamilan di minggu ke 17 ni sebenarnya, dari hari khamis hari tu, nasib tak masuk lagi hari khamis akan datang kalau tak dah jadi minggu ke 18 dah. Hari rabu lepas dah scan buat kali kedua, lepas jumpa doktor kat klinik desa, doktor suruh scan lagi sekali sebab last scan haritu minggu ke 6, kecik sangat. Disebabkan klinik desa tak ada menyediakan kemudahan untuk scan makanya pergi klinik luar je la untuk scan. Sekali scan bayar rm30 je pun tak payah nak berkira sangat yek. Rasa macam nak scan tiap bulan excited wo nak tengok baby gerak gerak. Tunggu doktor scan berpeloh jugak la mama ni kan tengok baby mama gerak gerak. Aktif bukan main babynya bergerak tau, nanti dah lahir ni kalau aktif je nak bergerak boleh kurus mamanya kan. Alhamdulillah perasaan lege bila kita tau baby berada dalam keadaan sihatkan. Walaupun baby bergerak aktif tapi belum dapat rasa lagi pergerakan baby tu, tak sabar nak dapat rasa baby gerak gerak :) Ha Buku buku yang beli dengan encik suami banyak banyak tu tak baca baca lagi, gatal nak beli banyak banyak buku, tapi pemalas nak bacakan.

walaupun malas membaca buku, merajinkan diri jugak la baca perkembangan baby di minggu ke 17 ni

credit to babycenter

macam ni la baby dalam perot mama. Dalam gambar tu kalau terbayang nampak la besarkan, tapi baby baru la berapa gram je, yang lebih lebih kilo tu berat mama je lebih. Tapi yang bestnya encik suami selalu sedapkan hati, bila aku tanya aku dah gemokkan, nanti mesti encik suami jawab kan ada baby. Bila dah scan doktor beritau la berat baby berapa gram kan *aku tak ingat dah berapa beratnya, hilang fokus tunggu doktor scan punya lama dengan baby yang aktif nak bergerak gerak je*. Balik tu cakap dengan encik suami berat baby baru berapa gram selebihnya berat aku yang lebihkan, dia cakap kan berat rahim lagi. Ok sayang encik suami lebih. Tapi serius memang sekarang berat dah naik banyak sangat, memang berusaha keras la nak turunkan berat badan lepas bersalin.

ni sedikit info dari baby center untuk perkembangan di minggu ke 17


Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah. 




Minggu ke 17 dah boleh dengar denyutan jantung baby dengan bantuan stetoskop khas, nak dengar, tunggu appointment dengan doktor lambat lagi, lagi 3 minggu, masa tu dah nak masuk 20 minggu dah. dekat hadphone siap download application i'm expecting, kat situ ada calender boleh tulis bila appointment dengan doktor ada jugak info mengenai perkembangan baby tiap minggu kehamilan tu. Rasa lagi comel sebab macam macam buah dan sayur dia ibaratkan baby tu. Kalau dah minggu baru selalu cakap dengan encik suami abang baby dah besar bawang (contoh untuk minggu ni)

comelkan?:)

baby mama masa scan 

ni mamanya di minggu ke 17



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

7 comments:

  1. Hye mama comei.Hehe.Beshnye dija.Sha pon tumpang happy.Dija da sihat ke blom ni?Jage diri ngan baby ye dear. :)

    ReplyDelete
  2. Djaaaa.....!!! Sya da lame xblogwalking. da lame xdtg cni. br taw Dja da pregnant. Whoaaaaaa.... I'm so hepi for u!!!

    ReplyDelete
  3. wewit si mama comel! jaga diri okey... :)

    ReplyDelete
  4. Bestnyer...comel je tgok bby...dah makin besar dngn sihat..tahniah...cik mah xde rezeki kali ni...huhu..sedih..tp hepy tgok kwan2 nk dpt bby dah...

    ReplyDelete
  5. cute bby & mama :) take care dija taw :)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate