~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, May 21, 2013

Perjalanan singkat ke Singapura

Bila encik suami cuti sudah menjadi satu kemestian untuk kami ke luar dari rumah walaupun hanya balik ke rumah mak mertua. Rumah mak mertua pun bukan jauh sangat kan, tak sempat nak duduk sedap sedap sambil  menikmati aircond dalam kereta dah sampai pun. Bila dah setiap minggu nak keluar kan mula la dah tak ada idea dah nak pergi mana. Sepanjang perkahwinan kami yang dah nak masuk 6 bulan hujung bulan ni, rasanya dah 5-6 kali jugak la ke singapore. Bukan shopping pun, sekadar jalan jalan mengisi masa terluang je. 

Photo
dalam perjalan nak ke singapore

Hujung minggu lepas sekali lagi singapura menjadi destinasi pilihan, sebab dah bosan dengan semua shopping mall kat jb ni marila kita cuci mata di shopping mall kat orchard road pulak. Kat area orchard road ni memamg melambak shopping mall, senang nak jalan kan, tapi bosan jugak bila tiap shopping mall tu pun jual barangan dari brand yang sama, banyak shopping mall pun kalau barang yang sama je dari brand yang sama tetap bosan jugak kan, dan sudah semestinya brand yang mahal maha;, setakat lalu je la, malas nak masuk kedai macam tu. Cari jugak kat situ kot kot ada barangan baby yang best best comel comel, bolehla cuci mata kan, tak jumpa pun barangan baby. Biasanya orang Singapore shopping barangan baby kat area mana yek? Disebabkan kami nak tengok barangan yang murah mrah sikit, kami jalan la kat lucky plaza, tapi  bila berada di lucky plaza memang rasa berada dioversea la sebab kat situ penoh orang filipina. bila ramai sangat dan sesak pun rasa tak best jugak, sambil sambil tu terfikir nak survey camera yang aku idamkan tu, nx1000. Nak beli camera untuk dihadiahkan pada encik suami untuk birthday dia bulan julai nanti, tak surprise langsung kan. Sebab hadiah pun dah beritau, lagipun bila beli camera ni boleh la kongsi guna dan yang penting memang encik suami jugak yang kene amikkan gambar aku. Masa jalan kat tingkat atas ternampak camera nx1000 colour pink *nak hadiahkan untuk en suami tapi nak beli ikot warna yang aku suka*, pink tu comel, geram tengok. Bila tanya owner kedai tu berapa, dia tekan kalkulator 399 dolar, aku ni macam tak percaya je, tanya la encik suami lagi sekali harga berapa untuk kepastian kot kot aku tak nampak seribu kat depan, memang 399 je tau, bila kitaorang nak keluar, dia siap tanya kitaorang nak harga berapa, bukan kami yang tawar tawar dia yang cakap dia boleh bagi 350 dan international warranty. Gila kan camera tu tak sampai seribu pun, kat sini pun paling murah pun rm1799 rasanya. 

comel kan camera nx1000 pink ni

Camera ada ke yang ciplak ya? Dan perfurme kat sini pun murah2 jugak, ori ke tak aku pun tak tau, kat sini memang orang kedai yang tawar harga kat kita. Simpan dulu niat nak beli camera balik nanti nak search pasal lucky plaza ni. Sebelum ni aku memang ada twngok jugak kat mustaffa harga kat sana pun memang lagi murah dari kat sini 600+ dollar je tau. Bila dengar harga 350 rasa macam nak beli sekarang je aku memang cepat terpedaya dengan barangan murah ni. Balik tu aku pun search la pasal barangan kat lucky plaza, banyak jugak komen negatif pasal barangan kat situ tau. Dan terbaca satu komen ni kalau nak beli gadget beli di Sim Lim square dia ala ala lowyat tapi kene berhati hati jugak sebab kat situ pun boleh ditipu. Dan diaorang sarankan beli dikedai yang betul2 tulis nicon, canon, samsung baru yakin sikit la. Dan barangan disana pun harga lagi murah dari di malaysia tau. Teros tunjuk encik suami nak ajak pergi sini pulak, nak survey2, encik suami cuti ari khamis ni, kalau sempat boleh la pergi Sim Lim square ni, pergi hari biasa kurang sikit orang kan, tak la sesak sangat, excited ni nak survey2 camera ni. Kalau tak next month la baru dapat pergi situ.


pic dari Mr Google

Lupe nak cite pergi sana tak beli apa apa pun encik suami mengidam popcorn dia cakap Garret popcorn ni best, amik perisa caramel crispy, memang yummy la, mempersembahkan duta popstar eh popcorn


tengah hari makan mcd 



Tengok pic kat instagram irine, irine buat maternity photoshoot,  comel comel je semua gambar tu, nak jugak gambar macam tu ♥ kalau ada camera sendiri boleh la photoshoot sendiri kan. Excited tau raya nanti cari dress atau jubah cantik2 boleh la berphotoshoot. Auwww ♡

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

10 comments:

  1. hi dija..bestnya tiap2 hujung minggu pg jalan2..hehe..tapi kamera tu mmg murah la..tergoda plak..nida pon tengah carik kamera..tp klo nk ke singapore tu..jauhla..huhu..

    ReplyDelete
  2. guess what gadget memang murah murah kat singapore. husband i pun dulu beli guitar dia kat singapore sebab jauh lg murah and dapat complete set lg huhu

    ReplyDelete
  3. eh lupa nk ckp lama tak dtg blog i kan huhu

    ReplyDelete
  4. amboii.. kemain lg mak buyung g oberC yer.. heheh.. kite x pnh lg ke sana.. tbe2 verangan lak.. pink itu cantik.. tp cian beliau, klaer adiah pn kne ikut pilihan dija.. hihi..
    *dija, npe pucat sgt bibir tu.. take care dear

    ReplyDelete
  5. Amboi preggymmomy jalan jalan;)

    ReplyDelete
  6. Dja, nk no. phone. kalaw rajin email kt Sya no. phone Dja ek~
    orked_violet@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  7. amboi dia berjalan sakan... sonok lah weh.. hehe.. dh berapa bulan dah dear.. selamat semuanya ya :) XOXO~!!!

    ReplyDelete
  8. wah bestnya Dija... jalan2 sakan memi niiii... :) pape pon take care okey!

    ReplyDelete
  9. 350 convert duit kita dalam 1500 jugak. mana ada tak sampai seribu hehe

    ReplyDelete
  10. Awak kali dengan berapa? Kalau kali 3 pun tak sampai seribu lagi awak :) macam mana 350$ boleh jadi rm1500 malaysia, tinggi sangat tu

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate